Isnin, 21 November 2016

BAB 14 MR. CRUSH

 BAB 14
“ABANG!”
Raid terus menoleh ke belakang. Belum sempat masuk ke dalam kereta. Dia terpandangkan Natasha mendekat dengan langkah laju.
“Abang nak pergi mana ni hah?”
“Abang ada hal. Sorrylah. Dah lambat ni. kita borak nanti.”
“Hari ni patutnya abang luangkan masa dengan Tasha!”
Raid menoleh sekilas sambil memutar kunci untuk menghidupkan enjin kereta.
“Abang ada hal. Nanti kita borak,” balas Raid. Belum sempat dia menutup pintu kereta, Natasha terlebih dahulu ke sebelah tempat pemandu. Pintu dibuka lalu dia masuk.
“Eh! Nak ke mana pulak ni? Abang dah lambat ni. Keluarlah,” desak Raid tidak senang.
Natasha pegun sambil berpeluk tubuh dengan wajah mencuka.
“Keluarlah, Tasya. Abang dah lambat ni.”
“Tasya nak tahu abang jumpa siapa!”
“Kawan abang. Tasya tak kenal. Apa lagi abang nak jawab?” ujar Raid bersungguh.
“Tasya tak percaya. Abang ada makwe baru ke? Takkan jumpa kawan macam ni punya kemas. Ini macam nak jumpa perempuan lain aja??”
Raid diam pula. Pelipisnya digaru dengan keluhan.
“Abang minta maaf.” Raid berkata perlahan.
“Apa maksud abang ni??” Natasha menoleh ke sebelah.
Raid menggeleng dengan keluhan. “Abang rasa abang dah tak teruskan lagi keadaan ni. Abang rasa bersalah pada Tasya.”
“Rasa bersalah apa??”
“Abang mintak Tasya terima keputusan abang ni. Abang nak putuskan hubungan kita.”
“What??? What the hell are you talking about??? Abang nak putus dengan Tasya? No way! Kita baru kawan dua bulan. Abang sepatutnya... bla-bla... pot-pet pot-pet... bla-bla...”
Spontan Raid menghela nafas panjang sambil memandang ke luar. Dia dah mula dah... bisik hati Raid. Lima minit kemudian cuping telinganya ditarik-tarik tanda sudah kebas mendengar bebelan dan leteran Natasha.
“Sebagai boyfriend abang kena beri komitmen kepada hubungan ni. Kita ada relationship goal! Tapi abang macam nak tak nak aja layan Tasya selama ni. Tasya ni macam tunggul. Keluar shopping seorang. Makan seorang. Ada boyfriend macam tak ada.. bla-bla... pot-pet pot-pet... bla-bla...”
Raid bertongkat dagu di jendela keretanya yang terbuka luas. Mukanya sudah toya setoya-toyanya menadah diri kepada bebelan Natasha.
“Abang dengar tak???” Natasha menarik lengan Raid agar memandang ke arahnya.
“Dahlah. Abang dah lambat ni. Kita bincang lain kali,” ucap Raid.
“Tasya nak ikut abang jumpa kawan abang tu!”
“Nak buat apa? Tasya, takkanlah semua hal abang Tasya nak control? Abang dah tak boleh terimalah. Keluarlah. Abang dah tak boleh teruskan dengan Tasya lagi,” keluh Raid.
“Tasya tak peduli. Tasya nak ikut abang jugak!”
Sudahnya Raid keluar dari kereta. Kemudian dia pergi ke tempat duduk Natasha. Pintu dibukanya. Tangan gadis itu ditarik tetapi Natasha berkeras enggan.
“Abang masih terasa nak cakap elok-elok ni. Naik angin abang nanti, biadap jadinya. Jangan buat keras kepala sangat. Sabar ada hadnya,” ucap Raid tajam.
“Tasya tak mahu!!!”
Raid menggeleng. “Tasya balik dulu. Nanti abang call.”
“Tipu!”
“Abang tahu abang dah buat silap. Abang rela tanggung semua kesalahan tu asalkan Tasya maafkan abang. Tapi abang dah tak boleh tipu diri sendiri. Abang tak boleh teruskan lagi hubungan ni.”
