Khamis, 29 Ogos 2013

13-14 MSM

13
Lukman bungkam melayan bengkak hatinya di hadapan Nazim. Rayuan dan pujukan Nazim terus berlegar di gegendang telinganya. Di ruang matanya pula asyik terbayangkan kemesraan dan senyuman manis Laila saat bersama dengan Asmadi dahulu. Kenapa? Kenapa kemanisan itu tidak pernah singgah di wajah Laila saat berhadapan dengannya? Lukman mendegus sendiri. Hatinya kian sakit mengenang Laila.
‘Aku yang bujang ni tak dilayannya.  Suami orang juga yang dicarinya! Apa lebihnya budak hingusan tu?’ getus hati Lukman bengang. Sakit benar hatinya melihat betapa mesranya Laila dengan Asmadi bergurau berdua. Laila kelihatan gembira bersama lelaki itu. malahan renungan Laila kelihatan lebih mesra bersama Asmadi berbanding memandang dirinya. Lukman terasa kalah! Sehingga hari ini dia masih dibayangi semua itu. Kerjanya sudah jadi lintang pukang dek kerana hati yang dipagut kecewa.
“Luk, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” tanya Nazim di hadapan Lukman. Dia dari tadi asyik bercakap dengan Lukman sebaliknya Lukman sepatah pun tidak menjawab kepadanya. Asyik memandang ke luar kedai dari tadi. Rasa seperti dia hanya bercakap seorang pula.
“Dengar..” jawab Lukman hambar.
Ini lagi satu! Sudah ada masalah mulalah nak libatkan dia sama. Geram Lukman dengan Nazim. Nazim yang gemar bikin masalah sekarang dia pula yang terpaksa menyelesaikan masalah yang sengaja dicipta Nazim. Bertambah sakit hati apabila dia tahu Nazim ada mencuba nasib memikat Laila. Jika diikutkan hatinya muka Nazim sudah dipecahkannya. Bukannya Nazim tidak tahu yang dia sukakan Laila.
“Tolonglah aku, Luk. Kalau aku tak dapat projek tu habislah aku..” pujuk Nazim semakin terdesak. Ugutan Haji Hamidon mahu memecatnya jika dia gagal menunjukkan prestasi yang baik benar-benar menghantuinya. Kini dia sudah tidak punya jalan selain dari meminta bantuan Lukman.
Lukman mula mengalihkan pandangannya kepada Nazim. Wajah lelaki berdekatan dengannya itu dipandang tajam. “Apasal kau gatal sangat kacau si Laila tu? Kau tahukan aku yang nak dia?” soal Lukman agak kasar.
Terkedu Nazim mendengar kata-kata Lukman itu. Tidak terjawab dia jadinya apabila hal itu diungkit Lukman pada saat dia sedang terdesak begini. Tidak sangka pula dia yang Lukman benar-benar mengambil hati dengan tingkahnya itu. Patutlah temannya itu buat tidak tahu sahaja kepadanya. Rupanya hati Lukman bengkak kerana hal itu. Sangkanya itu cuma hal remeh yang tidak harus diperbesarkan.
“Sekarang bila dah ada masalah pandai pulak kau minta aku yang selesaikan untuk kau? Kau fikir aku ni apa? Barua kau?” tekan Lukman semakin membara hatinya.
“Eh! Manalah aku tahu kau serius nakkan dia? Kau pun macam nak tak nak aja pikat dia? Jadi aku trylah masuk line,” jawab Nazim sedikit merendah tidak mahu menaikkan kemarahan Lukman lagi. Mengenangkan dirinya sudah terdesak, dia rela merendahkan egonya kali ini asalkan Lukman sudi membantunya.
“Kau tu dah ada isteri! Buatlah cara orang yang dah beristeri. Bagilah can pada orang bujang macam aku ni! Semua kau nak sapu aku ni dapat apa? Sisa kau? Tak sedar diri!” tempelak Lukman melepaskan buku hatinya. Wajah lugu Nazim dijeling geram.
Sorry..sorry, Luk! Aku tak sengaja. Okay! Aku janji aku takkan usik dia lagi. Janji kau tolong aku dapatkan projek kat Sepang tu. Tolong ya, Luk? Aku betul-betul dah tersepit ni.”
Lukman mendegus keras. “Tengoklah nanti macamana!” balasnya acuh tidak acuh.
“Luk, aku serius ni. Kali ni kalau aku gagal dapatkan projek besar untuk Tuan Haji alamat menganggurlah aku jawabnya. Kau nak aku dapatkan Laila tu untuk kau pun aku sanggup buat asalkan kau pass kat aku projek tu.”
Kata-kata Nazim itu membuatkan Lukman kembali memandang Nazim. Sebahagiannya mula membuatkan dia merasa tertarik. “Dapatkan untuk aku? Maksud kau?” tanya Lukman dengan suara sudah mula mengendur.
Nazim lantas mendekatkan dirinya ke meja sambil memandang Lukman. “Aku rasa perempuan macam tu tak sesuai kau nak jadikan bini tapi kalau setakat stok geli-geli sekali-sekala tu bolehlah,” ucap Nazim agak perlahan. Sengaja menghasut Lukman agar mengikuti caranya.
Berkerut dahi Lukman memandang Nazim. Untuk orang sesusia Nazim kata-kata seperti itu boleh dianggap sebagai tidak sedar diri! “Kau fikir aku ni macam kau? Semua perempuan aku nak jadikan stok geli-geli?” serang Lukman tajam. Sakit hatinya mendengar bicara Nazim yang seperti sedang merendahkan martabat Laila. Sedangkan semenjak awal dia sudah meletakkan Laila di tempat yang istimewa.
“Aik? Takkan perempuan sisa orang macam tu kau nak jadikan bini? Anak orang kaya macam kau ni nak ambil janda macam Laila tu sebagai isteri? Biar betul? Apa kata family kau nanti? Boleh ke diorang terima?” balas Nazim semakin berkobar untuk menyesatkan pendirian Lukman.
Terdiam seketika Lukman mendengar bicara Nazim itu. Betul juga apa dia cakap ni.. detik hatinya sendiri. Sayang sungguh! Kalau Laila bukan ‘sisa orang’ seperti yang diucapkan Nazim sudah tentu dia tidak berperasaan seperti ini. Serba salah dan keliru. Sebahagian dirinya memang tidak ingin meletakkan Laila di tempat yang sama seperti Mastura dan yang lain. Laila di matanya cukup istimewa tiada tandingannya. Seolah-olah tiada lagi wanita sejelita itu sehingga membuatkan dia termimpi-mimpi semenjak kebelakangan ini. Namun status Laila itu menjadi penghalang pula. Bukannya dia mahu memandang hina wanita yang menyandang gelaran itu namun sedikit sebanyak perkataan ‘sisa orang’ yang digelarkan Nazim tadi sudah mula menggoyahkan pendiriannya.
Malukah dia dengan keadaan itu? Benarkah itu menjadi penghalang kepadanya? Selama ini bukannya dia tidak tahu Laila itu janda. Jika benar itu menjadi masalah mengapa hatinya tetap terpaut? Ah!! Lukman kian keliru dengan dirinya sendiri.
“Janda ni kalau dapat sekali duapun bukannya luak apa. Dah barai! Lainlah anak dara. Barang barulah katakan!” tambah Nazim selamba dalam pada Lukman masih dikunci kebisuannya. Dia tahu Lukman sudah mula keliru.
Lukman mendegus keras. Sakit hatinya mendengar Nazim melabelkan Laila dengan gelaran seperti itu. Kini dia semakin keliru dengan pendiriannya. Dia sudah tidak tahu apa yang dimahukanya saat ini. Akhirnya Lukman diam melayan fikirannya yang asyik terkenangkan balu yang cukup jelita itu. Ingin didekatinya namun dia bimbang Laila menolak lagi. Takkanlah dia nak terjah begitu sahaja? Mahu Laila memanggil dia gila nanti.
“Kau ikut macam aku ni aja, Luk. Pakai sekali dua je dah! Lepas tu cari yang lain. Kalau nak buat simpan sampai tua ni kenalah cari yang sepadan. Perempuan macam Laila tu tak sesuai untuk lelaki macam kita.” Nazim terus memberikan nasihat songsangnya.
Lukman menghalakan pandangannya kepada Nazim. Jijik telinganya ini mendengar kata-kata Nazim serupa orang tidak sedar diri itu. “Kau tu bercakap ikut sedap mulut aja. Macamlah kau tu bagus sangat! Bila dah ada masalah kau libatkan aku sekali. Kalau kau hebat sangat selesaikan masalah yang kau dah buat sendiri. Jangan minta tolong aku! Apa yang kau suruh aku buat ni bahaya, kau tahu? Kalau tertangkap bukan setakat aku hilang kepercayaan bapak aku tapi boleh jadi kes polis!” tempelak Lukman geram. Sikap Nazim yang bongkak kadangkala memualkannya.
“Alah! Janganlah buat terang-terang, Luk. Nak hidup kenalah pandai. Kali ni aku jamin.. Laila mesti jadi kau punya!” balas Nazim tidak mempedulikan kemarahan Lukman. Lukman akan ditawan secukupnya. Kelemahan Lukman hanya satu iaitu Laila! Laila akan digunakan sebagai umpan untuk melemahkan Lukman.
Lukman mendegus sendiri. Serba salah pula apabila nama Laila disogokkan ke telinganya. Antara kewarasan diri dan keinginannya untuk memiliki Laila, Lukman sudah tidak tahu mana satu yang benar. Dia semakin bercelaru.
“Kau nak buat macamana pasal Laila tu?” tanya Lukman sambil menghalakan pandangannya kepada temannya itu.
Nazim tersenyum menang. Pantas tubuh gempalnya didekatkan ke meja. Wajah Lukman dipandang penuh makna. “Kau cuba tackle dia lagi. Kalau tak dapat jugak.. aku akan dapatkan untuk kau. Cara macamana aku nak dapatkan, itu kau serahkan pada aku. Tahulah aku nak buat macamana.”
Lukman sangsi seketika. Cara macamana yang dimaksudkan Nazim? Sedangkan Nazim sendiripun masih gagal menawan Laila untuk dirinya sendiri inikan pula untuk orang lain. Sekilas dia memandang dia tahu ada sesuatu yang buruk sedang dirangka oleh benak orang tua itu.
“Cuba kau bagitahu aku betul-betul. Apa kau nak buat sebenarnya?” soal Lukman tidak berpuas hati.
Nazim tersenyum seketika. Inilah masanya untuk dia melepaskan dendamnya kepada wanita itu. Lukman adalah alat baginya untuk melaksanakan rancangan busuknya itu. “Perempuan bongkak macam tu kena ajar sikit! Aku tangkap dia bawa pergi tempat kau lepas tu kau kerjakan dia cukup-cukup. Dah puas kau lepaskanlah.”
Terbeliak mata Lukman mendengar idea Nazim itu. Sejahat-jahatnya dia tidak pernah berlaku sekejam itu kepada wanita. Inikan pula kepada wanita yang disukainya. Sudah hilang akalkah lelaki ini?
“Gila kau! Buatnya dia report polis naya aku! Benda yang kau plan ni dah dikira jenayah berat, kau tahu?” tukas Lukman terus tidak bersetuju.
“Kau ingat kalau kau pikat dia baik-baik dia nak layan kau? Usahkan nak ajak keluar. Setakat ajak berborak aja pun tak mahu. Macamlah dia tu bagus sangat! Kali ni biar kita ajar dia sikit. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Biar dia tahu siapa kau sebenarnya,” provok Nazim bersungguh.
“Habis tu kalau dia report polis macamana? Sia-sia aja aku kena hukuman sebat nanti! Tak sanggup aku!” sanggah Lukman keras. Baginya idea Nazim itu sudah melampau. Langsung tidak pernah terlintas dibenaknya untuk berbuat seperti itu. Memang dia sakit hati dengan penolakan Laila tetapi tidak pernah terlintas di benaknya untuk menganiaya Laila sehingga begitu sekali.
Bicara Lukman membenihkan senyum nipis di bibir Nazim. Baginya hal polis itu sekadar satu masalah remeh. Masih ada cara untuk mengelak semua itu. Tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Tak payah nak paniklah! Aku ada caranya. Kau jangan bimbang. Dia takkan report polis punya! Sampai masanya nanti aku akan bagitahu kau. Pertama kau pergi adjust dulu dia tu macam biasa. Kalau tak dapat jugak baru kita jalankan plan tu,” ucap Nazim serius. Berharap benar Lukman akan bersetuju dengan rancangannya. Bukan sekadar dia mahukan sedikit habuan dari usahanya itu nanti tetapi dia juga mahu membalas segala perbuatan Laila kepadanya melalui Lukman!
Lukman memandang Nazim lama. Kata-kata Nazim ligat bermain difikirannya. Sedikit sebanyak dia mula memikirkan faedah yang bakal didapatinya dari rancangan itu. Teringat dia penolakan Laila sebelum ini. Sakit hatinya masih bersisa. Niat baiknya disalah ertikan oleh Laila begitu sahaja. Lukman tahu bukan dia seorang yang pernah dikecewakan Laila seperti ini. Kali ini dia nekad.. jika kebaikannya tidak mampu melembutkan Laila biarlah taringnya dikeluarkan semula untuk mengajar Laila menghargai keikhlasan hatinya! 
“Macamana? Setuju ke?”
“Ok, aku setuju!”
“Tapi jangan lupa pasal projek tu..”
Lukman sekadar mengangguk. Projek yang dimahukan Nazim tidak menarik perhatiannya sebaliknya wajah Laila terus bermain di benaknya. Tidak sabar rasanya mahu melihat Laila di atas katilnya nanti.

Salam yang diberikan Laila segera bersambut. Tidak perlu dia mengulanginya berkali-kali. Tidak sampai seminit batang tubuh Hamidah sudah kelihatan di hadapan matanya. Orakan senyuman Laila semakin melebar melihat Hamidah datang kepadanya. Akhirnya gerangan manusia yang ingin ditemui berada di hadapan mata.
“Ha... sampaipun akhirnya. Alhmadulillah. Aku ingat kau sesat tadi.” Hamidah mula riuh bercakap dengan Laila saat membukakan kunci mangga di pagar rumahnya itu.
“Takdelah. Alamatnya jelas dan tepat. Takkanlah aku sesat pulak? Lagipun driver teksi yang hantar aku tadi kata dia memang dah biasa dengan kawasan ni. Jadi tak susahlah aku nak cari rumah korang ni. Kau apa khabar, Midah?” Laila dan Hamidah segera berpelukan. Lama sekali tubuhnya didakap Hamidah. Maklumlah.. sudah lama tidak bertemu.
“Aku macam nilah. Sihat walafiat. Kau pulak?”
“Aku kalau tak sihat takdenya aku nak mai rumah kau ni..” seloroh Laila sambil tergelak perlahan.
“Ya tak ya jugakkan? Eh! Jomlah masuk. Sempena cik abang aku tu takde kena pergi out station kita boleh buat apa yang kita suka kat rumah aku ni. Takde sapa nak larang. Takde apa nak disegankan!” ucap Hamidah ceria. Lengan Laila lantas ditariknya masuk ke dalam rumahnya.
“Cantik rumah kau ni. Pandai kau hias..” puji Laila setelah kakinya menjejak masuk ke rumah itu. Kagum dia dengan susun atur rumah Hamidah dan Asmadi ini. Ah! Laila memang tidak hairan. Hamidah yang dikenalinya memang lekas bosan dengan suasana ruang rumah yang sama sahaja setiap hari. Laila juga begitu namun tidaklah sekronik Hamidah ini. dahulu sewaktu tinggal menyewa bersama, setiap minggu Hamidah akan bersengkang mata sehingga ke malam untuk menukar kedudukan perabot rumah mereka. Kadang kala dia melakukannya sendirian.
“Apa pulak aku yang hiasnya? Madikan interior designer. Kebanyakannya dialah punya idea. Aku tambah sikit-sikit aja. Dah masuk alam berkerja macam ni tak laratlah nak memungguh aja selalu. Dulu lainlah. Sibuk-sibukpun boleh juga curi masa kemas rumah,” jawab Hamidah lembut. “Duduklah kejap. Aku ambilkan kau air. Airnya dah siap. Menunggu mulut yang nak minum aja,” kata Hamidah lagi lantas terus ke dapur. Laila akur. Dia tidak duduk sebaliknya membelek barangan perhiasan yang diatur di atas meja kecil di bucu ruang tamu itu. Ada replika kapal layar yang diukir dari kayu jati yang dijadikan hiasan. Menarik! Detik hati Laila.
“Itu kami beli kat Indon dulu waktu pergi bulan madu. Kat sana barangan dari kayu jati murah. Maklumlah.. hutan banyak.” Hamidah bersuara setelah tiba di ruang tamu itu bersama dengan dulang berisi jug air dan juga gelas. Dia tahu Laila juga sepertinya. Sukakan hiasan dalaman.
“Cantik..” komen Laila kagum. Laila segera teringatkan sesuatu. Asmadi ada memberitahu yang dia dan Hamidah bercadang mahu membeli rumah sendiri. Kalau rumah sewaan mereka berdua boleh menghiasa sehingga secantik ini apatah lagi jika sudah memiliki rumah sendiri.
“Madi ada kata dengan aku yang korang nak beli rumah. Dekat area mana?” tanya Laila apabila teringatkan kata-kata Asmadi tempohari.
“Setakat ni pilihan yang kami mampu milik cuma di Bukit Kemuning, Shah Alam. Yang lain kau tahu-tahu ajalah harganya. Sekarang harga rumah dah naik. Kalau kami tak cepat-cepat ambil rumah tu lepas ni memang tak boleh beli rumah lagi melainkan pendapatan isi rumah meningkat,” jelas Hamidah tanpa memandang Laila yang masih berdiri memerhatikan perhiasan rumahnya.
“Berapa harga rumah kat Bukit Kemuning tu?”
“Dekat 300K jugaklah. Itupun pinjaman bank tiga puluh tahun. Susah jugak nak beli rumah sekarang ni, Laila. Pendapatan isi rumah kena melebihi 3K sebulan baru lulus loan,” ucap Hamidah.
“Memanglah. Ekonomi sekarang tak rancak. Seluruh dunia macam tu. Kita ni terkenalah sekali tempiasnya,” jawab Laila lembut. Apa yang diketahuinya kesan dari pembangunan dan penurunan ekonomi akan mempengaruhi harga bahan mentah yang digunakan dalam sektor-sektor yang berkaitan. Jadi sektor perumahan juga terbabit sama kerana harga bahan mentahnya ditentukan oleh pasaran. 
“Dengarnya kau nak tukar kerja baru. Betul ke?” soal Hamidah sambil mengalihkan jug dan cawan dari dalam dulang ke atas meja. Belakang tubuh Laila dipandangnya seketika. Sahabatnya itu masih ralik membelek perhiasan di ruang tamu itu.
Mendengar pertanyaan Hamidah Laila lantas berpaling. “Betul. Aku dapat tawaran kerja. Kat KL jugak. Tapi bukan syarikat kontrator lagi. Kali ni business shipping pulak,” jawab Laila sambil menapak ke sofa.
“Baguslah tu. Kalau dapat tawaran yang lebih bagus dari yang ada ni tak patutlah kalau kau tak terima. Orang baru macam kita ni kena selalu cari peluang kalau nak dapat gaji lebih sikit dari yang ada ni,” komen Hamidah lembut. Segelas air dihulurkan buat Laila. Laila lantas menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih.
“Rezeki aku agaknya. Graduan macam kita ni sebenarnya bukan senang nak dapat kerja. Jenuh jugaklah aku mengisi borang mintak kerja. Tapi alhamdulillah, apa yang aku cari-cari selama ni bertemu jugak walaupun agak lambat,” balas Laila ceria suaranya. Semenjak dia ditawarkan kerja di UMBS semangatnya untuk membina kehidupannya semakin berkobar. Mungkin juga kerana tawaran gaji yang diberikan amat menarik. Tetapi dalam kegembiraan itu masih terselit sedikit kerisauan. Takut dia gagal memberikan yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawabnya.
“Alhamdulillah.. rezeki kau tu, Laila. Harap-harap cerahlah masa depan kau dengan syarikat tu nanti. Setahu aku UMBS tu bussines dia bukan sikit-sikit punya bussines. Dia punya klien semua dari luar. Dia punya head office dekat dengan pejabat Madikan?” balas Hamidah setelah duduk di hadapan Laila.
“Dekat jugaklah. Kenapa? Kau nak suruh aku spy di Madi waktu lunch time ke?” ucap Laila separuh mengusik.
Hamidah lantas ketawa dengan kata-kata Laila. Bagus juga idea kau, Laila.. kata-kata itu terdetik di hati kecilnya. “Boleh jugak kalau kau rajin. Aku ni syak tu takdelah tapi orang lelaki ni kadang-kadang ada jugak nakalnya,” balas Hamidah selamba.
“Mengarutlah kau ni, Midah! Tahu dek Madi marah dia nanti,” tukas Laila tidak begitu suka dengan bicara Laila.
“Hari tu Madi ada kata pada aku yang kau ada masalah di pejabat. Betul ke?” soal Hamidah kembali pada pokok persoalan yang ingin ditanyakan semenjak awal lagi.
Laila tidak terus menjawab. Entah kenapa wajah seorang lelaki melintas di benaknya tanpa dapat disekat. Wajah kecewa Lukman masih terbayang olehnya sehingga ke saat ini. secara jujurnya Laila sendiri tidak tahu apakah yang harus dirasainya saat memandang raut kesayuan Lukman. Apakah dia harus merasa bersalah kerana menolak hasrat lelaki itu? Jauh disudut hatinya dia dapat merasakan kekecewaan itu bukan sekadar mainan atau palsu belaka sebaliknya itu datangnya dari lubuk hati Lukman yang sebenarnya.
“Laila..” panggil Hamidah cuba menyedarkan Laila yang seakan berjeda sendiri.
“Ha?” Laila tersentak. Wajah Hamidah dipandangnya semula.
“Aku tanya kau tadi kau tak jawab. Kau ingatkan apa? Kalau kau ada masalah jangan simpan sendiri, Laila. Gangguan di tempat kerja ni bukan masalah remeh tau. Boleh melarat jadi jenayah besar kalau kau biarkan,” ucap Hamidah serius. Sedikit sebanyak dia bimbang mendengar Laila diganggu di tempat kerja.
“Aku tahu. Jangan bimbang. Setakat ni takdelah serius sangat. Lagipun dia tak pernah melebihi batas. Bos akupun ada nasihatkan aku supaya buat laporan kalau dia masih ganggu aku. Setakat mengorat-ngorat biasa tu adalah. Itu biasalah tu..”
“Siapa lelaki tu? Apa dia nak dengan kau?” soal Hamidah masih tidak berpuas hati.
“Nama dia Nazim. Project Manager kat tempat kerja aku. Dia sebenarnya dah kahwin tapi dia ni jenis kaki perempuan, suka berfoya-foya. Aku tahu dia fikir aku ni boleh dibawa keluar sekali sekala macam perempuan-perempuan yang dia bawa dulu. Agaknya sebab status aku ni, tu yang dia rimas sangat bila tahu aku ni jenis perempuan yang tak keluar rumah macam perempuan lain. Tak habis-habis nak ajak aku dating dengan dia. Last week dia ada terserempak dengan abang aku. Nasiblah abang aku tak banyak tanya. Tapi kecut jugaklah dia kena sergah dengan abang aku tu. Nasiblah Abang Man tak banyak tanya. Kau tahu ajalah.. Abang Man tu bukannya boleh tengok lelaki dekat dengan aku. Semua nak dimarahnya,” cerita Laila perlahan sahaja.
“Muda lagi ke?”
“Dalam empat puluhan jugaklah..”
“Aku pantang betul tengok lelaki tua yang gatal merenyam ni! Tak sedar diri betul! Dah kahwin tapi masih nak menggatal. Malang betul siapa jadi bini dia tukan?” tukas Hamidah mula beremosi. Sebelum ini lelaki seusia itu juga yang sering menganggu Laila. Malah ketika mereka di UM dahulu pensyarah yang sudah berusia dan beristeri juga yang sering berperangai miang keladi dengan pelajar seperti mereka. Salah seorang mangsa yang sering tersiksa dengan perangai pensyarah itu adalah Laila sendiri.
“Memang malang. Mintak jauhlah aku dekat dengan lelaki macam tu. Siksa hidup aku nanti. Kadang-kadang tengok muka dia tu ajapun aku rasa mual semacam. Inikan pulak nak dengar ayat-ayat miang dia tu. Bukan setakat bini  dia aja yang malang. Akupun sama jugak kena menghadap muka dia hari-hari!” balas Laila meluat apabila terbayangkan wajah Nazim.
“Kau tak beritahu abang kau pasal ni?”
“Gila kau! Kalau aku cakap dengan dia mati mamat tu dikerjakan dek abang aku tu. Abang Man tu tahu ajalah.. kalau dah angin dia bukannya fikir apa. Selagi dia tak puas hati tak berhenti,” tukas Laila pantas.
“Biarkan dia rasa penumbuk abang kau tu. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah,” ucap Hamidah selamba. Geram dia mendengar cerita Laila itu. Bukan sekali ini dia ada mendengar Laila ada masalah dengan lelaki-lelaki di tempat kerjanya. Lebih teruk lagi kebanyakan yang membuat onar dengan sahabatnya itu adalah suami orang.
“Aku tak mahu timbulkan masalah lagi. Biarlah dulu. Bukannya aku tak mahu cakap dengan abang Man pasal ni tapi dia tu cepat melenting. Aku takut nanti hal ni jadi masalah yang lebih besar sedangkan sebenarnya takdelah seteruk mana,” ujar Laila sambil menghirup air yang dihidangkan Hamidah.
“Hati-hati, Laila. Lelaki miang macam tu kaki penipu. Aku takut tak dapat dengan cara baik dia buat dengan cara menipu. Aku cuma bimbangkan keselamatan kau. Kau tu dahlah cantik. Memanglah ramai lelaki geram! Kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat bagitahu kami. Kita usahakan apa yang harus dibuat. Jangan diamkan sendiri aja,” balas Hamidah bersungguh.
Laila tersenyum melihat tingkah Hamidah. Risau benar Hamidah akan dirinya. Dia akur dengan nasihat Hamidah itu. Dia akan terus menjaga dirinya daripada lelaki-lelaki yang berniat untuk menghancurkan hidupnya. “Insya-Allah aku tak apa-apa. Lepas aku mulakan kerja baru nanti takdelah aku jumpa dia lagi,” ucap Laila perlahan. Kata-kata itu sebenarnya lebih kepada memujuk dirinya sendiri agar bertahan dalam masa yang tinggal tidak sebanyak mana di sana. Dia harus sabar.
“Aku rasa bila kau dah kerja di tempat baru ni eloklah kau beli kereta, Laila. Senang sikit kalau dah ada kereta. Takpun cari calon suami yang ada kereta. Boleh hantar kau pergi kerja setiap hari. Balik dia jemput. Tak payah kau naik bas lagi. Kau pun setahu aku kaki kerja. Bahaya kalau kau naik kenderaan awam lewat-lewat malam ni,” ujar Hamidah mudah.
Laila tergelak mendengar cadangan Hamidah. “Kalau macam tu kau tolonglah kenalkan aku mana-mana calon yang sesuai untuk aku. Jangan lupa kriteria ada kereta tu ya? Mana tahu berkat kata-kata kau tu senang hidup aku. Takdelah aku menongkah naik bas lagi,” sambut Laila sambil tergelak.
“Serius?” soal Hamidah bersungguh.
“Kau ingat aku main-main?” jawab Laila masih tawanya.
“Kalau aku dah jumpa orangnya nanti kau jangan nak mengelak pulak! Kau tolak siaplah kau! Aku siat-siat kulit kau tu buat gendang!” gumam Hamidah mengancam Laila. Namun Laila terus menghamburkan tawanya. Ancaman itu langsung tidak menakutkannya sebaliknya dia kelucuan.
“Aku memang nak kahwin, Midah. Aku takkan tutup pintu hati aku pada perkahwinan disebabkan apa yang berlaku. Cuma mungkin aku belum bertemu dengan orang yang sesuai dengan jiwa aku. Siapa tahu kau boleh permudahkan urusan ni untuk aku?” ujar Laila kembali serius. Dia sudah memikirkan kata-kata abangnya tempohari. Ada benar kata-kata Arman. Siapa tahu dengan membiarkan dirinya didekati lelaki lain segalanya akan berubah. Dia harus bangkit segera dari kehancuran. Hidup tidak akan selamanya sama sahaja. Keyakinan itu sudah dipacakkan ke dalam dirinya untuk dia mengorak langkahnya mencari kasih sayang buat dirinya.
Hamidah menyambut kata-kata Laila dengan kalimah syukur dihati. Akhirnya.. Laila akur juga. “Baguslah kalau macam tu. Kat tempat kerja aku tu banyak yang masih bujang. Kat tempat kerja Madi pun sama. Mesti ada salah seorangnya yang sesuai dengan kau. Bukan semua lelaki jahat dan tak selamanya nasib kita akan sama aja, Laila. Kebahagiaan ni kalau tak dicari dia takkan datang pada kita. Insya-Allah.. niat yang baik ALLAH akan permudahkan.” Hamidah berkata lembut.
Dalam hati Laila mengaminkan doa Hamidah. Ya! Dia tahu nasibnya tidak akan selamanya sama. Insya-Allah kali ini pasti dia akan diketemukan dengan kebahagiaan yang diinginkannya.
“Sebenarnya bukan takde lelaki yang datang dekat dengan aku. Tapi mungkin salah aku jugak. Aku yang sengaja mengelak. Baru-baru ni ada seorang lelaki mengaku sukakan aku tapi aku reject dia,” cerita Laila tanpa disuruh. Sesak nafasnya memikirkan lelaki seorang itu. Entah kenapa dia asyik memikirkan Lukman.
“Kenapa kau reject dia?”
“Sebab dia kawan baik dengan si Nazim miang tu. Ngeri aku nak biarkan dia dekat dengan aku. Takut dia sekufu dengan si Nazim tu.” Laila menjawab bagi melengkapkan ceritanya. Sungguh! Dia tidak tahu mengapa dia asyik terbayangkan wajah sayu Lukman kala itu. Hatinya sering merasakan dia sudah bersalah kepada lelaki itu. Mungkin juga dia kejam! “Tapi bila aku tengok muka dia waktu kena reject tu aku kasihan pulak. Muka dia frust gila. Tapi salah aku ke? Aku cuma takut dia tu sama macam Nazim. Itu aja! Siapa suruh dia pilih kawan macam tu,” tambah Laila lagi.
“Oo.. ni sebab nila habis rosak susu sebelangalah ya?”
“Macamana kita nak tahu orang tu ikhlas dengan kita ke tidak ya, Midah?” soal Laila tiba-tiba. Laila akui dalam soal menilai lelaki dia teramat naif. Dia tidak hebat dalam bercinta kerana dia tidak banyak pengalaman berkawan dengan lelaki. Jadi dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang ditunjukkan Lukman kepadanya.
“Ikhlas ni bersifat halus, Laila. Kita tak boleh nampak dengan sekali memandang. Ikhlas seseorang tak boleh dilihat dengan mata atas kita ni, sebaliknya mata hati aja yang mampu menilai semua tu. Aku faham kau takut tertipu sebab dia tu kawan baik dengan si Nazim tu. Aku sendiripun tak tahu nak cakap macamana dengan kau sebab aku tak kenal lelaki tu. tapi apa yang boleh aku cakap sekarang ni Cuma kau takkan tahu dia baik ke tidak kalau kau tak beri peluang pada dia untuk tunjukkan siapa diri dia yang sebenarnya. Kau kena ambil masa kenali sikap dia barulah kau boleh buat keputusan untuk terima atau tolak dia,” nasihat Hamidah. Menurut penilaiannya itulah yang terbaik buat Laila.
Laila terdiam memikirkan apa yang diucapkan Hamidah itu. Jelaslah kini dia memang bersalah kepada Lukman. Tetapi apa yang harus dilakukannya? Meminta maaf? Merayu Lukman agar mempertimbangkannya semula? Pilihan yang kedua itu memang jauh lagilah untuk dilakukan tetapi yang pertama itu mungkin boleh dipertimbangkan. Tetapi mana nak dicarinya lelaki itu?
“Kalau dah tahap terkenang tu bukan setakat rasa bersalah dah tu. Dah rasa lain dah. Jangan cakap dengan aku kau angaukan lelaki yang kau sendiri reject? Takkan nak jilat ludah sendiri ya tak?” kelalaian Laila saat itu menghidangkan satu peluang besar bagi Hamidah untuk mengenakan Laila. Terkedu Laila dibuatnya. Angau? Takde maknanya dia angaukan Lukman!
“Hensem ke orangnya?” tanya Hamidah sambil tersenyum penuh makna kepada Laila.
“Siapa?”
“Elleh! Tak lakulah trick kau tu. Jangan buat-buat tak faham pulak. Takkanlah aku tanyakan si Nazim yang kau benci tu? Mestilah mamat yang kau reject tu!” ejek Hamidah semakin seronok memerli Laila.
Laila akhirnya tergelak besar mempamirkan giginya di hadapan Hamidah. Memangpun dia sengaja buat-buat tidak faham. Sayangnya tricknya berjaya dikesan. Merona wajahnya mendengar ejekan Hamidah.
“Patutlah dari tadi termenung. Mula-mula memanglah rasa bersalah lepas tu..?” usik Hamidah dengan pandangan meleret. Sengaja mahu melihat riaksi Laila. Wajah sahabatnya sudah kemerahan diusik olehnya. Pasti ada sesuatu kerana selama ini Laila susah mahu bercakap khusus tentang seorang lelaki. Lebih-lebih lagi untuk melihat wajahnya merona begitu? Susah! Tetapi kali ini Laila kelihatan berbeza.
