Jumaat, 12 Oktober 2018
LELAKI ANTAGONIS-PROLOG
BEBERAPA lelaki itu berbual amat perlahan. Sekali pandang, mereka seperti ahli koporat yang lain. Salah seorang mereka duduk mendengar bicara temannya sambil mengurut jambang di mukanya.
Isnin, 22 Mei 2017
MAWAR BERDURI BAB 21
BAB 21
“DIANE Rose McLachlan?”
Diane yang baru keluar dari kereta segera menoleh.
“Ya. You ni siapa?” balas Diane sedikit terkejut disapa
dua lelaki itu.
“Saya diarahkan oleh Tunku Imranuddin untuk membawa puan
bertemu dengan Ampuan Besar Tunku Zanariah yang sedang sakit di IJN.”
“Siapa tu?” balas Diane agak terkejut.
Dua lelaki itu saling berpandangan. “Ibunda Tunku
Imranuddin. Saya harap puan sudi pergi bersama kami. Kerana hal ini agak
penting,” ujar salah seorang lelaki itu.
“Kenapa pulak nak jumpa I?”
“Puan kena pergi bersama kami. Baru puan akan bertemu
jawapannya.”
“Takkanlah I nak ikut you macam tu aja? entah-entah you
ni orang jahat.”
“Puan boleh pandu sendiri kalau puan tidak percaya kepada
kami. Yang penting puan mesti tiba di IJN segera,” ujar lelaki itu lagi.
Diane tidak terus mengikut lelaki-lelaki itu. sebaliknya
dia menghubungi seseorang.
“Ada dua lelaki minta I pergi ke IJN untuk berjumpa
dengan bonda Tunku Imran. Ada apa ni, puan sri?”
“You pergi sana, Diane. ada hal penting tu.”
“Kenapa I?”
“You kena pergi sana barulah you tahu.”
“Tak. I nak tahu apa sebenarnya yang berlaku ni, puan
sri. Ada kena mengena dengan kedatangan Tunku Najihah hari tu ke?”
“Ya. Kami rasa Tunku Imran tu ayah kandung you.”
“What???” meledak rasa terkejut Diane mendengar bicara
Puan Sri Engku Ameenah.
“Tak mungkin! Takkanlah you cakap sultan tu bapak kandung
I? Mimpi ke ni?” balas Diane benar-benar terkejut.
“Mereka ada segala macam dokumen yang menyokong kenyataan
tu, Diane. Percayalah. Kita bukan bercakap kosong sekarang. You mesti pergi
jumpa Ampuan Besar Tunku Zanariah. Ini penting,” ucap Puan Sri Engku Ameenah
bersungguh.
“Oh. Okay...” balas Diane perlahan. Seketika kemudian dia
memandang dua lelaki itu.
“Silakan, tuanku...” pelawa lelaki itu lembut.
“Hello... I bukan princess, okay. Dan I pergi sendiri,”
ujar Diane lantas kembali semula ke keretanya.
Dua lelaki itu sekadar tersenyum sebelum masuk ke dalam
kereta yang sedang menanti. Perasan kereta mewah itu terus mengerkorinya
sehingga dia tiba di Institut Jantung Negara. Kedua-duanya membawa Diane naik
ke wad yang menempatkan wanita ternama itu.
Namun sebaik sahaja dibukakan pintu untuknya, dia
terpandangkan seorang lelaki berdiri di hadapannya.
“Tuanku Imranuddin...” ujar salah seorang lelaki itu
sekadar memperkenalkan lelaki di hadapannya itu kepada Diane.
Diane terpaku entah kenapa. Kaki bagaikan terpasak di
lantai. Lelaki itu merenung lama kepadanya dengan pandangan redup. Pertama kali
memandang dari dekat. Biarpun usia sudah 50 tahun, lelaki ini masih segak dan
beroman wajah muda.
“Why
am I here?” ucap Diane cuba
mematikan renungan lelaki itu kepadanya. Janggal. Puan Sri Engku Ameenah
mengatakan lelaki ini adalah ayah kandungnya. Itu memang aneh sekali.
“Nenda nak berjumpa dengan kamu. Silakan,” ucap Tunku
Imran sambil mendekati katil ibunya. Kerusi di tepi katil itu ditarik sedikit
untuk Diane.
“Bonda, Diane ada di sini...” bisik Tunku Imran perlahan.
Lambat-lambat wanita itu membuka matanya. Menoleh ke tepinya. Lama matanya
merenung wanita itu muda itu. Bibirnya terbuka sedikit sambil tangannya
diangkat seolah-olah menggamit Diane agar mendekatkan diri kepadanya. Diane
hanya akur.
“Sarah McLachlan...” bisik wanita itu.
“Diane Rose... Sarah adalah ibu saya,” ujar Diane
perlahan.
“Sarah?”
Diane diam seketika merenung tampang yang sudah uzur itu.
“Where is she?” tanya Ampuan Besar Tunku Zanariah.
“Ibu saya sudah lama tiada. Dia meninggal dunia ketika
usia saya 19 tahun,” ucap Diane perlahan.
Berita itu membuatkan reaksi Ampuan Besar Tunku Zanariah
berubah. Terketar-ketar memegang dadanya.
“Bonda...” Tunku Imran segera mendekati katil itu. Namun
wanita itu menahan anaknya itu. Biarpun payah, dia tetap ingin berbual dengan
cucunya ini.
“Nenda minta maaf kepada kamu atas apa yang berlaku.
Nenda bersalah kepada ibu kamu. Dan kamu sendiri. Maafkan nenda.”
Diane hanya terpaku merenung tampang itu. Mimpikah dia
saat ini? Semenjak bila pula dia ini berdarah raja?
“Kamu adalah Tunku Puteri Diane Rose... anak kandung
kepada Tunku Imranuddin.”
“Saya tak ada ayah dah lama,” jawab Diane perlahan.
