Jumaat, 12 Oktober 2018

LELAKI ANTAGONIS-PROLOG



BEBERAPA lelaki itu berbual amat perlahan. Sekali pandang, mereka seperti ahli koporat yang lain. Salah seorang mereka duduk mendengar bicara temannya sambil mengurut jambang di mukanya.
“Kau tak boleh langsi sangat sama itu orang tua, Taj. Nanti Datuk Merican naik angin dengan kita, apa cerita?” ucap Roni.“Lantak dialah. Aku tak takut. Aku tak suka berurusan dengan si tua tu,” ujar Tajul lantas memandang ke arah lain. Apa yang diluahkan Roni tidak membebankan fikirannya sedikit pun.“Kau memang tak takut. Nanti semua gua punya amoi dia tangkap. Gua sudah banyak habis duit kasi ambil itu amoi dari China.”“Kau takut apa? Dia ambik kau punya amoi, kita ambil dia punya amoi jugaklah!” jawab Tajul selamba.Roni menggeleng sambil memandang orang di sebelahnya. “Aku perlukan kau untuk back up business aku, Taj. Ramai orang nak kawasan aku sekarang. Tempat panas.”“Sekarang aku kasi jaminan sama kau...” bicara Tajul terhenti saat terpandangkan seorang perempuan masuk ke restoran itu. Matanya terpusat ke sana agak lama. Sehingga teman-temannya perasan dengan gelagat anehnya itu.“Cikaro baru? Banyak cantik lorr...” tegur Roni membuatkan pandangan mata lelaki bernama Tajul itu terarah ke arah Roni tajam.“Perempuan yang aku pandang, tak ada lelaki lain boleh pandang atau aku korek mata dia nanti. Cikaro kepala hotak kau!” jerkah Tajul.“Okay. Okay. Relax... gurau maa...” ucap Roni lantas ketawa.Tajul menjeling lantas memandang semula ke arah meja tadi. Perempuan itu tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. Pandangan matanya berubah tajam apabila hadir seorang lelaki ke meja itu. namun mereka tidak kelihatan seperti pasangan kekasih kerana saling berjabat tangan. Kelihatan lelaki itu memberikan kad perniagaannya kepada si perempuan.“Taj! Hello!” tegur Roni. Serta merta Tajul kembali memandang Roni.“Apa macam itu Datuk Merican?”“Aku jumpa dia nanti. Kau jangan bimbang. Dia tak akan ganggu kau lagi,” jawab Taj perlahan.“Betul ni? Gua tak mahu gaduh sama group lain. Susah!”“Aku tahulah!”“Dah. Berambus dari sini!” ucap Tajul. Tidak mahu dirinya diganggu saat sedang memerhatikan wanita itu.Lagak macam orang kaya. Tajul bersandar di kerusinya sambil kakinya menindih lutut sendiri. Dua tangannya direhatkan di atas lengan kerusi yang berbentuk sofa. Mata terus berminat menelaah setiap gerak geri wanita itu. Entah kenapa, cantik benar susuk paras si perempuan.Tajul tiba-tiba menghela nafas panjang. Teringatkan bekas isterinya suatu masa dulu. meninggalkannya kerana dia miskin. Semenjak itu dia tidak lagi suka memandang perempuan. Itu cerita lebih 10 tahun dulu. Usia mendekati angka 40 dalam masa beberapa tahun lagi. Dia hanya hidup sendirian.Pernah terfikir hendak berkahwin semula. Tetapi serik! Perempuan banyak yang memandang harta semata-mata. Susah mencari yang benar-benar jujur. Lagipun... perempuan seperti itu mahukah lelaki seperti dia? Pandang muka dia saja, banyak perempuan berterabur lari!“Fendi!” panggil Taj sambil melambai pembantu peribadinya agar mendekatinya. Fendi sudah lama berkhidmat sebagai pembantu dan pengawal peribadinya.“Taj?”“Duduk,” arah Taj sedikit lembut. Lelaki bersuit kelabu itu segera melabuhkan duduk di hadapan Taj.“Aku nak kenal perempuan tu.” Taj menunding ke arah meja agak jauh di sana. Fendi segera menoleh ke arah sana.“Aku nak tahu semuanya tentang dia. Kau dekati dia.”“Untuk apa, Taj?”Tajul mencebik sedikit. Agak lama untuk dia menjawab soalan itu.“Saja-saja.”“Nampak macam perempuan baik-baik.”“Aku tak maksudkan yang dia tu akan jadi amoi di kelab Roni atau Datuk Merican. Aku nak tahu untuk aku,” ujar Tajul bersungguh. Fendi segera mengangguk.“Aku uruskan.”Tajul mengangguk sebelum membuat isyarat meminta Fendi membiarkan dia sendirian di situ. Matanya terus memandang wanita itu. Teringin hendak tahu apa namanya. Apa pekerjaannya.Lebih sejam kemudian lelaki yang duduk bersama wanita itu bangun dari kerusinya. Mereka berjabat tangan lagi dan lelaki itu berlalu.Wanita itu turut meninggalkan meja setelah selesai membuat bayaran. Namun ketika di pintu restoran, dia terlanggar seorang lelaki yang hendak masuk. Fail yang dipegangnya terjatuh ke lantai.“I’m sorry,” ucap lelaki itu lantas merendahkan diri untuk membantu mengutip fail itu.
“It’s okay.” Wanita lekas-lekas menyatukan semua kertas lakaran yang terkeluar dari failnya.
“Designer?” tanya lelaki itu kepada si perempuan.
“Ya.”“Wow... kebetulan isteri saya sedang mencari pereka dalaman untuk ubah suai kondo kami.”Really?” Amalina senyum lebar.“Ada kad?” ucap lelaki itu ramah.Amalina terus menyeluk beg tangannya. Sekeping kad dipandangnya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada lelaki itu. Si lelaki itu segera membaca nama yang tertera di atas kad.“Puan Amalina?”“Cik lebih baik.” Gadis itu tersenyum kepada Fendi.“Oh, cik... kalau begitu, saya akan hubungi Cik Amalina kemudian nanti. Boleh?” ucap Fendi mesra.“Boleh. Tak ada masalah.” Amalina berlalu setelah berbalas senyuman dengan lelaki asing itu.Fendi memainkan kad itu seketika sambil memandang Amalina berlalu. Setelah itu dia mendapatkan bosnya.“Belum kahwin,” ucap Fendi lantas memberikan kad itu kepada Tajul.“Good.” Tajul memandang kad itu. Nur Amalina Jamsari. Kepala dianggukkan berkali-kali sebelum memandang Fendi semula.“What else?” tanya Tajul.“Tu saja buat masa ni.”“Then, what are you doing here? Go and get her!” ucap Tajul sambil mengangkat kening.
Fendi mengangguk sebelum dia berundur untuk berlalu. Tajul bersandar semula sambil memandang kad itu tanpa jemu.“Amalina...” bisik Tajul perlahan. Ada rancangan-rancangan kotor yang sudah terpeta dalam otaknya. Rancangan yang dia tahu perempuan itu tidak akan suka. Tetapi selaku mafia yang kejam dan ditakuti orang, dia peduli apa!