“Midah! Kau ni banyak cakap kau tahu tak? Menyesal aku cerita kat kau. Lain yang aku nak lain yang aku dapat!” degus Laila masih dihambat rasa malu.
Kali ini Hamidah pula yang ketawa besar. Terhibur benar melihat keletah Laila. “Jadi ke nak suruh aku carikan calon ni? Kau macam dah ada je?” usik Hamidah masih belum puas.
“Takde maknanya aku angaukan dia tu. Aku cuma rasa bersalah aja, ok! Kau tu aja yang lebih-lebih. Takkanlah jumpa sekali dua dah angau? Mengarut!”
“Ye ke? Lain macam pulak kau kali ni aku tengok. Kalau ya pun apa salahnya, Laila. Yang penting bujang sama bujang. Jangan laki orang dahlah. Alah! Baru sekali dua jumpapun apa salahnya kalau dah suka? Ada orang jumpa sekali terus suka. Semuanya boleh jadi, Laila.” Hamidah menyambut lembut. Kali ini dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya. Jika Laila benar-benar jatuh cinta apa salahnya.
“Dia memang good looking guy. Tapi disebabkan kawan dia tu aku jadi susah nak percayakan dia. Aku takut dia cuma nak main-mainkan aku. Aku takde niatpun nak sakitkan hati dia,” luah Laila agak perlahan. Masih tidak mampu melepaskan rasa terkilannya dengan sikapnya sendiri kepada Lukman.
Hamidah tersenyum. Laila risaukan seorang lelaki? Alhamdulillah.. ucap hati Hamidah sendiri. Dia yakin. Sedikit masa lagi Laila pasti akan berteman seperti orang lain.
“Nampaknya cancellah pasal calon tukan? Nampak kau macam dah terfikir-fikir pasal mamat tu aja. Kalau dalam hati tu dah ada rasa maknanya dia tu dah berjaya menarik perhatian kau. Kadang-kadang kita ni aja yang tak mahu mengaku!” komen Hamidah sambil tersenyum.
Laila terdiam memikirkan apa yang dikatakan Hamidah. Iya ke? Benarkah sebenarnya dia telah tertarik kepada lelaki itu tetapi dia sengaja tidak mahu mengendahkannya. Tetapi macam mustahil pula.
“Apa kata kau cuba kawan dulu dengan dia. Entah-entah dia taklah seburuk yang kau sangka,” ucap Hamidah lembut. Dia tahu Laila keliru dengan perasaan sendiri.
“Mungkin..” jawab Laila perlahan sahaja. Kata-kata Hamidah itu ada benarnya tetapi dia sendiri masih belum pasti apa yang harus dibuatnya. Mahu memujuk Lukman? Malulah! Belum pernah berlaku dalam hidupnya dia memujuk seorang lelaki.
“Cuba buka hati kau untuk yang lain, Laila. Insya-Allah kau takkan melalui keadaan yang sama lagi. Yakinlah dengan Allah, Laila. Dia takkan berlaku kejam pada kita semua. Jodoh yang Allah tentukan untuk kau nanti pasti akan membawa kau ke tempat yang paling kau impikan selama ini. Sebagai sahabat kau aku nak tengok kau hidup berkeluarga macam aku dan Madi. Tapi selagi kau tak lepaskan arwah Nahij pergi selagi itulah kau akan terus begini. Aku tahu, bukan sekadar aku tapi semua orang disekeliling kau menggantung harapan yang sama pada kau termasuklah arwah Nahij sendiri. Takde orang yang sanggup melihat orang yang disayangi terus hidup menderita. Begitu juga dengan arwah Nahij.” Hamidah mengalunkan sedikit dorongan agar Laila tidak lagi patah semangat seperti semalam dan kelmarin.
Laila mengangguk akur dengan nasihat Hamidah. Dia sedar itu. Semua orang disekelilingnya sering mengungkapkan kata-kata itu untuk membuatkan dia mengerti akan hakikat yang sedang dihadapinya. Sudah tiada ertinya dia mengimbas kenangan lama yang telah lama mati sedangkan di hadapannya masih ada seribu harapan yang boleh ditanamnya. Sayangnya kepada arwah Nahij harus dibuang dan digantikan dengan yang lain.
“Seharusnya empat tahun yang ada ni dah cukup membuatkan aku lupakan semuanyakan? Tapi aku sia-siakan semuanya dengan mengenang sesuatu yang dah tak boleh dikembalikan lagi,” ucap Laila perlahan.
“Tiada siapa yang boleh jamin kau akan lupakan semua yang berlaku dulu, Laila. Walaupun empat puluh tahun dah berlalu. Melainkan Tuhan mengambil semula ingatan kau tu. Tak salah kau ingatkan dia lagi tapi yang salah adalah apabila kau biarkan kehidupan kau tersekat oleh semua kenangan-kenangan kau dengan dia. Aku mungkin tak pernah melalui keadaan yang kau lalui tapi aku jugak seorang isteri yang sayangkan suami. Aku tahu betapa ngerinya bila membayangkan kita kehilangan suami. Aku dapat merasakan betapa peritnya bila kita hilang dahan kasih sayang yang selama ini menjadi tempat berpaut. Tapi kita kena optimis dalam menempuh setiap cubaan dari Allah. Takde ujian yang bersifat menyiksa dan takde kesakitan yang bersifat kekal kerana setiap kesakitan ada penawarnya. Sampai satu masa kekosongan yang ada harus diisi. Samaada kau yang mencari dan mengisinya atau kau biarkan orang lain yang mengambil tempat itu secara sendirinya. Itu semua tepuk dada tanyalah hati. Kita takkan selamanya muda, Laila. Aku tak mahu sampai waktu itu kau hanya mampu termenung sendiri bertemankan kesunyian tanpa kehadiran anak-anak atau seorang suami. Perempuan macam kita perlukan seorang lelaki yang mampu menjadi pelindung kepada wanita yang lemah macam kita. Wanita perlukan anak-anak untuk melengkapkan kehidupan kita sebagai seorang perempuan. Tanpa perkahwinan semua tu takkan mungkin boleh berlaku. Dengarlah nasihat aku ni, Laila. Aku tak mahu kau terus menyendiri lagi. Cukuplah dengan yang lepas!” luah Hamidah cukup lembut. Wajah sayu Laila dipandang sayang sebagai seorang sahabat.
“Aku tahu, Midah. Terima kasih sebab kau tak pernah jemu ingatkan aku.” Laila menjawab perlahan.
“Aku bercakap sebab aku sayangkan kau. Aku ambil berat pasal kau. Kalau kau sayangkan aku, tolong fikirkan apa yang aku katakan tadi. Tolong pertimbangkan.”

“Insya-Allah..” balas Laila akur.


14

Lukman memerhatikan perhentian bas di hadapannya. Kelibat seseorang dapat dilihatnya dalam kelam cahaya noen yang memancar. Pantas dia menghentikan keretanya di perhentian bas di hadapan bangunan Menara Wawasan itu. Lukman memandang wanita yang sedang duduk seorang diri di perhentian bas itu. Sedikit pun tidak pernah menjangka dia akan menemui Laila malam ini.
Menyedari waktu sudah semakin lewat Lukman nekad memunculkan dirinya di hadapan Laila. Ada terselit sedikit kebimbangan melihat Laila hanya sendirian di situ, disamping inilah peluang untuk dia mendekati Laila.
Laila hairan melihat kereta Walkswagon Passat berwarna kelabu yang tiba-tiba berhenti berhampiran dengannya. Dadanya berdegup kencang apabila ternampak pemandu kereta itu keluar dari kereta itu dengan wajah selambanya.
“Laila,” sapa Lukman lembut namun tidak terhias sedikit pun senyuman di wajahnya. Dia sebenarnya sudah keletihan akibat tuntutan kerja sepanjang hari.
Laila menggelabah melihat Lukman mula menghampirinya. Dadanya berdebar entah kenapa. Dia cuba mencipta akal untuk mengelak dari lelaki itu tetapi gagal. Semakin tidak senang kerana kehadiran teksi atau bas yang dinantikannya masih tiada sedangkan malam semakin larut. Rasanya dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu dalam keadaan dan di kawasan begini.
“Laila dah nak balik ke? Mari saya hantarkan,” pelawa Lukman lembut.
“Takpelah. Saya balik naik bas aja.” Laila menjawab agak mendatar.
“Dah hampir pukul sepuluh ni. Bas dah takde agaknya. Marilah saya hantarkan Laila. Bahaya awak duduk sendiri di sini.” Lukman masih cuba memujuk Laila biarpun dia sedar dirinya tidak diinginkan langsung oleh Laila. Penolakan Laila sudah diagaknya.
Ajakan Lukman itu sekali lagi tidak bersambut baik. Mata Laila semakin liar meligas ke kiri ke kanan. Saat ini dia berdoa agar bas lekas datang. Dia benar-benar tidak mahu menaiki kereta lelaki ini. Masakan dia harus akur dengan ajakan itu sedangkan dia tidak begitu kenal dengan Lukman? Namun entah kenapa bukan keselamatannya yang menjadi keutamaan dalam fikirannya saat ini. Sebaliknya dia bimbang hatinya mudah kalah kepada lelaki ini.
Laila resah! Mengapalah Lukman selalu datang di hadapannya? Tidak bolehkah jika Lukman buat tidak tahu sahaja kepada dirinya? Atau buat-buat tidak nampak sahaja? Mengapa kehadiran lelaki ini sering membuatkan dirinya tidak tenang? Ada kocakan pada permukaan hatinya tatkala berhadapan dengan Lukman.
“Saya takde niat yang tak elok pada awak, Laila. Tak boleh ke kalau sekali ni awak bersangka baik pada saya? Bukan semua lelaki jahat pada perempuan, Laila. Saya bukan Nazim! Saya cuma nak hantarkan awak balik ke rumah,” ucap Lukman mula dihambat kecewa dengan reaksi Laila kala itu.
“Saya boleh balik sendiri. Awak tak perlu susah-susah sebab saya,” jawab Laila. Dalam diam dia serba salah dengan kata-kata lelaki itu. Kini dia telah tersepit dengan keadaan. Bimbang jika dia sudah kehabisan idea untuk menolak akhirnya dia termakan juga pujukan lelaki yang tidak begitu dikenalinya ini. Dia masih tidak mampu untuk meletakkan kepercayaan kepada lelaki ini setelah dia sedar yang Lukman agak rapat dengan Nazim. Dia sedar apa risikonya dia membiarkan dirinya berdua-duaan dengan lelaki yang telah disakiti hatinya sebelum ini.
“Kenapa awak selalu prejudis pada saya?” soal Lukman serius.
“Sebab saya tak mudah membiarkan diri saya dekat dengan seorang lelaki yang saya tak begitu kenal,” jawab Laila pantas.
“Macamana awak nak kenal saya kalau awak asyik menolak kehadiran saya. Niat saya baik. Saya hanya nak hantar awak balik. Itu saja!”
“Takpelah, Lukman. Saya balik naik bas aja. Sekejap lagi bas mesti datang. Memang selalunya waktu-waktu macam ni bas lambat sikit. Saya bukannya nak bersangka buruk pada awak tapi saya memang tak mahu menyusahkan awak,” balas Laila tetap enggan menyahut pelawaan lelaki itu.
Lukman melanjutkan langkahnya untuk berada lebih dekat dengan Laila. Kakinya terhenti betul-betul di hadapan wanita itu. Penolakan Laila sudah diagaknya. Namun dia enggan berputus asa biar pun agak terkilan.
“Nazim masih ganggu awak?” soal Lukman lembut.
Laila diam sahaja enggan mengadu apa-apa. Nada lembut lelaki itu didengarinya dengan jelas. Tidak tergambar apa-apa niat buruk yang terselindung di sebaliknya. Dia tahu Lukman berniat baik kepadanya. Namun Laila tetap berasa janggal untuk menyambut ajakan itu. Masih ada sesuatu yang menghalangnya.
“Laila dengar tak apa yang saya tanya tadi?” tegur Lukman apabila Laila hanya buat tidak tahu sahaja kepada dirinya. Sikap Laila menghiris lagi hatinya. Niat sucinya langsung tidak dipandang.
“Dengar..” ucap Laila perlahan sahaja. Tampang lelaki itu dipandangnya namun entah kenapa semakin serba salah dia apabila melihat wajah itu. Lukman juga mungkin sama sepertinya. Baru pulang dari kerja. Masing-masing sedang keletihan.
“Teruk sangat ke saya ni sampai soalan saya pun awak tak sudi nak jawab? Saya nak hantar awak balikpun awak tak mahu. Teruk sangat ke saya ni? Saya langsung tak layak untuk dekat dengan awak ke? Sebab Nazim awak layan saya begini? Apa salah saya pada awak?” tekan Lukman sedikit sayu.
“Bukan macam tu. Saya cuma tak mahu menyusahkan awak, Lukman. Awak balik ajalah. Saya tetap nak naik bas.” Laila membalas tanpa menjawab soalan yang diajukan Lukman sebentar tadi.
Jawapan Laila itu membuatkan Lukman menghela nafas perlahan. Sukar benar untuk dia membeli jiwa wanita ini. Entah apa lagi yang harus dilakukan dia sendiri tidak tahu. “Tak susah apanya kalau setakat hantarkan awak balik. Saya memandu kereta bukannya jalan kaki. Kalau saya rasa itu menyusahkan saya tak berhenti tadi. Marilah, lagi susah kalau orang yang awak tak kenal berhenti di sini. Kalau orang tu tarik awak masuk ke dalam kereta diorang macamana? Awak juga yang susah nanti. Saya cuma bimbangkan keselamatan awak. Saya tahu kalau dengan saya, insya-Allah Laila akan sampai dengan selamat ke rumah.” Lukman tetap tidak berputus asa. Niatnya ikhlas kali ini. Dia hanya bimbangkan keselamatan Laila.
Laila hampir sahaja akur apabila terkenangkan kebenaran yang dikatakan Lukman itu. Tambahan pula hanya dia sahaja yang masih ada di situ. Tetapi baru sahaja dia mahu mengatakan ‘ya’ kepada ajakan Lukman itu dia ternampak bas Rapid KL yang selalu ditumpanginya untuk ke stesen LRT KLCC tiba. Hati Laila menjerit kesyukuran yang tidak terperi. Akhirnya dia punya sebab untuk menolak pelawaan Lukman. Keikhlasan Lukman sudah bersepai di matanya.
“Takpelah. Terima kasih atas ajakan tu. Bas yang saya tunggu dah sampai. Maafkan saya, Lukman. Saya tahu niat awak baik. Cuma mungkin masa aja yang tak sesuai,” kata Laila sambil dia melambaikan tangan untuk menahan bas itu.
“Masa tak sesuai? Apa maksud awak?” soal Lukman.
“Jangan bazirkan masa awak untuk saya. Saya bukan perempuan yang sesuai untuk awak. Saya pergi dulu. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya,” ucap Laila sebelum dia mendekati bas yang sudah berhenti untuk mengambilnya.
Lukman yang tertinggal di situ terpinga-pinga. Laila meninggalkannya di situ dalam keadaan dia tidak bersedia. Apa maksud Laila yang masa tidak sesuai? Apa pula maksud Laila yang mereka tidak sesuai bersama?
Lukman terpaku berdiri di situ. Wanita itu terus dipandang sehinggalah wanita itu mengambil tempat di dalam bas. Sempat mereka berbalas pandang sebelum kenderaan itu berlalu meninggalkan Lukman sendiri. Lukman sempat menafsirkan erti pandangan wanita itu kepadanya. Dia tahu Laila menolaknya bukan kerana benci. Bukan kerana tidak suka kepadanya. Tetapi kerana dia salah seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai. Sama seperti Nazim. Dia juga menggunakan wanita sekadar untuk keseronokan. Pantaslah ini dihadiahkan kepadanya.
Akhirnya dalam keadaan hati yang parah menahan kecewa Lukman kembali mendapatkan keretanya. Dia memandu laju dalam menahan sebal di dalam hatinya. Kenapalah Laila begitu susah untuk dipikat? Dalam pada kereta dipandu laju otaknya keras memikirkan strategi untuk memikat wanita itu. Apa terjadi sekali pun dia tetap tidak mahu berputih mata.
Ah!! Lukman nekad. Jika cara ini masih tidak berhasil dia akan beralih kepada cara lain. Apa nak jadi, jadilah!

Keesokan paginya Lukman memanggil Asmadi ke biliknya. Ini jalan terakhir yang dia ada untuk mendekati Laila selain dari jalan kotor Nazim itu. Tidak sampai beberapa minit arahan dititipkan melalui setiausahanya itu Asmadi muncul di biliknya.
“Encik Lukman panggil saya?” soal Asmadi lembut.
Lukman mengangguk dengan wajah serius. Namun tiada siapa yang tahu sebenarnya dia sedang berusaha keras mencari idea untuk mendapatkan nombor telefon Laila tanpa diketahui Asmadi.
“Er.. emm.. awak ada nombor telefon..er..” Lukman teragak-agak. Dia masih memikirkan apa yang harus dikatakannya. Masakan dia harus berterus terang akan niatnya?
“Nombor telefon siapa, Encik Lukman?” tanya Asmadi sedikit pelik melihat gelagat ketuanya itu.
“Er.. saya sebenarnya baru kehilangan telefon. Kebanyakan nombor klien kita saya simpan dalam telefon tu. Sebahagiannya saya dah dapat tapi klien kita bawah seliaan awak saya masih belum ada. Boleh beri saya nombor diorang?” luah Lukman setelah beroleh idea.
“Boleh. Nanti saya akan copykan untuk Encik Lukman. Lepas tu saya akan hantar.”
Jawapan Asmadi itu membuatkan apa yang diharapkan Lukman punah. “Saya nak sekarang. Bukan nanti!” ucap Lukman sambil memandang Asmadi serius.
“Err.. tapi semuanya dalam telefon saya ni. Takkan Encik Lukman nak saya sebutkan satu-satu. Bukan seorang dua klien yang saya jaga,” balas Asmadi sedikit ragu.
“Bukan semua yang saya nak. Saya nak klien yang masih aktif aja.”
“Tapi ramai yang masih aktif, Encik Lukman. Takkanlah saya nak sebutkan satu-satu? Jenuh Encik Lukman nanti.” Asmadi menjawab ragu. Pelik pula dilihatnya bosnya ini.
“Tak payah. Awak marking semua nama klien tu dalam phone book awak lepas tu bagi pada saya. Biar saya sendiri yang salin,” putus Lukman setelah menemui ideanya. Apa yang dia mahu telefon Asmadi itu berada di tangannya saat ini juga!
Arahan itu membuatkan Asmadi terpaku memandang Lukman. Lukman meminta dia memberikan gadjet peribadinya kepada lelaki itu? Biar benar bosnya ini!
“Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada apa-apa yang sulit ke dalam telefon awak tu? Ada gambar bogel isteri awak? Kalau ada pun saya tak peduli! Saya bukannya nak tengok gambar isteri awak, Asmadi. Saya cuma nak semua nombor telefon tu. Buat apa yang saya suruh tadi! Saya nak cepat!” tegas Lukman semakin tidak sabar. Wajah Asmadi direnung serius.
“Bukan macam tu..”
“Habis tu apa masalahnya?” tempelak Lukman pantas memotong bicara Asmadi.
“Apa kata saya hantar bussines card aja? Lagi senang. Encik Lukman hanya perlu simpan aja nombor tu,” ucap Asmadi saat idea itu terlintas di benaknya. Dia sempat tersenyum kepada bosnya itu.
“Saya kata saya nak salin. Apa awak pekak ke? Tak faham arahan saya?” bentak Lukman mula naik angin. Banyak pula alasan Asmadi seolah tahu apa yang sedang cuba dilakukannya.
Asmadi akur dengan hati yang berat apabila suara Lukman mula meninggi. Perlahan telefon bimbitnya dikeluarkan dari poketnya. Bahagian menu dibuka dan dia segera menekan butang masuk untuk ke bahagian ‘phone book’. Beberapa nama yang dipilihnya ditandakan bagi memudahkan Lukman mengenal pasti yang mana satu nombor yang berkaitan dengan urusan mereka. Dia langsung tidak menjangka apa sebenarnya yang bermain di benak Lukman. Setelah selesai dia memberikan kepada Lukman.
Lukman segera mencapai telefon itu. Sebaik sahaja berada di tangannya segala nombor yang ditandakan Asmadi tidak dipedulikannya sebaliknya jemarinya rakus menekan mencari nama seseorang. Kelakuannya diperhatikan Asmadi dengan rasa hairan. Semua nama yang ditandakannya langsung tidak disalin Lukman sebaliknya dia melihat Lukman sibuk menekan-nekan telefonnya seolah-olah sedang mencari nama seseorang.
“Encik Lukman cari nama siapa?” soal Asmadi mula sangsi.
Lukman hanya diam tidak mempedulikan pertanyaan Asmadi kerana matanya sudah menemukan sebaris nama yang hampir sama seperti yang ada di benaknya selama ini. Nama ‘Laila Huda’ tertera di dalam simpanan telefon Asmadi dan tiada orang kedua atau ketiga bernama hampir sama seperti itu tersimpan di dalam peti simpanan itu.
Hati Lukman bersorak girang dalam diam. Dia tahu itu adalah nombor Laila yang diidamkannya. Tanpa menunggu lagi Lukman lantas mencoretkan beberapa angka itu di atas memo pad di hadapannya. Kemudian dia menekan butang ‘kembali’ untuk menukar paparan di skrin telefon itu kepada skin asal. Tujuannya supaya Asmadi tidak tahu nombor siapa yang diambilnya tadi. Kemudian dia terus menghulurkan telefon itu kepada Asmadi.
Asmadi cuba melihat nombor yang ditulis oleh Lukman namun pandangannya terus dihalang oleh lengan Lukman yang cukup pantas menindih memo pad itu.
“Encik Lukman salin satu nombor aja? Tadi kata nak semua nombor klien?” soal Asmadi kehairanan dengan sikap Lukman. Lebih hairan lagi dalam banyak-banyak pekerja dia pula yang dipanggil Lukman sedangkan setahunya bahagian pentadbiran turut menyimpan nombor telefon bagi semua orang yang mereka berurusan.
“Awak boleh keluar sekarang,” ucap Lukman puas. Tanda tanya di benak Asmadi tidak dipedulikannya. Apa yang penting keinginannya sudah terlaksana kini.
Asmadi terpaku sendiri memandang Lukman. Rasanya dia seperti sedang dipermainkan Lukman. Tetapi dia tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada bosnya ini. Mahu marah dia takut dibuang kerja pula. Tetapi jelas sekali dia menganggap sikap Lukman menceroboh hak peribadinya cukup biadap.
“Apa lagi yang awak tunggu? Saya dah habis berurusan dengan awak.” Lukman menaikkan sedikit suaranya kepada Asmadi yang masih terpacak di hadapannya.
Menyedari dia sudah tiada pilihan lain Asmadi akhirnya berpaling. Sebahagian hatinya mendongkol geram dengan perangai Lukman yang tidak tahu menghormati privasi orang lain. Namun ketika dia sedang memulas tombol pintu bilik itu namanya dipanggil semula oleh Lukman. Asmadi berpaling semula kepada bosnya itu. Wajah Lukman dipandangnya hambar.
Lukman menghela nafas perlahan. Perlahan ada rasa bersalah merayap ke dalam dirinya saat menatap renungan kosong Asmadi kepadanya. Tidak seharusnya dia melayan Asmadi begitu memandangkan apa yang telah diambilnya daripada lelaki itu.
“Maafkan atas sikap saya tadi, Asmadi. Saya tak sepatutnya bersikap macam tu pada awak. Terima kasih atas pertolongan awak tadi,” ucap Lukman kembali mengendurkan suaranya. Tanpa Asmadi dia tidak tahu bagaimana lagi untuk dia mendapatkan Laila. Ini sahaja jalan yang tinggal baginya.
Kelembutan hati Asmadi membuat dia terus tersenyum kepada Lukman. Perlahan dia mengangguk tanda memaafkan lelaki itu. Seketika kemudian dia terus berlalu meninggalkan bilik itu.
Sepeninggalan Asmadi, Lukman segera mencapai telefonnya. Nombor yang disalinnya sebentar tadi segera dipanggilnya. Kemudian gadjet hitam itu dilekapkan ke telinga. Tidak sampai beberapa saat kemudian dia mendengar suara seorang wanita menjawab.
Dada Lukman berdebar seketika. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada wanita itu. Namun setelah beberapa kali wanita itu menyapa hello Lukman menarik nafas dalam bagi mengumpul keberanian untuk memperdengarkan suaranya kepada wanita itu.
“Laila..” ucap Lukman lembut.
“Ya, saya Laila. Awak ni siapa?” jawab Laila dari hujung sana. Lembut sahaja nadanya tanpa mengesyaki apa-apa kepada si pemanggil.
“Saya Lukman..”
Serentak itu talian itu berubah hening apabila namanya diperdengarkan. Lukman yakin Laila pastinya tidak bersedia untuk menerima panggilan darinya. Mungkin juga terkejut. Mungkin juga tidak suka.
“Dari mana awak dapat nombor telefon saya?” soal Laila. Kali itu nadanya mula berubah serius. Ada rasa gusar merayap dalam dirinya apabila suara lelaki itu kedengaran begitu dekat dengan dirinya. Entah kenapa ada sejenis rasa mula menganggu hatinya.
“Dari seseorang yang kenal awak.”
“Siapa?” soal Laila semakin tertanya. Mustahil Nazim kerana lelaki itu tiada nombor telefon peribadinya kerana dia sengaja merahsiakannya daripada Nazim. Jadi siapa?
“Tak perlulah saya sebutkan siapa. Kalau saya bagitahu nanti mesti Laila akan marah dia. Tapi bukan salah dia sebab saya sebenarnya mendapatkan nombor Laila secara curi-curi. Orang tu tak tahupun yang saya curi tahu nombor Laila daripada dia,” ucap Lukman lembut.
“Jadi awak nak apa telefon saya ni?”
“Awak tahukan apa yang saya nak dari awak? Saya masih tak putus harapan walaupun awak dah menolak saya sebelum ni. Saya betul-betul sukakan awak. Saya tak main-main!” ucap Lukman bersungguh. Ingin benar dia membukan keresahannya selama ini agar Laila mengerti apa yang sedang dirasainya tetapi sayang sekali pun dia tidak diberikan peluang.
Laila menghela nafas perlahan. Memang dia faham. Tetapi sayangnya dia bukanlah seorang wanita yang mudah percaya kepada seorang lelaki. Dalam keadaan begini dia merasakan ada banyak hal yang menghalang mereka. Terutama sekali status dirinya.
“Saya ni janda, Lukman. Awak kena sedar tentang itu. Apa kata orang nanti?” balas Laila sedikit lembut.
“Saya tak mahu ambil tahu apa orang nak kata. Saya tetap nak kawan dengan awak. Tolong jangan hampakan saya. Semenjak saya kenal awak saya hidup saya jadi tak tentu arah. Saya selalu nak awak dekat dengan saya. Salah ke apa yang saya rasa ni? Awak bukan isteri orang. Takde salahnya bagi saya status awak yang pernah bersuami tu. Saya terima seadanya, Laila. Sekurang-kurangnya awak perlu kenal siapa saya sebenarnya sebelum awak menolak. Tak adil awak menolak saya hanya kerana saya kawan Nazim. Sama juga tak adil saya merendahkan awak hanya kerana takdir menentukan yang awak berjumpa dengan saya selepas awak menjadi balu. Itu semua tak boleh lagi diubah!” ucap Lukman lembut cuba memenangi pertimbangan Laila tentang hasrat hatinya.
Laila terdiam seketika. Kata-kata Lukman menusuk lembut ke dalam sanubarinya. Suara itu kedengaran jujur. Tiada apa yang harus disangsikan. Akhirnya rintihan sayu lelaki itu berjaya juga merubah ketenangan hatinya. Pujukan itu menggugat juga pendiriannya dalam diam. Laila sedar memang dia tidak berhak untuk menghukum Lukman sebegitu tetapi entah kenapa masih ada sesuatu yang membebani perasaannya.
“Saya susah nak terima lelaki lain dalam hidup saya, Lukman.” Laila menjawab akhirnya.
“Kenapa? Sebab Nazim?”
“Bukan sekadar dia aja yang menjadi penyebabnya tapi ada sesuatu yang lebih bersifat peribadi. Saya tak akan beritahu awak sebab itu rahsia hidup saya,” balas Laila agak perlahan. Harapannya Lukman akan mengerti.
Lukman menghela nafas kecewa. Sekali lagi dia menghidu penolakan Laila kepadanya. “Takkan langsung takde ruang untuk saya, Laila?” ucap Lukman merendah suaranya.
“Buat masa ini belum ada lagi, Lukman. Maafkan saya. Saya dah kata awak jangan bazirkan masa mengejar saya lagi. Awak hanya buang masa! Lagipun lelaki bujang macam awak lebih sesuai dengan perempuan yang belum pernah berkahwin. Kita memang tak sesuai bersama. Saya dah terbiasa hidup tanpa lelaki. Buat masa ini keadaan akan kekal begitu,” ucap Laila tetap dengan pendiriannya.
“Saya dah agak dah! Awak tetap akan menolak saya walau apa pun yang saya cakapkan? Mungkin saya yang tak layak untuk awak,” balas Lukman kecewa.
“Saya tak menilai awak macam tu. Tolong jangan ambil hati apa yang saya cakap tadi. Saya takde niat nak menghina awak. Saya tak kata awak lelaki yang tak baik untuk saya. Cuma saya belum bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidup saya. Itu saja!” luah Laila lembut agar lelaki itu mengerti makna penolakannya kali ini.
“Okaylah. Saya tahu saya tak berhak mendesak awak. Terpulanglah pada awak kalau itu yang awak rasa baik. Saya hanya buat apa yang termampu aja. Maafkan saya kalau saya menganggu awak. Bye..”
Serentak itu talian terus dimatikan Lukman. Sudah bergunung rasa kecewa yang dirasainya termasuk hari ini. Laila tetap berkeras dengan pendiriannya. Lukman meraup wajahnya hampa. Terlalu hampa sehingga sesak dadanya. Buat pertama kali dalam hidupnya dia dikecewakan oleh seorang wanita. Dia dikecewakan begitu sahaja! Betapa terhinanya dirasakannya saat itu.
Kali ini Lukman nekad. Jika cara baik tidak berhasil juga. Dia akan melakukannya dengan cara kasar. Jika Laila enggan membiarkan dia memuliakan wanita itu sebagai permaisuri hatinya maka dia akan menghinakan wanita itu persis seorang janda!

Laila seperti biasa mengemas mejanya setelah selesai kerja. Pen yang digunakan dikembalikan ke dalam bekasnya dan segala dokumen kerjanya dikemaskan sebelum disimpan di dalam kabinet di belakang mejanya.
“Laila, saya hantarkan awak balik?” sapa Puan Maznah membuat pelawaan itu setelah melihat jam di tangannya sudah hampir ke angka sepuluh. Bimbang pula apabila memikirkan Laila pulang dengan kenderaan awam. Takut Laila tidak mendapat bas untuk pulang.
“Tak payahlah, Puan Maznah. Saya naik bas aja.” Bersama sedikit senyuman Laila sekadar menolak lembut pelawaan itu. Bukannya dia tidak biasa pulang dalam waktu seperti ini. Laila tidak bimbang.
Membesar sedikit pandangan Puan Maznah kepada wanita muda itu. “Betul ni? Dah lambat ni. Takut nanti awak takde bas pulak nak balik. Nanti tak pasal-pasal awak terpaksa tidur kat office pulak.” Masih terselit sedikit keraguan di hati wanita tua ini memandangkan Laila perempuan dan hanya sendirian diwaktu-waktu seperti ini.
Bicara Puan Maznah membuatkan Laila tersenyum. “Ada bas, insya-Allah. Semalam saya balik lambat juga. Tapi sampai juga ke rumah macam biasa. Bas yang terakhir jam 11:45 nanti, Puan Maznah. Sekarang baru pukul sepuluh lebih.” Laila menjawab yakin.
Puan Maznah akhirnya akur dengan penolakan Laila. “Kalau macam tu saya balik dulu. Baik-baik jalan nanti. Seeloknya awak balik aja sekarang. Kerja tu sambung aja esok.” Wanita itu sempat meninggalkan pesanannya. Bimbang benar dia kerana sudah tiada siapa di pejabat ini melainkan pengawal keselamatan. Walaupun pengawal keselamatan ada dua tiga orang, masih tidak selamat Laila berada di situ.
“Iyalah. Memang saya dah nak balik ni. Tinggal nak kemas meja ni aja. Terima kasih, Puan Maznah.”
“Sama-sama. Jumpa lagi esok,” balas Puan Maznah lembut sebelum meninggalkan Laila di bilik itu sendiri.
Laila meneruskan kerjanya yang tergendala setelah pemergian Puan Maznah. Mejanya dikemaskan sepantas mungkin. Dia memang mahu lekas balik kerana batang tubuhnya ini sudah terlalu letih. Sudah beberapa hari dia kurang rehat.
Seperti biasa Laila menunggu bas di tempat kebiasaan dia menanti. Perhentian bas itu amat sunyi. Dalam hatinya dia risau juga jika Lukman muncul lagi seperti dua hari lepas sementelah dia sebenarnya sudah kehabisan idea untuk beralasan. Harap-harap Lukman sudah berputus asa untuk mendekatinya.
Hampir lima belas minit menanti bas yang dinanti tidak tiba. Sebaliknya dalam kealpaan sendiri tiba-tiba sahaja mulutnya ditekup dari belakang. Laila meronta kuat. Namun batang tubuh di belakangnya itu bukan tandingannya. Tekupan yang kuat membuatkan nafas yang cuba diambilnya terasa sungguh payah. Laila sedar dia sudah terhidu sesuatu yang menyesakkan nafasnya. Semakin dalam nafas dihela semakin itu dia merasa sesuatu berlaku kepada dirinya. Kepalanya terasa pening dan dia merasa dirinya tidak berdaya. Akhirnya beberapa saat kemudian rontaannya berubah lemah dan Laila akhirnya sudah tidak sedar lagi..

Sebuah kereta berhenti di satu sudut yang agak tersorok di sebuah bangunan kondominum mewah. Si pemandu itu terus mencapai telefonnya dan nombor seseorang didailnya. Beberapa saat kemudian panggilannya bersambut.
“Aku dah dapat dia, Luk. Aku ada kat bawah sekarang. Kat down basement. Turun cepat sikit. Aku risau security datang,” ucap Nazim tanpa memberi salam kepada Lukman. Nada suaranya kedengaran sedikit cemas. Bimbang juga kelibatnya di situ diperhatikan orang.
“Bagus! Aku turun sekarang,” ucap Lukman kemudian dia terus mematikan talian.
Sesampai sahaja di kereta Nazim, Lukman terus sahaja membuka bahagian belakang kereta itu. Dia menatap lama Laila yang sedang terkapar tidak sedarkan diri di kerusi belakang.
Akhirnya kau datang jugak pada aku, Laila. Akhirnya kau jadi hak aku! Lukman berkata sendiri dalam hati. Iblis dalam hati mula meraikan kemenangan apabila terlaksananya dendam kesumatnya kepada wanita ini.
“Kesan ubat tu tak lama, Luk. Kau kena cepat bawak dia naik atas,” ucap Nazim sambil memandang sekeliling. Bimbang orang lain akan ternampak perbuatan mereka.
Lukman terus mengangguk. Matanya masih tidak puas meratah keindahan tubuh Laila yang terbaring di belakang kereta itu.
“Buat macam yang aku cakap hari tu. Tapi jangan buat betul-betul pulak. Benda tu boleh jadi bahan kantoikan kita nanti. Kau buat-buat ajalah macam benda tu ada!” pesan Nazim sekali lagi. Serius!
“Aku tahulah..” balas Lukman tidak begitu mempedulikan bicara Nazim. Baginya kehadiran Laila lebih bermakna berbanding bebelan Nazim.
“Lepas kau dah habiskan dia kau bagi balik kat aku,” kata Nazim lagi. sempat juga menyampaikan hasrat yang sudah lama terpendam. Mahu tidaknya. Dia yang mencempung Laila tadi. Kecur liurnya melihat tubuh Laila tidak berdaya begitu.
Kali ini Lukman menoleh kepada Nazim. Tatapan matanya berubah tajam. “Kau nak buat apa dengan dia?” soal Lukman curiga. Dia sedar bukan hanya dia sahaja yang hauskan kenikmatan tubuh perempuan ini tetapi Nazim juga. Tidak padan dengan tua sudah beristeri ada hati mahukan pucuk muda! Hati Lukman mengutuk jijik.
Nazim tersengih seketika. Dia menggaru pipinya yang tidak gatal. “Aku pun nak merasa juga. Takkan kau aja kot. Susah-susah aku cekup dia tadi. Lepas kau akulah pulak,” katanya sambil tersengih.
“Ah! Kau ambil aja yang lain. Dia ni aku yang punya. Aku tak suka kongsi dengan orang lain. Kalau aku tahu kau cuba dekat dengan dia nahas kau!” ucap Lukman keras. Idea Nazim langsung tidak digemarinya. Perempuan secantik Laila hanya sesuai untuk dirinya.
“Alah, kau ni.. perempuan ni bukannya kau nak buat bini pun. Bagilah aku rasa sekali. Lama aku ayat dia tapi tak dapat!”
“Aku cakap tak boleh! Dia hak aku! Kau buat apa-apa pada dia, aku akan lenyapkan kau dan anak bini kau sekali! Faham?” ancam Lukman keras. Wajah Nazim ditatap tajam sebelum kembali memandang Laila di dalam kereta. Dia tidak suka Nazim menganggu Laila. Laila adalah haknya!
Nazim terus terdiam mendengar ugutan itu. Tindakan Lukman sekadar dipandang sambil menelan rasa hampa. Kempunanlah dia kalau Lukman awal-awal lagi sudah menolak. Bukan hanya Lukman yang kepingin untuk merasai tubuh Laila tetapi dia memang sudah lama memasang jerat. Tetapi nampaknya dia terpaksa melupakan keinginannya itu kerana dia tahu Lukman memang tidak suka orang lain mengganggu apa yang disukainya. Jauh sekali mahu berkongsi. Sedikit sebanyak ancaman Lukman membuatkan dia tidak jadi mahu meneruskan hasratnya. Dia tahu orang berduit macam Lukman boleh berbuat apa sahaja yang dimahukannya. Termasuklah membunuhnya jika sudah terdesak.
Lukman tanpa menunggu lagi terus mencempung tubuh Laila untuk di bawa naik ke rumahnya. Mujurlah kawasan rumahnya ini agak privasi. Tidak ramai orang berkeliaran dalam waktu seperti ini.
Sesampai di rumah Laila terus dibawanya masuk ke bilik tidurnya. Inilah saat yang ditunggunya! Laila sudah berada di dalam bilik tidurnya. Lukman benar-benar tidak sabar untuk melunaskan rindu dendamnya kepada wanita ini.
Perlahan Lukman naik ke atas katil. Batang tubuh Laila yang terkapar tidak sedarkan diri didekatinya dengan hati-hati. Buat seketika dia menatap sepuas-puasnya kecantikan Laila. Sungguh! Dia benar-benar terpesona melihat seraut wajah itu dari dekat. Nafas Laila yang cukup teratur membuatkan naluri jantannya semakin tidak keruan.
“Kau memang cantik, Laila. Sayang sekali kau menolak. Kalau tak dah lama aku suruh mak aku pinang kau jadi bini aku,” luah Lukman seolah-olah Laila sedang mendengarnya.
“Aku cuma nak kau tahu, aku tak pernah kecewa selama ini. Setiap perempuan yang aku dekati takde yang mampu menolak aku. Aku nak kau juga begitu!” bicara Lukman lagi sambil membelai pipi Laila.
Lukman menanggalkan tudung di kepala Laila. Rambut Laila yang hitam mengurai itu diusapnya lembut. Semakin tidak tertahan dia melihat Laila tanpa tudung menutupi kepalanya. Kecantikan yang selama ini tersembunyi sudah terdedah di hadapan matanya. Lukman kian tidak keruan. Keinginannya untuk memiliki tubuh Laila semakin sukar dibendung. Jika dia tidak dapat memiliki Laila selamanya perasaan ini akan ditawarkan dengan memiliki Laila buat semalam.
Lukman nekad! Dia tidak peduli lagi apa natijahnya.
Tanpa belas kasihan Lukman memperlakukan Laila semahunya. Pakaian Laila ditanggalkannya satu persatu sehingga apa yang seharusnya terlindung sudah kelihatan. Semakin itu dia tidak mampu mengawal nafsunya. Tubuh Laila dipeluknya erat.
“Aku memang sukakan kau, Laila. Tapi kau menolak aku! Maafkan aku atas semua ni. Aku tak boleh lepaskan kau semudah tu. Tak boleh!” ucap Lukman sendiri.
Lukman terus tenggelam bersama nafsu serakahnya. Keikhlasan hatinya selama ini tidak kekal lama. Hakikatnya dia masih lagi Lukman yang semalam saat hatinya dipasung oleh kerinduan kepada wanita itu. Keasyikan dosa itu menghanyutkannya sehingga dia tidak sedar mata yang sebentar tadi tertutup mula terbuka. Kesan klorofom itu sudah hilang dan Laila sudah mula terjaga.
Laila terkedu. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada dirinya. Dia tidak tahu di mana dia sedang berada. Namun sepantas kilat dia menjerit apabila akalnya yang sudah dipengaruhi sejenis ubat pelali itu menafsir tentang seorang lelaki yang sedang berada di atas tubuhnya.
Lukman tersentak apabila jeritan Laila tiba-tiba melengking dekat di lubang telinganya. Sepantas kilat dia menekup mulut Laila. Buntang mata Laila saat bola matanya sudah mengecam wajah yang berada terlalu dekat dengannya itu. Namun wanita itu enggan mengalah. Mereka berdua bergelut seketika.
“Laila..” panggil Lukman cuba menenangkan Laila. Mulut Laila terus ditekupnya.
Namun Laila tetap meronta untuk melepaskan diri. Menyedari kudratnya tidak sekuat mana untuk melawan dia berusaha memukul-mukul lelaki yang amat dikenalinya itu untuk melepaskan diri. Lelaki itulah yang mengajaknya naik kereta bersama semalam ketika dia menanti di perhentian bas. Lelaki itu juga yang memujuk rayunya kononnya menyukainya dengan seikhlas hati.
“Laila, aku memang sukakan kau. Aku sayangkan kau. Tolong jangan buat aku macam ni..” pujuk Lukman cuba menenangkan Laila. Wajah Laila yang meligas ke kiri ke kanan cuba ditenangkannya namun semakin dia memujuk semakin itu Laila sukar mengawal dirinya.
“Lepaskan aku, binatang! Aku tak izinkan kau untuk sentuh tubuh badan aku. Aku tahu kau memang jahat. Kau penipu! Kau dengan Nazim sama aja. Binatang!” Laila terus meronta dalam pada dia rancak memaki hamun Lukman.
“Jangan samakan aku dengan Nazim, sayang. Aku Lukman. Aku memang sukakan kau semenjak awal lagi. Laila, aku berjanji akan bertanggungjawab pada kau. Sekali ni aja, Laila. Aku cuma nak kau jadi milik aku,” pujuk Lukman masih cuba untuk melemahkan pendirian Laila. Siapa tahu Laila akan menyerah. Namun dia tahu semua itu sebenarnya mustahil.
“Jangan! Lepaskan aku, Lukman. Aku lapor polis kalau kau apa-apakan aku. Lepaskan aku!!!!” jerit Laila dalam rontaannya. Dalam pada dia berhempas pulas mahu melepaskan diri secara tidak sengaja Laila tercakar leher lelaki itu.
Jeritan Lukman melengking keras. Lehernya ditekap. Pedih dirasakannya kesan cakaran itu. Amukan Laila akhirnya membuatkan dia hilang sabar. Melihat Laila semakin sukar dikawal Lukman akhirnya menampar Laila sekuat tenaga lelakinya. 
Tamparan itu membuatkan wajah Laila terteleng ke kanan. Hanya dengan sekali pukulan sahaja Laila kembali terkulai tidak berdaya. Rontaannya melonggar tanpa dapat dikawal lagi. Perlahan pandangan matanya kembali gelap bersama lelehan darah di hujung bibirnya.
“Kalau kau tak malu laporlah pada polis. Kau ingat aku takut dengan ugutan kau? Kau tengoklah! Ini Lukmanlah. Kau akan menyesal sebab buat aku kecewa, Laila! Kau menolak aku macam aku ni takde harga diri. Sekarang kau rasalah akibatnya! Takde seorang perempuan pun yang pernah kecewakan aku selama ini! Takde perempuan yang pernah menolak aku!” ucap Lukman marah.
Kebisuan Laila memberi Lukman peluang untuk mengawal dirinya. Perlahan dia mengesat lehernya yang mulai terasa pedih. Ada terdapat kesan darah akibat dicakar Laila. melihat darah di telapak tangannya Lukman mendegus sendiri. Lama wajah itu dipandangnya. Tindak tanduk Laila selama ini kembali terimbas di benaknya. Semakin itu api dendamnya kepada Laila memarak hebat. Soal dosa dan pahal sudah lenyap sama sekali dari fikirannya. Apa yang dia tahu kekecewaannya harus ditebusnya malam ini juga.
