BAB 14
“RAUF, hari ni kena ikut mama pergi butik. Pilih baju untuk
kahwin nanti,” ujar Puan Sri Nur Ain awal pagi itu.
“Ha?” Rauf terpempan. Ingatkan hari cuti begini, dia
hendak menghabiskan masa dengan isterinya. Tan Sri Rafael segera memandang
anaknya.
“Pergilah. Minggu depan kamu kena outstation, kan?” ucap
lelaki tua itu lembut. Semacam memberi makna kepada sang anak. Hiburkan saja
hati si ibu untuk sehari ini.
“Yalah,” jawab Rauf rendah.
“Out station ke mana?” tanya Puan Sri Nur Ain hairan.
“JB,” jawab Tan Sri Rafael biasa.
“Oh...” Puan Sri Nur Ain mengangguk sedikit. Tidaklah
jauh benar.
Jam 9 terpaksa pula pergi menjemput tuan puteri seorang
itu. Tengku Marina! Wajah kaku, tidak teruja, tidak beremosi ditayangkan Rauf
saat gadis itu melabuhkan duduk di sebelahnya.
Tiba di butik pengantin yang dijanjikan, kelibat Firdaus
dan tunangnya sudah ada di sana. Begitu juga dengan Datin Paduka Engku Fatimah.
Firdaus Zuhayr, biarpun lahir dari rahim Puan Sri Nur Ain... dia lebih rapat
dengan Datin Paduka Engku Fatimah, ibu susuannya. Tambahan pula Tajul Ariff,
anak sulung Datin Paduka Engku Fatimah sahabat akrab semenjak kecil.
Maka bermulalah sesi yang paling tidak disukai Rauf di
situ.
“Adoi... bosannya. Tempat apalah ni,” keluh Rauf.
“Yang ni okay tak?” tanya Puan Sri Nur Ain sambil
menunding ke arah sepasang suit berwarna putih kepada anak lelakinya.
“Mama, lambat lagi, kan?” keluh Rauf tidak senang. Malas
mahu memandang persalinan pengantin yang ditunjukkan ibunya itu.
“Lambat apanya? Lagi empat bulan aja. Kenalah siap awal.
Baju Firdaus lagi nak pilih,” ucap wanita itu bersungguh.
Rauf menghela nafas perlahan. Datin Paduka Engku Fatimah
ketawa kecil melihat gelagat Rauf. Dia tahu anak saudaranya itu tidak rela.
“Ikutkan ajalah kehendak mama tu,” bisik wanita itu saat
berada di sisi Rauf.
“Dah ikut ni ha. Rauf mana tahu semua ni,” ujar Rauf
sebal.
Tengku Marina paling sakan memilih baju. Namun ketika dia
menoleh, Rauf asyik dengan telefon bimbit. Sakit hatinya! Sekali lagi dia
menoleh, Rauf bersandar dekat dengan pintu butik itu. Masih juga dengan
telefonnya. Dan setelah sekali lagi dia menoleh, Rauf sudah lesap!
Sungguh dia terasa mahu mengamuk dengan perangai
tunangnya itu! Kaki terus dihalakan ke arah pintu kaca itu. Cuba mencari Rauf
di luar. Namun dia terpandangkan Rauf sedang berdiri di belakang seorang
perempuan. Perempuan itu juga sedang memilih gaun pengantin.
“Abang!” panggil Tengku Marina. Rauf menoleh serentak
dengan gadis itu.
“Apa abang buat tu?” tekan Tengku Marina. Cemburu melihat
gadis itu memandang kepadanya.
“Apa? Abang cuma tengok gaun yang cik adik ni pilih.
Cantik macam cik adik ni juga. Oh ya... cik adik nak jadi isteri ke 3 saya
tak?” ujar Rauf selamba.
Berderau darah Tengku Marina mendengar bicara lelaki itu.
Ala-ala romeo! Segera dia berjalan laju ke arah Rauf. Lengan lelaki itu terus
disambarnya, mahu Rauf segera menjauhi gadis itu. Jelingan tajam dihadiahkan
membuatkan Diane mengangkat kening hairan.
Rauf hanya membuntuti Tengku Marina. Namun sempat menoleh
kepada gadis yang sedang memilih gaun pengantin itu. Tanpa dilihat oleh Tengku
Marina, matanya dikenyitkan dan bibirnya dimuncungkan, menghadiahkan kucupan
dari jauh kepada wanita itu.
Diane tersenyum tanpa sengaja dengan gelagat lelaki itu.
Nakal betul!
“Lekaslah pilih baju!” gesa Puan Sri Nur Ain geram dengan
anak lelakinya itu.
“Yang tadi bolehlah,” jawab Rauf hambar. Hati sudah
ditarik-tarik mahu segera ke tempat Diane berada tadi. Kepalanya asyik
ditelengkan ke arah sana. Mujurlah emaknya tidak kenal Diane. Tidak pernah
bertemu.
Selesai urusan dirinya, mamanya sibuk dengan urusan
Firdaus dan Riana pula. Sudah Rauf menyelinap lagi ke tempat isterinya. Sudah
agak lama wanita itu menunggu. Langsung tidak merungut.
“Sayang...” sapa Rauf setelah mendapatkan isterinya.
Mujurlah butik ini ada ruang yang privasi. Setiap pelanggan dilayan di kamar
berlainan.
“Perlu ke semua ni?” tanya Diane separuh berbisik. Dia
diminta oleh suaminya memilih gaun pengantin. Untuk apa?
“Perlu,” jawab Rauf lembut. Tidak mahu isterinya merasa
tersisih. Bernikah tanpa persalinan pengantin sedangkan mamanya menempah
persalinan pengantin yang mahal harganya buat bakal menantu kesayangannya.
“Dah?” tanya Rauf setelah wanita itu membuka tempat
persalinan. Namun matanya terpaku memandang Diane berdiri dengan gaun berwarna
putih. Bola matanya berlari dari atas ke bawah tanpa dapat di tahan.
“Wow...” Gaun yang kembang pada bahagian bawah itu amat
sesuai memandangkan susuk Diane tinggi lampai.
“You suka?” tanya Diane sambil memandang dirinya di
cermin.
“Beautiful
like a princess,” komen lelaki
itu. Diane menoleh kepada lelaki itu. Kemudian dia tersenyum.
“How
much?” tanya Rauf kepada
pembantu butik itu.
“Ini mahal sikit. Gaun moden korean style. Pereka dari
Korea.”
“Nice. Berapa?” tanya Rauf sekali lagi.
“14 ribu.”
Rauf segera mengangguk. Sebaliknya bola mata Diane
membesar. Tidak setuju dengan harga semahal itu.
“Tak apa.” Rauf segera memegang jemari isterinya. Dia
terdengar bisik-bisik mamanya tadi, gaun pengantin yang diminta oleh Tengku
Marina, harganya lebih membuatkan dia menggigil lutut. 30 ribu ringgit hasil
rekaan pereka terkenal!
Membazir? Ya, memang membazir. Tetapi dia hanya mahu
isterinya lebih diangkat sebagai isteri berbanding wanita lain. Wang boleh
dicari. Dia akan mencarinya!
Hanya dia tidak mahu isterinya terperosok di satu sudut
yang paling jauh dari hidupnya sedangkan Tengku Marina sedang bersuka ria
menjeruk perasaan wanita lain.
“Could
you please leave us for a moment,” pinta Diane kepada pembantu butik itu.
“Sure,” jawab gadis itu akur.
“What’s
wrong?” tanya Rauf hairan.
“I tak sedap hati. You buat semua ni sebab tak mahu I
kecil hati dengan apa yang mama you berikan pada Marina? Kenapa di sini, Rauf?”
tanya Diane lembut.
“You isteri I. I buat apa saja asalkan you happy, sayang.
I tak mahu you pandang diri you hanya menumpang dalam hidup I sedangkan you
adalah keutamaan bagi I. Ini hanya untuk sekali dalam hidup kita,” ucap Rauf
perlahan. Jemari isterinya dikucup lembut.
“Kalau boleh I mahu berikan apa saja yang you mahu,” ujar
lelaki itu lagi.
Diane tersenyum juga akhirnya. Sungguh hatinya terusik
dengan keperibadian lelaki ini. “You’re a
good husband. My husband. You make me feel so proud of being in love with you,”
ujar wanita itu rendah.
“Really?
Show me that you proud of me,”
balas lelaki itu. Mula kedengaran nakal bunyinya. Serentak itu wanita itu
ditolaknya masuk ke dalam kamar persalinan dan dia turut menempatkan dirinya di
dalam sana.
“What
are you doing?” desis Diane
mula kalut setelah lelaki itu menutup tirai. Menjadikan mereka berdua terkurung
di dalam situ. Sudah terlambat untuk dia menegah. Rauf menolaknya ke dinding di
belakangnya.
“Beautiful and sexy,” bisik lelaki itu. Bibirnya terus
melekap di leher sang perempuan. Kalut. Cuba ditahan tubuh lelaki itu. Tetapi
Rauf menekan kedua-dua belah tangannya ke dinding.
“Mana nak lari?”
“Rauf, jangan...” desis perempuan itu mula terasa lembik
lututnya. Lehernya digomol lagi. Bimbang orang di luar tahu apa yang berlaku di
dalam situ. Namun tiba-tiba lelaki itu menjauhkan wajahnya dari leher Diane.
Sebelah tangan Rauf meraih pipi sang isteri. Raut wanita itu ditatap sedetik
dua. Diane hanya terkaku begitu sahaja. Tiba-tiba penolakannya melonggar. Mabuk
cinta! Renungan sang lelaki dibalas dengan tatapan bercahaya.
“You tak suka I buat macam ni?” bisik lelaki itu wajah
mereka hanya seinci dekatnya.
“You betul-betul buat I jadi gila macam ni, Rauf.” Diane
membalas perlahan. Pasrah. Biar seberapa ramai orang di luar sana, dia sudah
tidak peduli lagi!
Rauf tersenyum senang. Sudah bangga kerana sudah berjaya
menakluki seorang perempuan. Jemari sang isteri diraih lalu dikucupnya sebelum
kembali melepaskan Diane. Tirai kembali dikuaknya. Terpandangkan pembantu butik
itu berada agak jauh dari mereka, Rauf segera melambai.
Rauf tersenyum sebelum dia menoleh kepada pembantu butik
itu. “I’ll take this one,” ucapnya. Lebar
senyuman pembantu butik itu menyambut bicara sang lelaki.
“I kena selesaikan urusan I dengan mama dulu. You balik
rumah. Nanti I datang, sayang.”
Diane mengangguk akur. Gaun pengantin itu disalin semula.
Rauf segera menyelesaikan urusan pembayaran. Tidak mahu mamanya perasan dia berada
di situ bersama Diane. Namun sebelum kembali kepada mamanya, dia menjengah
isterinya.
“I call nanti, sayang.”
“Okay.” Diane segera menyua pipinya kepada lelaki itu. Namun
saat bibir lelaki itu berada di pipinya, dia terdengar Rauf berbisik.
“See
you tonight. I want to sleep on your boobs.”
“Gatal!” desis wanita itu lantas ketawa. Namun pemergian
lelaki itu terus dipandang sehingga Rauf menghilang. Lalu putik-putik rindu itu
menjelma semula.
TERPAKSA berkerja di luar. Itu sudah biasa buat dirinya. Setelah
dua hari berada di Johor Bharu, lelaki itu sudah nanar sendiri. Tidak
bersemangat. Baru jam 10 pagi Rauf sudah melepak di coffee house biarpun
sebenarnya banyak kerja yang harus dibuatnya selama dia berada di sini.
Membelek telefon lagi.
“Sayang,” ucap lelaki itu setelah terdengar suara Diane
di hujung talian.
“Ya. You okay ke? Suara macam tak okay aja ni?” balas
perempuan itu mesra.
Rauf menghela nafas perlahan sambil memandang ke luar.
Namun fikirannya terus terbayangkan wanita itu.
“Tak okay,” jawab Rauf perlahan.
“Kenapa?” tanya Diane lembut.
“Sayang, boleh tak you ambil cuti dua atau tiga hari.
Datang sini?” pinta Rauf lembut.
Diane terdiam seketika. Sebetulnya dia sendiri baru mula
bekerja setelah seminggu bercuti.
“Boleh? I rindukan you. Datang sini,” ucap Rauf lembut.
“Okaylah. Bila?”
“Kalau boleh datanglah sekarang. I rasa macam nak mati
ni. Please?” pujuk sang lelaki kian lunak nadanya.
“Boleh.” Diane terus menjawab lunak. Tidak ingin lelaki
itu merasa hampa jika dia berlengah-lengah memberikkan persetujuannya.
“Okay. I suruh driver ambil you di airport nanti. Dia
akan bawa you ke hotel. See you, baby,” ucap Rauf mula ceria semula.
Mula bertenaga semula setelah mendengar suara sang
isteri. Rauf bergegas bangun setelah meninggalkan not 50 di atas meja.
Hanya setelah jam 9 malam baru dia dapat pulang ke kamar.
Sebaik sahaja masuk, dia terpandangkan Diane sedang duduk ruang utama.
“Hai, sayang...” sapa Rauf lantas menutup pintu. Diane
segera bangun mendekati sang suami. Lelaki itu dipeluknya. Pipi Rauf dikucupnya
manja.
“Penat I tunggu. You balik lambat,” ujar Diane.
“Sorry. I nak balik awal. Tapi ramai VVIP tadi. You dah
makan? Tadi I dah suruh room service hantar makanan,” ujar lelaki itu lembut.
Terasa bersalah pula. Dia yang beria-ia meminta isterinya datang. Sudahnya dia
terpaksa membiarkan Diane makan sendirian di kamar sedangkan dia sedap makan
bersama orang kenamaan di luar.
“Dah. Tak apalah. I tahu you busy,” ujar Diane lembut.
Senang hati setelah melihat lelaki ini semula.
Rauf menarik isterinya ke arah sofa. Namun perempuan itu
ditarik duduk di atas ribaannya.
“I busy sebenarnya. Tapi sehari dua ni I rasa tak
bersemangat nak kerja. I perlukan you,” ujar Rauf.
“Sekarang dah okay ke?” balas Diane sedikit manja. Rauf
ketawa perlahan. Keletihannya seperti telah terbang entah ke mana dengan
layanan wanita ini.
“Belum sepenuhnya. You belum tunjukkan sepenuhnya skill
menggoda yang you ada,” jawab Rauf mula bernada miang.
Diane menggigit hujung bibir. Dagu lelaki itu ditarik
agar pandangan lelaki itu terarah kepadanya.
“You nak I buat apa supaya you bersemangat semula?” tanya
Diane lantas tunduk mengucup kedua kelopak mata sang suami. Mata sang lelaki
terpejam. Dadanya berdebar dengan usapan mesra di sekitar lehernya. Jemarinya beralih
dari pinggul sang isteri sehingga ke belakang. Zip di belakang baju Diane diturunkannya.
“Naughty,” bisik perempuan itu perlahan.
Hangat dan membara! Dari sofa itu beralih ke kamar. Namun
sedang mereka dilambung gelombang asmara, ada gangguan muncul di muka pintu. Loceng
dibunyikan berkali-kali. Diane menolak tubuh suaminya. Rauf juga kaku. Pekerja
hotel mana mungkin akan membunyikan loceng seperti itu.
“Who is that?” tanya Diane.
“Tunggu. I pergi tengok,” balas Rauf lantas mencapai
tuala. Sekadar mahu mengintai siapa yang datang pada waktu begini. Ketika dia
berjalan ke arah pintu, sekali lagi loceng dibunyikan.
“Siapalah ni...” keluh Rauf sambil membelit tuala
dipinggangnya. Namun setelah diintai di pintu, tiada orang. Sudahnya dia
membuka sedikit pintu untuk mengintai ke luar.
“Abang...” baru muncul orang yang menekan loceng tadi, di
hadapan matanya. Terbuntang luas mata Rauf. Lekas-lekas membetulkan tuala yang
hanya menutupi separas pusat sehingga ke lututnya.
“Hmm... seksi,” ucap gadis itu selamba. Tersenyum melihat
tubuh sasa lelaki itu. Ada bulu yang agak jarang di dada Rauf. Memikat mata
perempuannya.
“Nak apa datang sini???” terjegil mata Rauf. Sedang dia
sibuk membetulkan ikatan tualanya, Tengku Marina menolak pintu dan masuk.
“Abang langsung tak mahu jawab call dari Mar. Mar
risaukan abang,” ujar gadis itu sedikit manja.
“Eh! Nak apa ni? Abang busy. Macam mana nak jawab call.”
Rauf benar-benar kalut. Tengku Marina dengan selamba menuju ke arah sofa. Ruang
utama kamar hotel itu agak bersepah.
“Kenapa bersepah sangat ni?” tanya Tengku Marina lantas
memandang sekeliling. Rauf kelam kabut mencapai sesuatu di hujung sofa sebelum
sempat Tengku Marina melihatnya. Objek itu dicampaknya jauh dari ruang tamu.
Tengku Marina sempat memandang ke arah Rauf. Dia perasan
Rauf mencampakkan sesuatu sebentar tadi.
“Apa tu?” tanya Tengku Marina mula sibuk nak tahu.
“Mar! Mar! Jangan masuk bilik abang. Ni bilik abang.
Nanti kita kena tangkap basah,” ujar Rauf lantas pergi mengutip objek yang
dicampaknya tadi.
“Abang dengan perempuan ya?” tanya Tengku Marina lantas
mengekori Rauf ke kamar.
“Keluarlah!” marah Rauf semakin kalut melihat gadis itu
begitu berani mengekorinya sehingga ke ambang pintu.
Namun di dalam kamar Rauf lihat Diane sudah tiada di atas
katil. Lekas-lekas dia membuka pintu kloset. Terkejut melihat isterinya sedang
bersembunyi di dalam kloset dengan hanya berbalut cadar putih. Diane
menjegilkan mata kepada suaminya. Takut terkantoi kehadirannya di dalam ruangan
itu.
Rauf segera menutup pintu itu semula. Namun sempat disua
objek di tangannya itu kepada Diane. Diane terus menyambutnya tanpa banyak kira.
Tetapi sempat terlihat apa objek itu. Colinya!
Tengku Marina memerhatikan kamar itu agak lama. Mencari apa-apa
yang aneh. Memang aneh. Melihat katil yang bersepah teruk, dia rasa macam ada
seseorang di dalam kamar itu. bukan hanya Rauf seorang. Tetapi tiada pula dia
melihat barangan milik wanita.
“Mar, baliklah. Ni bilik abang!” ucap Rauf lantas menolak
gadis itu agar menjauhi kamar tidurnya.
“Esok Mar nak breakfast dengan abang?” ucap Tengku Marina
lembut.
“Apa Mar buat di sini sebenarnya? Kerja atau sekadar nak
cari abang?” balas Rauf setelah menghantar wanita itu ke pintu utama.
“Dua-dua,” jawab Tengku Marina lantas tersenyum kepada
lelaki itu. Sekali lagi matanya merenung tubuh sasa milik Rauf. Menggoda.
“Pagi esok Mar tunggu abang di bawah,” ujar Tengku Marina
lunak.
Rauf sekadar menggeleng sebelum menutup pintu. Sebal! Terus
dia mencari isterinya semula. Diane masih ada di dalam kloset.
“Mana dia?” tanya Diane kalut.
“Dah balik,” jawab Rauf lantas masuk ke dalam kloset. Pintu
di tutupnya. Gelap gelita! Buat sedetik dua mereka berdiam pula.
“So, apa you buat dalam ni dengan I? Marina dah tak ada,
kan?” tanya Diane hairan.
“Ya tak ya jugak, kan? Dia dah balik. Nak buat apa pulak kita
duduk dalam ni,” sambut Rauf lantas menggaru kepalanya.
Diane tergelak kuat melihat gelagat lelaki itu. Dia tahu
suaminya jadi begitu jika sedang serabut.
“You ni kadang-kadang lucu tau,” ucap Diane lantas
mendekati lelaki itu semula.
“Kacau mood betullah. Biul otak I dengan kerenah
perempuan seorang tu. Orang nak main cinta pun tak senang!” bebel Rauf
membuatkan isterinya bertambah kuat ketawa.
Namun Rauf kembali menarik isterinya. “Apa jadi sekali
pun... projek mega kena sambung balik!”
Diane ketawa lagi. Namun kehendak sang suami direlakan
juga. Sungguh terlalu sayang untuk membiarkan masa berlalu begitu saja.
marina mmg psiko!!! kacau projek super mega org her... grrrrr
BalasPadamcan i have your email? how to buy all your novels?
BalasPadamZulaikha, add sy di fb Fazlyn Ridz. Insya-Allah nanti sy balas.
Padam