BAB
2
“PSTT... nama syarikat kita masuk dalam berita awani,” ucap
orang sebelah.
Rauf mengangkat pandangan. “Berita apa?” tanya Rauf
perlahan.
“Tengoklah sendiri,” ujar Yuszar separuh berbisik.
Rauf segera melarikan tetikus komputernya. Membuka laman
sesawang untuk mencari berita itu. Beberapa detik berlalu, dia hanya pegun
membaca berita yang sudah tersebar di media masa.
‘CEO Garuda Groups berhadapan dengan tuduhan hamili gadis
remaja.’
“Really?” Rauf memandang orang di sebelah. Menanyakan
kesahihan berita itu.
Yuszar hanya menjungkit bahu. Permainan orang-orang kaya
bukanlah urusan mereka. Mereka hanya mampu membaca berita itu untuk pengetahuan
mereka.
Spontan Rauf memandang ke arah kamar kerja wanita itu.
Diane sedar berdiri di tepi mejanya sambil bercakap di telefon. Semacam sibuk
benar. Masakan wanita itu tidak tahu tentang berita itu?
Namun kemudian Rauf lekas-lekas pura-pura sibuk. Mengagak
yang Diane akan keluar dari kamarnya sebaik sahaja meletakkan ganggang. Dan seketika
kemudian...
“Amy!!!” jerit Diane dari hadapan kamar kerjanya.
Terkejut sebahagian pekerja yang berada dekat dengan
kamar wanita itu. Rauf ikut memandang ke arah Diane. Seterusnya Diane masuk
semula ke dalam kamarnya. Tirai dikembangkan membuatkan pandangan Rauf
terhalang kepada gadis itu.
“What
the hell! Terjerit-jerit macam
mat lampir! Dah tebiat ke apa?” Amy merengus saat melintasi tepi meja Rauf.
Rauf hanya mampu menggeleng. Malas mahu mengambil tahu,
dia kembali mengerjakan tugasnya yang masih berlambak.
Gadis bernama Amy itu menolak pintu kamar kerja Diane.
Sudah terbiasa dijerkah begitu, dia hanya berlagak selamba. Sudah tahu apa
sebabnya. Diane dilihatnya sedang menekup wajah ke meja.
“Diane...” tegur Amy perlahan.
“I’m
so sorry,” ucap Diane setelah
mengangkat wajah.
“It’s
okay. I’m cool. Ada apa?”
Diane mengeluh sambil bersandar di kerusinya. Terngiang-ngiang
lagi perbualan tadi. Puan Sri Engku Ameenah mengamuk kepadanya tentang berita
di media itu. Hairan bagaimana berita itu sampai begitu cepat kepada orang
luar.
“How stupid I am.
Dia buat hal lagi! Sekarang I yang kena selesaikan,” keluh Diane perlahan.
“Siapa? Tan sri ke?” tanya Amy hairan.
“Who
else?” balas Diane cukup
jengkel.
“So, betul ke berita tu?” tanya Amy lantas duduk di
kerusi hadapan meja Diane.
“Entahlah. I rasa memang betul tapi dia tak mahu mengaku.
Dia kata tak kenal pun budak tu. Tapi kebetulan budak tu kata dia ada di Sunway
Club malam tu. Setahu I memang tan sri ada pergi sana.”
“Dia orang terserempak di sana?” tanya Amy lagi.
“Dia kenal budak tu di sana. Tapi dia kata dia setakat
berbual. Rubish!” ucap Diane separuh merengus.
“How
old is he?”
“Baru 17. Budak-budak dah boleh masuk club ya? I pun tak
pandai masuk club. I tak tahu apa yang seronoknya di situ,” ujar Diane lantas
mengangkat ganggang setelah telefon di atas mejanya berbunyi. Amy sekadar
memandang Diane melayan bosnya yang lain.
Tertanya-tanya dia. Tidakkah dia sakit hati dengan
keadaan ini? Masih mahu menunggu lelaki tidak berguna itu? Masing-masing sudah
tahu Tan Sri Fattah itu kaki perempuan. Janji-janjinya kepada Diane hanya
sekadar janji yang entah bila dapat dikotakan. Apa lagi yang hendak ditunggu?
Apa yang hebat benar lelaki tua itu sehingga Diane begitu setia? Entahlah. Dia
cukup hairan.
Usai berbual di talian, Diane mengeluh lagi. Pangkal hidungnya
dipicit bagi melegakan kepala yang rasa sesak dengan pelbagai beban tugas.
“What
now?” tanya Amy terus
ingin tahu.
“Ada press kat lobi. Tan Sri Anuar suruh I selesaikan. It’s my job katanya!”
Amy ketawa pula melihat Diane mengajuk kata-kata Tan Sri
Anuar dengan riak jengkel di wajah.
“Nak I temankan ke?” tanya Amy. Dia tahu Diane tertekan.
Tugas ini memang tidak semudah yang disangka.
“Come. Kita pergi lunch lepas ni. Apa nak jadi,
lantaklah. I dah penat. I nak tenangkan fikiran,” ujar Diane lantas bangun.
Amy tersenyum sebelum ikut bangun. Sempat mencapai ID dan
dompetnya.
“ID I ni tak okaylah,” ucap Diane ketika mereka tiba di
pintu utama.
“Give
it to me,” balas Amy sambil
mengambil kad itu dari tangan Diane. Ketika tiba di meja salah seorang pekerja,
Amy berdiri di sebelah meja itu.
“Rauf, right?” sapa Amy kepada pemilik meja itu.
“Yup,” balas Rauf lantas membetulkan duduk. Namun matanya
terkerling lagi wanita di belakang Amy itu. Gugup tiba-tiba.
“Tolong hantar kad ni pada HR. Minta yang baru. By today
ya?”
“Okay.”
“Thank you,” ucap Amy lantas tersenyum ramah kepada
lelaki muda itu. Rauf sekadar mengangguk.
Namun saat tiba di pintu, Amy berbisik kepada Diane.
“Handsome you...”
Diane ketawa lantas mencubit pinggang Amy. “Miang you ni,
Amy.”
“Opss! Untuk you. I dah ada tunang.”
“No way! Dia budak-budak lagi, Amy!” Diane ketawa besar
ketika di hadapan lif.
“Budak you cakap? Itu kalau ditinggalkan berdua dengan
you dalam bilik, I percaya... dia boleh buat you pregnant.”
“What??? Amy!!!” terjerit kecil mendengar bicara Amy.
Diane sempat mencubit pinggang Amy. Amy tergelak besar sebelum memuatkan diri
ke dalam lif. Diane merengus.
“I tengah stress ni you sempat lagi buat lawak tak kelakar
macam ni.”
“Diane, you yang cari masalah. You tahu dia suami orang. Apa-apa
hal pun nanti, you juga yang akan dipersalahkan. Bukannya I tak pernah
ingatkan. Masih ada masa untuk you fikir semula. Jangan tempah neraka untuk
diri sendiri, Diane. Dia bukan orang yang tepat untuk you bergantung harap. Dia
pergunakan you, takkan you tak nampak lagi?” ujar Amy bersungguh.
Diane diam pula. Mengeluh. Sejauh ini hubungannya dengan
lelaki itu, dia tahu harapan yang ada hanya sirna. Dahulu dia merasakan lelaki
itu adalah lelaki yang tepat, yang mampu menjaga dia yang keseorangan. Lelaki yang
matang. Tetapi sekarang andaiannya sudah meleset sedikit demi sedikit. Kata-kata
manis hanyalah sekadar kata-kata.
“Diane, lebih baik sendiri daripada kita memikul beban
yang tak sepatutnya digalas. You ingat mudah ke untuk dia bawa you masuk dalam
famili dia? Macam mana dengan puan sri?”
“You ingat I tak pernah cuba tinggalkan dia? You belum
pernah tengok perangai dia bila dia frust. I rasa macam nak gila, Amy.” Diane
membalas perlahan. Kata orang nak seribu daya. Tak mahu seribu dalih. Untuk dia,
biar seribu daya yang dia ada untuk meninggalkan kekasih gelapnya itu, tetap akan
ada seribu dalih dari lelaki itu yang akan membuatkan dia terpaksa kembali
semula kepada Tan Sri Fattah.
Amy mengeluh sendiri sambil menggeleng. “Lelaki tu memang
pandai memujuk rayu,” komen Amy perlahan.
Diane membisu sehinggalah tiba di lobi. Sebaik sahaja keluar
dia terlihat beberapa orang lelaki sedang duduk-duduk di sofa. Mereka berdua
berjalan ke arah pintu utama tanpa mempedulikan kumpulan wartawan itu. Namun
beberapa lelaki itu lebih cepat mengecam Diane. Mereka berdua diburu sehingga
ke tempat dia memakirkan kereta. Soalan tetap diajukan biarpun tidak dilayan.
“No comment! None of your business. Get the hell out of
my way!” jerkah Diane mula hilang sabar apabila seorang lelaki menahan dia dari
masuk ke dalam kereta. Melihat lelaki-lelaki itu masih berasak-asak meminta
jawapan darinya, terpaksa dia melambai ke arah pengawal keselamatan.
“I tak akan jawab sebarang soalan lagi. Tanya sendiri
kepada orang yang menyampaikan cerita ini,” ujar Diane lantas masuk ke dalam
kereta. Lega sedikit setelah melihat lelaki-lelaki itu bersurai dengan bantuan
pengawal keselamatan.
“Gila betul. Dah macam paparazi,” komen Amy sambil
menggeleng sendiri. Terteleng-teleng ke belakang untuk melihat kumpulan
wartawan itu. Masih ada yang menunggu di tempat parkir kereta.
“Let’s
get out from here.” Diane mendesis
perlahan sambil mengundurkan keretanya keluar dari ruangan parkir.
Sambil memandu, Diane hanya membisu. Terfikir-fikir ke
mana hendak pergi untuk lari dari kekusutan itu. Namun kemudian telefon
bimbitnya berbunyi. Sempat dikerling ke skrin. Tan Sri Fattah yang memanggil.
“Do you want me to...”
“No need!” Diane memintas cepat. Sebetulnya dia tidak
ingin bercakap dengan lelaki itu buat masa ini. Sakit hati!
“Okay,” balas Amy perlahan.
Diane diam semula. Kereta terus dipandu menjauhi pejabat
mereka. Sudahnya dia tersandar sambil memicit dahi pula.
“Tak ada apa yang I dapat bila I berikan kesetiaan.”
“You setia pada orang yang salah, Diane. Hanya itu yang
silap.”
Diane diam semula. Memikirkan semula tindak tanduknya
selama ini. semenjak awal dia memang sudah silap. Tapi hatinya ini kadang kala
tidak ingin mengikuti jalan yang benar. Bukan pintanya untuk jatuh cinta kepada
suami orang. Sukar untuk mengelak sementelah mereka selalu bertemu. Sudahnya dia
terjerat juga.
“Kalau I tanya sesuatu, jangan marah ya?”
“Apa?” Diane menoleh ke sebelah.
“Are you still virgin... err...”
“Of course I am, Amy! You ingat I senang sangat nak tidur
dengan dia ke?” Diane membalas cepat. Amy dijelingnya pula.
“Sorry. I tanya aja.” Amy menyambut rendah. Kesal pula
kerana bertanya soalan itu.
“You ingat I tak takut kalau I beri semuanya dan dia akan
gunakan itu untuk perbodohkan I? Belum sejauh itu, Amy. I tak berani,” ujar
Diane mula kembali lembut nadanya. Cinta sebanyak mana pun, dia masih takut
membiarkan hubungan itu berlanjutan ke ranjang. Masih ada sebahagian dalam
dirinya percaya yang lelaki itu hanya memuja keindahan paras rupa dan bentuk
tubuhnya semata-mata. Bukannya Tan Sri Fattah tidak pernah mengumpannya ke arah
itu. Cumanya, lelaki itu tidak pernah memaksa.
“Err... Diane, kita nak pergi mana ni?” tanya Amy tidak
lama kemudian. Kelihatan kenderaan itu sudah dipandu jauh meninggalkan Kuala
Lumpur.
“Entah.” Diane menjungkit bahu. Amy terdiam pula. Teringat
yang mereka hanya ada sejam lebih untuk waktu makan tengahari.
“You perasan tak, semenjak kita mula kerja di Garuda kita
tak pernah ponteng kerja,” ujar Diane lagi.
“Meaning?”
“Sesekali I teringin nak buat perangai gila-gila. Kita ponteng
kerja nak?”
Amy tergelak tiba-tiba. Namun tawanya memudar. “Serius?”
“Bukan lagi serius. Ni dah ‘duarius’, Amy.” Diane ketawa
kecil entah kenapa.
“So, kita nak ponteng ke mana?”
“Kita pergi PD nak?” ucap Diane lantas menoleh ke
sebelah.
“Why
not?” balas Amy ceria. Kali
itu Diane pula yang kaget.
“Serius ke you setuju ni?” tanya Diane bersungguh dengan
kerutan di kening.
“Ni bukan serius lagi, Diane. Ni dah duarius. Kita makan
dan mandi puas-puas!”
Spontan dua sahabat itu ketawa berdua. Sehati dan sejiwa.
Kesukaan mereka selalunya sama. Memonteng kerja pun sama-sama!
SEDANG dia ralit mengerjakan tugasnya, Rauf terperasan ada
panggilan video masuk ke komputernya. Gambar Amy tertera di skrin. Lelaki itu
segera memasang headphone di telinganya.
“Hello, handsome...” sapa wanita di sebalik video itu.
“Hai...” sapa Rauf lantas tersenyum sedikit.
“ID yang I bagi tadi dah ada ke?” tanya Amy.
“Tak tahu. I tak ada tanya,” jawab Rauf.
“Oh... sorry. Kalau ada sesiapa tanya pasal I atau Diane,
cakap aja tak tahu ya?”
“I memang tak tahu pun,” balas Rauf sambil memandang
wanita di dalam skrin itu. namun dia terpandangkan seorang perempuan melintas
di belakang Amy dengan jubah mandi semata-mata. Lekas-lekas dia memandang ke
arah lain.
“Amy...” suara wanita itu kedengaran memanggil.
Tanpa dapat ditahan Rauf kembali memandang ke arah skrin.
Wanita tadi kelihatan duduk tidak jauh dari Amy dengan tuala putih berbalut di
pinggang.
“Okaylah. I cuma nak tanya itu aja.”
“You all di mana ni?” tanya Rauf dengan kerutan di kening.
“PD. Shtt... rahsia ya? Jangan beritahu sesiapa. Kalau ada
sesiapa beri ID Diane pada you, you tolong simpan. Nanti hari Isnin I ambil. I
belanja you lunch ya?” jawab Amy ceria.
“Okay.” Rauf tersenyum lagi. Namun senyumannya memudar
saat terpandangkan ada seorang perempuan menghimpit Amy.
“Who
is that?” tanya suara wanita
itu lantas merenung ke arah skrin. Namun wajahnya berubah sebaik sahaja
terpandangkan lelaki di skrin itu. Lekas-lekas dia menutup lensa gadjet itu
dengan tangannya.
Buat seketika Rauf hanya pegun mendengar dua perempuan di
dalam talian itu berbalah kecil. Suara Amy ketawa jelas kedengaran.
“Okaylah, Rauf. Thank’s
for your help. Cik kak tu malu dengan you. Chow...”
Rauf tidak sempat menjawab. Talian sudah terputus. Namun kemudian
dia menggeleng sambil tersenyum sendiri. Terbayang apa yang dipandangnya tadi.
Latar belakang di dalam video tadi seperti dia tahu.
Rauf mengangkat ganggang. Port Dickson Resort segera
dihubunginya. Tidak lama menunggu, seseorang menjawab taliannya.
“Rauf Zuhayr sini...”
“Ya, Encik Rauf.” Suara di sana membalas.
“I nak you periksa ada tak mana-mana guest mendaftar atas
nama Diane Rose atau Amy Eisyatul,” ucap Rauf dalam nada perlahan.
“Saya periksa sekarang,” jawab wanita di hujung talian.
Rauf hanya pegun menanti wanita itu membuat kerjanya.
“Err... Diane Rose McLachlan. Bilik 0425.”
“You ada ambil adress dia?”
“Ya, ada. Kenapa, encik?” tanya wanita itu hairan.
“Tak ada apa-apa. Beri adress tu pada I sekarang.”
“Err...” wanita itu agak ragu. Maklumat tetamu itu adalah
sulit. Tetapi yang bertanya itu bukan pula sembarangan orang. Anak kepada
majikannya. Serba salah mahu menolak permintaan Rauf.
“Adress,” tegur Rauf lagi.
“Okay.”
Rauf segera mengambil pena. Alamat yang disebutkan oleh
wanita di hujung talian segera disalinnya.
“Siapa nama you?” tanya Rauf kepada pekerja itu.
“Syahada,” jawab wanita itu lembut.
“Syahada, sekarang ni I nak you buat apa yang I suruh.
Bilnya berikan pada I nanti,” ujar Rauf.
“Baik, encik.”
Buat seketika Rauf terus bergayut di talian bersama
wanita itu. Seketika kemudian ganggang dikembalikan ke tempatnya. Rauf merenung
memo pad di atas meja itu. Alamat yang diberikan oleh Syahadah tadi terletak di
Seputeh, tidak jauh dari kediamannya. Tiba-tiba Rauf tersenyum sendiri. Terbayang
pula olehnya raut tanpa alat solek tadi. Seraut itu melekap erat di benaknya.
‘Diane... Diane... milik siapakah gadis ini?’ Hati Rauf
berbisik sendiri.
TING! TONG!
Petikan loceng itu sedikit mengejutkan dua perempuan itu.
“You ada order apa-apa ke?” tanya Diane sambil dia
bangkit dari duduknya. Amy segera menggeleng.
Diane segera mendekati pintu. Dari intaiannya seorang
pekerja hotel berdiri di hadapan pintu, menanti pintu dibuka. Diane segera
membuka sedikit pintu.
“Yes?”
“Miss McLachlan?” tanya pekerja lelaki itu sambil membaca
nama pada sampul kad yang terselit di celahan coklat yang digubah seperti jambangan
bunga.
“It’s me.” Diane segera membuka kunci berantai pada
pintu. Jambangan coklat itu disambutnya dengan kerutan di keningnya.
“It’s for you and your friend. Have a good weekend, Miss
McLachlan,” ujar pekerja itu lantas meninggalkan Diane terpinga-pinga di situ.
“It’s Diane! McLachlan tu nama keluarga mak I lah!” laung
Diane setelah lelaki itu menjauh.
“Kenapa, babe?” Amy ikut menjengah ke luar. Sudah tiada
sesiapa di situ. Diane hanya menjungkit bahu.
“Wow! Siapa bagi ni?” mata Amy membuntang teruja melihat
jambangan coklat itu. Menyelerakan.
“Entah.” Diane segera mengambil sampul di celahan bunga
itu. Jambangan itu diserahkan kepada Amy. Berbanding dia, Amy lebih berminat
dengan coklat itu. Diane segera mengeluarkan kad itu sementara Amy sudah
kembali ke dalam bersama hadiah itu.
Andainya pintu hati masih terbuka, ingin aku bersamamu
dan menemanimu untuk selamanya. Walaupun mungkin hanya dalam angan-angan.
Diane terpacak begitu sahaja saat membaca apa yang
tertulis kad itu. Tulisan itu dibacanya berkali-kali. Tiada tertera nama
pengirimnya. Membuatkan keningnya berkerut sendiri.
‘Siapa?’ Bisik hati Diane sendiri. Tidak pernah pemberian
seperti ini mengusik hati kecilnya biarpun ini bukanlah pertama kali. Tetapi apa
yang tertulis di kad itu membayangkan si pemberi ini berada dekat dengannya
selama ini.
Diane menghempas punggung di sebelah Amy. Kad itu
disimpannya semula. Tidak berhasrat untuk membiarkan temannya itu tahu isi
kandungannya. Diane memandang Amy. Nampaknya Amy macam sudah tidak sabar untuk
membaham coklat itu.
“Siapa yang bagi, babe?” tanya Amy.
“Entah. Siapa peduli, Amy. Yang penting... jom kita
menyental sampai gemuk!” jawab Diane lantas merenggut hadiah itu dari tangan
Amy. Coklat itu dileraikan rakus oleh mereka berdua.
Jerit pekik, hilai tawa dua perempuan itu kedengaran amat
kuat sehingga ke hadapan pintu. Tanpa mereka sedar... seorang lelaki berdiri di
hadapan pintu menyentuh pintu itu. Menelinga tawa dua perempuan itu sambil
tersenyum sendiri.
rauf kat situ kan...
BalasPadamSis kena edit ni..How old is she? Chapter ni ada
BalasPadam2 error.😀😀 Sentiasa nantikan ur upcoming novels.
Harap maaf... Editing hanya sy buat pada manuskrip saja. Di blog sy tidak edit.
Padam