Lukman nekad! Apa jadi sekalipun dia tetap akan mendapatkan Laila.

Nasi sudah menjadi bubur..
Laila menghumban habis segala barang yang ada di hadapannya ke arah Lukman yang cuba menenangkannya. Esakannya kian menggamatkan bilik itu. Berderai air matanya saat menyedari dia sudah terlambat. Dirinya sudah diambil kejam oleh lelaki keparat itu.
“Sabar, Laila..” Lukman cuba memujuk. Amukan Laila saat itu benar-benar  mencemaskannya.
“Apa sabar? Kau memang binatang! Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau?? Kenapa kau musnahkan hidup aku?” Laila memekik histeria. Sukar diterimanya apabila dirinya diperlakukan begini. Ternyata telahannya tentang lelaki ini tidak silap! Keikhlasan Lukman hanya dusta!
“Laila... aku cuma..” Lukman tidak sempat menghabiskan kata apabila Laila segera mencapai lampu meja yang berada dekat dengannya lalu dilemparkan ke arah Lukman. Balingannya tepat mengenai bahagian kiri dahi lelaki itu.
“Aarrghh!!!” spontan jeritan Lukman yang bergema di bilik itu. Dahinya ditekup dengan tangannya. Akibat balingan itu dahinya mula menerbitkan sedikit benjolan. Kesakitan yang dirasainya menyebabkan hatinya mula terbakar. Sudah dua kali Laila mencederakannya. Semalam dia sudah dicakar Laila. Kali ini dia dibaling dengan lampu meja pula.
“Dasar janda murahan!!!” jerkahnya lantang. Saat itu Laila terus ditariknya kasar lalu dihumbannya ke katil.
“Kau ni memang kurang ajar!!! Ya! Memang aku rogol kau semalam. So what??” herdik Lukman kuat. Matanya melolot tajam memandang Laila yang terkapar tidak berdaya. Kedegilan Laila semakin menyemarakkan dendam di hatinya.
“Aku laporkan pada polis. Biar kau masuk penjara!! Jantan sial!!!” pekik Laila sekuat-kuat hatinya. Dia mahu bangkit semua untuk mempertahankan diri tetapi malangnya selimut yang membaluti tubuhnya itu membuatkan pergerakannya agak sukar.
Lukman menerpa laju ke arah Laila. Kedua-dua tangan Laila ditekannya ke atas katil. Saat itu timbul ideanya untuk mengenakan Laila habis-habisan. Mendengar ugutan Laila yang mahu memenjarakannya membuatkan dia berang.
“Aku pikat kau baik-baik tapi kau langsung tak layan aku. Kau buat aku macam sampah! Kau buat aku terhegeh-hegeh! Kau ingat kau hebat sangat?” ucap Lukman tajam. Wajah sendu Laila ditatap puas. Senang melihat Laila tidak berdaya di bawah kongkongannya. Dia boleh berbuat sesuka hatinya.
Laila menangis sayu mendengar bicara Lukman. Sesungguhnya Lukman tidak pernah tahu apa yang sering bermain di hatinya. Lukman tidak tahu dia sering memikirkan untuk mempertimbangkan hasrat lelaki itu. Apakah dia sudah tersalah selama ini?
“Kenapa kau menangis? Selama ini kau hebat sangat. Kau nak laporkan pada polis? Pergilah! Tapi kau jangan fikir aku bodoh, perempuan! Aku dah rakam semua yang berlaku semalam. Aku dah rakam gambar kau tanpa seurat benang pun, kau tahu? Kalau kau laporkan pada polis kau tunggu aja gambar kau yang macam perempuan sundal tu tersebar dalam internet. Pergilah laporkan kalau kau mahu. Aku tak kisah! Yang penting aku puas dengan apa yang aku dah dapat dari kau dan aku takkan lepaskan kau semudah itu. Faham! Alang-alang masuk penjara, biar sampai aku puas dulu.” Lukman ketawa galak. Leher Laila kembali digomolnya.
“Lukman, tolong lepaskan aku,” rayu Laila agar Lukman melepaskannya tetapi Lukman hanya memekakkan telinga. Dia tetap meneruskan perbuatan durjananya kerana dia tahu Laila tidak akan berani mengapa-apakannya. Dia cukup tahu!
Beberapa jam kemudian..
“Kalau kau hebohkan perkara ni, nahas kau! Aku cincang mak ayah kau sekali dengan kau-kau sekali sampai takde siapa boleh cam kau. Kau dengar sini baik-baik, janda murahan. Aku akan buat kau susah kalau kau buat aku susah! Aku akan sebarkan gambar kau dengan aku semalam kalau kau berani-berani buat laporan polis. Faham??” ugut Lukman sambil dicekaknya rambut Laila kasar.
“Sampainya hati kau buat aku macam ni? Mana hati perut kau sebagai manusia, Lukman!” jerit Laila dalam tangisan sayu. Dia tahu dia sudah tidak berdaya lagi. Sudah terlambat kerana Lukman sudah berjaya mendapat apa yang dimahukannya. Tidak cukup sekali Lukman mengulangi lagi perbuatan itu berkali-kali. Dia sedar itu adalah salah satu cara yang paling baik untuk Lukman menghinanya.
“Kau takde salah. Cuma kau ni cantik sangat. Aku lelaki, Laila. Susah nak kawal nafsu dengan perempuan macam kau. Itu saja..” Lukman menjawab selamba. Keikhlasannya selama ini terbang oleh dendam yang memaut hati.
Laila tidak lagi mampu untuk menjawab. Tangisan sayunya terus berlagu bagaikan tiada noktahnya. Entah apa malangnya dirinya. Kenapa dia yang harus menjadi mangsa nafsu buas lelaki ini?
“Terima kasih sebab benarkan aku merasa tubuh badan kau yang hebat ni. Lain kali kalau kau mahu lagi cakap dengan aku ya?” Lukman berkata sambil menolak kepala Laila ke tilam itu. Dia tertawa senang setelah puas sekali lagi meratah tubuh Laila. Sebuah kemenangan mutlak menjadi miliknya setelah Laila tidak lagi menjerit memaki dan memarahinya.
Laila menangis lagi setelah Lukman menjauh darinya. Tubuhnya membeku di atas katil itu dengan hanya dibungkus oleh selimut tebal. Dunianya dirasakan gelap segelap-gelapnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Menangis sahaja tidak akan menyelesaikan masalah.
Lukman pula sudah menghilangkan diri di sebalik bilik air. Jika diikutkan hatinya saat ini seperti mahu dibunuhnya lelaki itu tetapi dia tahu kekuatannya tidak semana. Mahu melaporkan kepada pihak berkuasa namun ugutan Lukman masih terngiang jelas di telinganya. Sentiasa ligat berputar mencelarukan pemikirannya. Laila yakin Lukman pasti sudah merancangkan ini semua dengan teliti. Dia tahu Lukman sudah merencana segalanya termasuklah juga gambar tentang dirinya itu.
Laila buntu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Masakan dia harus mendiamkan diri sahaja setelah apa yang dilakukan oleh Lukman kepadanya? Dia teringatkan Nazim. Laila yakin Nazim adalah sebahagian daripada ini semua. Dua sahabat itu pastinya sudah berpakat semenjak awal lagi.
Sepuluh minit kemudian Lukman selesai mandi. Laila di atas katil direnungnya seketika. Bukannya tiada rasa kasihan di hatinya namun mengenangkan kesombongan Laila kepadanya sebelum ini semua rasa itu lenyap entah kemana. Baginya Laila memang berhak disakiti setelah dia disakiti sebelum ini.
“Dah! Jangan nak menangis lagi. Kau pun bukannya dara lagi. Buat apa nak menangis macam dah hilang dara? Pergi mandi! Aku hantar kau balik sekarang. Tapi kalau kau tak mahu balik pun takpe. Aku lagi suka. Bolehlah aku buat apa yang aku suka kat kau. Kau pun dah janda. Mesti kau gersangkan lelakikan?” ejek Lukman cukup jengkel.
Laila pantas menghalakan bola matanya yang sudah merah kepada Lukman. “Kau ni memang binatang. Aku benci tengok muka kau! Aku takkan maafkan jantan sial macam kau!” Laila terus mencemuh sebaik sahaja bangun dari katil itu. Dia mahu berjalan untuk menjauhi lelaki bajingan itu namun tiba-tiba batang tubuhnya terjelepuk jatuh di atas karpet itu. Laila hanya mampu mengerang kesakitan yang dirasakan dari separas pinggangnya akibat kebuasan Lukman.
“Kenapa, sayang? Sakit ke? Sorrylah kalau aku kasar sangat tadi. Nak buat macamana kalau dah tak boleh tahan,” ucap Lukman dalam kelembutan yang sengaja dibuat-buat sambil membantu Laila bangun. Tubuh Laila mahu dipeluknya lagi namun Laila lekas menepis.
“Jangan sentuh aku! Aku jijik tengok muka kau!” pekik Laila sambil menolak dada lelaki itu sekuat-kuat hatinya.
“Hey! Kau ni.. aku tampar kau karang baru kau tahu! Orang nak tolong menyombong pulak. Kalau dah tahu diri tu sakit buat cara sakit!” Menyirap darah Lukman melihat keengganan Laila menerima bantuannya.
“Suatu hari nanti kalau anak perempuan kau yang diperlakukan seperti ni, kau sendiri akan ikut terasa sakitnya, binatang! Jangan dekat dengan aku. Aku benci tengok muka kau! Sampai mati aku takkan maafkan kau!” cemuh Laila sambil merentap lengannya yang dipegang Lukman. Langkahnya yang tergendala tadi diatur dengan hati-hati.
Lukman hanya ketawa setelah mendapat cemuhan percuma itu. Tak hairan dia dengan cemuha itu. Apa yang penting Laila sudah berjaya ditawannya biarpun dalam keadaan yang hina. Dia sudah cukup puas.
Tetapi tiba-tiba tawa Lukman mati apabila dia ternampak sesuatu di atas cadar di tilam itu tempat Laila berbaring semalam. Kepalanya dipalingkan untuk memandang Laila tetapi Laila sudah menghilang di dalam bilik air. Saat itu dia mendekatkan dirinya ke katil. Kesan itu cuba dibeleknya.
“Darah ke ni?” soal Lukman sendiri sambil memandang kesan berwarna kemerahan itu dengan lebih dekat lagi.
“Kenapa ada darah kalau dia dah janda?” Lukman menyoal sendiri. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku kepada Laila.
Namun lekas-lekas dia menarik cadar tilam itu untuk ditukarkan. Nayalah dia kalau orang lain melihat kesan darah itu. Apatah lagi bukan hanya dia sahaja yang ada kunci rumah ini. Ayahnya juga bisa masuk ke rumah ini bila-bila masa sahaja tanpa perlu memberitahu kepadanya.
Lukman terus memasukkan cadar itu ke dalam mesin basuh. Dia juga tidak mahu Laila melihat kesan darah itu. Tetapi dalam hatinya tertanya-tanya juga. Kenapa mesti ada kesan darah itu jika Laila bukan lagi dara. Bimbang juga dia kalau Laila cedera teruk. Lama Lukman berfikir.
“Ah! Lantaklah! Yang penting aku dah dapat dia..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan