Selasa, 9 Mei 2017

MAWAR BERDURI-BAB 1

BAB 1
“AMY, I dah lama nak tanya. Tapi asyik lupa aja. Who is that guy?”
“Mana?” Amy memanjangkan leher. Mencari apa yang sedang dipandang oleh Diane.
“Tu.” Diane memuncungkan bibir sahaja kepada seorang lelaki yang sedang bercakap dengan Senior GM mereka. Amy lekas terperasan. Lelaki yang dimaksudkan Diane hanya berdiri beberapa ela dari pintu kamar kerja Diane.
“Entahlah. I pun tak sempat nak berkenalan dengan dia. Busylah, babe. Nanti I cuba risik dari staff kita.” Amy kembali memandang Diane.
“Amboi... pandang bagai nak rak? Suka ke?”
“Ish! Tak adalah.” Riak wajah Diane berubah sedikit. Lekas-lekas memandang ke arah permukaan mejanya.
“Saja tanya,” desis Diane perlahan.
“Nampak macam orang baik-baik aja,” balas Amy masih tidak jemu memandang lelaki itu.
“Amy!” permukaan meja itu ditepuk lembut oleh Diane. Amy menoleh spontan ke arah Diane.
“Stop it! You dah ada tunang.”
“You tu dah ada boyfriend, kan? You yang mulakan,” balas Amy lantas ketawa melihat wajah Diane berubah lagi. Terkena sendiri.
“I cuma tanya aja. Tak ada maksud lain.”
“Really?” Amy menjawab dalam nada ajukan.
“Masih sempat kalau you nak sorting you punya senarai calon suami. Boleh tambah dia dalam tu. Reject aja mana-mana VVIP yang dah gayut tu. Buat penat aja bercinta dengan suami orang ni.” Amy berkata lagi. Kemudian dia ketawa melihat riak gadis di hadapannya itu masam kelat.
“Malas I nak layan you.” Diane menggeleng sedikit.
“Okaylah. Masa tak banyak. I pun banyak kerja. Kita keluar minum malam ni, nak?”
Diane kembali mengangkat pandangan ke arah Amy. Spontan riak wajahnya berubah ceria pula.
“Tak mahulah lepak kat luar. I nak pergi rumah you. Kita tengok movie sampai muntah nak?”
Why not? I sediakan popcorn. You sediakan spageti meat ball kesukaan kita tu ya? You masak sedap.”
“Oi! Yang senang bagi kat dia. Yang susah-susah, you suruh I ya? Banyak jelita!”
Amy hanya tergelak sebelum meninggalkan temannya itu. Diane hanya menggeleng sambil tersenyum sendiri. Sepeninggalan teman rapatnya itu, Diane kembali memandang komputernya. Jemarinya menaip teks kenyataan akbar mengenai keputusan undian saham Garuda International LTD. Kemudian dia bertompang dagu pula sambil membaca semua tulisan yang tertera di skrin.
“Baby, masuk sekejap.”
Diane tersentak mendengar suara di interkom itu. Terus dia bangun dan keluar dari kamar itu. Tetapi ketika itu lelaki yang baru habis berurusan dengan Senior GM itu berpaling untuk kembali ke mejanya.
Hampir saja lelaki itu mahu terlanggar Diane. Berderau darahnya tatkala terasa telapak tangan perempuan itu melekap di antara dada dan perutnya. Menahan dia dari melanggar Diane.
“Ops! Sorry,” ucap Rauf spontan.
Diane hanya tersenyum sedikit tanda tidak berasa terganggu dengan perbuatan lelaki itu.
“Diane...” sapa Encik Gan kepada Diane.
“I nak jumpa Tan Sri,” ucap Diane. Seberkas senyum manis diberikan kepada lelaki itu sebelum berlalu.
Encik Gan hanya mengangguk sambil berlalu ke kamarnya semula. Rauf sempat memerhatikan perempuan itu sebelum Diane menghilang di dalam kamar Tan Sri Fattah. Tiba-tiba dia memegang dadanya. Masih berdebar di dalam sana. Masih terasa telapak tangan gadis itu di dadanya tadi. Dan haruman yang melintasi derianya saat berada dekat dengan Diane benar-benar membuatkan dadanya bergendang hebat. Terpesona begitu sahaja.
Cuba memberi tumpuan kepada kerjanya. Namun gagal. Dia terus teringat-ingat apa yang berlaku tadi. Spontan Rauf menampar pipinya sedikit.
“Nasib baik tak tercium. Kalau tercium tadi, kan untung...” tiba-tiba ada suara menyapa. Rauf memusatkan pandangan kepada orang di sebelahnya. Yuszar tersengih.
“Aku nampak kau langgar Diane tadi. Best tak?”
Rauf menggeleng sahaja kepada lelaki itu.
“Mesti dada berdebar hebat tu, kan? Tipulah kalau kau tak suka dekat dengan perempuan tu. Cantik tu... kalau aku, aku pun nak. Tapi dia mana pernah pedulikan aku.” Yuszar ketawa mengekek saat dirinya dibaling dengan stapler oleh Rauf.
“Diamlah. Buat kerja,” ujar Rauf malas mahu memanjangkan hal itu lagi.
Namun mampukah dia menipu apa yang diucapkan oleh Yuszar tadi adalah benar. Matanya sudah mula mengintai ke arah kamar Tan Sri Fattah. Menunggu Diane keluar dari sana. Tetapi agak lama, masih tidak kelihatan bayang Diane.
Apa dibuat oleh gadis itu di dalam sana? Mulalah timbul rasa nak menyibuk sementelah ramai orang memberitahunya Diane itu perempuan simpanan Tan Sri Fattah. Malah dia sendiri pun nampak, antara kedua-duanya memang ada apa-apa. Sudah beberapa kali terlihat Diane naik kereta berdua sahaja dengan Tan Sri Fattah.
Ish! Takkanlah waktu kerja dia orang nak buat kerja yang bukan-bukan? Bisik hati Rauf sendiri.

WANITA itu masih muda. Baru berusia 31 tahun, telah enam tahun berkhidmat di Garuda Holding. Bermula sebagai setiusaha CEO di Garuda Holding. Kini syarikat ini telah setahun melebarkan sayap, membuka anak syarikat, menjadi pengeluar kepada telefon bimbit dengan teknologi terkini. Sebagai pekerja yang setia, kini dia menikmati kedudukan yang kukuh sebagai ketua komunikasi korporat syarikat.
Tetapi... lumrah dunia. Bisikan liar yang tersebar membuatkan dia lali.
‘Perempuan muda menjual rupa dan tubuh badan kepada lelaki kaya untuk hidup selesa.’
Semenjak syarikat mula menjadi pengeluar telefon bimbit jenama baru, kerap juga wajahnya keluar di kaca tv. Dan kerap juga dia diberi perhatian oleh orang-orang ternama. Bukan sekadar mencari untuk urusan perniagaan. Sebaliknya berminat untuk menjadikan dia gundik!
Diane keluar dari kamar kerjanya. Ada urusan yang perlu diselesaikan di tingkat atas. Ketiadaan Tan Sri Fattah di pejabat, memberi dia ruang menyudahkan kerja dengan tenang. Namun ketika menghampiri pintu utama, wanita itu menghentikan langkah.
“Diane Rose McLachlan...”
“What’s up, Amy? Perlu ke panggil nama penuh I? balas Diane sambil memandang gadis itu melangkah ke arahnya. Amy ketawa sedikit.
“Saja nak bagi you marah dengan I. Tan Sri Fattah... safely landed in Geneva,” ucap gadis itu sambil berjalan untuk kembali ke mejanya.
Diane sekadar mengangguk sebelum kad pekerjanya dilekapkan di tempat pengimbas. Pintu kaca di hadapannya ditarik. Namun tidak boleh. Dua kali dia mencuba namun masih gagal.
“Oh, God... Amy, what’s going on? What happened to my ID?” keluh Diane kepada Amy yang sudah menjauh. ID miliknya ditayang kepada Amy.
“I don’t know. Just go and get a new one,” balas Amy selamba.
Diane mengeluh. Seorang lelaki yang datang dari sebalik pintu itu berdiri seketika memandang wanita cantik itu. Diane membuat isyarat agar lelaki itu membuka pintu itu dibuka menggunakan ID pekerja lelaki itu.
Rauf segera mengimbas kad miliknya. Dan pintu terbuka serta merta.
“Thank’s a lot,” ucap Diane perlahan.
Rauf sekadar mengangguk. Namun saat wanita itu melintasinya, dadanya berdebar. Haruman wanita itu mempersonakan kelelakiannya. Namun Diane sekadar berlalu ke arah lif. Terkumpal-kumpal memandang sekejap. Tidak puas. Namun segan mahu berlebih-lebihan. Sedar yang wanita jelita itu tidak akan memandang lelaki-lelaki biasa sepertinya.
“Mampu berangan ajalah,” keluh Rauf seorang diri.
Punggung dilabuhkan di kerusinya. Kerja harus diteruskan seperti biasa. Namun entah kenapa, matanya kerap menjeling ke arah pintu itu tadi. Seperti menanti seseorang hadir di situ. Hampir setengah jam, Rauf nanar sendiri.
Telefon di meja berbunyi tiba-tiba. Rauf segera mencapai ganggang.
“Rauf,” ucap Rauf kepada si pemanggil.
“Rauf...” balas satu suara di hujung talian. Membuatkan wajah Rauf berubah sedikit.
“Papa... assalamualaikum,” ucap Rauf lantas membetulkan duduk.
“Walaikumussalam. Rauf dah dua minggu tak balik rumah. Mama asyik bertanya. Ada apa?” tanya Tan Sri Rafael di hujung talian.
“Sorry, pa. Rauf busy. Balik rumah dah malam. Penat. Rauf baru kerja. Banyak yang kena belajar.”
Lelaki di hujung talian itu diam seketika. Agak tidak senang dengan keadaan itu. Namun sedar akan hakikat. Keadaan ini lumrah bagi mereka yang patuh kepada majikan.
“Tak apalah. Papa cuma nak Rauf jaga kesihatan. Kerja sebanyak mana pun, tubuh badan mesti dilayan secara adil.”
“Baik, pa. Kirim salam pada mama ya?”
“Insya-Allah...” balas lelaki di hujung talian itu lembut.
Sebaik sahaja ganggang diletak, dia terdengar bunyi ketukan pada pintu kaca dekat dengannya. Wanita itu memandang kepadanya sambil membuat isyarat agar membantunya. Rauf segera bangun untuk membuka pintu.
“Thank you so much, darling...” ucap Diane dan seterusnya berlalu.

Rauf terkedu. Darling? Dia terpaku memandang sehinggalah Diane menghilang di dalam kamarnya. Mimpikah dia?

1 ulasan: