BAB
20 BHG 1
“NAK ke mana?” tanya Datin Paduka Engku Fatimah kepada
adiknya. Siap mengangkut beg tangan hendak keluar dari pejabat.
“Nak pergi IJN. Dengarnya Tunku Zanariah masuk ICU.”
“Iya ke? Kak Ti tak ada dengar cerita pulak.”
“Najimuddin yang bagitahu,” jawab Puan Sri Engku Ameenah
sambil menoleh kepada kakaknya.
“Nak pergi tak?”
“Tak apalah. Ina aja pergi. Kak Ti ada hal penting pagi
ni. Nanti ada masa, Kak Ti pergi ziarah. Kirim salam dengan Budriah ya?” jawab
Datin Paduka Engku Fatimah lembut.
“Okay.”
Berkunjung ke Berlian Suites. Keadaan Tunku Zanariah yang
sudah uzur agak membimbangkan dengan jangkitan kuman di dalam saluran darah di
jantungnya. Sempat berbual dengan Tunku Budriah, menantu kepada wanita itu. Khabarnya
Tunku Zanariah sudah kerap berulang alik ke IJN akibat masalah lemah jantung. Sayangnya,
kelibat suami Tunku Budriah tiada di situ. Agak memelikkan.
Sejam menghabiskan masa di situ, Puan Sri Engku Ameenah
meminta diri. Namun di luar dia terjumpa anak bongsu Tunku Budriah.
“Eh! Mak engku ada?” tegur Tunku Najihah teruja. Keluarga
wanita itu dikenalinya semenjak kecil. Sering bertemu di majlis-majlis rasmi di
istana.
“Dah nak balik ni. Daddy you mana?” tanya Puan Sri Engku
Ameenah.
“Balik.” Tunku Najihah mencebik sedikit.
“Lah... nenda you sakit. Dia balik pulak?” ujar Puan Sri
Engku Ameenah kehairanan.
Tunku Najihah terus menarik lengan Puan Sri Engku Ameenah
agar menjauhi wad itu.
“Mummy dengan daddy ada krisis besar. Pasal nenda,” ujar
gadis itu perlahan.
“Krisis apa? Cerita hot ni. Ceritalah pada mak engku,”
ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Jom keluar. Boring duduk sini,” ucap Tunku Najihah
perlahan. Sudah dua hari berkurung di sini. Dia sudah begitu sesak. Mahu segera
pulang ke rumah. Tetapi tidak boleh.
“Jom pergi lunch."
Puan Sri Engku Ameenah mengajak Tunku Najihah singgah di
sebuah hotel. Menikmati makan tengahari berdua dalam suasana yang agak privasi.
“Mummy dengan daddy asyik gaduh aja semenjak kebelakangan
ni. Semalam paling teruk. Daddy kena marah dengan mummy depan bodyguard dia. Kadang-kadang
bergaduh entah pasal siapa-siapa,” adu gadis itu perlahan.
“Maksudnya?”
“Kisah lama yang tak habis-habis.”
“Mak engku tak faham, Jihah. Jelaskan,” ucap Puan Sri
Engku Ameenah kepada gadis itu.
“Sebenarnya daddy ada anak lain sebelum Abang Jeffry
lahir.”
“Eh! Iya ke???” mata Puan Sri Engku Ameenah membuntang
besar. Setahunya Tunku Imran dan Tunku Budriah hanya memiliki seorang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Itulah Tunku Iskandar Jeffry dan gadis di
hadapannya ini.
“Ramai orang tak tahu. Daddy pun tak pernah buka mulut
tentang ini depan orang,” ujar Tunju Najihah rendah.
“Kenapa pulak?”
Tunku Najihah tersenyum lembut. “Ini semua cerita lama.
Jihah tak tahu sangat. Mak engku pernah cerita dulu daddy pernah kahwin dua. Kahwin
senyap-senyap. Lepas kantoi nenda marah sangat. Dia ceraikan isteri kedua dia.
Sekarang tak tahu perempuan tu di mana.”
“Really?” terangkat kening Puan Sri Engku Ameenah.
Terkejut. Tunku Imran itu nampak baik dan disenangi. Rupanya pernah beristeri
dua.
“Mummy pun tak mahu terima anak tu. Tak ingat siapa nama
dia. Mak Engku Aisyah pernah sebut dulu. Last daddy jumpa anak dia tu, waktu
anak tu umur 10 tahun. Sebetulnya, anak tu princess pertama.”
“Kesiannya. Dia kakak youlah kiranya, kan?” ujar Puan Sri
Engku Ameenah.
“Kalau nak ikutkan begitulah. Tapi nenda tak iktiraf dia
dalam keluarga. Daddy terpaksa ceraikan sebab tak mahu Pak Engku Ismail yang
naik jadi putera mahkota.”
“Kisahnya...” terlopong sedikit Puan Sri Engku Ameenah. Baru
tahu rupanya ada krisis lain di dalam keluarga diraja itu.
“Ha... baru teringat. Isteri kedua daddy tu sebenarnya
orang luar. Orang New Zealand. Mereka nikah di Wellington,” ujar Tunku Najihah
lagi.
“Wellington???” kening Puan Sri Engku Ameenah berkerut.
Tiba-tiba teringatkan Diane. Setahunya gadis itu juga lahir dan membesar di
Wellington. Pernah tinggal di Malaysia ketika kecil dahulu. Tetapi tidak tahu untuk
berapa lama.
“So, daddy you tak teringin ke nak cari anak dia tu?”
tanya Puan Sri Engku Ameenah.
“Entahlah. Daddy tak berani kut. Dua hari lepas terdengar
nenda ada cakap sesuatu dengan daddy. Tapi nenda tak bagi kami dengar. Lepas tu
mummy dan daddy bergaduh besar. Sekarang ni pun mummy asyik marahkan daddy aja.
Jihah pernah tanya daddy. Dia tak jawab apa-apa. Mungkin dia pun sedih fikir
pasal anak dia tu.”
“Oh...” Puan Sri Engku Ameenah mengangguk sedikit.
“Jihah teringin nak kenal dia. Walaupun mummy dia isteri
kedua, dia kakak kandung Jihah juga.”
“Trylah cari. Mestilah daddy you masih ingat tempat asal
bekas isteri dia tu,” ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
Tunku Najihah hanya mengangkat bahu. “Tak berani nak
memandai-mandai. Takut nanti mummy dengan daddy bergaduh lagi. Tahu ajalah
mummy tu. Garang. Dia punya cemburu... bukan setakat daddy. Kami pun pening.”
“Mummy you pun satu juga. Cerita lama. Biarlah. Daddy you
dah ceraikan pun isteri kedua dia. Yang penting anak tu anak daddy you. Eh! Tak
baik tahu buat begitu. Dia pun berhak untuk terima kelebihan dari keluarga
daddy you.”
“Mummy tak boleh terima. Sebab anak tu anak yang sulung.
Bukannya Abang Jeffry anak sulung. Tu yang dia tak mampu nak maafkan daddy
sampai sekarang.” Tunku Najihah tunduk seketika merenung jemarinya.
“Budak tu pun takkanlah tak pernah cari daddy you, kan? Entah-entah
dia masih di Wellington,” ucap Puan Sri Engku Ameenah seakan-akan menggumam
sendiri.
“Mungkin.”
“Salah seorang mak engku punya eksekutif syarikat memang
dari Wellington. Dah biasa kat sana. Mungkin boleh minta tolong dia carikan. Kalau
you ingat nama bekas isteri daddy you, kita boleh minta tolong dia kesan di
mana bekas isteri daddy you tu sekarang.”
Tunku Najihah diam seketika. Berfikir.
“Kalau tak silaplah... nama bekas isteri daddy tu, Sarah
McLachlan.”
Tersentak! Pandangan Puan Sri Engku Ameenah terhala
kepada gadis itu. “Excuse me? Siapa nama dia?”
“Sarah Jane McLachlan kalau tak silap. Tak berapa ingat
nama islam dia apa,” ucap Tunku Najihah.
“Eh! Tanya auntie you tu... siapa nama sebenar isteri
kedua daddy you!”
“Kenapa?” tanya Tunku Najihah bersungguh.
“Mak engku punya oficer tu, Diane Rose McLachlan namanya!”
Kali itu Tunku Najihah pula yang kaget. Lama dia berdiam
dengan kerutan di kening.
“Nama anak tu... Tunku Puteri Diane Rosse Tunku
Imranuddin.” ujar Tunku Najihah seketika kemudian. Pandangannya terus kaku di
wajah wanita di hadapannya itu. Nama yang pernah dibacanya pada surat beranak itu dulu...
juga agak familiar dengan nama yang disebut oleh wanita itu.
“Kebetulan, kan?” balas Puan Sri Engku Ameenah ikut
terkejut. Teringat yang dia boleh bertanya terus kepada Diane, Puan Sri Engku
Ameenah mendail nombor gadis itu.
“Diane, you kat mana?”
“Kat hospital, puan sri. I kena masuk wad.”
“Lah... kenapa dengan you. Baby you ada problem ke?” ucap
wanita itu agak terkejut dengan berita itu. Patutlah Diane tidak masuk pejabat
pagi tadi.
“Kurang air. Stress. Kurang nutrisi... I punya alahan
teruk sangat. I demam. Bla-bla-bla... misi kat wad ni asyik membebelkan I,”
ujar Diane membuatkan wanita itu ketawa seketika.
“You ni ada-ada ajalah. Biasalah ni semua. Awal-awal
memang teruk sikit. Nurse marah-marah pun demi kebaikan you dan baby you,” ucap
Puan Sri Engku Ameenah lembut.
“Sorry. I tak masuk ofis hari ni. I tak sihat sangat.”
“You kat mana ni? I nak datang jumpa you.”
“Pantai Medical Centre. Wad 2B.”
“Rauf ada dengan you tak?” tanya Puan Sri Engku Ameenah
penuh perihatin.
“Ada. Dia balik sekejap. Ambil barang-barang I.”
“Good. I nak pergi sana ni. I ajak anak kawan I sekali,”
ujar Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Okay.”
Setelah mematikan talian, Puan Sri Engku Ameenah segera
melambai pelayan.
“Kita pergi Pantai Medical Centre sekejap. Diane masuk
wad pulak. Tengah preggy, macam tulah,” ucap wanita itu sambil mengeluarkan kad
kreditnya dari dalam dompet.
“Dia dah kahwin?” tanya Tunku Najihah lembut.
“Girl, kalau betul dia kakak you... I tumpang gembira. Setahu
I Diane ni tak ada ibu dah. Dah lama meninggal dan dia tak ada ayah. Maksud I...
dia tak kenal ayah dia siapa. Beberapa bulan dulu, dia bercinta dengan
seseorang. Tetapi ada masalah. Mak Engku Ti beritahu yang dia kahwin lari di
Wellington.” Puan Sri Engku Ameenah menghela nafas perlahan.
“Dia pernah ada skandal dengan suami mak engku dulu.”
“Really?” terkejut Tunku Najihah mendengar itu.
“Mak Engku tahu. Tapi sengaja tak mahu sebut semula sebab
dia pun dah kahwin dengan orang lain. Anak tak ada ayah... macam-macam keburukan
boleh terpalit pada dia. Daddy you dah buat kesalahan besar pada mummy dia dan
dia sendiri.”
Tunku Najihah terdiam mendengar cerita wanita di
hadapannya itu. Entah kenapa dia semakin tidak sabar untuk menemui wanita
bernama Diane itu!
Akan ada bab 20 bhgn 2 ke?
BalasPadamAkan ada bab 20 bhgn 2 ke?
BalasPadamYup. Itu yg last.
PadamAlamak last ke? ... buku bila nk keluar cik author?
PadamWah..tak sabar nak tunggu ...
BalasPadamWahh balik2 keje ade 2 update. Terbaik! Xsabar nk tgu lagi
BalasPadamWahh...makin menarik dan tertarik...
BalasPadamWahhh. Ada lagi part 2. Ni yang tak sabar nihh.
BalasPadamWaiting patiently for part 2..����
BalasPadamTak sabar mnunggu episod seterus nyer...makun menarik pulak cerita nyer..
BalasPadambest2...baik mak engku x ungkit kisah lalu...x sabr nk baca part 2...
BalasPadambest2...baik mak engku x ungkit kisah lalu...x sabr nk baca part 2...
BalasPadam