Natasha menangis pula mendengar kata-kata Raid. Bersungguh benar Raid mahu berpisah dengannya.  
“Pergilah balik, Tasya. Abang betul-betul dah lambat ni,” tekan Raid sudah mula tertekan dengan olah gadis itu.
“Tasya nak abang hantar Tasya balik.”
Raid menggeleng. Enggan keadaan kecoh di situ, dia akur juga. Sepanjang perjalanan leteran Natasha bertambah lagi. Seperti biasa, dia diperdengarkan kekurangannya sebagai teman lelaki. Apa yang tidak dia buat untuk gadis itu dan apa yang perlu dia buat untuk membuat Natasha gembira. Raid hanya membisu seribu bahasa. Hatinya sakit namun dia lebih rela mendiamkan diri.
Setiba di hadapan rumah gadis itu, telefon Raid sudah berdering di dalam poket seluarnya. Natasha terus memandang ke arah Raid. Raid hanya membiarkan panggilan itu.
“Siapa tu?”
“Kawan abang. Pergilah masuk.”
“Kenapa tak jawab?”
“Masuk sana.”
Natasha mendengus sebelum membuka pintu. Pintu Nissan Almera itu dihempasnya amat kuat.
“Kurang ajar betul. Habis jahanam kereta mama aku!” rengus Raid geram dengan perbuatan Natasha.
 Sambil memandu pergi, Raid membelek telefonnya. Panggilan dari Fareena tidak berjawab. Lekas-lekas dia mendail semula.
“Saya ada hal tadi. Maaf. Saya on the way ke sana.”
Seketika kemudian telefon diletakkan. Raid menghela nafas perlahan. Sambil memandu fikirannya terbang melayang. Mengenang keadaan dan peristiwa. Sungguh tiada siapa mampu menduga masa depan. Dan kesilapan semalam juga tidak mudah untuk dipadam. Kini dia tersepit antara kehendak hati dan tindakan sendiri.
Apa yang harus dilakukannya untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelit tanpa menyakiti sesiapa? Entahlah. Dengan perangai Natasha begitu, dia tahu dia sedang tercampak di jurang yang amat dalam.

MAKIN AKU CINTA!
Hampir seminggu berada di Penang, sudah tentulah perlu pulang ke ibu kota. Mengikat janji seiya sekata, itu lumrah bagi orang bercinta. Begitu jugalah dengan mereka. Selama waktu berlalu, tiada orang lain tahu Fareena sering menghabiskan masa dengan Raid di tempat tertentu. Melainkan Jamal, teman sebilik Raid.  
Raid? Perempuan lain macam dah tak wujud dalam hidupnya melainkan Fareena seorang! Mabuk cinta habis-habisan.
“Awak tak boleh ke ambil cuti lagi seminggu?”
“Eh! Mana boleh. Student I tu nak campak mana? You pun ada tanggungjawab sebagai student. Bukannya asyik nak berkepit aja,” balas Fareena pantas.
Raid menghela nafas perlahan sambil memandang ke hadapan. Seminggu seperti dua hari sahaja rasanya.
“Esok balik pagi ke petang?” tanya Raid sambil memandang wanita di sebelahnya.
“Pagi. I nak rehat di rumah.”
“Okay.”
“Awak nak..” bicara Raid terputus. Sekali lagi telefonnya dihubungi Natasha.
“Saya kena jawab ni sekejap. Kalau tak, bernanah telinga saya ni dibuatnya.”
Fareena mengangguk lantas memandang ke luar. Raid keluar dari kereta untuk berbual.
“Ada apa lagi ni?” keluh Raid perlahan.
“Abang, mana abang pergi? Tasya pergi rumah abang, Jamal kata abang dah ada makwe baru. Patutlah dah tak mahu kawan dengan Tasya. Sampainya hati!” tangisan Natasha kian lantang di talian.
Raid memegang kepalanya. “Abang minta maaflah. Tasya tanya banyak kali, abang tak nak cakap apa lagi dah!” tekan Raid.
“Siapa dia tu? Tasya nak jumpa dia!”
“Nak jumpa untuk apa?” tekan Raid sedikit meninggi.
“Tasya nak ganyang-ganyang perempuan gatal tu. Gedik sangat kacau pakwe orang!” Natasha membentak tinggi.
Raid menghela nafas perlahan. Kemudian kepalanya digaru. “Abang ada hal ni, Tasya. Nanti kita bincang semula ya?”
“Tasya tak mahu putus dengan abang. Tasya tetap nak abang!”
“Dahlah. Abang layan Tasya tak baik. Sampai bila Tasya nak buat macam ni pada diri sendiri? Abang tahu Tasya perempuan yang baik. Ramai lelaki sukakan Tasya,” pujuk Raid.
“Tak nak! Tasya sayangkan abang!” Makin kuat pula makwe seorang itu melalak. Pening kepala Raid. Telinganya kian bingit.
Fareena di dalam kereta memandang jam. Sudahnya dia keluar. Raid segera menoleh ke belakangnya.
“I naik dulu ya? I belum sembahyang asar lagi ni.”
“Eh! Kejap.” Raid mula kelam kabut.
“Siapa tu abang? Tasya nak cakap dengan dia.”
“Abang call nanti ya? Abang ada hal ni.”
“No! Tasya nak cakap dengan perempuan tu. Biar Tasya ganyang dia. Perempuan gatal! Perempuan.. tutttt...”
Panggilan terputus. Raid yang memutuskannya. Keluhan dilepaskan panjang saat memandang Fareena.
“Pening ya? Ada hati ke nak simpan ramai makwe lagi?” Fareena ketawa kecil melihat gelagat Raid didera teman wanitanya.
Raid menggeleng perlahan. “Saya minta maaf.”
“Tak apa. I tak ambil hati pun,” jawab Fareena lembut.
“Saya akan cuba selesaikan masalah ni. Saya janji.”
“Itu hal peribadi you dengan dia, Raid. Tak perlu berjanji dengan I,” jawab Fareena biasa. Cemburu buta? Dia bukan budak-budak lagi.
Raid diam memandang Fareena. Nampak tenang saja. Bimbang dalam diam wanita itu kecil hati dengannya.
“Saya nak awak letakkan kepercayaan pada saya. Saya hanya ada awak seorang saja dalam hati saya. Saya tak main-main. Saya tak mahu awak tinggalkan saya.”
“Raid, saya faham. Jangan risau ya? Jangan fikir yang bukan-bukan.” Fareena membalas lembut.
Raid membisu serta merta. Berat hatinya untuk melepaskan Fareena naik ke atas. Rasa bersalah kepada wanita itu.
“Saya naik dulu ya?” ucap Fareena lagi.
“Saya datang pagi esok.”
Fareena senyum lembut. “Saya tunggu.”
Raid terus memandang Fareena berlalu ke pintu hotel. Wanita itu menoleh semula sebelum masuk ke kawasan lobi. Lelaki itu dilambainya dengan senyuman.
Raid membalas dengan mengangkat tangan. Hatinya berbisik sayu..
‘Saya tak sanggup kehilangan awak, Reen..’ 

TIBA di rumah semula, ketika itu sudah petang benar. Fareena memeriksa telefonnya sementara duduk berehat di sofa. Nombor mamanya ada tertera sebagai pemanggil dua jam lalu. Fareena lekas-lekas memanggil semula.
“Mama call ke tadi? Sorry. Reen dalam flight.”
“Pergi mana?”
“Penang aja. Bercuti.”
“Bercuti atau lari?” tanya Puan Shahira lembut.
“Apa maksud mama ni?” Fareena segera menegakkan tubuhnya.
“Pak cik ada cakap dengan mama tentang sesuatu pagi tadi. Anak dia call dia.”
“Anak dia yang mana?” tanya Fareena mula gusar.
“Teman lelaki Reen.”
Fareena tersandar serta merta. Sudah diagaknya! Hairi memang kurang ajar!
“Ma, apa dia cakap dengan pak cik??”
“Dia nak cakap dengan mama sebenarnya. Tapi mama tak ada waktu dia call. Dia beritahu pak cik yang Reen dan dia bercinta. Nak kahwin. Tapi ada sesuatu yang menghalang.”
“Ia. Banyak yang menghalang.” Fareena menyambut pantas.
“Berterus terang dengan mama. Apa sebenarnya yang berlaku.”
“Reen tak nak kahwin dengan dia, ma. Salah satu sebabnya, orang tua tu! Keduanya, Reen memang tak mahu kahwin dengan Hairi. Reen tak cintakan dia. Ketiganya, Reen memang alah dengan lelaki penipu!” tegas Fareena kepada ibunya.
Puan Shahira menghela nafas perlahan. “Pak cik naik marah bila dengar Reen putuskan hubungan dengan Hairi. Dia nak Reen kahwin dengan Hairi.”
“Ia. Supaya dia boleh buat apa yang dia suka.”
“Mama ada pendirian mama sendiri. Kalau ikut pendapat mama, mama tak akan paksa Reen terima lelaki yang Reen tak suka.”
“Tapi dia tak faham, mama. Apa yang patut Reen buat? Hairi tak berhenti cari Reen. Sepatutnya kami dah putuskan hubungan semenjak setahun dulu. Tapi dia yang tak boleh terima,” luah Fareena rendah.
“Apa dia tipu Reen?”
“Dia pernah ada perempuan lain. Kantoi. Mula-mula tak mengaku. Lepas perempuan tu tunjuk bukti, baru dia nak mengaku. Reen tak nak kahwin dengan dia. Tak tahulah nak cakap macam mana lagi supaya dia faham.”
“Something wrong dengan budak tu..”
“Siapa yang mama maksudkan?”
“Hairi tulah.” Puan Shahira menjawab lembut.
“Reen tahu dia sayangkan Reen. Tapi Reen tak sayangkan dia. Semenjak dulu dia tahu itu. Tapi dia tetap degil.”
“Reen ada orang lain ke?”
Fareena diam pula.
“Adalah tu...” teka Puan Shahira lantas ketawa kecil.
“Ma, tolonglah jangan bagi pak cik tu masuk campur hal peribadi Reen. Reen takut dia cari Reen semula, ma.”
“Dia dah tak macam dulu.”
“Maksud mama?”
Puan Shahira menghela nafas perlahan. “Jangan risaulah. Fajar tu sakit. Dia ada sakit jatung, diabetis, darah tinggi pun ada. Hampir semua penyakit dia ada. Kanser aja belum ada. Nak berjalan pun tak berapa kuat dah. Bukan boleh buat kerja berat sikit. Sakit dada.”
Mahu tergelak pula mendengar cara mamanya menjawab. Selamba sahaja.
“Dia kerja lagi ke, ma?”
“Tunggu nak pencen. Dia duduk pejabat aja sekarang. Hidup bergantung dengan ubat. Fajar dah nak menyinsing pun, mulut tu sentiasa nak berasap. Rokok sehari dua kotak.”
Fareena ketawa tanpa sengaja. “Sorry. Lucu pulak dengar apa mama cakap tadi.”
“Soal Hairi ni, kalau Reen nak mama bercakap dengan dia, biarlah mama call dia.”
“Reen tak tahu, ma.” Fareena membalas rendah. Patutkah dia membiarkan mamanya bercakap dengan lelaki itu?
“Biar mama berterus-terang dengan dia. Mama pun tak mahu keadaan ni berlarutan lama. Jangan risaulah. Reen jaga diri baik-baik.”
“Terima kasih, mama.”
“Siapa kawan Reen tu? Tak mahu kenalkan dengan mama?”
“Kawan yang mana pulak ni?” balas Fareena sambil ketawa. Manja.
“Alah... buat-buat tanya pulak. Cakaplah. Mama sungguh nak tahu ni,” ucap Puan Shahira bersungguh.
“Segan. Dia muda dari Reen dua tahun. Student lagi.”
“Belajar di mana?”
“USM.”
“Oh... bagus ke budaknya?” tanya Puan Shahira semakin berminat.
“Kalau tak bagus takkan Reen suka. Mama ni...” Fareena ketawa lagi.
“Ia tak ia juga.” Sudahnya dua wanita itu saling tertawa.
“Reen dah lama sukakan dia. Dulu sebab ada Hairi. Reen terpaksa tolak dia. Hairi pun tak mahu berkompromi. Tahu-tahu dia dah balik ke Penang. Setahun Reen diamkan diri. Cuba lupakan apa yang pernah datang kepada Reen. Tapi sudahnya Reen buang rasa malu pergi cari dia semula.”
“Siapa nama budak ni?”
“Raid. Dia satu-satunya orang luar yang tahu kisah hidup Reen dulu, ma. Reen tak tahu kenapa dengan dia mulut ni terasa ringan nak bercerita.”
Puan Shahira diam. Sedih hatinya mendengar itu.
“Dia terima, Reen?”
“Ia. Reen takut sangat pak cik cerita hal itu kepada Hairi. Reen takut dia gunakan kelemahan Reen untuk lunaskan kehendak dia. Paling Reen takut dia hebohkan pada orang siapa Reen sebenarnya.”
Sekali lagi Puan Shahira terdiam. Susah. Kasihan anak gadisnya.
“Mama akan berbincang dengan pak cik tentang itu. Janganlah bimbang. Allah sentiasa ada untuk kita, Reen. Selama ini kita hidup tenang di bawah perlindungan DIA,” pujuk Puan Shahirah seketika kemudian.
Fareena diam pula. Ada benar kata mamanya.
“Mama hanya nak yang terbaik untuk Reen. Mama nak Reen hidup macam orang lain. Dah tentu akan ditakdirkan seseorang hadir dalam hidup Reen, menjadi tempat berpaut dan berlindung. Mama harap lelaki yang dipilih Reen itu lelaki yang terbaik untuk anak mama. Mama nak Reen bahagia dengan kehidupan Reen nanti,” ujar Puan Shahira lembut,
“Thank you, ma. Reen sayang mama sangat-sangat. Rindu nak jumpa mama.”
“Insya-Allah... nanti bila Reen free, kita keluar lunch sama. Call me, honey.”
“Insya-Allah, ma. Assalamualaikum.”
Usai bercakap dengan mamanya, Fareena berbaring di sofa itu. Letih. Namun hati gembira entah kenapa. Ringan rasa fikirannya. Namun itu sekejap saja. Ada bunyi beep menandakan ada sesuatu tiba di aplikasi What’s Appnya.
-Mana you pergi? Setiap hari I call, tak jawab langsung? Dah macam orang bodoh I ni!
Tiga ayat itu dikirim oleh Hairi. Fareena sekadar menaip sepatah.
+Holiday.
-Chewah... pergi holiday tak beritahu langsung.
+Kalau I beritahu, ranaplah holiday I.
Fareena ketawa sendiri memandang jawapan yang baru diberikan kepada Hairi.
 -At least bagitahu I! I perlu tahu ke mana you pergi.
+Kan baru beritahu tadi?
-You memang sengaja buat macam ni ya? Supaya I bencikan you? No way, my dear. I dah beritahu ayah I pasal kita.
+What everlah, Hairi...
Fareena mencebik. Sedang melayan Hairi, ada pula mesej dari Raid. Daripada mencebik dia tersengih pula.
-Awak dah sampai ke, sayang?
+Baru sampai. You okay ke kat sana?
+Okay. Awak?
-Okay. I tengah lepak. Baru sampai.
Sementara menunggu Raid menjawab, Fareena membelek kotak perbualannya dengan Hairi.
-Online. Tapi tak jawab!!! You chat dengan siapa???
+You ni kenapa marah-marah? Monopouse ke???
Fareena ketawa kecil. Kemudian dia kembali kepada perbualannya dengan Raid.
-Minggu depan saya nak balik KL. Jumaat, Sabtu, Ahad tak ada kelas.
+Agak-agak you datang jumpa I tak waktu tu?
-Entah. Awak nak jumpa saya ke?
+Eleh... mengada. Nak tanya lagi???
-Takkanlah saya tak pergi jumpa cikgu kesayangan Edin ni..
Fareena memandang seketika ayat-ayat yang dikirimkan Hairi. Tiada terkesan di jiwanya. Bagaimana mahu dipaksa? Bilakah lelaki itu akan menerima hakikat itu.
-Typing. Chat dengan siapa??? Hello... I bukan tunggul kat sini.
+I’m done with you, Hairi. Please leave me alone.
-Reen!!!
+I’m done. Please understand that! Please...
-No!
+Boringlah dengan you ni.

Fareena meletakkan telefon di tepi. Perbualan dengan Raid juga tidak disambung lagi. Memikirkan Hairi, moodnya sudah ke laut dalam pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan