7
“Rasanya tak payahlah kita nak berpantun-pantun bagai. Buat
lambat aja. Kami ni pun bukannya pandai benar nak berpantun segala. Kita terus
ajalah ke pokok ceritanya,” ucap Tan Sri Hisyam penuh hemah.
“Eloklah tu. Kami ni pun bukannya pandai juga nak membalas
pantun ni, Tan Sri..” Haji Marzuki yang menjadi wakil bagi pihak perempuan
menyambut senang.
Puan Harlina resah di belakang abangnya. Bimbang apa yang
bakal terluah nanti membuatkan keluarga ini hingar bingar. Duduknya sudah tidak
senang akibat dipalu debar yang cukup kencang.
“Kami ni datang ke sini, berhasrat nak menyunting bunga
yang ada di lama tuan haji ni. Dengarnya tengah elok kembangnya. Kalau tak
keberatan naklah dipadankan dengan kumbang kepunyaan kami. Kumbangnya pun
memang tengah tercari-cari bunga mana yang boleh dihinggapnya. Manalah tahu
dapat kita bersaudara lepas ni..”
Tergelak-gelak mereka mendengar ayat berbunga-bunga
lelaki itu.
“Elok benar hasrat tu, Tan Sri. Kami ni pun takdelah
berhasrat nak menyimpan bunga kami ni selama-lamanya. Layu nanti! Lagilah takde
apa boleh dibuat,” sambut Haji Marzuki sambil ketawa. Haji Nasruddin hanya
tersenyum mendengar ujaran abangnya itu.
“Alhamdulillah.. bunyinya macam dah jadi rancangan kami
ni. Langkah kananlah ni agaknya.”
“Tapi kita cerita-cerita ni.. bunga yang mana nak
disunting ni? Laman kami ni ada dua bunga. Satu tu bunga kekwa, adiknya. Satu lagi
bunga ros, si kakaknya. Bunga yang mana kumbang tu berkenan?” ucap Haji Marzuki
cukup berlapik.
Tan Sri Hisyam memandang ke sebelahnya seketika. Anak
sulungnya sekadar mengangguk meminta ayahnya mengharungi sahaja keadaan itu
dengan lapang dada. Lelaki tua itu menghela nafas seketika untuk mencari
kekuatan. Bimbang tuan rumah itu mengamuk pula.
“Yang kakaknya..” ujar Tan Sri Hisyam nekad.
Serta merta wajah Haji Marzuki berubah. Begitu juga
dengan Haji Nasruddin yang sekadar menelinga.
“Ai.. tersilap agaknya ni. Afyra ni adiknya.. Rania
kakaknya. Takkanlah tertukar pulak? Setakat tersalah sebut nama boleh maaf
lagi. Kalau tertukar orang, haru kita nanti.” Haji Marzuki ketawa-ketawa lagi
cuba menenangkan keadaan yang sudah mula lain macam.
Tan Sri Hisyam meraup wajahnya seketika. “Betullah..
Nurul Rania. Kakaknya..”
Hilang terus senyum Haji Marzuki kala itu. Dia memandang
adiknya di tepi. “Hai.. apa cerita ni? Bukan ke ni nak meminang anak kamu si
Afyra tu? Macamana boleh jadi Rania pulak ni?”
Haji Nasruddin sudah merah mukanya tatkala diterpa
pandangan abangnya itu. Dia sendiri tidak tahu menahu tentang ini. Setahunya
Afyra. Bukan Rania! Seketika kemudian dia memandang ke arah kaum wanita.
Mencari isterinya. Cepat sahaja Hajah Habibah melambai suaminya agar segera
mendekatinya.
“Sekejap, bang. Saya tanya orang rumah saya dulu..”
“Yalah..” Haji Marzuki sekadar mengangguk sambil
memerhatikan adiknya itu bangun untuk ke bahagian tengah rumah itu. Hajah
Habibah terus menarik suaminya ke dapur.
“Apa benda ni? Dia kata Rania!” tegas Haji Nasruddin
dalam nada bisikan kepada isterinya itu.
“Betullah dia nak meminang Rania. Bukan Afyra! Afyra dah
bagitahu saya tadi,” tegas Hajah Habibah kepada suaminya itu.
“Ha?” Haji Nasruddin sudah ternganga.
“Afyra pun tak mahukan Firman tu. Dia kata Firman sukakan
Rania. Terima ajalah! Banyak soal jawab karang, lagi malu kita dibuatnya,”
tekan Hajah Habibah kepada suaminya.
“Bila dia cakap dengan awak? Kenapa tak cakap dengan
saya? Malu saya depan orang!”
“Saya pun baru tahu tadi. Nak cakap macamananya awak dah
ke depan dulu. Afyra dengan Firman tu sama-sama tak mahu. Takkan kita nak
teruskan jugak?”
“Habis tu Rania tu macamana? Mahu ke dia? Awak dah tanya
dia?” mereka berdua terus berbisik-bisik di situ.
“Awak tahukan anak awak tu macamana? Manalah dia nak
kalau kita cakap elok-elok dengan dia. Semua lelaki dia tak mahu. Awak sanggup
tengok dia terus macam tu?” balas Hajah Habibah sedikit keras bisikannya.
Haji Nasruddin mengela nafas sambil memicit dahinya.
“Mana boleh macam ni. Buatnya Rania buat hal, tak ke lagi malu kita nanti?”
“Tentang itu awak tak payah ambik tahu. Tahulah saya nak
buat macamana..” tegas Hajah Habibah serius.
Lelaki tua itu termanggu seketika sambil berfikir
sendiri.
“Bang, anak awak tu dah 32 tahun. Dengan perangai dia
macam tu, mujurlah ada orang nak masuk meminang dia. Kalau kita tak buat macam
ni selagi itulah dia tetap dengan kepala batu dia tu. Terima ajalah dah
terlanjur ada orang nak! Cepatkan nikahnya. Tak payah tunang lama-lama. Dia
orang tu bukannya budak-budak lagi. Firman tu duda!”
Haji Nasruddin menggeleng sendiri. Tanpa jawapan dia
kembali semula ke hadapan. Tanpa memandang sesiapa di ruang tamu itu dia
kembali duduk di tempat tadi. Haji Nasruddin senyum kelat kepada abangnya itu.
“Rania. Bukan Afyra..” ujarnya agak payah.
“Ha? Betul ke ni?” Haji Marzuki memandang ayah Rania dengan
mata membesar tanda tidak percaya.
“Betul. Kami ni tersalah dengar sebelum ni, bang.” Haji
Nasruddin menjawab rendah.
Haji Marzuki terdiam seketika. Macam tak logik pula
alasan tersalah dengar itu. Namun dia tidak mahu soalan-soalannya nanti
memalukan keluarga mereka yang sedang diperhatikan orang. Tan Sri Hisyam hanya
memandang dengan perasaan kelat. Mukanya sudah terasa hangat di hadapan Haji
Nasruddin.
“Jadi macamana?” tanya Haji Marzuki kepada adiknya itu.
Haji Nasruddin berbisik sesuatu kepada abangnya itu. Sehabis itu Haji Marzuki
mengangguk setuju.
Haji Marzuki menghela nafas perlahan sambil memandang Tan
Sri Hisyam. “Kalau begitu begini ajalah.. kami sekeluarga berbesar hati untuk
menerima pinangan ni. Kita buat yang mudah aja. Bertunang hari ini. Nikahnya
bulan 5 nanti,” ucap Haji Marzuki kepada Tan Sri Hisyam.
Tan Sri Hisyam terus memandang adik perempuannya dengan
sedikit senyuman. Lega benar perasaannya mendengar itu.
“Alhamdulillah.. bulan 5 tak lama aja lagi. Gembira
benar-benar hati kami ni, tuan haji. Kembang hati kami ni dapat berbesan dengan
keluarga tuan haji.”
“Harap-harap Allah permudahkanlah nanti..” sambut Haji
Marzuki biasa. Sempat dia memandang adiknya itu. Haji Nasruddin hanya mampu
tersenyum kelat sendiri.
Tidak berlengah lagi kaum ibu mula naik ke bilik bakal
pengantin untuk menyarung cincin tunang. Rania tersenyum-senyum tatkala
rombongan pengantin lelaki masuk untuk menyarung cincin kepada adiknya itu.
Sebaik sahaja ibu Firman mendekat, dia segera bangun memberi ruang. Namun Puan
Harlina sekadar berdiri di hadapan Afyra yang duduk di katil.
“Mana satu bakal pengantinnya? Nanti tersalah sarung
susah kita!” seloroh Puan Harlina lantas disambut oleh gelak tawa orang
sekeliling mereka.
“Ini ha orangnya..” Hajah Habibah segera menunding kepada
Rania yang berdiri di tepi Afyra. Tangan anak sulungnya terus dicapainya.
Terbeliak macam nak terkeluar biji mata Rania melihat
emaknya memegang pergelangan tangannya. Dia dipaksa oleh emaknya supaya duduk
di katil itu. Bersebelahan dengan Afyra.
Puan Harlina tersenyum memandang wajah Rania yang sedang
cuak.
“Cantik budaknya. Patutlah naik sewel anak lelaki saya tu
dibuatnya.”
Rania terkedu dengan mata membulat besar. Degup
jantungnya sudah tidak terkawal. Afyra dipandangnya. Adiknya itu selamba sahaja
macam tidak ada apa-apa. Dia semakin terpinga-pinga di dalam bilik itu.
“Tangan tu, Rania! Cepat hulur..” Hajah Habibah menggumam
tajam sambil menarik tangan Rania secara paksa agar segera dihulurkan kepada
bakal emak mertuanya.
“Budak-budak sekarang ni kalau tak didesak begini, tak mahu
kahwin..” ujar Hajah Habibah lantas tergelak-gelak dengan Puan Harlina.
“Samalah dengan anak saya tu, Hajah..”
Orang lain sibuk ketawa. Namun tidak dengan Rania yang
masih tidak tahu hujung pangkal cerita. Mak, apa ni? Siapa pulak yang nak
kahwin ni? Rania ke Afyra?? Hati Rania menjerit. Namun entah kenapa lidahnya
kelu memandang cincin yang disarungkan ke jarinya tiba-tiba. Tiada ribut tiada
hujan.. tiba-tiba cincin tunang itu disarungkan ke jarinya. Dia pun sudah
terlupa untuk menolak.
“Cium tangan bakal mak mertua tu..” Hajah Habibah
menjegilkan matanya kepada Rania yang tergadah memandangnya. Cepat-cepat dia
tersenyum agar orang sekeliling tidak perasan keadaan sebenar di dalam bilik
itu.
Rania menelan liur sendiri. Dalam hatinya ada jeritan
yang bertali arus. Dia dah jadi tunang jantan tua tu ke sekarang ni? Tak
mahu!!!
“Cepatlah, akak. Cium tangan auntie Lina ni cepat!” tidak
cukup dengan jegilan mata Hajah Habibah. Afyra tolong tolak kepala Rania dari
arah belakang supaya patuh kepada kehendak emak mereka itu. Mahu tidak mahu
Rania tunduk juga mengucup tangan emak Firman itu dalam keterpaksaan.
“Bertuah Firman dapat bakal isteri cantik macam ni..”
puji Puan Harlina lantas mengucup kedua-dua belah pipi Rania.
Rania terus terkedu bagaikan diawang-awangan dengan
keadaan itu. Matanya terkebil-kebil memandang orang sekelilingnya. Tatkala
gambarnya bersama Puan Harlina diambil otaknya masih belum mampu menafsir
sepenuhnya apa yang sedang berlaku.
Sehabis meneman kakaknya bergambar di atas katil itu, Afyra
terus bangun melempar selendang di kepalanya. Sengaja dia membuntuti emaknya
keluar dari bilik itu. Dia tahu Rania pasti akan menyerangnya. Apa yang akan berlaku
selepas ini dia tidak mahu ambil tahu. Itu semua urusan Firman!
Rania keluar ke balkoni tingkat atas rumah itu tatkala semua
orang sibuk di bawah. Dia tahu Firman ada di luar rumahnya. Tatkala dia
memandang ke arah kereta lelaki itu dia terlihat kelibat seseorang sedang duduk
bercangkung di tepi kereta.
Firman terus bangun sebaik sahaja ternampak kelibat
Rania.
“Kurang ajar kau, jantan tua! Siap kau nanti! Aku
siat-siat kulit kau, buat gendang!” ucap Rania seorang. Lantas penumbuknya
diangkat kepada si Firman. Nak mengugut kononnya.
Firman sekadar menjungkit bahu konon-konon tidak faham
apa yang sedang berlaku. Namun seketika kemudian dia tersengih sendiri.
Tiba-tiba dia rasa di sebalik semua kepayahan ini, dia sudah menjadi manusia
yang paling happy di alam semesta ini. Apa yang bakal Rania lakukan kepadanya
nanti.. dia redha!
8
Tiada
penjelasan daripada emak dan
abahnya. Afyra lagilah buat bodoh. Dia jadi bingung dengan keadaan yang berubah
tiba-tiba saat ini. Namun Rania tidak akan semudah itu menerima semua ini. Petang
itu setelah semua tetamu pulang Rania terus mendapatkan keretanya.
Ke mana lagi dia mahu pergi kalau bukan mencari si Firman
itu. Gigih dia pergi mencari lelaki itu daripada alamat yang diberikan Afyra.
Rania bernasib baik. Sesampai sahaja dia di rumah itu kereta milik Firman elok
sedang terpakir di dalam garaj menandakan lelaki yang dicarinya itu sedang
berada di rumah.
Rania sekadar memakirkan keretanya di hadapan pintu pagar
rumah. Kemudian loceng dipetiknya berkali-kali. Beberapa saat kemudian kelibat
seseorang keluar dari rumah.
“Rania?” ucap Firman agak terkejut melihat tunangnya
berada di situ. Terus dia menyarung selipar untuk mendekati Rania di luar
pagar. “Mana you tahu rumah I?”
“I tak kuasa nak layan soalan bodoh tu!” balas Rania
serta merta kasar nadanya.
“Oh.. mesti Fyra yang bagitahu.” Firman tersengih sumbing
sambil menggaru kepalanya.
“Kenapa you buat macam ni ha? You tahu tak.. I sikit lagi
nak kena heart attack. Family I malu. Jiran-jiran semua pandang lain macam pada
kami,” ucap Rania terus mengeras nadanya.
Firman menghela nafas seketika. “Sebelum I cakap hal yang
sebenarnya, I mintak you bertenang..” pujuk Firman lembut.
“Bertenang? Selagi I tak dengar penjelasan you, I takkan
boleh bertenang!” bentak Raniaa semakin meninggi. Dadanya sudah turun naik
menahan geram kepada lelaki di hadapannya itu.
“Okay.. okay.. just calm down, okay. I boleh jelaskan.
Tapi bukan sekarang.” Firman menelan liur cuba untuk menenangkan perasaannya.
Wajah merah padam Rania tidak membuatkan dia senang untuk membuka cerita. Dia
tahu apa yang bakal diucapkannya ini akan membuatkan Rania bertambah marah
kepadanya.
Rania tidak menjawab sebaliknya cincin yang berada di
jari manisnya itu ditanggalkan. “Ambik balik! I tak ingin nak pakai cincin ni!”
Firman tersentak tatkala sesuatu dilempar Rania terkena
ke wajahnya. Spontan matanya memandang sekeliling mencari semula objek itu.
Namun tiada!
“Kenapa ni Rania?” tanya Firman cuba berlembut kepada
wanita itu. Buat-buat bertanya penuh diplomasi pula padahal dia sudah nampak
kemarahan yang berapi-api di mata Rania.
“You tanya I kenapa? You ni memang dah gila agaknya.
Bercinta dengan adik I tapi you bertunang dengan I. I rasa otak you ni dah
sengetlah, jantan tua! Tak pasal-pasal I kena pergi kursus kahwin pulak!”
jerkah Rania dengan dada turun naik.
Firman diam seketika. Namun fikirannya ligat berputar
mencari idea untuk memujuk Rania. Dia tahu apa yang berlaku sekejap tadi sudah
tentulah membuatkan Rania terkejut. Mungkin juga marah.
“Keputusan yang I buat adalah yang terbaik untuk kita,”
ucap lelaki itu perlahan.
“Terbaik untuk kita? Siapa kita? Afyra macamana? Dia yang
beriya-iya..”
“You ada nampak dia menangis ke?” celah Firman pantas.
Saat itu Rania terdiam. Ya tak ya kan? Kenapa Afyra tak
menangis tadi? Cuma dia perasan Afyra tidak menegur dia. Dia malu! Rasa
bersalah kepada Afyra. Mungkin Afyra tak mahu menunjukkan kesedihan dia kepada
orang sekeliling. Tetapi biar apapun keadaan Afyra, dia menganggap perbuatan
Firman ini memang melampau! Dia tak mahu dianggap kakak yang kejam. Mencaras
teman lelaki adik sendiri!
“I buat macam ni sebab I sedar yang hati I takde pada
Afyra..” ucap Firman bersungguh.
“So apa kena mengena dengan I pulak? You takde hati
dengan Fyra bermakna I pulak yang kena jadi gantinya. Macam tu ke?” sanggah Rania
pantas.
“Rania, I buat
macam ni sebab I sukakan you. Selama ni pandangan I hanya fokus pada you. Bukan
Afyra. Afyra tu macam adik I dan dia sendiri pun takde perasaan pada I. Dia
anggap I macam abang dia.”
“Masalah antara you berdua, itu takde kena mengena dengan
I. Masalahnya I pun takde perasaan pada you. Secebis pun takde, Firman! You
tahu tak apa perasaannya bila kita terpaksa menerima semua ni secara tiba-tiba?
Takde siapa pun pernah tanya persetujuan I. Tahu-tahu I terpaksa jadi tunang
you. Ingat I ni patung ke?” meledak suara Rania tidak mampu menerima penjelasan
Firman.
Firman terdiam seketika. Seketika kemudian wanita itu
didekatinya. “Okay.. I’m sorry. I tahu perbuatan I nampak macam pentingkan diri
sendiri. Tapi tentang pertunangan ni, I serius, Rania. I nak you jadi isteri I.
I memang sukakan you semenjak kali pertama kita berjumpa dulu.” Firman cuba
mencapai lengan Rania.
“Apa ni? Belum apa-apa dah pegang-pegang!” Rania terus
menampar tangan lelaki itu.
“No! I tak maksudkan apa-apa. I cuma nak pujuk you.”
Lelaki itu membalas lembut. Sedikit mendayu. Tapi nada mendayunya kedengaran
aneh di telingan Rania. Macam nada orang tua miang keladi.
“Nak pujuk pun tak semestinya kena pegang-pegang. I tahu
you ni memang jenis lelaki yang suka ambil kesempatan kan, jantan tua! Tahulah
you duda. Tapi jangan nak tunjuk sangat gatal tu boleh tak? I geli dengan you!
I pun tak tahulah kenapa Afyra boleh berkenalan dengan duda merenyam macam you
ni.” Suara Rania terus meninggi kepada lelaki itu.
Firman tergelak perlahan sambil menggaru kepalanya
seketika.
“I dengan Afyra semenjak mula lagi tak bercinta, Rania. I
cuma berkawan dengan dia. Itu saja! Pasal peminangan tu mama yang paksa I sebab
anak-anak I suka Fyra dan sebab I selalu sangat ke rumah you. To be honest.. I
sebenarnya ke rumah you selama ini sebab nak jumpa you. Kalau you nak tahu,
tengahari tadi Afyra sendiri pun mintak I pilih you sebab dia tak sanggup
terima I lebih daripada yang sepatutnya. Dia takde hati langsung pada I dan dia
tahu I selalu mengacau you selama ni. Tapi dia buat-buat tak tahu sebab memang
itu pun yang dia nak selama ni. Dia ajak I ke rumah sebab nak temukan kita.
Rania terpaku seketika mendengar penjelasan Firman itu.
“Rania, I cuma ambil peluang tu untuk dapatkan perempuan
yang I suka. I tahu semua ni memang gila. I sedar ada banyak salah faham orang
lain pada hubungan I dengan Afyra selama ini. I sendiri pun tak tahu dia ada
niat lain pada kita berdua. Bila dia hanya diam, I jadi keliru. I takut kalau I
berterus terang tentang perasaan I pada you, dia akan kecil hati. I tak tahu
apa sebenarnya perasaan dia pada I selama kami berkawan. Tapi tadi I dah tahu
kebenarannya.. kami berdua takkan mampu jadi sepasang kekasih.”
“Oh.. jadi memang betullah you memang sengaja menggatal
dengan I selama ni?”
“Rania, I cuma nakkan sikit perhatian you,” pujuk Firman
masih tidak jelak untuk menundukkan kedegilan Rania.
“Eee.. tak sedar diri dah tua, nak perhatian segala. You
ni memang menjengkelkanlah, Firman. Main paksa-paksa orang kahwin dengan dia
pulak.”
“Sebab you tak bagi apa yang I nak, I terpaksa buat macam
ni. Sorry..” balas Firman selamba.
“No! I tak nak
kahwin dengan you..”
“I yang nak kahwin dengan you..”
“Tak faham ke yang I tak suka you?” bentak Rania semakin
geram. Peduli apa dia jiran-jiran rumah lelaki ini sibuk memandang pergaduhan
mereka.
“I faham. Tapi I yang tak faham kenapa I boleh suka dekat
you.”
“Otak you ni memang dah sengetlah, jantan tua!” cemuh
Rania tajam.
“Yes.. otak I jadi senget sebab you, andartu!” balas
Firman selamba.
Tak guna! Dia panggil aku andartu? Darah Rania terasa
mendidih. Mahu sahaja diganyangnya lelaki ini secukup-cukupnya. “Eee.. I tak
tahulah kenapa. I rasa nak cekik-cekik you ni.”
Firman tergelak-gelak sambil menggeleng. “You nak cekik
I? Boleh.. tapi kita masuk dalam rumah I dulu. Kat dalam you boleh buat apa
yang you suka. Dan I pun boleh buat apa yang I nak dekat you. Fair enough, right?” jawab Firman cukup
miang.
Rania menggenggam kedua-dua belah tangannya. Geram dan
sakit hatinya semakin menjadi-jadi melihat muka selamba Firman. Dalam keadaan
dia macam ni lelaki ini masih sempat nak menggatal dengan dia?
“Come on..
rumah I tengah free sekarang ni. Anak-anak I semua kat rumah mama. Takde siapa
boleh kacau kita. Kita boleh celebrate sempena hari pertama you jadi tunang I,”
ucap Firman sengaja buat tidak nampak kepada kemarahan tunangnya itu. Tangan
Rania terus dicapainya. Wanita itu ditariknya ke arah rumahnya.
“Hey.. hey.. you nak bawak I pergi mana ni. Tak mahulah!
I nak balik!” Rania mula kalut untuk melepaskan diri. Tangan Firman yang sedang
mencekak pergelangan tangannya dipukul-pukulnya tanpa henti. Namun lelaki itu
hanya buat bodoh sahaja.
“Firman, siap you kalau you apa-apakan I.” Sempat juga
Rania memberi ancamannya. Namun sebenarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
takutnya dia saat ini.
“I dah siap ni. Tinggal tunggu you aja,” balas Firman
langsung tidak gentar dengan ugutan Rania.
Rania segera menahan diri ketika berada di ambang pintu
rumah itu. “I tak nak masuk!”
“Apa nak takut, sayang? Rumah I takde hantu. Come..”
pujuk Firman sambil menarik sebelah tangan Rania yang sedang menahan ambang
pintu itu.
“I nak balik!”
“Awal lagi ni, sayang. You tahu tak.. rumah ni dah lama
tak dijejaki oleh seorang perempuan yang I anggap istimewa. Kecuali mama. 5
tahun dah terlalu lama. I dah cukup lama kesepian. I can’t wait anymore..”
Bertambah seram Rania mendengar ucapan Firman itu.
Bukannya dia tak mampu membayangkan apa maksud kesepian yang dikatakan Firman
tadi.
“I tak nak temankan you kat sini. Please let me go. You
buat I takut, Firman!” rayu Rania sudah mula lain macam nadanya. Macam orang
nak menangis pun ada.
“You tahu takut rupanya?”
“Apa maksud you?”
“I ingat bila you bercakap ikut sedap mulut, you dah
cukup berani. Bayangkan kalau ada orang yang berdendam dengan you disebabkan
mulut you yang takde insuran tu. Apa akan jadi?” ucap Firman serius.
“I cakap apa yang I suka pada orang yang I tak suka.
Terutama sekali you! Gila!” bentak Rania lantas menolak lelaki itu jauh
daripadanya. Tanpa menunggu lagi dia terus berpaling menuju ke keretanya.
“Rania..” laung Firman lantas mengejar wanita itu
sehingga ke keretanya.
“Lepas!” bentak wanita itu tatkala Firman berjaya
mencapai tangannya semula ketika di tepi kereta.
“Okay.. I’m sorry. Sayang, I tak bermaksud nak apa-apakan
you tadi. I cuma nak sedarkan you tentang sikap you sendiri,” pujuk lelaki itu
agar keadaan kembali tenang.
“You hanya buat I makin benci! I tak nak kahwin dengan
you. Lepaslah.. I nak balik! Sakit tahu tak!” jerit Rania tidak terkawal.
“Okay.. okay.. calm down. I’m sorry. I tak sengaja,
sayang.” Firman segera melepaskan tangan wanita itu.
Rania sempat membelek pergelangan tangannya. Perit
dirasakan pada tempat cengkaman Firman tadi.
“Rania, I cintakan you. Jangan buat I macam ni. I tak
main-main kali ni. I nak you jadi isteri I,” pujuk Firman separuh merayu.
Namun Rania tidak menjawab. Tanpa memandang dia terus
membuka pintu keretanya dan masuk. Tanpa lama membiarkan enjin keretanya hidup,
dia terus memecut pergi meninggalkan Firman terkebil-kebil sendiri.
9
Masam penuh kelat menghiasi wajah wanita itu pagi Isnin yang
damai itu. Sudahlah hari itu hari Isnin. Monday blues kononnya. Dan tambah
pulak dia memang tertekan dengan kenyataan yang dia kini sudah bertunang dengan
Firman. Nak minta putus.. masalahnya tiada siapa nak mendengar usul yang dia
nak kemukakan. Jadi harung ajalah. Tanpa secalit pun senyuman Rania terus ke
biliknya tanpa menegur sesiapa di pejabat itu.
Sejam selepas waktu kerja di pejabat itu bermula kelibat
Tuan Saufi muncul di bilik Rania. Rania mula membuat muka tanda tidak senang
dengan kehadiran bosnya itu.
“How are you, Rania?” sapa Tuan Saufi penuh lemak berkrim
nadanya. Maklumlah.. tengah menyapa buah hati.
“Good..” balas Rania cukup hambar. Kalau kau tak kacau
aku, hidup aku lebih bagus.. bisikan itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.
“Cantik you hari ni. Buatkan I rasa tak mampu nak
menjauhi you..”
Nak termuntah Rania mendengar ucapan gemersik itu. Perasaannya
kian berkocak apabila lelaki itu mula berdiri di tepi kerusinya. Memandang apa
sahaja yang sedang dilakukannya saat ini.
Tuan Saufi mengeluh kecewa melihat Rania tidak membalas
kata-katanya. Susah benar dia mahu melembutkan sekeping hati milik wanita ini.
Diumpan dengan apa pun, Rania tetap tidak melayan!
“Rania, semua ni tak selalu jadi pada I. Ini semua
takdir. I terima semua ni dengan hati yang terbuk,.” ucap Tuan Saufi lembut.
Memanglah kau terima sebab kau dah kemaruk nak berbini
baru! Desis hati Rania.
“Dan I takkan boleh lepaskan perasaan yang ada dalam diri
I sekarang ni.” Lelaki itu menambah lagi sehingga Rania mula menghela nafas
perlahan.
Dia dah mula dah.. keluh hati Rania sebal. “Let me remind
you, Tuan Saufi. You ni dah ada isteri dan ada 4 orang anak. Tanggungjawab tu
dah cukup besar sebenarnya untuk seorang lelaki macam you ni. Janganlah buat I
macam ni. I datang sini nak kerja. I tak mahu jadi perosak rumahtangga orang,”
ucap Rania masih cuba berhemah. Namun nadanya keras sahaja menandakan
kemarahannya sedang ditahan sedaya upaya.
“Rania, I tahu you memang bukan jenis wanita macam tu. I
tahu semua ni memang kejam untuk isteri I. Tapi nak buat macamana kalau hati ni
dah terpaut pada youkan? I mampu beristeri lebih dari seorang, Rania. I akan
berlaku adil,” pujuk Tuan Saufi tanpa jemu.
“I tak mahu, Tuan Saufi. I takde perasaan sikit pun pada
you. Tolonglah jangan sebut lagi hal ni. I dah tak larat nak jawab. I tak berminat
langsung nak berkongsi suami dengan sesiapa,” ujar Rania tanpa mampu memandang
lelaki itu.
Lelaki tua itu mula merapatkan diri kepada Rania. Dengan sebelah
tangan dialihkan ke belakang kerusi Rania dia menunduk, mendekatkan bibirnya ke
telinga wanita itu.
“Jangan cakap macam tu, Rania. Lelaki yang dah berpengalaman
macam I ni ibarat macam kelapa tua. Santannya pekat. Lemak!”
Turun naik dada Rania menahan rasa marah kepada lelaki di
sisinya itu. Kalaulah tidak kerana dia masih mahu mencari rezeki di sini lelaki
ini memang sudah disepaknya. Apa yang bestnya dengan lemak? Kolestrol tinggi adalah!
Bagi orang mati cepat.
“Tuan Saufi..” panggil Rania agak meleret. “I nak buat
kerja ni. Please, excuse me!” lelaki itu dikerlingnya melalui ekor mata.
“Temankan I pergi breakfast dulu. You and me.. bagitahu
aja you nak pergi mana. I boleh bawakkan,” bisik lelaki itu cukup mesra.
Ya Allah.. tak ingat anak bini ke mangkuk ayun ni? Tak faham
bahasa ke apa dia ni? Keluh hati Rania benar-benar rimas.
“I dah breakfast. Kenyang sangat ni! Please leave me
alone..” keluh Rania separuh merayu. Bosannya sudah ke tahap maksima dengan
gelagat lelaki ini.
“Sekejap aja, sayang..”
Rania mula mengeluh sambil memegang dahi. Tiba-tiba
telefon di atas meja itu bergetar. Menghasilkan bunyi halus. Rania terus
mencapai dengan hasrat dia dapat mengelak daripada lelaki miang itu. Ada satu
mesej yang masuk. Rania terus membukanya setelah kerusinya dipalingkan sedikit
daripada lelaki itu.
Namun setelah mesej itu dibuka dadanya bertambah sesak.
Gambar bibir wanita berlispstik merah juga disertakan ayat dibawahnya itu
dibacanya berkali-kali.
‘Tiba-tiba teringat U. So sexy..’
Dua potong ayat pendek penuh simbolik daripada Firman itu
tidak susah untuk difahaminya. Membuatkan darahnya semakin mendidih. Cukuplah
dengan dua lelaki ini. Dia rasa nak mengamuk sekarang!
“Siapa tu?” tanya Tuan Saufi saat terpandangkan imej
dalam telefon Rania itu sepintas lalu.
Lelaki tua yang gila sama macam kau! Bentak hati Rania
panas. “Tunang I..” jawab Rania agak perlahan. Telefon itu dialihkan jauh agar Tuan
Saufi tidak melihatnya lagi.
“Apa dia?” ucap Tuan Saufi agak meninggi akibat terkejut
dengan kenyataan itu.
“Tunang I!” jawab Rania sedikit keras.
“Bohong! I tahu you sengaja nak mengelak dari I. Mana
buktinya you dah bertunang.”
“Ini buktinya..” Rania terus menunjukkan jarinya. Namun dia
terkedu menahan dengan rasa hangat di wajah. Jari manisnya kosong! Bukankah cincin
yang diberikan oleh emak Firman semalam sudah dilemparkannya kepada Firman?
“Mana? Takde cincin apa-apa pun?” ejek Tuan Saufi pantas
mengenakan Rania semula.
Kurang ajar! Hee.. padan denga muka aku. Yang kau pergi
buang cincin tu buat apa, Rania? Kan dah susah sekarang? Kutuk hatinya dalam
pada dia terkumpal-kumpal sendiri.
“I tertinggal cincin tu kat rumah. Lagipun I tak suka
pakai cincin..” jawab Rania cuba menyembunyikan rasa malunya. Tak boleh jadi
ni. Aku kena suruh jantan tua tu cari balik cincin tu! tekad Rania dalam hati.
“Alasan..” cemuh Tuan Saufi langsung tidak percaya.
Fokus Rania libang libur sekali lagi tatkala ada satu
lagi mesej masuk ke telefonnya. “Please, excuse me..” ucap Rania lantas melarikan
kerusinya sedikit jauh dari lelaki itu.
Tuan Saufi hanya mampu memandang dengan hati yang
berbuku. Tanpa mempedulikan bos gatalnya itu Rania membaca mesej yang dihantar
Firman kepadanya.
‘Kita
lunch sama hari ni? I ada benda nak cakap dengan you’
‘Me too..’
Itu sahaja jawapan yang diberikan Rania kepada Firman. Memang
dia juga ada perkara yang hendak disampaikan kepada lelaki itu. Seketika kemudian
dia menghadap mejanya semula. Bos miangnya itu masih ada di situ memerhatikan
dia.
“Apa dia cakap pada you?” tanya Tuan Saufi dalam nada
berbaur cemburu.
“Dia nak lunch dengan I hari ni.”
Tuan Saufi mendegus kasar. Kepalanya digeleng-gelengkan
seketika. “Lelaki mana? Macamana you kenal dia?”
Rania mengeluh lagi. Apa hak lelaki ini mahu menyoal
siasat dia begini? Kenapalah lelaki ini sering membuatkan dia tertekan benar? Entah
apa salah dia, dia sendiri pun tidak tahu. Tiba-tiba sekali lagi telefon milik
Rania berbunyi. Tanpa berkalih ke mana-mana Rania terus membaca mesej yang
masuk.
‘I
ambil you kat ofis nanti, syg. I tahu kat mana ada sup lidah istimewa. U boleh
pilih nak lidah lembu atau.. hehehehe. Mesti u suka. Love you and this is for u..
chupp.. chupp.. chupppppp.. pergh! So nice!’
Terbuntang matanya melihat gambar yang disertakan Firman
bersama mesej seperenggan itu. Gambar lelaki dan wanita sedang berkucupan! Jantan
tua ni memang nak kena dengan aku! Merenyam-renyam tak habis-habis! Sekali lagi
hati Rania mendongkol sendiri.
Firman di hujung sana terkekeh-kekeh ketawa sambil
membayangkan kekalutan Rania. Dia bagaikan sudah mampu membaca amukan dalam
wanita itu.
Saat terdengar bunyi memandakan sms telah diterima oleh
gadjetnya Firman terus mencapainya. Mesej itu dibukanya gopoh. Tak sabar nak
baca apa kata-kata Rania kepadanya.
Namun saat terpandangkan balasan Rania tawanya hilang.
Spontan dia mengepit kakinya. Sms simbolik Rania itu juga tidak susah untuk
difahaminya.
‘U
hantar gambar bukan-bukan pada I lagi, I takkan teragak-agak guna benda ni pada
U! I nak jadi wanita pertama yang siksa kelelakian you! Got it?’
Begitulah bunyinya balasan Rania. Firman menelan liur
memandang objek berupa gunting besar untuk memotong pokok dan rumput yang
tertera jelas di dalam gambar itu.
“Serius ke?” tanya Firman kepada dirinya sendiri.
“Taklah.. dia gurau je tu agaknya.” Dia juga yang
menjawab soalannya sendiri.
Tanpa memikirkan lagi tentang mesej itu dia memulakan
kerjanya seperti biasa. Namun sebelum menjelang tengahari ada seorang budak
penghantar surat tiba di pejabatnya dengan sebuah bungkusan tanpa alamat.
“Cik Rania yang suruh saya hantar ke sini. Urgent katanya..”
ucap budak penghantar surat itu kepada Firman.
“Oh! Okay. Thanks..” sambut Firman lantas mengambil kotak
daripada tangan lelaki awal 20-an itu.
Firman tersengih-sengih memandang kotak yang dihantar
oleh budak penghantar surat itu. Cewahhh.. siap dengan pembungkus berbentuk
love Rania kirimkan hadiah pada dia.
“Dia dah tak marah kat akulah tu..” ucap Firman sambil
tersengih-sengih. Seronok menerima hadiah daripada buah hatinya itu.
Puas membelek di bahagian luar, Firman membuka sampul itu
dengan penuh rasa teruja. Namun sebaik sahaja kotak itu terbuka, dia terkedu!
Hadiah dari Rania itu diambilnya lalu dibelek.
“Alamak.. dia ugut aku ke apa ni? Kut ya pun.. tak
payahlah letak reben. Gigih betul bakal bini aku ni. Sanggup dia pergi beli
benda ni semata-mata nak bagi pada aku,” rungut Firman seorang diri. Hadiah yang
dikirim Rania itu dipandang tanpa jemu.
Kemudian kertas yang bertulisan tangan di dasar kotak
kecil itu diambilnya.
‘Khas
untuk you, jantan tua gatal! Tiga batang mewakili I HATE U! You menggatal dengan
I dalam kereta nanti, I ganyang you dengan benda tu. Amaran keras! Ada faham??’
Terkulat-kulat Firman membaca nota itu. Kemudian tiga
batang cili itu dipandangnya lagi. “Menggatal sikit aja pun nak marah. Bukannya
buat apa pun!” ucap lelaki itu lantas menggaru kepalanya sendiri.
BEST KELAKAR SANGAT2 NAK LAGI BOLEH.
BalasPadamjantan tua vs andartu.. sambung lg entry tu...
BalasPadamMuahahaha...x ley blah ayat firman "chup...chuppp perghh" mmng buat sy tgelak besar....
BalasPadamhahahahaa...ingatkan gunting tadi...
BalasPadamwakakakaka.....
Hahah... Ok lar tu.. Rania garang.. Furman lak gatal.. Hehehe
BalasPadamNk tnya kalau nk beli buku ni boleh lagi k?
BalasPadam