BAB
4
BERPELUH!
Keretanya sebentar tadi elok
sahaja setelah di hidupkan. Namun belum pun jauh meninggalkan stesen minyak
tadi, enjinnya mula mengeluarkan asap. Lekas-lekas dia mencari tempat berhenti
lalu mematikan enjin.
“What’s wrong with you?” desis Diane.
Panik sudah tentu. Jam segini sudah tahu, bukan mudah
mencari mekanik. Apatah lagi dia perempuan. Manalah dia ada mengenal mana-mana
mekanik yang dapat membantunya pada waktu ini.
Kelibat Diane di keretanya segera dikesan oleh Datuk
Izhar yang baru sahaja meninggalkan restoran tempat mereka makan bersama tadi.
Lekas-lekas dia memberhentikan kereta.
“Diane, kenapa ni?” tanya lelaki itu sambil mendekati
Diane.
“Tak tahu. Tadi elok aja. Tiba-tiba ada smoke. I matikan
enjin.”
Lelaki itu menjengah ke dalam kereta. Melihat isyarat
merah pada papan meter kelajuan. Isyarat check engine menyala. Enjin cuba
dihidupkan semula. Masih menyala. Namun asap keluar lagi. Dia melihat amaran
agak memeriksa enjin itu masih menyala.
“Something wrong dengan kereta you ni.”
“I tak tahu apa dah jadi. Tadi elok aja.”
Datuk Izhar membuka bonet enjin. Namun asap lebih banyak
keluar. Malah turut kelihatan dari bawah kereta. Lekas-lekas dia mematikan
enjin. Bimbang kereta itu kepanasan akibat kekurangan air. Namun lelaki itu
memandang jam di pergelangan tangannya lagi. Sudah lewat. Isterinya sudah
memanggilnya berkali-kali semenjak tadi.
“Look. Kereta ni tinggal sini. I rasa malam ni tak ada
pomen yang akan datang. kawasan ni pun selamat untuk berhenti. Nak I hantarkan
you ke?” tanya lelaki hujung 30-an itu lembut.
Diane lebih cepat menggeleng. Luaran nampak baik. Tetapi
malam buta begini, seram pula dia mahu membiarkan lelaki ini menghantarnya
pulang. Bukannya dia kenal benar.
“Are you sure? You nak tunggu sini seorang? Bahaya. Dah
tengah malam ni,” ujar Datuk Izhar lembut.
“I cuba call my friend. Dia tinggal dekat-dekat sini aja.
Lagipun senang I nak datang sini pagi esok,” ujar Diane lantas tersenyum.
Datuk Izhar memandang sekeliling. Seberang jalan sana ada
kondominium. Sudah pasti kawasan ini kawasan selamat. Lagipun, sekeliling
mereka ada kediaman.
“Okaylah. Kalau perlukan apa-apa bantuan, you ada kad I,
kan? Tentang apa yang kita bincangkan tadi... kami akan sediakan kontrak
segera.”
Diane mengangguk semata dengan sedikit senyuman. Lega
kerana lelaki itu tidak mendesaknya agar mengikutinya. Sebaik sahaja lelaki itu
berlalu dengan keretanya, Diane memanggil Amy melalui telefonnya. Sayangnya
panggilannya tidak berjawab. Malam kiriman What’sAppnya juga tidak dibaca oleh
Amy.
“Alamak... manalah you ni, Amy? I need your help!” rungut
Diane seorang diri.
Sempat membelek jam di pergelangan tangan. Sudah jam 12
setengah tengah malam. Sudahnya Diane mengambil jaket dari dalam kereta sebelum
menguncinya. Kebetulan keretanya sudah berada di dalam jalur petak parkir di
tepi jalan. Lega sedikit hatinya. Namun kedudukan kereta itu tidak sepenuhnya
berada di dalam petak.
Diane berhasrat untuk berjalan ke hadapan. Di hujung
pandangannya masih ada kawasan makan yang meriah dengan orang. Setelah
mengenakan jaket, Diane berjalan meninggalkan kereta kesayangannya.
Ralit menekan telefon untuk memanggil seseorang, Diane
menyeluk tangan ke dalam poket jacketnya. Dia terleka. Tidak sedar ada seorang
anak muda berjalan laju ke arahnya lalu merempuh kuat sebelah bahunya. Diane
terpelecok oleh kasut bertumit halusnya. Sudahnya dia hilang imbangan. Hampir
terjatuh.
“Eh! Eh! Eh! Terjatuh pulak dalam pelukan I.” Dia
terdengar ada satu suara berkata setelah menahan dua bahunya daripada terjatuh.
Diane segera menegakkan tubuhnya untuk mencari wajah lelaki itu.
“You lagi!” rengus Diane.
“Sama-sama,” ucap Rauf selamba.
Diane menjeling sambil memandang bawah. Mencari telefon
bimbitnya. Rauf ikut sama mencari. Sama-sama terlihat, sama-sama bergerak mahu
mengutipnya. Sudahnya bahu mereka berdua pula yang berlaga. Nasib baiklah Diane
lebih cepat mengawal imbangan. Sudahnya bahu lelaki itu dipukulnya.
“Apa? I cuma nak tolong,” ujar Rauf bersungguh. Dia
tunduk mengutip telefon itu. Diane sekadar memerhati. Tidak berani lagi mahu
mengutip sama.
“Dah pecah. Tak apa. esok I belikan yang baru ya?” ujar
Rauf lembut.
“Tak payah. I boleh beli sendiri,” jawab Diane sambil
membelek telefon itu. masih berfungsi cuma skrinnya sudah pecah.
“Kenapa you jalan kaki di sini?” tanya Rauf.
Spontan Diane memandang lelaki itu. “You tak tahu atau
buat-buat tak tahu?”
“Oh... I buat-buat tak tahu supaya I ada idea nak
buat-buat bertanya. Macam mana dengan itu?” jawab Rauf lantas menyeringai.
Diane memandang Rauf dengan pandangan mengecil. “I rasa
macam nak cubit aja mulut you ni. Stalker!”
“Itu cara berterima kasih kepada orang yang selamatkan
you dari terjatuh? Kaki sakit tak?” tanya Rauf lantas memandang ke arah kasut
yang dipakai Diane. Kasut itu bertumit tinggi. Pantaslah Diane hilang imbangan
tadi.
“Tak. kereta I tak
boleh start dekat dengan tempat I makan tadi. I nak call Amy, dia tak jawab.
Nak call uber, I tak berani pulak. Jauh nak balik ni.”
“I boleh hantarkan,” ucap Rauf bersungguh.
Diane diam seketika sambil merenung tampang lelaki itu. Benarkah
kebetulan saja lelaki ini ada di sini? atau mengekorinya lagi? Ah! Pedulilah.
“Kereta you di mana?”
“Sana...” ujar Rauf lantas menunding ke arah tempat dia
datang tadi.
“So, you jalan kaki kat sini untuk apa?” tanya Diane setelah
lelaki itu berpatah haluan. Berjalan arah yang sama dengannya.
“Saja ambil angin malam. Bosan duduk rumah seorang,”
jawab Rauf sambil memandang ke belakang. Kelihatan seorang remaja lelaki
berjalan sambil berseluk poket ke arah mereka.
Rauf berdeham sedikit sambil sebelah tangannya menyeluk
ke dalam poket sebelah kirinya. Saat remaja itu melintasinya, dia sempat menghulurkan
not 50 kepada remaja itu. Dan remaja itu mencapainya sebelum bergegas berjalan
meninggalkan mereka.
“Kereta you rosak apa?”
“I tak tahu. Tadi lepas I balik dinner, I singgah petrol
pump. Lepas I tinggalkan petrol pump tiba-tiba kereta tu keluar asap banyak.”
“Really?” Rauf mengerut kening.
“Mana kereta you?”
“Kat sana,” jawab Diane lantas menunding ke arah
belakang. Masih terlihat kelibat kereta itu bersendirian di situ.
Rauf menggaru kepalanya. Sangkanya Diane sengaja berjalan
kaki ke sini. Buat penat saja dia mengupah budak itu tadi.
“You hantar I balik ajalah. Esok I selesaikan pasal
kereta.”
“Kita pergi tengok sekejap apa masalahnya,” ucap Rauf
lembut. Dia kembali berjalan. Kali itu langkahnya dilajukan.
Tidak sampai lima minit memandu, mereka kembali
mendapatkan kereta Diane.
“So, you baru keluar dari petrol pump sana. Then,
tiba-tiba enjin berasap?”
Diane mengangguk. “Ada bunyi kuat I dengar tadi. I tak
tahu bunyi apa.”
“Di bawah atau pada enjin?”
“Di bawah I rasa,” balas Diane sambil memandang Rauf
menyuluh bahagian enjin kereta itu dengan lampu suluh.
Rauf kembali cuba menghidupkan enjin. Ada asap keluar
biarpun enjin tidak dapat dihidupkan.
“Siapa yang isi minyak kereta you tadi?” tanya Rauf. Tidak
berani lagi untuk menghidupkan enjin. Sudah dapat mengagak apa masalah kereta
ini.
“Pump attendant tulah,” jawab Diane dengan kerutan di
kening.
“You tak tengok minyak apa dia isi?”
Diane diam seketika. Namun kemudian dia menggeleng. Dia
berada di dalam kedai. Ketika dia mendekati kereta semula, minyak sudah selesai
dipenuhkan di dalam tanki.
Rauf mengambil telefon bimbitnya. Cuba mendail nombor
seseorang. Tidak lama kemudian dia menjauh pula. Ingin bercakap tanpa diganggu
bunyi kereta yang lalu lalang. Diane sekadar memerhatikan lelaki itu sambil
bersandar kepada keretanya. Tidak lama kemudian dia kembali semula.
“You tahu kenapa enjin ni meletup? Pump attendant isi
minyak diesel.”
“What???” suara Diane meninggi serta merta.
“Siapa suruh tak tengok. Lain kali tengok minyak apa yang
budak pam tu isi. Habislah enjin kereta ni,” ujar Rauf lantas mengeluh. Kepalanya
digaru sambil dia berjalan untuk kembali ke keretanya. Dari ruang simpanan
barang, dia mengambil tikar picnic yang sentiasa disimpannya di dalam situ. Juga
kotak peralatan. Tikar itu dibentangkan di bawah kereta yang rosak itu. Lalu
dia berbaring untuk masuk ke bawah.
“Rauf you pandai baiki ke?” tanya Diane lalu mencangkung
di sebelah lelaki itu. Tiada jawapan kedengaran. Buat seketika dia hanya
memandang separas dada lelaki itu menghilang di bawah keretanya. Tubuh Rauf
bergerak-gerak tanda sedang buat sesuatu.
Diane hanya menanti entah apa dibuat oleh lelaki itu.
Namun tiba-tiba Rauf bergerak cepat seperti cuba mengelak sesuatu. Tetapi dia
tersekat oleh kedudukan Diane yang duduk bercangkung di sisinya. Akibatnya
wajahnya basah sehingga ke kolar.
“Apa dah jadi dengan you?” tanya Diane terkejut melihat
wajah lelaki itu berkilat.
“You duduk situ. I nak keluar dari bawah ni. I baru aja
buang minyak. Habis minyak kena muka I!” ucap Rauf sambil mengibas-ngibas
tangannya yang basah kuyup oleh minyak.
“Opss! Sorry...” Diane tercengang dengan riak bersalah.
Kasihan pula melihat lelaki itu terduduk dalam keadaan wajah dan kemejanya
basah oleh bahan bakar. Keadaan itu sudah tentu agak bahaya.
“Ada air?” tanya Rauf. Matanya pedih sedikit.
“Ada. Tapi botol kecil aja. Boleh ke?” balas Diane. Rauf
sekadar mengangguk. Teringat dia ada sehelai baju ganti di dalam kereta.
Rasanya lebih baik dia berganti baju daripada membahayakan diri membiarkan
dirinya bersalut dengan minyak diesel.
Ketika Diane kembali dengan botol air mineral, Rauf
dilihatnya sedang berdiri di tepi keretanya. Tanpa segan silu lelaki itu
membuka kemejanya lalu tubuhnya disarung dengan sehelai baju tee putih.
“Sorry. I menyusahkan you aja,” ucap Diane saat lelaki
itu kembali semula ke situ.
“Tak apa. Janji nanti you mesti kahwin dengan I,” jawab
Rauf lantas berbaring semula di atas tikar picnic itu. Kebanyakan minyak diesel
itu sudah dialirkan keluar, mengalir ke arah lubang air di tepi jalan.
Diane terus terpaku memandang lelaki itu. Kepalanya
digelengkan sedikit. Asal ada peluang mulalah nak mengayat!
Buat beberapa minit Rauf terus mengerjakan sesuatu di
bawah kereta itu. Diane sekadar jadi penunggu.
“I ada call mekanik tadi. Kita tunggu towing truck
sekejap ya?” ujar Rauf dari bawah kereta itu.
“You buat apa tu?” tanya Diane lantas menjengah lelaki
itu.
“Tutup tanki minyak ni. Kalau minyak ni tak dibuang,
bertambah rosak nanti. Ni pun dah nyawa-nyawa ikan,” ujar lelaki itu perlahan. Selesai
itu dia keluar semula dari bawah kereta.
“Kita tunggu sekejap. Dah mengantuk ke?” ucap Rauf sambil
duduk di atas tar beralaskan tikar itu.
“Tak. I nak selesaikan masalah ni segera. I tak senang
hati biarkan kereta ni kat sini,” ujar Diane perlahan.
“Marilah duduk sini,” ajak Rauf. Tikar itu masih luas
untuk wanita itu merehatkan kakinya. Namun Diane menggeleng. Lebih selesa
berada agak jarak dari lelaki itu.
“Tak payahlah takut. I tak makan orang,” ujar Rauf
lembut.
“Tak apalah. I kat sini aja.”
Rauf mengangguk akur. Malas mahu memaksa. Mereka berdiam
seketika. Diane sibuk memandang ke arah jalan. Menanti kehadiran towing truck. Namun
kemudian dia kembali memandang Rauf. Lelaki itu memandang langit sambil
kepalanya disandarkan ke badan keretanya.
“Thank you, Rauf.” Diane bersuara semula. Spontan Rauf
menoleh.
“Mana sugar daddy you? Tak call dia?” ucap Rauf lembut. Pertanyaan
itu membuatkan riak di wajah Diane berubah.
“What did you say? Sugar daddy? You tuduh I berlebihan
dari apa yang you tahu, mister. Istilah sugar daddy tu kedengaran seperti
sedang menghina I!”
“Mak... maksud I, boyfriend. I tak ada niat nak menghina,
Diane. I’m sorry.” Rauf menggaru kepalanya. Terlepas cakap!
Diane menghela nafas sambil mengalihkan pandangan. Kepalanya
digelengkan kesal.
“Sorry. Janganlah marah. I tersilap cakap.”
“What everlah. Dia dengan isteri dia,” ujar Diane rendah.
Rauf mengangguk sedikit.
“Kenapa dia?” tanya Rauf lagi.
Diane diam pula. Mengerti apa maksud pertanyaan itu. Mengapa
dia memilih Tan Sri Fattah sebagai kekasih? Entahlah. Kata orang cinta itu buta
dan juga membutakan. Mungkin itulah yang dilaluinya dahulu.
“Selalu perempuan sukakan lelaki yang matang. Yang sudah
ada ekonomi yang baik. Tapi dia suami orang, Diane. Puan Sri Engku Ameenah tu
adik kepada mak cik I. Kalau dia tahu... apa pulak pandangan dia nanti,” ujar
Rauf lembut.
“I tahu.” Diane menjawab rendah. Terlajak perbuatan,
bukan semudah itu boleh kembali semula kepada asalnya.
“Kalau you pilih I kan senang? Tak ada siapa nak marah. You
tinggalkan saja lelaki miang tu. Pilih I yang tak berapa nak miang ni. Kalau dengan
I... barulah sepadan. Macam pinang dihempas-hempas,” ujar Rauf selamba.
Diane merengus sedikit sambil memandang ke arah lain. Ada-ada
saja olah lelaki ini! Namun fikirannya terbang jauh memikirkan keadaan
hubungannya dengan Tan Sri Fattah. Sebetulnya, jika tidak mahu merana... dia
tidak harus memilih antara kedua-duanya, baik Tan Sri Fattah atau Rauf. Keluarga
Rauf masih terlalu dekat dengan Tan Sri Fattah. Bagaimana jika orang tua Rauf
tahu siapa sebenarnya dia?
“Towing truck,” ucap Rauf lantas bangun. Dia terlihat
sebuah truk penunda berhenti di sebelah sana. Seorang lelaki India keluar lalu
menyeberangi jalan.
“Mr. Rauf?” tanya lelaki India itu sebaik sahaja tiba di
hadapan Rauf.
“It’s me.”
“You punya kereta ke?” tanya lelaki itu lantas mendekati
kereta itu pula. Kereta itu dikelilinginya.
“Dia punya.” Rauf menunding ke arah Diane. Lelaki India
itu segera mengeluarkan kad perniagaannya lalu dihulurkan kepada Diane.
“Steven suruh I mari ambil ini kereta. Bawa pergi service
centre. Tapi sekarang sudah malam. Kita towing saja pergi sana. Saya kasi park
ini kereta depan sana. Esok pagi you mesti mari itu service centre. Baru ini
kereta mereka boleh bawa masuk untuk inspection,” ujar lelaki India itu kepada
Rauf dan Diane.
“Boleh. Sekurang-kurangnya kita tak tinggalkan kereta ni
di sini saja,” sampuk Rauf.
“Siapa Steven?” tanya Diane.
“You call Steven tadi, kan?” tanya Chandran kepada Rauf.
“Ya.” Rauf terus mengangguk.
“Steven tu kawan I,” ucap Rauf kepada Diane.
“Saya panggil itu tow truck mari sini ya?” ujar Chandran
lantas menekan walkie talkienya. Meminta pemandu truck mencari tempat untuk
membuat pusingan U.
“Apa pasal ini kereta?”
“Sana dalam pump attandant masuk minyak diesel,” ujar
Rauf.
“Wow! Itu masalah teruk. Kalau you tak start enjin tak
apa. Tapi you sudah drive, itu minyak sudah masuk enjin. Banyak susah mahu
bikin. Bodoh ka itu budak pump kasi masuk minyak salah?” komen Chandran agak terkejut.
Rauf hanya menggeleng. Wajah Diane kian berubah mengenangkan nasib kereta
kesayangannya. Baru setahun menjadi miliknya.
Hampir jam tiga pagi barulah selesai urusan kereta itu. Tiba
masanya dia menghantar gadis itu pulang. Masing-masing sudah keletihan.
“Esok pagi macam mana you nak pergi ofis?” tanya Rauf
setelah tiba di hadapan kondominium wanita itu.
“I call uber.”
“Esok I hantar you ke service centre tu. Jangan pergi
sendiri,” ucap Rauf bersungguh.
“Terima kasih banyak, Rauf. Kalau you tak ada, I tak
tahulah apa jadi.” Diane membalas perlahan. Rasanya sudah terlalu banyak dia
menyusahkan lelaki ini.
“Tak apa. I tak kisah susahkan diri untuk perempuan yang
I suka. Tapi kalau you tak mahu terhutang budi, apa kata you jadi girlfriend I
aja.” Rauf sempat menyeringai kepada Diane.
“You ni tak ada kerja lainlah!” Diane merengus lantas
menolak pintu. Dia sudah penat benar.
“Thank you again. See you tommorow.”
“Most
welcome, baby. I love you...”
jawab Rauf lantas tersenyum memandang wanita itu. Diane sekadar buat tidak
dengar bicara lelaki itu.
Rauf terus memandang sehingga Diane menghilang di sebalik
pintu pagar utama bangunan kondimonium itu.
“I
love you too, Rauf...”
Diane tidak menjawab, sudahnya dia tolong jawab untuk diri sendiri. Sedih!
kahkahkah... sengal la rauf oiii...
BalasPadam