Jumaat, 19 Mei 2017

MAWAR BERDURI BAB 14

BAB 14
“RAUF, hari ni kena ikut mama pergi butik. Pilih baju untuk kahwin nanti,” ujar Puan Sri Nur Ain awal pagi itu.
“Ha?” Rauf terpempan. Ingatkan hari cuti begini, dia hendak menghabiskan masa dengan isterinya. Tan Sri Rafael segera memandang anaknya.
“Pergilah. Minggu depan kamu kena outstation, kan?” ucap lelaki tua itu lembut. Semacam memberi makna kepada sang anak. Hiburkan saja hati si ibu untuk sehari ini.
“Yalah,” jawab Rauf rendah.
“Out station ke mana?” tanya Puan Sri Nur Ain hairan.
“JB,” jawab Tan Sri Rafael biasa.
“Oh...” Puan Sri Nur Ain mengangguk sedikit. Tidaklah jauh benar.
Jam 9 terpaksa pula pergi menjemput tuan puteri seorang itu. Tengku Marina! Wajah kaku, tidak teruja, tidak beremosi ditayangkan Rauf saat gadis itu melabuhkan duduk di sebelahnya.
Tiba di butik pengantin yang dijanjikan, kelibat Firdaus dan tunangnya sudah ada di sana. Begitu juga dengan Datin Paduka Engku Fatimah. Firdaus Zuhayr, biarpun lahir dari rahim Puan Sri Nur Ain... dia lebih rapat dengan Datin Paduka Engku Fatimah, ibu susuannya. Tambahan pula Tajul Ariff, anak sulung Datin Paduka Engku Fatimah sahabat akrab semenjak kecil.
Maka bermulalah sesi yang paling tidak disukai Rauf di situ.
“Adoi... bosannya. Tempat apalah ni,” keluh Rauf.
“Yang ni okay tak?” tanya Puan Sri Nur Ain sambil menunding ke arah sepasang suit berwarna putih kepada anak lelakinya.
“Mama, lambat lagi, kan?” keluh Rauf tidak senang. Malas mahu memandang persalinan pengantin yang ditunjukkan ibunya itu.
“Lambat apanya? Lagi empat bulan aja. Kenalah siap awal. Baju Firdaus lagi nak pilih,” ucap wanita itu bersungguh.
Rauf menghela nafas perlahan. Datin Paduka Engku Fatimah ketawa kecil melihat gelagat Rauf. Dia tahu anak saudaranya itu tidak rela.
“Ikutkan ajalah kehendak mama tu,” bisik wanita itu saat berada di sisi Rauf.
“Dah ikut ni ha. Rauf mana tahu semua ni,” ujar Rauf sebal.
Tengku Marina paling sakan memilih baju. Namun ketika dia menoleh, Rauf asyik dengan telefon bimbit. Sakit hatinya! Sekali lagi dia menoleh, Rauf bersandar dekat dengan pintu butik itu. Masih juga dengan telefonnya. Dan setelah sekali lagi dia menoleh, Rauf sudah lesap!
Sungguh dia terasa mahu mengamuk dengan perangai tunangnya itu! Kaki terus dihalakan ke arah pintu kaca itu. Cuba mencari Rauf di luar. Namun dia terpandangkan Rauf sedang berdiri di belakang seorang perempuan. Perempuan itu juga sedang memilih gaun pengantin.
“Abang!” panggil Tengku Marina. Rauf menoleh serentak dengan gadis itu.
“Apa abang buat tu?” tekan Tengku Marina. Cemburu melihat gadis itu memandang kepadanya.
“Apa? Abang cuma tengok gaun yang cik adik ni pilih. Cantik macam cik adik ni juga. Oh ya... cik adik nak jadi isteri ke 3 saya tak?” ujar Rauf selamba.
Berderau darah Tengku Marina mendengar bicara lelaki itu. Ala-ala romeo! Segera dia berjalan laju ke arah Rauf. Lengan lelaki itu terus disambarnya, mahu Rauf segera menjauhi gadis itu. Jelingan tajam dihadiahkan membuatkan Diane mengangkat kening hairan.
Rauf hanya membuntuti Tengku Marina. Namun sempat menoleh kepada gadis yang sedang memilih gaun pengantin itu. Tanpa dilihat oleh Tengku Marina, matanya dikenyitkan dan bibirnya dimuncungkan, menghadiahkan kucupan dari jauh kepada wanita itu.
Diane tersenyum tanpa sengaja dengan gelagat lelaki itu. Nakal betul!
“Lekaslah pilih baju!” gesa Puan Sri Nur Ain geram dengan anak lelakinya itu.
“Yang tadi bolehlah,” jawab Rauf hambar. Hati sudah ditarik-tarik mahu segera ke tempat Diane berada tadi. Kepalanya asyik ditelengkan ke arah sana. Mujurlah emaknya tidak kenal Diane. Tidak pernah bertemu.
Selesai urusan dirinya, mamanya sibuk dengan urusan Firdaus dan Riana pula. Sudah Rauf menyelinap lagi ke tempat isterinya. Sudah agak lama wanita itu menunggu. Langsung tidak merungut.
“Sayang...” sapa Rauf setelah mendapatkan isterinya. Mujurlah butik ini ada ruang yang privasi. Setiap pelanggan dilayan di kamar berlainan.
“Perlu ke semua ni?” tanya Diane separuh berbisik. Dia diminta oleh suaminya memilih gaun pengantin. Untuk apa?
“Perlu,” jawab Rauf lembut. Tidak mahu isterinya merasa tersisih. Bernikah tanpa persalinan pengantin sedangkan mamanya menempah persalinan pengantin yang mahal harganya buat bakal menantu kesayangannya.
“Dah?” tanya Rauf setelah wanita itu membuka tempat persalinan. Namun matanya terpaku memandang Diane berdiri dengan gaun berwarna putih. Bola matanya berlari dari atas ke bawah tanpa dapat di tahan.
“Wow...” Gaun yang kembang pada bahagian bawah itu amat sesuai memandangkan susuk Diane tinggi lampai.
“You suka?” tanya Diane sambil memandang dirinya di cermin.
“Beautiful like a princess,” komen lelaki itu. Diane menoleh kepada lelaki itu. Kemudian dia tersenyum.
“How much?” tanya Rauf kepada pembantu butik itu.
“Ini mahal sikit. Gaun moden korean style. Pereka dari Korea.”
“Nice. Berapa?” tanya Rauf sekali lagi.
“14 ribu.”
Rauf segera mengangguk. Sebaliknya bola mata Diane membesar. Tidak setuju dengan harga semahal itu.
“Tak apa.” Rauf segera memegang jemari isterinya. Dia terdengar bisik-bisik mamanya tadi, gaun pengantin yang diminta oleh Tengku Marina, harganya lebih membuatkan dia menggigil lutut. 30 ribu ringgit hasil rekaan pereka terkenal!
Membazir? Ya, memang membazir. Tetapi dia hanya mahu isterinya lebih diangkat sebagai isteri berbanding wanita lain. Wang boleh dicari. Dia akan mencarinya!
Hanya dia tidak mahu isterinya terperosok di satu sudut yang paling jauh dari hidupnya sedangkan Tengku Marina sedang bersuka ria menjeruk perasaan wanita lain.
“Could you please leave us for a moment,” pinta Diane kepada pembantu butik itu.
“Sure,” jawab gadis itu akur.
“What’s wrong?” tanya Rauf hairan.
“I tak sedap hati. You buat semua ni sebab tak mahu I kecil hati dengan apa yang mama you berikan pada Marina? Kenapa di sini, Rauf?” tanya Diane lembut.
“You isteri I. I buat apa saja asalkan you happy, sayang. I tak mahu you pandang diri you hanya menumpang dalam hidup I sedangkan you adalah keutamaan bagi I. Ini hanya untuk sekali dalam hidup kita,” ucap Rauf perlahan. Jemari isterinya dikucup lembut.
“Kalau boleh I mahu berikan apa saja yang you mahu,” ujar lelaki itu lagi.
Diane tersenyum juga akhirnya. Sungguh hatinya terusik dengan keperibadian lelaki ini. “You’re a good husband. My husband. You make me feel so proud of being in love with you,” ujar wanita itu rendah.
“Really? Show me that you proud of me,” balas lelaki itu. Mula kedengaran nakal bunyinya. Serentak itu wanita itu ditolaknya masuk ke dalam kamar persalinan dan dia turut menempatkan dirinya di dalam sana.
“What are you doing?” desis Diane mula kalut setelah lelaki itu menutup tirai. Menjadikan mereka berdua terkurung di dalam situ. Sudah terlambat untuk dia menegah. Rauf menolaknya ke dinding di belakangnya.
“Beautiful and sexy,” bisik lelaki itu. Bibirnya terus melekap di leher sang perempuan. Kalut. Cuba ditahan tubuh lelaki itu. Tetapi Rauf menekan kedua-dua belah tangannya ke dinding.
“Mana nak lari?”
“Rauf, jangan...” desis perempuan itu mula terasa lembik lututnya. Lehernya digomol lagi. Bimbang orang di luar tahu apa yang berlaku di dalam situ. Namun tiba-tiba lelaki itu menjauhkan wajahnya dari leher Diane. Sebelah tangan Rauf meraih pipi sang isteri. Raut wanita itu ditatap sedetik dua. Diane hanya terkaku begitu sahaja. Tiba-tiba penolakannya melonggar. Mabuk cinta! Renungan sang lelaki dibalas dengan tatapan bercahaya.
“You tak suka I buat macam ni?” bisik lelaki itu wajah mereka hanya seinci dekatnya.
“You betul-betul buat I jadi gila macam ni, Rauf.” Diane membalas perlahan. Pasrah. Biar seberapa ramai orang di luar sana, dia sudah tidak peduli lagi!
Rauf tersenyum senang. Sudah bangga kerana sudah berjaya menakluki seorang perempuan. Jemari sang isteri diraih lalu dikucupnya sebelum kembali melepaskan Diane. Tirai kembali dikuaknya. Terpandangkan pembantu butik itu berada agak jauh dari mereka, Rauf segera melambai.
Rauf tersenyum sebelum dia menoleh kepada pembantu butik itu. “I’ll take this one,” ucapnya. Lebar senyuman pembantu butik itu menyambut bicara sang lelaki.
“I kena selesaikan urusan I dengan mama dulu. You balik rumah. Nanti I datang, sayang.”
Diane mengangguk akur. Gaun pengantin itu disalin semula. Rauf segera menyelesaikan urusan pembayaran. Tidak mahu mamanya perasan dia berada di situ bersama Diane. Namun sebelum kembali kepada mamanya, dia menjengah isterinya.
“I call nanti, sayang.”
“Okay.” Diane segera menyua pipinya kepada lelaki itu. Namun saat bibir lelaki itu berada di pipinya, dia terdengar Rauf berbisik.
“See you tonight. I want to sleep on your boobs.”
“Gatal!” desis wanita itu lantas ketawa. Namun pemergian lelaki itu terus dipandang sehingga Rauf menghilang. Lalu putik-putik rindu itu menjelma semula.

TERPAKSA berkerja di luar. Itu sudah biasa buat dirinya. Setelah dua hari berada di Johor Bharu, lelaki itu sudah nanar sendiri. Tidak bersemangat. Baru jam 10 pagi Rauf sudah melepak di coffee house biarpun sebenarnya banyak kerja yang harus dibuatnya selama dia berada di sini. Membelek telefon lagi.
“Sayang,” ucap lelaki itu setelah terdengar suara Diane di hujung talian.
“Ya. You okay ke? Suara macam tak okay aja ni?” balas perempuan itu mesra.
Rauf menghela nafas perlahan sambil memandang ke luar. Namun fikirannya terus terbayangkan wanita itu.
“Tak okay,” jawab Rauf perlahan.
“Kenapa?” tanya Diane lembut.
“Sayang, boleh tak you ambil cuti dua atau tiga hari. Datang sini?” pinta Rauf lembut.
Diane terdiam seketika. Sebetulnya dia sendiri baru mula bekerja setelah seminggu bercuti.
“Boleh? I rindukan you. Datang sini,” ucap Rauf lembut.
“Okaylah. Bila?”
“Kalau boleh datanglah sekarang. I rasa macam nak mati ni. Please?” pujuk sang lelaki kian lunak nadanya.
“Boleh.” Diane terus menjawab lunak. Tidak ingin lelaki itu merasa hampa jika dia berlengah-lengah memberikkan persetujuannya.
“Okay. I suruh driver ambil you di airport nanti. Dia akan bawa you ke hotel. See you, baby,” ucap Rauf mula ceria semula.
Mula bertenaga semula setelah mendengar suara sang isteri. Rauf bergegas bangun setelah meninggalkan not 50 di atas meja.
Hanya setelah jam 9 malam baru dia dapat pulang ke kamar. Sebaik sahaja masuk, dia terpandangkan Diane sedang duduk ruang utama.
“Hai, sayang...” sapa Rauf lantas menutup pintu. Diane segera bangun mendekati sang suami. Lelaki itu dipeluknya. Pipi Rauf dikucupnya manja.
“Penat I tunggu. You balik lambat,” ujar Diane.
“Sorry. I nak balik awal. Tapi ramai VVIP tadi. You dah makan? Tadi I dah suruh room service hantar makanan,” ujar lelaki itu lembut. Terasa bersalah pula. Dia yang beria-ia meminta isterinya datang. Sudahnya dia terpaksa membiarkan Diane makan sendirian di kamar sedangkan dia sedap makan bersama orang kenamaan di luar.
“Dah. Tak apalah. I tahu you busy,” ujar Diane lembut. Senang hati setelah melihat lelaki ini semula.
Rauf menarik isterinya ke arah sofa. Namun perempuan itu ditarik duduk di atas ribaannya.
“I busy sebenarnya. Tapi sehari dua ni I rasa tak bersemangat nak kerja. I perlukan you,” ujar Rauf.
“Sekarang dah okay ke?” balas Diane sedikit manja. Rauf ketawa perlahan. Keletihannya seperti telah terbang entah ke mana dengan layanan wanita ini.
“Belum sepenuhnya. You belum tunjukkan sepenuhnya skill menggoda yang you ada,” jawab Rauf mula bernada miang.
Diane menggigit hujung bibir. Dagu lelaki itu ditarik agar pandangan lelaki itu terarah kepadanya.
“You nak I buat apa supaya you bersemangat semula?” tanya Diane lantas tunduk mengucup kedua kelopak mata sang suami. Mata sang lelaki terpejam. Dadanya berdebar dengan usapan mesra di sekitar lehernya. Jemarinya beralih dari pinggul sang isteri sehingga ke belakang. Zip di belakang baju Diane diturunkannya.
“Naughty,” bisik perempuan itu perlahan.
Hangat dan membara! Dari sofa itu beralih ke kamar. Namun sedang mereka dilambung gelombang asmara, ada gangguan muncul di muka pintu. Loceng dibunyikan berkali-kali. Diane menolak tubuh suaminya. Rauf juga kaku. Pekerja hotel mana mungkin akan membunyikan loceng seperti itu.
“Who is that?” tanya Diane.
“Tunggu. I pergi tengok,” balas Rauf lantas mencapai tuala. Sekadar mahu mengintai siapa yang datang pada waktu begini. Ketika dia berjalan ke arah pintu, sekali lagi loceng dibunyikan.
“Siapalah ni...” keluh Rauf sambil membelit tuala dipinggangnya. Namun setelah diintai di pintu, tiada orang. Sudahnya dia membuka sedikit pintu untuk mengintai ke luar.
“Abang...” baru muncul orang yang menekan loceng tadi, di hadapan matanya. Terbuntang luas mata Rauf. Lekas-lekas membetulkan tuala yang hanya menutupi separas pusat sehingga ke lututnya.
“Hmm... seksi,” ucap gadis itu selamba. Tersenyum melihat tubuh sasa lelaki itu. Ada bulu yang agak jarang di dada Rauf. Memikat mata perempuannya.
“Nak apa datang sini???” terjegil mata Rauf. Sedang dia sibuk membetulkan ikatan tualanya, Tengku Marina menolak pintu dan masuk.
“Abang langsung tak mahu jawab call dari Mar. Mar risaukan abang,” ujar gadis itu sedikit manja.
“Eh! Nak apa ni? Abang busy. Macam mana nak jawab call.” Rauf benar-benar kalut. Tengku Marina dengan selamba menuju ke arah sofa. Ruang utama kamar hotel itu agak bersepah.
“Kenapa bersepah sangat ni?” tanya Tengku Marina lantas memandang sekeliling. Rauf kelam kabut mencapai sesuatu di hujung sofa sebelum sempat Tengku Marina melihatnya. Objek itu dicampaknya jauh dari ruang tamu.
Tengku Marina sempat memandang ke arah Rauf. Dia perasan Rauf mencampakkan sesuatu sebentar tadi.
“Apa tu?” tanya Tengku Marina mula sibuk nak tahu.
“Mar! Mar! Jangan masuk bilik abang. Ni bilik abang. Nanti kita kena tangkap basah,” ujar Rauf lantas pergi mengutip objek yang dicampaknya tadi.
“Abang dengan perempuan ya?” tanya Tengku Marina lantas mengekori Rauf ke kamar.
“Keluarlah!” marah Rauf semakin kalut melihat gadis itu begitu berani mengekorinya sehingga ke ambang pintu.
Namun di dalam kamar Rauf lihat Diane sudah tiada di atas katil. Lekas-lekas dia membuka pintu kloset. Terkejut melihat isterinya sedang bersembunyi di dalam kloset dengan hanya berbalut cadar putih. Diane menjegilkan mata kepada suaminya. Takut terkantoi kehadirannya di dalam ruangan itu.
Rauf segera menutup pintu itu semula. Namun sempat disua objek di tangannya itu kepada Diane. Diane terus menyambutnya tanpa banyak kira. Tetapi sempat terlihat apa objek itu. Colinya!
Tengku Marina memerhatikan kamar itu agak lama. Mencari apa-apa yang aneh. Memang aneh. Melihat katil yang bersepah teruk, dia rasa macam ada seseorang di dalam kamar itu. bukan hanya Rauf seorang. Tetapi tiada pula dia melihat barangan milik wanita.
“Mar, baliklah. Ni bilik abang!” ucap Rauf lantas menolak gadis itu agar menjauhi kamar tidurnya.
“Esok Mar nak breakfast dengan abang?” ucap Tengku Marina lembut.
“Apa Mar buat di sini sebenarnya? Kerja atau sekadar nak cari abang?” balas Rauf setelah menghantar wanita itu ke pintu utama.
“Dua-dua,” jawab Tengku Marina lantas tersenyum kepada lelaki itu. Sekali lagi matanya merenung tubuh sasa milik Rauf. Menggoda.
“Pagi esok Mar tunggu abang di bawah,” ujar Tengku Marina lunak.
Rauf sekadar menggeleng sebelum menutup pintu. Sebal! Terus dia mencari isterinya semula. Diane masih ada di dalam kloset.
“Mana dia?” tanya Diane kalut.
“Dah balik,” jawab Rauf lantas masuk ke dalam kloset. Pintu di tutupnya. Gelap gelita! Buat sedetik dua mereka berdiam pula.
“So, apa you buat dalam ni dengan I? Marina dah tak ada, kan?” tanya Diane hairan.
“Ya tak ya jugak, kan? Dia dah balik. Nak buat apa pulak kita duduk dalam ni,” sambut Rauf lantas menggaru kepalanya.
Diane tergelak kuat melihat gelagat lelaki itu. Dia tahu suaminya jadi begitu jika sedang serabut.
“You ni kadang-kadang lucu tau,” ucap Diane lantas mendekati lelaki itu semula.
“Kacau mood betullah. Biul otak I dengan kerenah perempuan seorang tu. Orang nak main cinta pun tak senang!” bebel Rauf membuatkan isterinya bertambah kuat ketawa.
Namun Rauf kembali menarik isterinya. “Apa jadi sekali pun... projek mega kena sambung balik!”

Diane ketawa lagi. Namun kehendak sang suami direlakan juga. Sungguh terlalu sayang untuk membiarkan masa berlalu begitu saja. 

3 ulasan:

  1. marina mmg psiko!!! kacau projek super mega org her... grrrrr

    BalasPadam
  2. can i have your email? how to buy all your novels?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zulaikha, add sy di fb Fazlyn Ridz. Insya-Allah nanti sy balas.

      Padam