“Daddy kamu tak bersalah, Diane. Dia buat semua ni demi
nenda. Dia terpaksa.”
Diane mengerling lelaki tua itu seketika. Terujakah dia
setelah diberitahu yang lelaki itu ayah kandungnya? Langsung tidak. Malah dia
rasa semua orang di hadapannya ini sedang merepek dan berkisah dogeng saja!
Ampuan Besar Tunku Zanariah memandang anaknya. Tunku
Imran mengambil satu sampul surat di atas meja itu. isi kandungannya
dikeluarkan lalu diserahkan kepada ibunya.
“Ketika kamu berada di Pantai Medical Centre tempohari,
ada seseorang telah datang mengambil darah kamu untuk kami lakukan ujian DNA.
Ini keputusannya.” Wanita itu menyerahkan slip keputusan pembandingan sampel
darah itu.
Diane terpaku lama pada kertas itu. setiap bait yang
tertera dibacanya. 91.7% sepadan! Pandangannya terus diangkat kepada lelaki
itu. Namun Ampuan Besar Tunku Zanariah memberikan pula satu dokumen lain.
“Sijil kelahiran kamu yang asal. Kamu adalah Tunku Puteri
Diane Rose, anakanda Tunku Imran.”
Sekali lagi Diane terpaku kepada dokumen yang masih utuh
itu biarpun sudah kekuningan.
Nama ibu-Sarah Jane Binti Abdullah@ Sarah Jane McLachlan.
Turut disertakan dokumen-dokumen lain yang tidak pernah
dilihatnya selama ini.
Longlai! Entah bagaimana dia terbayang-bayangkan raut
ibunya. Suatu masa dulu dia selalu bertanya, suara siapakah yang sering
terngiang-ngiang di dalam mindanya ini. Dia masih teringat samar-samar akan
susuk seorang lelaki menyebut ‘honey’ setiap kali datang kepadanya. Malah suara
itu masih kekal berada di mindanya sehingga kini. Ibunya hanya menjawab, itu adalah
suara ayahnya.
Dadanya sebak! Setiap kali dia meminta ibunya bercerita
tentang ayahnya. Ibunya hanya diam.
“Diane, maafkan nenda. Tak seharusnya nenda begitu kejam
memisahkan kamu dan ibu kamu dari ayah kamu. Hidup nenda dah tak lama. Nenda
tahu perbuatan itu salah. Terutamanya kepada kamu,” ucap Ampuan Besar Tunku
Zanariah.
Diane hanya berdiam. Sungguh dia terkejut. Tidak tahu apa
yang hendak dijawabnya.
“Nenda tak ingin membiarkan keadaan ini berlangsung
seperti itu lagi. Kamu berhak mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Tunku
Imran juga kesal dengan kesilapannya kerana membiarkan kamu selama ini. Tolong beri
dia peluang untuk perbetulkan keadaan.”
“Mengapa ibu saya yang diceraikan dan saya disisihkan?”
Ampuan Besar Tunku Zanariah memandang lama wajah wanita
itu dengan pandangan sayu. Namun Diane tidak mengharapkan wanita ini yang
menjawab deminya.
“Mengapa di dalam birth certificate yang ada pada saya,
nama ayah saya tidak diletakkan?” mata Diane terarah tepat kepada Tunku Imran. Namun
Tunku Imran tidak terjawab pertanyaan itu.
“Dan berapa kali ayah kandung saya pernah cuba mencari
saya di Wellington?” tanya Diane.
Sekali lagi Tunku Imran berdiam.
Sungguh dia ingin menjerit sekuat-kuat hatinya. Namun
segala ekspresi itu terpendam demi melihat keadaan wanita ini sedang gering. Tetapi
kenyataan seperti ini tidaklah mudah untuk dihadamnya sementelah bertahun-tahun
dia terputus kasih dari seorang lelaki yang seharusnya dipanggil ayah. Ironisnya,
bukan sekadar wanita tua ini bersekongkol menyingkirkan dia dari hidup ayah
kandungnya. Ayah kandungnya sendiri juga menyembunyikan kehadirannya. Membiarkan
dia dinasabkan kepada nama keluarga ibunya.
“Maafkan saya, tunku. Saya rasa saya dah mendengar cukup
banyak. Saya kena pergi sekarang. Ini semua memang mengejutkan.”
“Diane...” Ampuan Besar Tunku Zanariah cuba menyentuh
wanita muda itu. Namun Diane lebih cepat menolak kerusinya ke belakang. Tanpa
memandang lelaki seorang itu, Diane terus berjalan ke arah pintu.
“Tolong pujuk dia, Imran. Pergilah...”
Tunku Imran segera meninggalkan bondanya di situ. Pintu
ditolaknya untuk mencari kelibat Diane semula.
“Diane...” panggil Tunku Imran agak kuat. Dua lelaki yang
berada di hadapan pintu itu segera mengekori Tunku Imran.
“Diane...” panggil Tunku Imran sekali lagi. Tetapi
panggilannya tidak dipedulikan.
“Tuanku...” pengawal ikut memanggil lelaki itu. Tunku
Imran menoleh kepada pengawalnya.
“Leave
me alone,” ucap lelaki itu
serius. Mahu tidak mahu dua lelaki itu memperlahankan langkahnya. Hanya
mengekori dari jauh.
“Diane....” Tunku Imran melajukan langkah untuk
mendapatkan wanita itu. Sudahnya pergelangan tangan Diane dicekupnya.
“Lepaslah!” marah Diane meninggi tiba-tiba.
“Diane...” lelaki tua itu menghela nafas perlahan.
“Daddy minta maaf, nak.”
“Anak luar nikah. Itu yang orang panggil kepada saya bila
saya beritahu saya tak ada ayah! Sorry?
Yeah! Me too!” ucap Diane sedikit meninggi sebelum dia kembali berjalan.
“Diane, dengarlah dulu. Daddy tahu semua ni susah nak
diterima. Daddy sayangkan ibu kamu. Tapi daddy terpaksa buat macam ni.”
Diane tiba-tiba menghentikan langkahnya. “You’re the biggest loser here!” ucap
Diane tajam. Tunku Imran terpaku memandang anaknya itu. Ada air mata telah
gugur di pipi anak itu.
“Maafkan patik, tuanku. Mulut ni jadi lancang sebab patik
terpaksa terima akibat dari perbuatan dayus dan pengecut tuanku kepada ibu
kandung patik. Cinta konon! Saya beritahu suami saya yang saya tak ada sesiapa
lagi dalam hidup ni selain dia. Ya! Memang benar begitu. That is because of you!” ucap Diane sambil menunding kepada lelaki
itu.
Tunku Imran hanya diam memandang kepada anaknya. Marahlah
dia. Dia sedia menerimanya agar diberikan peluang untuk menjadi ayah sekali
lagi kepada anak ini. Biarpun sudah terlewat!
“Senang, kan? Tiba-tiba memanggil saya ke sini, dengan
harapan saya akan terbeli dengan darjat dan gelaran puteri dan memaafkan tuanku
kerana tuanku seorang raja yang ternama! Saya rela melupakan semuanya. Tetapi
saya rasa amat terhina apabila ibu mentua saya bencikan saya kerana saya ni
orang tidak tentu asal usul. Tidak kenal bapa sendiri. Sadis, kan?”
“Daddy sedia tebus semula semua kesilapan daddy pada
kamu. Daddy tak pernah lupakan kamu. Daddy juga rindukan kamu. Diane, kamu anak
yang pertama sekali mengajar daddy menjadi seorang ayah. Sudah tentu besar
maknanya kepada daddy.”
“That
is funny! Tanda sayang...”
Diane ketawa kecil. Berpuluh tahun dia tidak pernah melihat wajah ayahnya di
hadapan mata. Malahan khabar berita pun tiada. Langsung tiada! Itu tanda
sayang!
“Perkahwinan saya dan suami saya ditentang ibu mentua kerana
saya dikatakan anak luar nikah! Malah suami saya diugut akan dibuang keluarga
oleh ibunya kerana saya. Tetapi dia tetap pertahankan saya. Ironisnya ibu saya
dibuang begitu saja kerana tuanku mahukan kedudukan sebagai raja. Betul, kan?”
“Daddy mengaku... daddy memang lemah. Daddy tak mampu nak
tanggung semuanya waktu itu. Bonda menentang. Daddy terpaksa terima tekanan
dari Tunku Budriah. Daddy terpaksa sembunyikan kamu demi masa depan keluarga.”
“Sebetulnya kuasa seorang ibu tidaklah sebesar mana jika
hendak dibandingkan kehilangan kemasyuran yang tuanku ada sekarang. Betul, kan?
Tunku Imran tunduk seketika. Namun kebisuan itu
seolah-olah telah memberikan jawapan yang benar kepada pertanyaan sang anak.
“Beritahu kepada Ampuan Besar Tunku Zanariah. Saya
maafkan segala-galanya. Tapi ini bukanlah dunia saya. Jauh sekali saya berangan
untuk berada di celahan keluarga ternama ni. Saya hanya orang kebayakan. Ibu
saya, Sarah Jane McLachlan hanya seorang guru. Dan saya tiada ayah semenjak
kecil dulu! Tolong jangan cari saya lagi,” ujar Diane serius. Seterusnya dia
berpaling untuk berlalu.
“Diane...” Tunku Imran tetap mengejar Diane sehingga ke
lif. Namun wanita itu tidak mempedulikan panggilan itu.
“Diane, dengar dulu apa yang daddy nak cakap.”
Diane menarik semula tangannya daripada lelaki itu. “Let me go!” Diane berkeras juga menarik
tangannya. Tidak ingin didekati oleh lelaki ini.
“Diane, daddy cukup kesal dengan apa yang berlaku. Tolonglah
beri daddy peluang untuk perbetulkan keadaan.”
“I
just want to live with my husband and my baby. Why don’t you just leave me
alone? Pergilah... I’m not belong to you!”
“You’re
belong to me. You’re my daughter!” ucap Tunku Imran bersungguh. Sungguh dia merasa bersalah melihat air mata
di pipi sang anak.
“Membiarkan nama saya dinasabkan kepada keluarga sebelah
ibu sudah cukup membuktikan yang tuanku telah membuang saya lama dulu! I need to go,” ucap Diane sambil menyeka
air matanya. Sungguh aneh berada di sini. Seperti berada di dunia yang lain.
“Daddy nak berjumpa kamu nanti, Diane.”
Diane hanya diam sambil menekan butang lif. Cukuplah sampai
di sini. Dia hanya perlu tahu lelaki ini adalah ayahnya. Dia tidak mengharapkan
lebih lagi.
“Diane, daddy minta maaf,” ucap Tunku Imran sekali lagi.
“Saya maafkan. Cuma jangan cari saya lagi.” Diane
membalas dingin sebelum masuk ke dalam lif.
Kali itu Tunku Imran hanya mampu memandang. Sehingga pintu
lif tertutup, dia lihat Diane masih tidak jemu menyeka air matanya.
TIDAK ingin masuk ke pejabat. Diane memandu pulang ke
rumahnya. Hanya ingin melupakan apa yang dilalui hari ini. Namun sekali sekala
dia terbayangkan raut ibunya. Setiap kali itulah air matanya gugur lagi.
Jam empat petang itu tiba-tiba kelibat Rauf muncul di
rumah. Diane agak terkejut.
“Awal you balik?” tegur Diane. Cuba menyembunyikan
kemurungan di wajahnya dengan senyum manis.
“I call banyak kali you tak jawab. I call ke ofis you.
Amy kata you tak masuk pejabat hari ni. Kenapa, sayang?”
“I tak berapa sihat hari ni.”
Rauf diam mendengar jawapan isterinya. Semacam ada
sesuatu yang disimpan isterinya.
“You ada masalah di ofis ke?” tanya Rauf.
“Tak. I okay. I cuma nak rehat di rumah,” ujar Diane
lembut.
Lelaki itu semakin mendekati isterinya. “Lain kali jangan
tak jawab call. I risau,” ucap Rauf lantas mendakap isterinya.
“I minta maaf. I sibuk kemas rumah dari tadi. Tak sedar
you call.” Diane menjawab sambil menoleh sedikit kepada suaminya.
“Asalkan you baik-baik saja. Tak ada apa yang I nak
marah,” jawab lelaki itu lembut. Perut sang isteri diusapnya pula. Sudah terasa
membukit sedikit di sana.
“Apasal dah gemuk? Semalam tak segemuk ini,” ucap Rauf
lantas pura-pura hairan.
“You ni!” Diane tergelak tanpa sengaja. Jemarinya
diletakkan di atas tangan lelaki itu. pelukan itu terasa mendamaikan hatinya. Seolah-olah
membawa dia pulang kepada dirinya yang sebenar.
“I cuma nak hidup dengan you...” ucap wanita itu sedikit
tenggelam suaranya.
“You hidup dengan I sekarang, sayang.”
Diane diam pula.
“Diane?”
“Ya...” jawab wanita itu perlahan.
“Kenapa, sayang? Selalunya you tak macam ni?” ujar Rauf
lembut. Isterinya dibalikkan menghadap kepadanya.
Diane menatap raut sang lelaki agak lama. Entah dari mana
hendak dimulakan ceritanya.
“I jumpa ayah kandung I.”
“What?
Really?” terbuntang luas mata
Rauf mendengar itu.
“Dia kata dia ayah kandung I. I tak rasa satu keperluan
yang besar untuk dia beritahu I memandangkan dia pun dah bahagia dengan kehidupan
dia.”
“Maksud you?”
“Ini semua seperti mimpi saja pada I. I rasa macam di
awang-awangan.”
“Ceritalah. Apa yang berlaku sebenarnya?” desak Rauf
sudah tidak sabar.
“Tunku Imranuddin yang pernah you ceritakan pada I dulu.
Dia adalah ayah kandung I.”
Rauf terkaku serta merta. Sungguh dia terkejut dan hampir
tidak percaya mendengar itu. Apatah lagi untuk menduganya.
“Pagi tadi entah siapa-siapa minta I jumpa bonda Tunku
Imran di IJN. Puan Sri pun suruh I pergi jumpa bonda Tunku Imran. So, I pun
pergi. tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang seorang lelaki dalam hidup
I, mengaku yang dia ayah I. Minta maaf atas perbuatan dia pada mummy I. I rasa
seperti tak hidup hari ni sampailah you balik rumah,” ucap Diane perlahan.
“Tunku Imranuddin tu ayah kandung you. Really?” Rauf
terlopong. Usahkan Diane. dia sendiri pun terasa seperti di awang-awangan kini.
“I tak rasa pun dia tu macam ayah I,” jawab Diane
selamba.
“Apa bukti yang dia ada sehingga dia berani mengatakan
you anak dia?”
“DNA. Birth certificate.” Diane menghela nafas perlahan. Sebetulnya
dia tidak ingin bercerita tentang itu.
“You macam tak happy, sayang? Dia ayah kandung you.”
“Happy sebab apa? Sebab dia seorang raja yang mampu
membayar semula kesakitan yang I tanggung selama ini dengan darjah mulia dan
gelaran puteri?” balas Diane sedikit sinis.
“Tapi dia ayah kandung you, sayang.”
“Dia malu nak mengaku pada rakyat jelata yang dia ada
anak yang lahir dari rahim lain selain Tunku Budriah. Wanita kebanyakan. Apalah
yang nak dibandingkan mummy I tu dengan perempuan yang jadi isteri dia
sekarang. Berdarah raja dan berkedudukan tinggi. Dia korbankan I dan mummy I. Jadi,
untuk apa dia cari I semula?” balas Diane sedikit menggigil suaranya.
Rauf terdiam merenung tampang isterinya. Mata itu sudah
mula berkaca-kaca. Diane memandang ke arah lain. Enggan membiarkan sang suami
melihat kesedihan yang ditahannya selama ini.
“Cukuplah I tahu sebenarnya I ada ayah. I bukan anak luar
nikah. Tapi I tak harap nak menumpang kemegahan keluarga tu. I tak mahu jadi
perosak keluarga orang lagi,” ucap Diane rendah.
Rauf terdiam mendengar bicara sang isteri. Sungguh hatinya
sayu mendengar itu. Bahu isterinya diusap lembut agar wanita itu tenang
sedikit.
“I hanya nak hidup dengan you. Hanya you yang mampu
terima I seadanya. Biarpun mungkin I bukan anak raja, you tetap bersama I. Dan I
harap you juga tak akan tinggalkan I demi mengahwini perempuan bangsawan,” ucap
Diane rendah.
“Tak mungkin I sanggup buat macam tu pada isteri dan anak
I, Diane. I tak selemah itu,” balas Rauf bersungguh.
Diane menoleh kepada suaminya. Lama mereka bertatapan
sebelum dia merebahkan kepalanya ke dada lelaki itu. Tubuh lelaki itu
dipeluknya erat dan mata dipejamkan rapat. Hanya ingin melupakan semua
kesedihan di dalam hidupnya untuk seketika waktu.
Namun sekoyong-koyong bayangan seorang wanita yang
penyayang dan begitu tabah hadir lagi di dalam mindanya. Tidak pernah dia
merasakan kerinduan yang teramat-mata dalam dan menyakitkan kepada si ibu,
seperti mana yang dia rasai hari ini.
