Ahad, 21 Mei 2017

MAWAR BERDURI BAB 19

BAB 19
PAGI ni ada meeting... bla-bla... I boringlah, yang. Tak ada mood nak pergi kerja,” ucap Diane sambil dia menghempas punggung di tilam.
Rauf sempat memerhatikan isterinya melalui cermin meja solek. “Kenapa pulak?”
“Entahlah...” Diane menyuak rambut yang berjuntai di dahi. Badan rasa tidak sedap. Tetapi tidak tahu bahagian mana yang tidak sihat.
Usai mengenakan tali lehernya, Rauf mendekati isterinya. Berdiri di hadapan wanita itu. Dagu sang isteri diraihnya agar pandangan sang isteri terhala kepadanya.
“Masih ingat pasal semalam ke?” tanya Rauf lembut.
“Taklah. Bukan pasal tu...” Diane menghela nafas. Walaupun malas dia bangun juga. Memaksa diri untuk bersiap ke pejabat. Rauf berdiri seketika. Memerhatikan susuk tinggi lampai itu sedang menghadap cermin.
“Kalau you tak sihat, kita boleh pergi klinik dulu.”
Diane menggeleng. Apa yang hendak diadukan kepada doktor nanti? Malas hendak berkerja?
“I sihat. Cuma rasa malas aja,” ujar Diane perlahan.
“Malas pergi kerja... berhentilah. Duduk rumah jaga anak,” ucap Rauf sambil menepuk punggung isterinya.
Diane segera mengalihkan tatapan bola matanya kepada sang suami melalui cermin itu. Lelaki itu masih merenung punggungnya penuh minat.
“Miang you pagi-pagi macam ni, kan?” tegur Diane sebelum bibirnya disapu pewarna. Rauf menyeringai sambil memicit ulas punggung isteri.
“Pon! Pon!”
“Yang, janganlah!” rengus perempuan itu lantas menurunkan tangan lelaki itu.
“Cepat sikit. I dah lambat ni,” ucap Rauf lantas mendekatkan bibir ke pipi Diane. Pipi wanita itu dikucup sekali.
Mereka bersarapan pagi bersama sebelum ke destinasi masing-masing. Di pejabat, rasa tidak enak badan itu semakin kuat menyerang. Mood pun semakin teruk. Sudahnya dia melangkah tidak bermaya ke bilik mesyuarat. Kamar itu masih tidak berpenghuni ketika dia tiba. Diane sekadar duduk di kerusinya. Menanti pengarah urusan tiba.
Beberapa pengarah tiba. Namun orang seterusnya yang masuk ke situ adalah Tan Sri Fattah. Lelaki itu memandang tanpa putus ke ara Diane sambil dia menarik kerusinya. Agak kurang menyenangkan saat terpandangkan Diane menekup hidung sebaik sahaja dia melabuhkan duduk. Semacam tidak senang duduk dekat dengannya.
What’s wrong with you?” tanya Tan Sri Fattah.
“I tak suka parfume you. Kepala I pening. Excuse me?” Diane terus bangun lalu keluar dari kamar itu. Terserempak dengan Puan Sri Engku Ameenah yang tiba-tiba menarik pintu.
“Where are you going, girl?” tanya wanita itu hairan.
“Restroom sekejap,” ucap Diane perlahan. Tanpa menanti jawapan wanita itu, dia meneruskan langkah untuk ke tandas.
Lama dia berdiri di hadapan sinki. Apa yang hendak dimuntahkan tidak juga keluar. Tetapi tekaknya benar-benar rasa tidak selesa. Perut juga merasa lain macam. Sudahnya Diane kembali semula ke kamar mesyuarat.
“Diane...” tegur Datin Paduka Engku Fatimah. Diane tiba-tiba memaut tepian meja. Seperti mahu terjatuh. Lekas-lekas dia bangun.
“I’m not feeling well, datin. Pening semacam.” Diane mengeluh rendah. Wanita itu segera menarik kerusi. Meminta Diane segera duduk.
“You breaksfast tak tadi?” tanya Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
Diane sekadar mengangguk. Agak hairan dengan dirinya. Makin tidak berdaya.
Pregnant kut ni,” ucap Puan Sri Engku Ameenah sekadar berseloroh.
“What?” Tan Sri Fattah segera memandang isterinya. Terkejut!
Diane juga terkejut. Agak malu menadah pandangan di hadapan semua orang. Sebahagian dari mereka masih tidak tahu yang dia sudah bersuami. Lain halnya dengan Tan Sri Fattah. Sakit hati dan cemburu masih bergaung hebat di dalam dadanya. Namun lidahnya terkunci ketika di hadapan isterinya.
“Pergi klinik dulu, Diane...” ucap Datin Paduka Engku Fatimah.
“I pergi lepas ni.”
“Pagi-pagi macam ni elok you nak pergi buat check up. Pergi sekarang. Meeting ni tak penting mana pun,” ucap Datin Paduka Engku Fatimah bersungguh.
Akur juga. Dia sememangnya perlukan doktor untuk memberikan jawapan kepada masalah yang dihadapinya ini. Kepala terasa melayang-layang saat berjalan meninggalkan pejabat.
Sepanjang menunggu dipanggil ke bilik rawatan, dadanya berdebar semacam. Terngiang-ngiang kata-kata Puan Sri Engku Ameenah tadi. Benarkah dia hamil? Sebahagian diri teruja. Harap-harap berita itu benar. Namun sebahagian lagi merasakan... mana mungkin dia hamil. Dia dan Rauf baru berkahwin. Belum pun cukup tiga bulan.
Namun setelah melalui saringan urine, dia terdengar bicara doktor itu yang membuatkan dia teras mahu melompat gembira. Seperti mimpi telah menjadi nyata. Memang benar dia telah hamil! Rasa gembira itu seperti telah membuat dirinya terasa melayang-layang tidak jejak di bumi nyata. Ingin sahaja dia pergi mencari lelaki itu. Mengkhabarkan berita gembira ini segera.
Ketika dia menunggu diberikan ubat, telefonnya dipicit-picit.
‘Yang, call I sekejap?’
Tidak sampai seminit telefonnya sudah dihubungi Rauf. Diane segera menjawab.
“Sayang...” suara itu kedengaran. Seperti telah menjadi suara yang paling merdu di telinganya.
“Ya. I kat klinik ni,” ujar Diane lembut.
“You tak sihat lagi? Apa kata doktor?” tanya Rauf segera.
“I sakit terkena buatan orang. Itu aja yang doktor kata.”
Rauf diam seketika. Seakan-akan mampu meneka apa maksud isterinya. “You bergurau ke ni?”
“Betullah. Takkan I nak main-main dalam hal macam ni?” Diane ketawa kecil.
Hening. Diane mengerut kening. Suara Rauf tidak lagi kedengaran.
“Rauf?”
“Ya. Ya. I kat sini, sayang.” Suara sang suami kedengaran lagi tidak lama kemudian.
“Kenapa?” tanya Diane hairan.
“I happy sangat. Rasa nak menjerit. Tapi I takut baby kita terkejut.”
Diane ketawa serta merta. Terdengar lelaki itu mengucapkan kalimah syukur berkali-kali. Gembira benar dengan hadiah bermakna itu.
“Kalau you ada depan I sekarang, I dah timang-timang you. Timang tinggi-tinggi, sampai pucuk sena. Apa dalam mommy punya tummy? Ada baby kita...”
Diane tergelak lagi. Namun sempat menekup mulut. Ada-ada saja bicara suaminya yang membuatkan dia merasa terhibur.
“Kita jumpa petang nanti, sayang?”
“Okay.”
“I love you. Love you. Love you so much!” ucapan lelaki kian berbau teruja di hujung sana. Senyum Diane tidak mampu lekang biarpun talian sudah dimatikan.
Gembira? Ya! inilah hari yang teramat menggembirakan buat dirinya.

MANA Diane? Kan papa kata suruh bawak dia balik sini?”
Rauf menggaru kepalanya. Serba salah. Isterinya pun tidak begitu sihat benar. “Rauf dah ajak. Tapi dia takut. Takut kena ganyang,” ucap Rauf perlahan.
“Lailahaillallah... siapa pulak nak ganyang?”
“Tu...” Rauf segera memuncungkan mulutnya kepada kakaknya. Diane masih fobia akibat dijerkah kakaknya beberapa hari lalu. 
Tan Sri Rafael hanya mampu menggeleng setelah melihat orang yang ditunjukkan Rauf.
“Papa ada hal nak bincang ni. Tunggu mama turun dulu.”
Rauf sekadar mengangguk. Agak lama menunggu emaknya turun. Firdaus pula muncul di rumah itu.
“Well... dengarnya ada orang nak jadi daddy. Congratulations. Bertambahlah budak kecik kat rumah kita ni. Good. Good,” ucap Firdaus sambil berpelukan dengan abangnya itu. Rauf sekadar ketawa kecil.
“Mama mana?” tanya Firdaus.
“Kat atas lagi.”
Entah berapa lama dipujuk papanya, barulah muncul mama mereka di ruang tamu rumah itu. Tangan Rauf tidak disambutnya. Boikot! Hanya Firdaus dilayannya.
Terkebil-kebil Rauf memandang ibunya. Masih marahkan dia nampaknya. Tanpa kehadiran Raid dan isterinya, mereka hanya berkumpul tiga beradik. Tengku Nasimuddin juga tidak pulang kali ini. Ada urusan di luar.
“Tentang Diane ni... papa nak jumpa keluarganya.”
Rauf menggaru dahi mendengar bicara ayahnya. “Di sini dia tak ada sesiapa. Di Wellington, dia hanya ada nenek dan pak cik. Mummy dia dah lama meninggal.”
“Ayah?” tanya Tan Sri Rafael.
“Err... ayah dia tak tahu hidup ke mati. Sebetulnya dia tak berapa ingat tahu tentang ayah dia,” ujar Rauf perlahan. Hati mula resah apabila bercakap tentang itu.
“Tak kenal?”
Rauf mengangguk sedikit. “Tak kenal. Nama pun tak tahu,” tambah Rauf.
“Dalam birth certificate takkan tak ada?” kening Tan Sri Rafael berkerut merenung anak lelakinya itu.
“Dia bernasab kepada nama keluarga ibu, papa.”
Puan Sri Nur Ain ketawa kecil. “Anak luar nikah,” komennya selamba. Amanda ketawa sinis. Cukup membakar hati Rauf yang mendengar.
“Mana kita tahu itu semua?” tegah Tan Sri Rafael tidak senang dengan bicara isterinya.
“Takkanlah bapak kandung pun tak kenal? Selalunya kalau dalam surat beranak tak ada tulis nama bapak, itu anak luar nikah!” ucap Puan Sri Nur Ain sinis. Bertambah banyak kekurangan Diane yang kelihatan di matanya membuatkan dia merasakan Rauf sudah buta oleh cinta.
“Patutlah perangai tak senonoh. Itu pun ada orang nak tergila-gilakan dia sampai macam tu sekali,” ejek Amanda pula.
“Astaghfirullah... kalau awak berdua ni tak ada apa yang elok nak dikatakan tentang budak tu. Lebih baik awak diam!”
Puan Sri Nur Ain hanya mencebik. Yakin dia berada di pihak yang benar. Diane itu memang bukan perempuan yang elok untuk dibuat menantu. Titik!
“Kita kena berbincang semula tentang majlis perkahwinan Rauf dan Firdaus tu. Tentang Rauf ni... kalau boleh papa mahu diteruskan seperti biasa.”
Firdaus terus mengangguk setuju. Namun tidak dengan Puan Sri Nur Ain.
“Batal semua! Saya dah malas nak ambil tahu.”
“Tak perlu batalkan. Kita teruskan sajalah. Pengantin perempuannya saja yang tukar. Kad jemputan belum ada. Ramai orang tak tahu. Apa masalahnya?” ujar Tan Sri Rafael bersungguh.
“Teruskanlah kalau awak nak. Saya tak akan jejakkan kaki ke majlis tu.”
“Ma, janganlah macam tu. Macam mana dengan Firdaus?” ujar Rauf pula.
Puan Sri Nur Ain berdiam. Hatinya masih terlalu hancur. Tidak sudi sama sekali untuk meraikan hari bahagia itu. Sekurang-kurangnya bukan gadis itu!
“Ain, sudah-sudahlah tu. Terima ajalah kenyataan. Jodoh Rauf bukan dengan bakal menantu kehendak awak. Kita mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.”
“Memalukan! Perempuan baik-baik ditolak demi perempuan yang tak tentu asal usul. Anak luar nikah! Huh! Apa punya seleralah kamu ni.” Puan Sri Nur Ain memandang tajam anak lelakinya. Rauf hanya diam. Enggan menjawab. Bimbang menambah kemarahan mamanya.
“Perempuan yang baik tak akan sanggup kahwin dengan anak teruna orang tanpa restu ibunya. Mementingkan diri sendiri!” rungut Puan Sri Nur Ain perlahan.
“Mama, bukan salah dia seorang. Rauf yang buat keputusan begini.” Rauf menjawab lembut.
“Mama tak suka. Apa jadi sekalipun, jangan bawa dia jumpa mama. Mama tak suka!” tegas Puan Sri Nur Ain. Tan Sri Rafael menggeleng sendiri.
“Susah betul nak minta pengertian mama. Rauf tahu Diane tak sehebat Tengku Marina. Tapi Rauf sayangkan dia, ma. Macam mana Rauf nak lepaskan dia?”  
Puan Sri Nur Ain terus berdiam. Tidak mampu memujuk hatinya yang kesal dan terluka dengan kenyataan ini. Sungguh benar dia malu kepada besannya itu. Anak lelaki kesayangannya ini membuat perangai.
“Sudah-sudahlah tu! Tak guna kita nak mengungkit benda yang dah lepas. Tak semua perkara yang kita nak mampu jadi milik kita. Saya dah tak mahu dengar nama Marina lagi. Sekarang ni yang utamanya kita fikirkan tentang Rauf dan Diane,” ucap Tan Sri Rafael.
“Awak fikirlah. Saya tak kuasa! Dia menantu awak,” jawab Puan Sri Nur Ain lantas bangun dari situ.
“Ain, cubalah lembutkan sikit hati tu. Kalau awak tak mampu nak bentang karpet merah untuk sambut Diane dalam keluarga ni pun, cukuplah awak beri restu. Doakan yang baik-baik untuk anak awak ni. Tak boleh ke?”
Puan Sri Nur Ain hanya buat tidak dengar. Terus berlalu ke dapur. Daripada bercakap dan mendengar tentang Diane, lebih baik dia mengisi perut! Amanda juga ikut bangun menyertai ibunya.
Rauf menghela nafas perlahan. Cuba bersabar lagi dengan kerenah ibu dan kakaknya.
“Boringlah... masalah kecil jadi besar,” cebir Firdaus. Tidak suka melihat keadaan keluarganya berpecah belah begini.

Tan Sri Rafael diam. Kesal hatinya dengan kedegilan isterinya dan Amanda. Serba salah. Tidak tahu keputusan apa yang hendak dibuat dalam keadaan tiada tolak ansur begini.

4 ulasan:

  1. Degil puan seri nihh. Eeeeee. Geram pulak eden.

    BalasPadam
  2. ain amanda... hhuurrmmm... tgulah kebenaran akan terserlah!!! tgulah darjat diane akan diangakat lebih tinggi dr kau org dua!!! gerammmm

    BalasPadam
  3. Sabar je lah dgn perangai puan sri ain ni..

    BalasPadam
  4. Aq gangang jugak si Puan Sri Ain nie....sedappp² jer tuduh ank luar nikah . fitnah okeeyh....ape neh bekas ustazah....haihhhhh....agaknyo martabat tu ringgi r yor bilo dah ado pangkat nie sumohuhhhh😒😒😒

    BalasPadam