Isnin, 24 Mac 2014

PROLOG & BAB 1-HEI, MR DUDA.. I HATE U!

Prolog 

Pedih hati Firman melihat senyuman di bibir Qairynn terukir manis untuk Aryan. Walaupun dia sudah mampu menerima kenyataan tentang perkahwinan Qairynn dan Aryan namun jauh di sudut hatinya ada sedikit kecalaran tatkala melihat senyuman itu terukir untuk lelaki lain. Sedangkan dia pernah mengharapkan senyuman semanis itu teruntuk buatnya.
Malas menganggu pasangan itu dia akhirnya meminta diri. Dia tahu Aryan perlukan rehat.
“Terima kasih sebab sudi datang,” ucap Aryan saat tangannya dijabat Firman.
No thank’s. No big deal. Harap kau cepat sembuh.” Firman menjawab ikhlas. Firman kemudian memandang Qairynn yang tersenyum merenung suaminya itu. “Take care, Rynn. You pun kena berehat,” ucap Firman lembut.
“Sure..” sambut Qairynn.
Di luar Firman terus menuju ke lif. Buat seketika dia menanti lif yang terhenti agak lama di tingkat bawah sekali. Matanya terkebil-kebil memandang nombor di bahagian atas pintu lif itu. Nampaknya setiap tingkat lif itu berhenti. Sehingga akhirnya dia terlihat lif itu terus berada setingkat di bawah tempat dia berpijak, Firman mendegus sedikit. Keinginannya untuk menunggu lagi sudah memudar. Akhirnya dalam keadaan sedikit tidak sabar dia terus menerjah pintu penghadang api yang memisahkan ruang menunggu lif itu dengan tangga.
Sayangnya tolakannya agak kuat. Seorang wanita yang kebetulan berada di belakang pintu itu sempat dirempuh oleh pintu kayu itu sehingga dia terjatuh ke belakang.
“Ya Allah..” Firman sedikit terjerit melihat wanita itu terduduk di atas lantai simen itu sambil menekup wajahnya.
“Maaf.. I tak sengaja,” ucap Firman sedikit kalut. Dia duduk mencangkung di hadapan wanita itu untuk membantu. Namun saat itu dia sempat menilik tanda nama yang ada di bahagian hadapan jubah putih wanita itu. Dia terbaca nama wanita itu sebagai Dr. Nurul Afyra.
“Kenapa tolak pintu tu kuat-kuat? Sakitlah! Hospital ni terbakar ke apa yang you nak cepat sangat turun tangga?” rengus wanita itu sambil mula menyandarkan tubuhnya ke dinding putih di tepinya itu.
Firman terpaku seketika saat wanita itu mengalihkan tangannya. Kemarahan wanita itu tidak lekat di otaknya. Tetapi raut wanita yang berada di hadapan matanya membuatkan matanya mula bersinar ceria.
“Apa pandang orang macam tu? Dah langgar lepas tu buat bodoh pulak!” bebel wanita itu geram melihat renungan Firman.
“You nak I buat apa?” soal Firman lantas tersenyum. Tak jadi dia mahu turun tangga.
“Tak reti minta maaf ke apa you ni?” gadis itu menjeling sedikit. Taulah hensem. Tak payalah nak senyum senget macam tu. Dah jadi hensem sangat!
“I dah minta maaf tadi. Mungkin you tak dengar. You boleh minta sesuatu yang lain. I sedia tunaikan,” ucap Firman lembut.
Doktor pelatih itu terus memandang wajah Firman. Melihat renungan lain macam lelaki itu dia mula rasa aneh. Takut pun ada memandangkan mereka berdua sahaja di situ.
“I kena pergi sekarang,” ucap doktor muda itu segera memilih untuk mengelak. Renungan ala-ala romeo lelaki itu mula menyeramkannya.
Tanpa sebarang rasa berat hati Firman membantu gadis itu bangun. “Nama I Firman..” ucap Firman setelah gadis itu berjaya menstabilkan dirinya.
“Tak tanya pun!” jawab gadis itu spontan.
Firman tergelak perlahan. Nakal! Seru hatinya sedikit berbunga-bunga melihat gelagat gadis itu. “Sekarang I nak tanya you. Boleh?”
“Tak boleh!” jawab gadis itu selamba.
“I akan tanya jugak..”
“Apa dia?”
“You bertugas department mana?”
“Rahsia!” jawab gadis itu tanpa memandang.
Firman tersenyum lagi. Manis! Bisik hatinya seronok melihat gadis itu. “Okay.. kalau you tak mahu bagitahu, I akan cari sendiri..” ujar Firman sedikit mengugut.
“Carilah..” habis berkata-kata gadis itu terus menarik pintu.
“Nurul Afyra.. nice name.. nice person too. You memang peramah,” ucap Firman sebelum sempat gadis itu berlalu.
“I tak peramah dengan lelaki. Nak-nak bila berdua aja di kawasan macam ni,” sambut Afyra selamba sebelum menghilangkan diri.
Firman mengangguk perlahan. Ya! kawasan ini agak sunyi. Mungkin tempat yang tak sesuai untuk dia mengenali gadis itu. Tetapi di lain masa dia janji akan mencuba lagi. 

1
“Man, I nak hantar anak hari ni. You ada kat rumah pukul berapa?” pertanyaan melalui talian itu membuatkan lelaki itu terduduk di birai katil.
“Hanez, baru semalam you ambil budak-budak tu, hari ni dah hantar semula?” tanya Firman macam tidak percaya.
“Boyfriend I ajak keluar. You faham ajalah si Romie tu. Dia bukannya suka sangat ada orang ganggu kami. Lagipun nanti kalau orang nampak susah I nak jawab,” jawab wanita itu lemah lembut sahaja melalui corong telefon itu.
Firman menghela nafas perlahan. “Anak-anak lebih penting atau teman lelaki you tu yang lebih penting? Hanez, itu anak-anak you. I tak faham betullah you ni. You tukar lelaki macam tukar baju. Anak-anak kita perlukan perhatian you, Hanez. Ini bukan sesuatu yang boleh dielak-elak bila-bila suka,” keluh Firman sambil mengggeleng sendiri.
“Tapi si Romie tu pun penting untuk I, Man. Cubalah faham..”
“I dengar Romie tu suami orang. Dia pun ada anak-anakkan?”
“Mana you tahu ni? Romie tu memanglah suami orang. Tapi dia dah nak bercerai, dear. Dia dengan isteri dia memang tengah bermasalah.”
“Sebab you?” teka Firman cukup mudah. “Tak cukup you tinggalkan suami dulu. Sekarang you buat suami orang tinggalkan isteri dan anak-anak dia,” tambah Firman tanpa sempat Hanez menjawab.
Hanez mengeluh di hujung sana. Panas telinganya diperli bekas suaminya itu. “Itu semua cerita lama, Man. Jangan ungkit-ungkit, boleh tak? I cuma nak bagitahu you pasal anak-anak kita!” rengus Hanez bosan.
Firman diam seketika. Dia masih ingat, Hanez meninggalkannya dulu disebabkan mahu mengejar cita-cita sebagai pelakon. Tambahan pula ketika itu perniagaannya tidaklah semaju sekarang.  Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Sayangnya Hanez mahu lebih dari itu. Kerana itu Hanez sanggup mencari lelaki lain yang ada kepentingan kepadanya walaupun masih menggalas title sebagai isteri. Hanez pergi tatkala anak bongsu mereka belum pun berusia setahun iaitu kira-kira 5 tahun dulu.
Sayangnya sekarang ini dia lihat keberjayaan Hanez di dalam bidang itu hanyalah suam-suam kuku. Selebihnya gosip sahaja yang melata. Malah dia tahu bekas isterinya itu tidak pernah membuat pengakuan kepada orang ramai yang dia pernah berkahwin. Malu agaknya nak mengaku yang dia sudah ada tiga orang anak.
“Boleh ke tak ni?”
“Hantar ajalah. I ada kat rumah hari ni.” Firman akur juga. Dia tahu lebih baik anak-anaknya itu bersama dengannya daripada dengan Hanez. Hanez tidak pernah serius tentang tanggungjawabnya sebagai ibu.
“Thank’s, dear..” sambut Hanez ceria. Tanpa sebarang pamitan atau salam talian terus dimatikan Hanez.
Firman menggeleng lagi. Kesal dengan sikap lepas tangan bekas isterinya itu. Anak-anak yang semakin membesar kian tertanya tentang ibu. Dia sudah pening mahu menjawabnya.
Sejam kemudian kelibat Ferhad Ilyas dan Fariq Iqbal dan Firas Irsyad kembali kelihatan di rumah itu. Si ibu hanya menurunkan anak-anaknya itu hadapan rumah. Kemudian disuruhnya anak itu masuk sendiri ke rumah. Selepas itu dia terus pergi. Terkebil-kebil anak-anak itu memandang si emak yang tega benar meninggalkan mereka begitu saja. Malah tiada ciuman kasih di pipi barang sedikit pun.
“Mama mana?” tanya Firman sebaik sahaja dia keluar. Hanya anak-anaknya yang ada di situ. Kelibat Hanez entahlah!
“Mama dah pergi,” jawab Ferhad layu sahaja suaranya.
Firman terus mengangkat anak bongsunya ke dalam pelukannya. Pipi Irsyad diciumnya beberapa kali. “Jom masuk? Hari ni kita tengok kartoon sampai petang!” ucapnya penuh kelembutan.
Irsyad terus memeluk leher si ayah. Firman memandang dua lagi anaknya. “Masuk dalam.”
“Boringlah duduk rumah aja, daddy. Tengok tv. Lepas tu makan kat kedai mamak tu,” keluh Ferhad sambil mencebik. Hari Ahad begini dia terpaksa duduk rumah. Manalah dia mahu.
“Hari ni daddy nak rehat. Daddy penat. Lain kali kita keluar ya?” Firman menjawab lembut. Rambut anak sulungnya itu diusap perlahan. Kemudian tangan Iqbal diraihnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
  Termuncung mulut anak itu mendengar jawapan si ayah. Nampaknya dia tidak punya pilihan selain daripada duduk rumah seperti sebelum-sebelum ini.
Saat memandang anak-anaknya duduk menghadap tv, Firman berfikir sendiri. Tentang kehidupan yang dia lalui bersama anak-anaknya selama ini. Juga tentang permintaan emaknya agar dia segera mencari pengganti Hanez. Dia akui.. selama ini kehidupan mereka baik-baik sahaja. Namun tanpa kehadiran seorang wanita di dalam rumah ini semuanya nampak janggal. Sunyi! Dia sendiri juga merasakan kehidupannya tiada seri. Dunianya hanya kerja dan anak-anak. Hanya itu!
Dan Firman tahu anak-anaknya terlalu memerlukan sentuhan seorang wanita yang dipanggil ibu. Dia kasihan melihat anak-anaknya tertagih-tagih masa untuk bersama dengan ibu mereka. Sayangnya ibu mereka pula begitu. Saranan emaknya agar dia berkahwin lagi agar anak-anaknya mendapat sentuhan seorang wanita selain Hanez.
Cuma siapalah orangnya? Sebelum ini dia pernah merasa jatuh hati kepada seseorang. Namun sayangnya hati gadis itu tidak teruntuk buatnya. Kini Qairynn sedang bahagia dengan suaminya. Tidak seharusnya dia terus menanti kepada buah yang tidak akan gugur.
Afyra? Entahlah.. mungkinlah Afyra agaknya. Dia cuma perlukan sedikit masa lagi untuk lebih mengenali gadis itu. Usia perkenalan mereka masih terlalu baru kalau hendak dinilai. Memang dia pernah berjumpa dengan gadis itu lebih setahun dulu. Tetapi baru 3 bulan ini gadis itu dapat didekatinya. Setakat ini hubungan mereka biasa-biasa saja.
Namun jauh di sudut hati Firman dia tahu masih ada yang kurang antara dia dan Afyra. Entah kenapa hati lelakinya tidak merasa teruja saat bersama gadis itu. Layanan Afyra kepadanya membuatkan dia sering teringatkan cara Qairynn melayannya dulu. Mereka lebih kurang sama. Kebetulan pula umur pun hampir sebaya.
Entahlah.. dia sendiri keliru dengan perasaannya kepada Afyra. Dan dia juga tidak tahu apa pula tanggapan Afyra kepada dirinya. Sebagai kekasih? Kawan? Atau sebagai abang sebenarnya? Selama ini mereka baik begitu sahaja. Sebahagian dirinya pula terasa kosong saat bersama Afyra.
Jadi siapa? Entahlah.. Firman tidak tahu. Yang dia tahu semakin membesar anak-anaknya semakin dia terdesak mencari pengganti Hanez. Dia mahu melihat anak-anaknya membesar normal seperti anak-anak yang lain.

“Rania..” panggilan penuh merdu ala-ala miang itu membuatkan Rania terpaksa menghentikan langkahnya dalam keadaan hatinya yang meruap-ruap oleh rasa nak marah dan meluat.
“Ya, Tuan Saufi. Ada apa panggil I ni?” tanya Rania dalam nada lemak merdu yang dibuat-buat.
“Cepat sangat ni nak ke mana? Kita lunch bersama hari ni nak?” tanya lelaki berusia 49 tahun itu dengan senyum senget terhias di bibir.
Rania senyum terpaksa lagi. kalaulah bukan disebabkan Tuan Saufi adalah pemilik firma guaman ini memang tak ingin dia nak melayan lelaki itu walaupun hanya untuk seminit! Mungkin lelaki itu tidak sedar dalam hatinya ini hanya ada rasa jengkel, menyampah, alergik dan segala rasa yang tak elok lagi kepada lelaki itu.
“Takpelah.. I nak keluar ni. Ada lunch appointment dengan client. Sorry ya?” jawab Rania lantas dia berpaling semula untuk pergi.
“Rania, nantilah sekejap. I belum habis lagi bercakap dengan you, sayang. Cepatnya nak pergi?” Lelaki tua itu segera berjalan laju untuk memintas langkah Rania.
Rania menghela nafas perlahan. Orang tua ni aku sepak dia pakai muncung kasut aku ni nanti, baru dia tahu! Getus hatinya meluat yang teramat sangat mahu melayan Tuan Saufi.
“Rania, you ni cepat aja nak larikan diri dari I.”
“Bukan larikan diri tapi I memang kejar masa. Sorry..” Rania segera meneruskan langkahnya. Namun Tuan Saufi ikut berjalan sama dengan wanita itu.
“Nak apa lagi?” tanya Rania. Nadanya mula berubah dingin. Siksa dia mahu terus berpura-pura kepada lelaki itu. Hakikatnya dia bukanlah seorang perempuan yang suka bertonyeh dengan lelaki tidak tentu hala. Baginya masa itu emas. Tetapi gelagat lelaki ini memang membuatkan dia terlalu benci untuk memandang wajah lelaki.
“Malam ni you ikut I meeting dengan client boleh?”
“Semenjak bila pulak I ni handle kes dengan you?” tanya Rania dalam nada jengkel. Macamlah dia tak tahu meeting tu sebenarnya dating! Gatal punya orang tua! Nama aja dah kahwin.. tapi gatal nak mampus, cemuh hatinya geram.
“I nak lantik you jadi pembantu I dalam kes tu nanti.”
“Kes apa?” tanya Rania serius setelah dia menghentikan langkahnya.
Tuan Saufi terhenyak sekejap diterpa soalan itu. Kes apa ya? Mana ada kes apa-apa sebenarnya.
“Sorrylah, I tak berminat nak jadi patner you dalam kes tu.” Tanpa menunggu jawapan Tuan Saufi, Rania terus memberikan keputusannya. Buang masa aja dia melayan lelaki ini.
“Rania, I nak ajak you makan malam dengan I..” pujuk Tuan Saufi akhirnya jujur sahaja tentang hasrat terpendamnya itu. Memandang Rania saban hari hatinya semakin tidak keruan. Dia benar-benar dilamun asmara kerana Rania.
“I’m sorry, Tuan Saufi. I’m not interested with any man for now. Terutama sekali dengan lelaki yang dah kahwin!” tegas jawapan yang diberikan Rania. Pantang nenek moyangnya merampas hak orang!
“Tapi I ikhlas..”
“It’s okay.. tak perlu susah-susah ikhlaskan diri untuk menggatal dengan I. I belum terfikir nak kahwin buat masa ni.” Rania memintas kata-kata lelaki itu pantas. Tanpa memandang lelaki itu lagi dia terus berlalu untuk keluar daripada pejabat itu.

“Rania, jangan lupa.. I yang jadikan you patner kat sini. Sekurang-kurangnya you kenalah balas jasa I ni,” laung Tuan Saufi buat penghabisan kalinya. Namun Rania terus memekakkan telinganya. Sekelip mata kelibatnya menghilang daripada kawasan itu membuatkan lelaki itu menghela nafas kecewa buat kesekian kalinya.

4 ulasan: