Isnin, 22 Mei 2017

MAWAR BERDURI BAB 20-BHG 1

BAB 20 BHG 1
“NAK ke mana?” tanya Datin Paduka Engku Fatimah kepada adiknya. Siap mengangkut beg tangan hendak keluar dari pejabat.
“Nak pergi IJN. Dengarnya Tunku Zanariah masuk ICU.”
“Iya ke? Kak Ti tak ada dengar cerita pulak.”
“Najimuddin yang bagitahu,” jawab Puan Sri Engku Ameenah sambil menoleh kepada kakaknya.
“Nak pergi tak?”
“Tak apalah. Ina aja pergi. Kak Ti ada hal penting pagi ni. Nanti ada masa, Kak Ti pergi ziarah. Kirim salam dengan Budriah ya?” jawab Datin Paduka Engku Fatimah lembut.
“Okay.”
Berkunjung ke Berlian Suites. Keadaan Tunku Zanariah yang sudah uzur agak membimbangkan dengan jangkitan kuman di dalam saluran darah di jantungnya. Sempat berbual dengan Tunku Budriah, menantu kepada wanita itu. Khabarnya Tunku Zanariah sudah kerap berulang alik ke IJN akibat masalah lemah jantung. Sayangnya, kelibat suami Tunku Budriah tiada di situ. Agak memelikkan.
Sejam menghabiskan masa di situ, Puan Sri Engku Ameenah meminta diri. Namun di luar dia terjumpa anak bongsu Tunku Budriah.
“Eh! Mak engku ada?” tegur Tunku Najihah teruja. Keluarga wanita itu dikenalinya semenjak kecil. Sering bertemu di majlis-majlis rasmi di istana.
“Dah nak balik ni. Daddy you mana?” tanya Puan Sri Engku Ameenah.
“Balik.” Tunku Najihah mencebik sedikit.
“Lah... nenda you sakit. Dia balik pulak?” ujar Puan Sri Engku Ameenah kehairanan.
Tunku Najihah terus menarik lengan Puan Sri Engku Ameenah agar menjauhi wad itu.
“Mummy dengan daddy ada krisis besar. Pasal nenda,” ujar gadis itu perlahan.
“Krisis apa? Cerita hot ni. Ceritalah pada mak engku,” ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Jom keluar. Boring duduk sini,” ucap Tunku Najihah perlahan. Sudah dua hari berkurung di sini. Dia sudah begitu sesak. Mahu segera pulang ke rumah. Tetapi tidak boleh.
“Jom pergi lunch."
Puan Sri Engku Ameenah mengajak Tunku Najihah singgah di sebuah hotel. Menikmati makan tengahari berdua dalam suasana yang agak privasi.
“Mummy dengan daddy asyik gaduh aja semenjak kebelakangan ni. Semalam paling teruk. Daddy kena marah dengan mummy depan bodyguard dia. Kadang-kadang bergaduh entah pasal siapa-siapa,” adu gadis itu perlahan.
“Maksudnya?”
“Kisah lama yang tak habis-habis.”
“Mak engku tak faham, Jihah. Jelaskan,” ucap Puan Sri Engku Ameenah kepada gadis itu.
“Sebenarnya daddy ada anak lain sebelum Abang Jeffry lahir.”
“Eh! Iya ke???” mata Puan Sri Engku Ameenah membuntang besar. Setahunya Tunku Imran dan Tunku Budriah hanya memiliki seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Itulah Tunku Iskandar Jeffry dan gadis di hadapannya ini.
“Ramai orang tak tahu. Daddy pun tak pernah buka mulut tentang ini depan orang,” ujar Tunju Najihah rendah.
“Kenapa pulak?”
Tunku Najihah tersenyum lembut. “Ini semua cerita lama. Jihah tak tahu sangat. Mak engku pernah cerita dulu daddy pernah kahwin dua. Kahwin senyap-senyap. Lepas kantoi nenda marah sangat. Dia ceraikan isteri kedua dia. Sekarang tak tahu perempuan tu di mana.”
“Really?” terangkat kening Puan Sri Engku Ameenah. Terkejut. Tunku Imran itu nampak baik dan disenangi. Rupanya pernah beristeri dua.
“Mummy pun tak mahu terima anak tu. Tak ingat siapa nama dia. Mak Engku Aisyah pernah sebut dulu. Last daddy jumpa anak dia tu, waktu anak tu umur 10 tahun. Sebetulnya, anak tu princess pertama.”
“Kesiannya. Dia kakak youlah kiranya, kan?” ujar Puan Sri Engku Ameenah.
“Kalau nak ikutkan begitulah. Tapi nenda tak iktiraf dia dalam keluarga. Daddy terpaksa ceraikan sebab tak mahu Pak Engku Ismail yang naik jadi putera mahkota.”
“Kisahnya...” terlopong sedikit Puan Sri Engku Ameenah. Baru tahu rupanya ada krisis lain di dalam keluarga diraja itu.
“Ha... baru teringat. Isteri kedua daddy tu sebenarnya orang luar. Orang New Zealand. Mereka nikah di Wellington,” ujar Tunku Najihah lagi.    
“Wellington???” kening Puan Sri Engku Ameenah berkerut. Tiba-tiba teringatkan Diane. Setahunya gadis itu juga lahir dan membesar di Wellington. Pernah tinggal di Malaysia ketika kecil dahulu. Tetapi tidak tahu untuk berapa lama.
“So, daddy you tak teringin ke nak cari anak dia tu?” tanya Puan Sri Engku Ameenah.
“Entahlah. Daddy tak berani kut. Dua hari lepas terdengar nenda ada cakap sesuatu dengan daddy. Tapi nenda tak bagi kami dengar. Lepas tu mummy dan daddy bergaduh besar. Sekarang ni pun mummy asyik marahkan daddy aja. Jihah pernah tanya daddy. Dia tak jawab apa-apa. Mungkin dia pun sedih fikir pasal anak dia tu.”
“Oh...” Puan Sri Engku Ameenah mengangguk sedikit.
“Jihah teringin nak kenal dia. Walaupun mummy dia isteri kedua, dia kakak kandung Jihah juga.”
“Trylah cari. Mestilah daddy you masih ingat tempat asal bekas isteri dia tu,” ucap Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
Tunku Najihah hanya mengangkat bahu. “Tak berani nak memandai-mandai. Takut nanti mummy dengan daddy bergaduh lagi. Tahu ajalah mummy tu. Garang. Dia punya cemburu... bukan setakat daddy. Kami pun pening.”
“Mummy you pun satu juga. Cerita lama. Biarlah. Daddy you dah ceraikan pun isteri kedua dia. Yang penting anak tu anak daddy you. Eh! Tak baik tahu buat begitu. Dia pun berhak untuk terima kelebihan dari keluarga daddy you.”
“Mummy tak boleh terima. Sebab anak tu anak yang sulung. Bukannya Abang Jeffry anak sulung. Tu yang dia tak mampu nak maafkan daddy sampai sekarang.” Tunku Najihah tunduk seketika merenung jemarinya.
“Budak tu pun takkanlah tak pernah cari daddy you, kan? Entah-entah dia masih di Wellington,” ucap Puan Sri Engku Ameenah seakan-akan menggumam sendiri.
“Mungkin.”
“Salah seorang mak engku punya eksekutif syarikat memang dari Wellington. Dah biasa kat sana. Mungkin boleh minta tolong dia carikan. Kalau you ingat nama bekas isteri daddy you, kita boleh minta tolong dia kesan di mana bekas isteri daddy you tu sekarang.”
Tunku Najihah diam seketika. Berfikir.
“Kalau tak silaplah... nama bekas isteri daddy tu, Sarah McLachlan.”
Tersentak! Pandangan Puan Sri Engku Ameenah terhala kepada gadis itu. “Excuse me? Siapa nama dia?”
“Sarah Jane McLachlan kalau tak silap. Tak berapa ingat nama islam dia apa,” ucap Tunku Najihah.
“Eh! Tanya auntie you tu... siapa nama sebenar isteri kedua daddy you!”
“Kenapa?” tanya Tunku Najihah bersungguh.
“Mak engku punya oficer tu, Diane Rose McLachlan namanya!”
Kali itu Tunku Najihah pula yang kaget. Lama dia berdiam dengan kerutan di kening.
“Nama anak tu... Tunku Puteri Diane Rosse Tunku Imranuddin.” ujar Tunku Najihah seketika kemudian. Pandangannya terus kaku di wajah wanita di hadapannya itu. Nama yang pernah dibacanya pada surat beranak itu dulu... juga agak familiar dengan nama yang disebut oleh wanita itu.
“Kebetulan, kan?” balas Puan Sri Engku Ameenah ikut terkejut. Teringat yang dia boleh bertanya terus kepada Diane, Puan Sri Engku Ameenah mendail nombor gadis itu.
“Diane, you kat mana?”
“Kat hospital, puan sri. I kena masuk wad.”
“Lah... kenapa dengan you. Baby you ada problem ke?” ucap wanita itu agak terkejut dengan berita itu. Patutlah Diane tidak masuk pejabat pagi tadi.
“Kurang air. Stress. Kurang nutrisi... I punya alahan teruk sangat. I demam. Bla-bla-bla... misi kat wad ni asyik membebelkan I,” ujar Diane membuatkan wanita itu ketawa seketika.
“You ni ada-ada ajalah. Biasalah ni semua. Awal-awal memang teruk sikit. Nurse marah-marah pun demi kebaikan you dan baby you,” ucap Puan Sri Engku Ameenah lembut.
“Sorry. I tak masuk ofis hari ni. I tak sihat sangat.”
“You kat mana ni? I nak datang jumpa you.”
“Pantai Medical Centre. Wad 2B.”
“Rauf ada dengan you tak?” tanya Puan Sri Engku Ameenah penuh perihatin.
“Ada. Dia balik sekejap. Ambil barang-barang I.”
“Good. I nak pergi sana ni. I ajak anak kawan I sekali,” ujar Puan Sri Engku Ameenah bersungguh.
“Okay.”
Setelah mematikan talian, Puan Sri Engku Ameenah segera melambai pelayan.
“Kita pergi Pantai Medical Centre sekejap. Diane masuk wad pulak. Tengah preggy, macam tulah,” ucap wanita itu sambil mengeluarkan kad kreditnya dari dalam dompet.
“Dia dah kahwin?” tanya Tunku Najihah lembut.
“Girl, kalau betul dia kakak you... I tumpang gembira. Setahu I Diane ni tak ada ibu dah. Dah lama meninggal dan dia tak ada ayah. Maksud I... dia tak kenal ayah dia siapa. Beberapa bulan dulu, dia bercinta dengan seseorang. Tetapi ada masalah. Mak Engku Ti beritahu yang dia kahwin lari di Wellington.” Puan Sri Engku Ameenah menghela nafas perlahan.
“Dia pernah ada skandal dengan suami mak engku dulu.”
“Really?” terkejut Tunku Najihah mendengar itu.
“Mak Engku tahu. Tapi sengaja tak mahu sebut semula sebab dia pun dah kahwin dengan orang lain. Anak tak ada ayah... macam-macam keburukan boleh terpalit pada dia. Daddy you dah buat kesalahan besar pada mummy dia dan dia sendiri.”

Tunku Najihah terdiam mendengar cerita wanita di hadapannya itu. Entah kenapa dia semakin tidak sabar untuk menemui wanita bernama Diane itu! 

12 ulasan:

  1. Wah..tak sabar nak tunggu ...

    BalasPadam
  2. Wahh balik2 keje ade 2 update. Terbaik! Xsabar nk tgu lagi

    BalasPadam
  3. Wahh...makin menarik dan tertarik...

    BalasPadam
  4. Wahhh. Ada lagi part 2. Ni yang tak sabar nihh.

    BalasPadam
  5. Waiting patiently for part 2..����

    BalasPadam
  6. Tak sabar mnunggu episod seterus nyer...makun menarik pulak cerita nyer..

    BalasPadam
  7. best2...baik mak engku x ungkit kisah lalu...x sabr nk baca part 2...

    BalasPadam
  8. best2...baik mak engku x ungkit kisah lalu...x sabr nk baca part 2...

    BalasPadam