*Assalam pembaca semua... ini adalah bab terakhir. Kisah ini sedang saya siapkan untuk terbitan. Belum diketahui pada bulan berapa. Insya-Allah utk mereka yang ingin mendapatkan naskah bagi karya ini, akan saya war2kan terbitannya di laman FB saya. Terima kasih.
MAWAR BERDURI BAB 20 BHG 2
BAB 20 BHG 2
TIBA di wad yang dinyatakan, hanya Diane sendirian sedang
berbaring di atas katil. Sebaik sahaja menyedari kehadiran tetamu itu, Diane
cuba bangun.
“Jangan bangun. Baring aja. you kena banyak rehat untuk
baby you. Kenalkan, ini anak kawan I... Tunku Najihah. Princess of Tunku
Imranuddin.”
“Tuanku Imranuddin?” terbeliak mata Diane seketika.
Teringat yang suaminya ada memberitahu tentang nama itu sebelum ini.
“Diane...” ucap Diane lantas menghulurkan tangan kepada
Tunku Najihah. Gadis itu tersenyum merenung wajah wanita itu.
“Kalau tak salah I... sebelum ni husband I ada bercakap
tentang salah seorang anak Tunku Imranuddin. Putera Mahkota... I tak ingat
namanya.”
“Tunku Iskandar.” Tunku Najihah menyampuk.
“Ya. Dia jumpa Tunku Iskandar di Prada, Crystal Palace.”
“Eh! Itu husband you??? Jihah pun ada kat situ waktu tu!
Rauf ya?”
“Ya... ya... betul. Rauf tu husband I. I pun ada kat situ
sebenarnya.”
Tunku Najihah memandang Puan Sri Engku Ameenah dengan
mulut terbuka. Mahu tergelak dengan kebetulan itu. Rupanya mereka hampir
bertemu sebelum ini. Kemudian pandangannya singgah lama di wajah Diane.
Pertanyaan itu berlagu lagi di hatinya. Adakah wanita ini kakak kandungnya?
“Kebetulan ya?” Puan Sri Engku Ameenah tergelak kecil.
Namun tanpa dilihat Diane, dia mencuit sedikit tangan Tunku Najihah. Namun
Tunku Najihah menggeleng pula. Entah kenapa, dia tidak berani untuk bertanya.
“Apa kata doktor tentang baby you?”
“Tak ada apa yang pelik selain dari I kena duduk atas
katil ni sampailah gynea I berpuas hati dengan keadaan kesihatan I. Alahan
teruk sangat. I selalu lemah,” jelas Diane perlahan.
“Ini lumrah, Diane. kalau bukan anak pertama... anak yang
lain you mesti kena macam ni.”
“Susah juga jadi ibu ni ya?” balas Diane rendah.
“Yang penting husband you selalu ada beri support.”
Diane mengangguk perlahan. “Kesian juga dengan Rauf. I
tak ada mak nak tanya apa-apa. bila tengok I lain macam, dia yang panik.” Emak
mentua? Langsung tidak mahu ambil tahu keadaannya.
“Biasalah ni... sabar banyak-banyak. Semua perempuan
lalui keadaan ni. So, nanti nak bersalin di sini atau di Wellington?”
“Eh! Kat sinilah. Jauh sangat nak balik sana.”
“Mana tahu granny you nak jaga you masa berpantang
nanti.”
“Granny tu dah tak ingat cucu dia ni. Dia dah nyanyuk,
puan sri.” Diane ketawa perlahan. Apalah yang hendak diharapkan kepada neneknya
itu. Berjalan pun tak lalu.
“So, you asal dari Wellinton sebenarnya?” Tengku Najihah
pula menyampuk.
“Yup. I lahir di Wellington. Mummy pun orang sana. Tapi
ayah kandung I orang Malaysia.”
Tengku Najihah mengangguk sedikit. “Ayah kandung you di
mana sekarang?”
Pertanyaan itu membuatkan riak wajah Diane berubah
sedikit. Agak kurang senang orang luar bertanya tentang ayah kandungnya. Tetapi
hakikatnya, soalan itu adalah lumrah.
“I tak berapa kenal ayah kandung I. Mummy dengan daddy I
dah lama bercerai. Semenjak I kecil lagi. Sebetulnya dulu waktu I masih kecil pun,
I jarang sangat jumpa dia. So, memang tak kenallah. Lepas mummy I bawa I balik
ke New Zealand, mummy I tak mahu bercakap pasal dia. Dia pun tak pernah cari
kami. Mungkin dah benci sangat kut.” Diane ketawa kecil seolah-olah itu semua
perkara biasa kepadanya.
“So, you memang tak kenal siapa Tunku Imran?”
“Tak kenal. Kenapa?” tanya Diane hairan dengan soalan
itu. Apa pula kena mengena hal ini dengan Tunku Imran?
“Tak ada apalah. You nampak familiar macam seseorang.
Mungkin I salah orang,” ujar Tunku Najihah biasa.
“I dah lama nak tanya soalan ni. Alang-alang dah sebut
pasal ni. Siapa nama mummy you, Diane?” celah Puan Sri Engku Ameenah pula.
“Sarah Jane McLachlan...”
Dua wanita itu berpandangan berdua serta merta.
“Kenapa? Macam penting sangat sejarah keluarga I ni?”
tanya Diane hairan. Telatah dua tetamunya itu amat memelikkan.
“Tak ada apalah. Saja tanya.”
Lama Diane merenung tampang dua wanita itu. Rasa aneh
dengan semua soalan itu. namun Puan Sri Engku Ameenah segera menukar topik lain.
Seterusnya persoalan itu mati begitu saja.
DALAM perjalanan pulang semula ke IJN, gadis itu sering
mengelamun sendiri. Tiba di pintu seorang lelaki memandangnya.
“Tuanku...” sapa lelaki itu sambil menunduk sedikit.
“Bonda I ada?” tanya Tunku Najihah kepada lelaki itu.
“Tak ada. Tuanku Raja Perempuan Budriah dah balik ke hotel
petang tadi. Tuanku Sultan ada temankan bondanya di dalam.”
Tunku Najihah mengangguk semata. Pintu itu dibukakan
untuknya oleh pengawal itu. Tunku Najihah menjengah neneknya seketika. Seorang wanita
setia menunggu di sisi katil.
“Nenda belum sedar?” tanya Tunku Najihah kepada wanita
itu.
“Belum lagi, tunku.”
“Daddy I mana?” tanya Tunku Najihah lagi sambil memandang
sekeliling.
“Ada kat hall sana.”
Tunku Najihah segera berpaling untuk ke ruangan keluarga
itu. Terpandangkan ayahnya sedang memandang tv. Ralit seperti tidak sedar akan
kehadirannya.
“Daddy... kenapa duduk seorang ni?” tegur Tengku Najihah
sambil mendekati ayahnya.
Tunku Imran menoleh kepada anaknya. “Tak ada apa,” jawab
Tunku Imran perlahan.
“Daddy,
I want to show you something,”
ucap Tunku Najihah lantas melabuhkan duduk di sebelah ayahnya.
Tunku Imran memandang seketika gelagat anak bongsunya
itu. tiba-tiba Najihah menunjukkan dia gambar di dalam telefon bimbitnya.
“Daddy kenal tak siapa ni?” ucap Tunku Najihah lembut.
Tunku Imran merenung lama gambar itu. Tiba-tiba
perasaannya berubah riak. Lama dia berdiam.
“Daddy kenal?” tanya Tunku Najihah sambil cuba melihat
riak wajah ayahnya.
“Siapa ni?” balas Tunku Imran lantas buat-buat tersenyum.
“Takkan daddy tak kenal. Cuba tengok sekali lagi...”
Liur ditelan payah oleh lelaki itu. Matanya melekap lama
pada raut wanita muda itu. Sekali memandang dia tahu siapa gadis ini. Biarpun
sudah berpuluh tahun tidak berjumpa, mana mungkin dia dapat melepaskan seraut
wajah yang sentiasa ada dalam memorinya.
“Diane...” bisik Tunku Imran perlahan.
“Siapa, daddy?” tanya Tunku Najihah. Seperti terdengar
ayahnya menyebut nama seseorang.
Tunku Imran hanya diam sambil mengalihkan pandangan ke
arah tv semula.
“Daddy?”
“Mana kamu dapat gambar tu?” tanya Tunku Imran tanpa
memandang anaknya. Tidak ingin anak perempuannya melihat, matanya sudah mula
berkaca-kaca sendiri.
“Jihah ada jumpa dia.”
Spontan lelaki tua itu memandang ke arah anaknya.
Terkejut.
“Di mana?”
“Dekat aja dengan kita...”
Terkebil-kebil mata sang ayah memandang raut anaknya itu.
Fikirannya jadi kosong.
“Betul. Jihah dah jumpa dia,” ucap Tunku Najihah
bersungguh.
“Di mana?”
“Dia di Pantai Medical Centre. Dia dah bersuami, daddy.”
Sang ayah terpaku merenung tampang sang anak. Sekoyong-koyong
bayangan bekas isterinya hadir dalam fikirannya. Wanita pertama yang
dicintainya dan dikahwininya sebelum dia menikahi Raja Perempuan Tunku Budriah.
Perkahwinan aturan keluarga. Bondanya tidak menerima wanita bernama Sarah itu
kerana dia orang kebanyakan sedangkan Tunku Budriah itu berdarah raja dari
sebelah ibu dan ayahnya. Demi kuasa seorang ibu, dia terpaksa melepaskan wanita
itu.
Malah Sarah McLachlan tidak pernah diiktiraf sebagai
isterinya biarpun dia berhak memberikan gelaran Sultanah kepada isteri
pertamanya itu. Tetapi memberi gelaran sultanah kepada orang kebanyakan dan
mengiktiraf wanita itu sebagai bakal pemaisuri... satu penghinaan kepada Raja
Perempuan Tunku Budriah yang sememangnya berdarah raja asli.
Sarah itu adalah isteri pertamanya... bukan isteri kedua
seperti yang diceritakan bondanya dulu.
“Daddy tak mahu jumpa dia? Jihah tahu daddy masih ingat
pada dia, kan?” ucap Tunku Najihah perlahan.
Tunku Imran tunduk seketika. Mana mungkin dia tidak mahu
berjumpa. Sudah tentu dia mahu! Dia mahu mendakap anak itu erat-erat. Agar rindunya
selama ini terpadam segera. Tetapi mahukan anak itu memaafkan kekhilafannya?
“Nenda cakap apa dengan daddy sebelum ni?”
“Hmm?” Tunku Imran menoleh semula kepada anaknya.
“Nenda bercakap tentang Tunku Diane Rose, kan?”
Lambat-lambat Tunku Imran mengangguk. Ibunya meminta dia
mencari semula anak itu. Itu menimbulkan kemarahan isterinya. Akibatnya mereka
bergaduh besar.
“Tuanku, Ampuan Besar dah sedar...”
Spontan Tunku Imran menoleh kepada wanita yang berdiri di
hujung ruangan itu. memandang kepadanya. Tunku Najihah juga ikut menoleh kepada
wanita itu.
“Sembunyikan gambar itu dari mummy kamu,” ucap Tunku
Imran perlahan. Seterusnya dia bangun untuk melihat keadaan ibunya.
Tunku Najihah menghela nafas perlahan. Terkenangkan ibunya
itu. Dia tahu ibunya sukar untuk menerima kehadiran Tunku Puteri Diane Rose ke
dalam keluarga mereka.
MAWAR BERDURI BAB 20-BHG 1
BAB
20 BHG 1
“NAK ke mana?” tanya Datin Paduka Engku Fatimah kepada
adiknya. Siap mengangkut beg tangan hendak keluar dari pejabat.
“Nak pergi IJN. Dengarnya Tunku Zanariah masuk ICU.”
“Iya ke? Kak Ti tak ada dengar cerita pulak.”
“Najimuddin yang bagitahu,” jawab Puan Sri Engku Ameenah
sambil menoleh kepada kakaknya.
“Nak pergi tak?”
“Tak apalah. Ina aja pergi. Kak Ti ada hal penting pagi
ni. Nanti ada masa, Kak Ti pergi ziarah. Kirim salam dengan Budriah ya?” jawab
Datin Paduka Engku Fatimah lembut.
“Okay.”
Berkunjung ke Berlian Suites. Keadaan Tunku Zanariah yang
sudah uzur agak membimbangkan dengan jangkitan kuman di dalam saluran darah di
jantungnya. Sempat berbual dengan Tunku Budriah, menantu kepada wanita itu. Khabarnya
Tunku Zanariah sudah kerap berulang alik ke IJN akibat masalah lemah jantung. Sayangnya,
kelibat suami Tunku Budriah tiada di situ. Agak memelikkan.
Sejam menghabiskan masa di situ, Puan Sri Engku Ameenah
meminta diri. Namun di luar dia terjumpa anak bongsu Tunku Budriah.
“Eh! Mak engku ada?” tegur Tunku Najihah teruja. Keluarga
wanita itu dikenalinya semenjak kecil. Sering bertemu di majlis-majlis rasmi di
istana.
“Dah nak balik ni. Daddy you mana?” tanya Puan Sri Engku
Ameenah.
“Balik.” Tunku Najihah mencebik sedikit.
“Lah... nenda you sakit. Dia balik pulak?” ujar Puan Sri
Engku Ameenah kehairanan.
Tunku Najihah terus menarik lengan Puan Sri Engku Ameenah
agar menjauhi wad itu.
“Mummy dengan daddy ada krisis besar. Pasal nenda,” ujar
gadis itu perlahan.
“Krisis apa? Cerita hot ni. Ceritalah pada mak engku,”
ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Jom keluar. Boring duduk sini,” ucap Tunku Najihah
perlahan. Sudah dua hari berkurung di sini. Dia sudah begitu sesak. Mahu segera
pulang ke rumah. Tetapi tidak boleh.
“Jom pergi lunch."
Puan Sri Engku Ameenah mengajak Tunku Najihah singgah di
sebuah hotel. Menikmati makan tengahari berdua dalam suasana yang agak privasi.
“Mummy dengan daddy asyik gaduh aja semenjak kebelakangan
ni. Semalam paling teruk. Daddy kena marah dengan mummy depan bodyguard dia. Kadang-kadang
bergaduh entah pasal siapa-siapa,” adu gadis itu perlahan.
“Maksudnya?”
“Kisah lama yang tak habis-habis.”
“Mak engku tak faham, Jihah. Jelaskan,” ucap Puan Sri
Engku Ameenah kepada gadis itu.
“Sebenarnya daddy ada anak lain sebelum Abang Jeffry
lahir.”
“Eh! Iya ke???” mata Puan Sri Engku Ameenah membuntang
besar. Setahunya Tunku Imran dan Tunku Budriah hanya memiliki seorang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Itulah Tunku Iskandar Jeffry dan gadis di
hadapannya ini.
“Ramai orang tak tahu. Daddy pun tak pernah buka mulut
tentang ini depan orang,” ujar Tunju Najihah rendah.
“Kenapa pulak?”
Tunku Najihah tersenyum lembut. “Ini semua cerita lama.
Jihah tak tahu sangat. Mak engku pernah cerita dulu daddy pernah kahwin dua. Kahwin
senyap-senyap. Lepas kantoi nenda marah sangat. Dia ceraikan isteri kedua dia.
Sekarang tak tahu perempuan tu di mana.”
“Really?” terangkat kening Puan Sri Engku Ameenah.
Terkejut. Tunku Imran itu nampak baik dan disenangi. Rupanya pernah beristeri
dua.
“Mummy pun tak mahu terima anak tu. Tak ingat siapa nama
dia. Mak Engku Aisyah pernah sebut dulu. Last daddy jumpa anak dia tu, waktu
anak tu umur 10 tahun. Sebetulnya, anak tu princess pertama.”
“Kesiannya. Dia kakak youlah kiranya, kan?” ujar Puan Sri
Engku Ameenah.
“Kalau nak ikutkan begitulah. Tapi nenda tak iktiraf dia
dalam keluarga. Daddy terpaksa ceraikan sebab tak mahu Pak Engku Ismail yang
naik jadi putera mahkota.”
“Kisahnya...” terlopong sedikit Puan Sri Engku Ameenah. Baru
tahu rupanya ada krisis lain di dalam keluarga diraja itu.
“Ha... baru teringat. Isteri kedua daddy tu sebenarnya
orang luar. Orang New Zealand. Mereka nikah di Wellington,” ujar Tunku Najihah
lagi.
“Wellington???” kening Puan Sri Engku Ameenah berkerut.
Tiba-tiba teringatkan Diane. Setahunya gadis itu juga lahir dan membesar di
Wellington. Pernah tinggal di Malaysia ketika kecil dahulu. Tetapi tidak tahu untuk
berapa lama.
“So, daddy you tak teringin ke nak cari anak dia tu?”
tanya Puan Sri Engku Ameenah.
“Entahlah. Daddy tak berani kut. Dua hari lepas terdengar
nenda ada cakap sesuatu dengan daddy. Tapi nenda tak bagi kami dengar. Lepas tu
mummy dan daddy bergaduh besar. Sekarang ni pun mummy asyik marahkan daddy aja.
Jihah pernah tanya daddy. Dia tak jawab apa-apa. Mungkin dia pun sedih fikir
pasal anak dia tu.”
“Oh...” Puan Sri Engku Ameenah mengangguk sedikit.
“Jihah teringin nak kenal dia. Walaupun mummy dia isteri
kedua, dia kakak kandung Jihah juga.”
“Trylah cari. Mestilah daddy you masih ingat tempat asal
bekas isteri dia tu,” ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
Tunku Najihah hanya mengangkat bahu. “Tak berani nak
memandai-mandai. Takut nanti mummy dengan daddy bergaduh lagi. Tahu ajalah
mummy tu. Garang. Dia punya cemburu... bukan setakat daddy. Kami pun pening.”
“Mummy you pun satu juga. Cerita lama. Biarlah. Daddy you
dah ceraikan pun isteri kedua dia. Yang penting anak tu anak daddy you. Eh! Tak
baik tahu buat begitu. Dia pun berhak untuk terima kelebihan dari keluarga
daddy you.”
“Mummy tak boleh terima. Sebab anak tu anak yang sulung.
Bukannya Abang Jeffry anak sulung. Tu yang dia tak mampu nak maafkan daddy
sampai sekarang.” Tunku Najihah tunduk seketika merenung jemarinya.
“Budak tu pun takkanlah tak pernah cari daddy you, kan? Entah-entah
dia masih di Wellington,” ucap Puan Sri Engku Ameenah seakan-akan menggumam
sendiri.
“Mungkin.”
“Salah seorang mak engku punya eksekutif syarikat memang
dari Wellington. Dah biasa kat sana. Mungkin boleh minta tolong dia carikan. Kalau
you ingat nama bekas isteri daddy you, kita boleh minta tolong dia kesan di
mana bekas isteri daddy you tu sekarang.”
Tunku Najihah diam seketika. Berfikir.
“Kalau tak silaplah... nama bekas isteri daddy tu, Sarah
McLachlan.”
Tersentak! Pandangan Puan Sri Engku Ameenah terhala
kepada gadis itu. “Excuse me? Siapa nama dia?”
“Sarah Jane McLachlan kalau tak silap. Tak berapa ingat
nama islam dia apa,” ucap Tunku Najihah.
“Eh! Tanya auntie you tu... siapa nama sebenar isteri
kedua daddy you!”
“Kenapa?” tanya Tunku Najihah bersungguh.
“Mak engku punya oficer tu, Diane Rose McLachlan namanya!”
Kali itu Tunku Najihah pula yang kaget. Lama dia berdiam
dengan kerutan di kening.
“Nama anak tu... Tunku Puteri Diane Rosse Tunku
Imranuddin.” ujar Tunku Najihah seketika kemudian. Pandangannya terus kaku di
wajah wanita di hadapannya itu. Nama yang pernah dibacanya pada surat beranak itu dulu...
juga agak familiar dengan nama yang disebut oleh wanita itu.
“Kebetulan, kan?” balas Puan Sri Engku Ameenah ikut
terkejut. Teringat yang dia boleh bertanya terus kepada Diane, Puan Sri Engku
Ameenah mendail nombor gadis itu.
“Diane, you kat mana?”
“Kat hospital, puan sri. I kena masuk wad.”
“Lah... kenapa dengan you. Baby you ada problem ke?” ucap
wanita itu agak terkejut dengan berita itu. Patutlah Diane tidak masuk pejabat
pagi tadi.
“Kurang air. Stress. Kurang nutrisi... I punya alahan
teruk sangat. I demam. Bla-bla-bla... misi kat wad ni asyik membebelkan I,”
ujar Diane membuatkan wanita itu ketawa seketika.
“You ni ada-ada ajalah. Biasalah ni semua. Awal-awal
memang teruk sikit. Nurse marah-marah pun demi kebaikan you dan baby you,” ucap
Puan Sri Engku Ameenah lembut.
“Sorry. I tak masuk ofis hari ni. I tak sihat sangat.”
“You kat mana ni? I nak datang jumpa you.”
“Pantai Medical Centre. Wad 2B.”
“Rauf ada dengan you tak?” tanya Puan Sri Engku Ameenah
penuh perihatin.
“Ada. Dia balik sekejap. Ambil barang-barang I.”
“Good. I nak pergi sana ni. I ajak anak kawan I sekali,”
ujar Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Okay.”
Setelah mematikan talian, Puan Sri Engku Ameenah segera
melambai pelayan.
“Kita pergi Pantai Medical Centre sekejap. Diane masuk
wad pulak. Tengah preggy, macam tulah,” ucap wanita itu sambil mengeluarkan kad
kreditnya dari dalam dompet.
“Dia dah kahwin?” tanya Tunku Najihah lembut.
“Girl, kalau betul dia kakak you... I tumpang gembira. Setahu
I Diane ni tak ada ibu dah. Dah lama meninggal dan dia tak ada ayah. Maksud I...
dia tak kenal ayah dia siapa. Beberapa bulan dulu, dia bercinta dengan
seseorang. Tetapi ada masalah. Mak Engku Ti beritahu yang dia kahwin lari di
Wellington.” Puan Sri Engku Ameenah menghela nafas perlahan.
“Dia pernah ada skandal dengan suami mak engku dulu.”
“Really?” terkejut Tunku Najihah mendengar itu.
“Mak Engku tahu. Tapi sengaja tak mahu sebut semula sebab
dia pun dah kahwin dengan orang lain. Anak tak ada ayah... macam-macam keburukan
boleh terpalit pada dia. Daddy you dah buat kesalahan besar pada mummy dia dan
dia sendiri.”
Tunku Najihah terdiam mendengar cerita wanita di
hadapannya itu. Entah kenapa dia semakin tidak sabar untuk menemui wanita
bernama Diane itu!
Langgan:
Catatan (Atom)