14
Tengahari itu Rania tiba-tiba rajin pula. Tujuannya tiadalah lain.
Sengaja mahu menyibukkan dirinya agar dia tidak perlu terus menghadap lelaki
seorang itu.
“Nak masak apa, sayang?”
“Tengoklah apa yang ada..” jawab Rania sambil memandang
bahagian sejuk beku di dalam peti ais di dapur itu. Dia terpandangkan ayam
mentah.
“Ayam..” Rania berkata sendiri sambil memikir. Nak masak
apa ya?
“Nak masak apa ayam tu?” tanya Firman yang terdengar
suara Rania.
“You makan ke masakan melayu ni?” tanya Rania dengan tolehan
sekilas.
“Makan..”
Tanpa kata lagi Rania terus mengambil ayam yang masih
beku itu. Ada beberapa bahan lagi diambilnya dari bahagian bawah pula.
Direndamnya ayam itu dengan air supaya daging ayam itu melembut segera.
Kemudian kabinet di sekelilingnya dibuka satu persatu.
“You cari apa?”
“Bawang semua you simpan kat mana?”
Firman terus menunjukkan salah satu kabinet di bahagian
bawah. Di situ dia menyimpan semua barang-barang kering. Bahagian bawah itu
diselongkar Rania sambil diperhatikan Firman dari arah belakang. Setelah
mendapat apa yang dia mahu, Rania menoleh.
“You duduklah depan. Biar I memasak kat sini,” ujar
wanita itu biasa.
“Takpe.. I nak temankan you. Nanti kalau ada apa-apa jadi
kat you, I yang susah.”
“Jadi apa pulak? Tak payah sibuk nak teman-temankan I. I
tahu jaga diri sendiri,” getus Rania pantas. Macamlah dia tidak tahu tujuan
Firman mahu menyibuk juga di situ. Apa lagi kalau bukan mahu mengacau dia!
“I nak tolong you..” itu pula jawapan yang diberikan
Firman.
Rania diam. Lantak kaulah, jantan tua.. bisik hatinya
malas mahu melayan. Buat permulaan dia memasak nasi. Kemudian mengupas bawang
dan bahan-bahan yang lain. Firman dengan senang hati duduk menghadap wanita itu
buat kerja.
“Pandai jugak you
buat kerja dapur ni ya?” komennya tatkala memandang tangan isterinya lincah
mengerjakan bahan-bahan itu.
“I bukannya anak orang kaya rumah siap ada orang gaji
semua. Lagipun setakat kerja macam ni semua perempuan boleh buat. Bukannya kena
ada ijazah pun,” jawab Rania tanpa memandang. Semenjak remaja dia memang sudah
didekatkan dengan kerja ini semua tatkala emaknya sibuk dengan tugasnya di
pejabat.
“Tapi you memasak sedap..”
“Mana you tahu sedap? Pernah makan ke masakan I?” balas
Rania pantas. Nak mengorat pun janganlah bagi pujian kosong begitu. Tak laku!
“Kali kedua I pergi rumah mak dulu, mak kata lauk yang I
makan tu, you yang masak.”
Rania terdiam cuba mengingati semula peristiwa berbulan
dulu. Dia ke yang masak? Memanglah dia ada sekali di dapur waktu itu. Tetapi
seingatnya bukannya semua lauk itu dia yang masak. Dia cuma tolong masak yang
mana yang ringkas-ringkas macam goreng sayur dan goreng ayam. Yang susah-susah
semua emaknya yang buat.
“Entah. I tak ingat,” ucap Rania tanpa memandang lelaki
itu.
“I ingat. I ingat semuanya tentang you,” ujar Firman
pula.
Rania terus memandang lelaki di hadapannya itu. Ayat nak
mengoratlah tu.. bisik hatinya sendiri. Firman tersengih-sengih kepada wanita
itu.
“Ni I masak yang senang-senang aja. Jangan komplen pulak.
Dalam peti ais tu bukannya ada apa sangat,” ucap Rania sengaja mahu mengalih
topik.
“Takpe.. I makan aja apa yang ada.” Firman menjawab
redha. Kalau tak sedap pun dia bedal aja. Asalkan ada benda yang boleh dimakan
tengahari ini sudahlah. Kalau tidak.. Rania yang dia makan nanti.
Usai mengerjakan semua bahan-bahan itu Rania ke sinki
untuk membersihkan ayam. Hari ini dia bercadang nak memasak gulai ayam sahaja.
Tatkala memandang Rania yang sedang berdiri di sinki itu,
mulalah hati Firman dipagut cemburu melihat ketenteraman wanita itu. Perlahan Rania
didekatinya. Rania menoleh sekilas apabila Firman mula berdiri di sebelahnya
memandang apa yang sedang dia buat. Dah macam pakcik security lelaki itu
memerhatikan dia buat kerja. Seketika kemudian dalam keralikan Rania, Firman
mula berpindah berdiri di belakang wanita itu pula.
Rambut yang tersanggul kemas milik Rania diperhatikan
Firman. Kemudian bola mata lelakinya jatuh ke bahagian leher pula. Seterusnya
ke lengan berkulit cerah dan beroma nipis milik Rania yang terdedah. Tanpa
sedar dia merapati wanita itu dari arah belakang.
“Emm.. wangi.”
Rania tersentak seketika tatkala terasa ada sesuatu yang
sedang menghimpit dirinya. Aku sumbat jugak ayam ni dalam mulut dia karang..
getus hatinya mula geram.
“I banyak kerja ni, Man..” ucap Rania tidak senang diganggu
dalam keadaan begini.
“I tolong you sekejap lagi,” balas Firman lembut.
“Jangan kacaulah! I tak harap pun you tolong I kat sini.”
Rania terus merengus tidak selesa. Tubuhnya ditolaknya kebelakang agar lelaki
itu menjauhinya.
“I tolong temankan. Nanti takdelah you bosan. You boleh
berbual dengan I,” balas Firman membuatkan Rania segera memilih untuk mengunci
mulutnya daripada bertelagah dengan lelaki itu sampai sakit tekaknya. Buang
masa!
Dan Firman pula semakin seronok apabila Rania tidak lagi
seagresif dulu. Wanita itu lebih banyak diam dan menurut sahaja. Maka dia boleh
buat apa yang dia suka. Semakin rancak wanita itu memasak di dapur semakin
sibuk dia menganggu wanita itu buat kerja. Rania hanya mampu menyabarkan
dirinya dengan keletah lelaki baru dapat bini ini.
“Okay.. I tolong you gaul sekali.” Tangan Rania yang
sedang mengacau gulai di dalam periuk itu terus digenggam Firman. Nak tolong
konon. Padahal dia sedang mengambil kesempatan memegang tangan wanita itu.
Kemudian dari arah belakang sebelah tangannya memaut pinggang Rania.
“Lepaslah! Sibuklah dia ni!” getus Rania tidak selesa.
“Mood I tengah baik nak tolong ni..” pujuk Firman
perlahan.
Rania sekali lagi menghela nafas sabar. “Janganlah!”
tangan Firman ditamparnya kuat dengan sebelah tangannya.
“I nak tolong aja..” ucap Firman tetap tidak peduli.
“Setakat gaul lauk dalam periuk ni I boleh buatlah.
Jangan menyibuk, boleh tak?” getus Rania semakin geram.
“Biarlah I tolong..” ucap Firman macam orang tak reti
bahasa. Tangan Rania yang sedang memegang senduk itu terus dipegangnya. “Haa..
gaul macam ni ya, tuan-tuan dan puan-puan. Tengok wife I buat ni. Nampak macam
sedap aja gulai tu. Yang tukang buat gulai ni pun nampak macam best aja,” ucap
Firman di tepi Rania.
Rania hanya mampu merelakan tangannya dibawa ke sana ke
sini bersama senduk itu. Nak tegah pun tak guna kalau inilah manusianya!
Bukannya Firman reti bahasa. Dia yang akhirnya sakit dada menahan rasa.
“Man, lepaslah! Rimas! Panas ni tahu tak,” rengus Rania
geram dengan lelaki seorang ini. Bukannya menolong dia sangat. Tapi tolong
melambatkan lagi kerjanya adalah!
“Okay.. I tolong tiup supaya you sejuk,” balas Firman.
Astaghafirullah.. sabar ajalah aku! Rania hanya mampu
menghela nafas sabar. “Nah! Nak gaul sangatkan? Gaul!” degus Rania lantas
meleraikan pegangan tangan Firman. Senduk itu diserahkan kepada lelaki itu.
“I nak gaul sekali dengan you. Mana best kacau gulai ni
sorang-sorang.” Dengan muka selamba Firman menarik semula isterinya itu.
“Eee.. sabar ajalah aku dengan jantan tua ni! Merenyam!”
Itu waktu memasak. Waktu makan lain pulak ceritanya..
“Nah..” secubit ayam disuakannya kepada Rania.
“I dah ada. Sama jugak ayamnya. Ayam gulai!” Rania pantas
menolak tangan lelaki itu.
“Mana sama. Yang ni I yang suapkan. Cepatlah..” ayam itu
terus disuakan Firman. Mahu tidak mahu Rania membuka juga mulutnya menyambut
suapan lelaki itu.
“Okay.. sekarang you pulak suapkan I,” ujar Firman penuh
senang hati. Mulutnya pula yang dingangakan dengan penuh manja.
Tersentak Rania dibuat oleh gelagat Firman.
Mengada-adanya jantan tua ni! Nak bersuaplah pulak! Ingat romantik sangat ke
ni? Jerit hati wanita itu sebal.
“Cepatlah.. masuk angin perut I ni nanti kembung.”
Dengan hati mendongkol geram, sebal, menyampah dan segala
macam rasa lagi Rania akur juga. Isi ayam itu dicubitnya lalu
dilenyek-lenyeknya di dalam pinggan sehingga hancur. Kemudian barulah
disuapkannya kepada lelaki itu.
“Ayam je? Nasinya mana?”
Nak nasi pulak??? Makin kuat jeritan berlagu di hati
Rania. Mahu tak mahu dia menurut juga kehendak suaminya yang tengah mengada-ada
itu.
“Hmm.. macam ni barulah namanya romantic couple. Sekarang
I pulak you, okay? Lepas tu you suap I. Lepas tu you suap I balik..”
“Yalah..” jawab Rania cukup jengkel. Nampaknya sampai
petang nantilah baru habis nasi dalam pinggan dia ni. Asyik nak main suap-suap
aja. Dah takde kerja lain!
Namun Rania menurut aja. Malas dia nak komen
panjang-panjang. Redha ajalah. Dah takdir dia dapat suami macam ini. Nak buat
macamanakan?
Bertabahlah, Rania..
Lepas maghrib itu mereka ke rumah emak Firman untuk mengambil
anak-anak Firman di sana. Sempat juga mereka makan malam bersama ahli keluarga
Firman. Jam 10 malam Firman sudah mengajak anak-anak dan isterinya pulang.
Setiba di rumah Ferhad dan Iqbal terus ke bilik
masing-masing. Irsyad sahaja yang masih berkepit dengan ayahnya. Rania pula
terus naik ke atas untuk membersihkan diri dan mengganti baju. Tatkala dia
turun ke bawah semula, Firman dan Irsyad sedang naik ke atas. Bukan main manja
lagi anak itu berdukung dengan Firman. Letih benar agaknya.
“Nak ke mana?” tegur Firman sambil memandang Rania dari
atas ke bawah. Dah siap dengan baju tidur. Nampaknya dia pun kenalah lekas
tukar uniform.
“Nak minum air kejap..” jawab Rania biasa.
Firman mengangguk sahaja sebelum dia meneruskan perjalanan
ke tingkat atas. Rania sempat berlegar di dapur itu. Mengemas sedikit kawasan
dapur yang tidak rapi. Seketika kemudian dia terdengar ada derap kaki halus
mendekati dapur.
“Mummy nak susu. Irsyad selalu minum susu sebelum tidur,”
ucap anak itu lembut.
Rania segera berpaling. Eh! Tadi bukan ke budak ni naik dengan
Firman. Tak minum susu lagi? kening Rania berkerut.
“Daddy tak buat susu untuk Irsyad ke? Kan tadi Irsyad
naik atas dengan daddy?” tanya Rania dengan kerutan di kening kian menebal.
“Tak! Daddy suruh mintak dengan mummy Rania.”
“Daddy suruh mummy? Habis tu dia buat apa?” Kepada anak
itu pula dilahirkan rasa tidak puas hatinya. Geram! Namun anak kecil itu
sekadar menjungkit bahu dengan mata redup memandang emak tirinya itu.
Kurang asam punya laki! Anak dia.. dia suruh aku pulak!
Namun Rania terkebil-kebil seketika. Nak buat susu? Alamak.. manalah aku
sukatannya banyak mana! Bukannya aku pernah buat susu untuk budak-budak. Budak
ni minum dalam botol ke dalam cawan? Firman ni punlahhhhh.... tak guna betul!
Hati Rania mendongkol geram.
“Okay.. Irsyad pergi naik atas. Tanya daddy.. macamana
nak buat susu. Mummy Rania tak tahu,” ujar Rania selamba kepada anak itu.
Anak berusia 5 tahun itu akur dengan suruhan Rania. Dia
berlalu keluar dari dapur. Rania pula terus mencapai gelas untuk dirinya.
Lambat-lambat dia meneguk airnya sambil menanti Irsyad.
“Okay.. daddy kata, 3 skop susu dengan air panas campur
air sejuk. Lepas tu daddy kata pada mummy, jangan malas-malas. Jangan merungut.
Buat aja apa yang daddy suruh.”
Rania terkedu mendengar ucapan yang terakhir itu. Jangan
malas-malas? Jangan merungut? Apa keperluannya dia menyampaikan pesanan itu
melalui Irsyad? Memang nak kena jantan tua ni dengan aku. Berani dia cakap
macam tu depan anak dia?
“Sekarang ni Irsyad pergi naik atas cakap pada daddy,
daddy pun jangan jadi pemalas! Jangan banyak cakap! Tahu nak membongkang aja. Pergi
cepat bagitahu daddy!” arah Rania serius.
“Okay..” anak itu berlari lagi keluar dari kawasan dapur
rumah itu. Seketika kemudian Irsyad muncul semula. Rania sudah pun selesai
membancuhkan susu untuk Irsyad.
“Daddy kata daddy penat drive. Mummy Rania tadi duduk aja
dalam kereta membesarkan punggung kat sebelah daddy,” ujar Irsyad sedikit serak
suaranya. Susu di dalam mug yang berada di tangan Rania terus diambilnya.
Terbeliak mata Rania mendengar kata-kata Irsyad. Kurang
ajar betul jantan tua ni!
“Oh.. lagi satu daddy suruh Irsyad cakap dengan mummy
Rania. Daddy suruh mummy buatkan dia air jugak. Air.. emm..” Irsyad termanggu
seketika. Sudah terlupa air apa yang diminta oleh ayahnya tadi.
“Air apa pulak?”
“Air kopi ali..”
“Ha?” tersentak Rania mendengar nama air itu. Apa
kejadahnya air kopi ali tu?
“Air apa entah.. Irsyad dah lupalah.” Tanpa menunggu lagi
anak itu terus meneguk air susunya.
Rania mengetap bibir. Air kopi ali? Air kopi ali ke air
kopi tunjuk langit campur tongkat ali dia tu? Memang tempah maut sungguh jantan
tua tak sedar diri. Dahlah aku tak suka dia minum air tu. Ada impian pulak dia
nak suruh aku bancuhkan dia air tu!
Siap kau! Getus hati Rania sendiri. Bungkusan air kopi
tunjuk langit itu terus diambilnya. Tangannya lincah mengerjakan objek
kesayangan Firman itu. Setelah selesai dia menyimpan semula bungkusan itu di
tempat asalnya. Rania tersenyum puas hati.
“Dah siap?” tanya Rania kepada Irysad yang memerhatikan
dia.
“Dah..”
“Pergi naik atas. Gosok gigi dulu sebelum tidur,” ujar
Rania lembut.
“Okay.. good night, mummy..”
“Good night..”
Sepeninggalan Irsyad, Rania mencapai mug. Di dalam
kabinet dia mencapai nescafe. Dua sudu nescafe dimasukkan ke dalam mug dan
setengah sudu gula turut dicampurkan sekali. Kemudian mug itu dipenuhkan dengan
setengah air panas dan selebihnya air masak. Sambil membawa air itu ke atas,
Rania mengacau air hitam pekat itu dengan sudu kecil.
“Haaa.. my lovely wife. Akhirnya sampai juga dengan air
tongkat ali yang I mintak.” Firman menyambut senang hati tatkala melihat Rania
mampir kepada bak isteri mithali yang patuh kepadanya.
Firman mengubah duduk di birai katil tatkala Rania
menghulur mug putih itu kepadanya. Rania terus ke kamar mandi setelah itu.
Tatkala air itu dibawa ke mulutnya Firman terhenti
seketika. Bau macam nescafe je ni? Bisik hatinya sendiri.
Ah! Bedal ajalah..
Hirupan pertama masuk ke dalam perutnya. Namun wajah
Firman sudah berkerut. Lidahnya terjelir menahan rasa pahit yang teramat
sangat! Terus dia bangun keluar semula daripada bilik itu. Terkocoh-kocoh dia
turun ke bawah. Tiada lain yang dia cari saat ini. Air masak!
Puas diteguknya air masak itu, Firman berkumur pula untuk
menghilangkan rasa pahit dari lidahnya. Berkali-kali dia meludah ke sinki
sehinggalah rasa pahit itu hilang juga.
“Saja nak kenakan akulah tu..” rungut Firman sendiri. Air
bancuhan Rania dibuangnya. Setelah membilas mug itu dia terus membuka kabinet.
Air tongkat ali kesayangannya dicapai. Namun wajah Firman berubah. Berkali-kali
bungkusan itu ditimbangnya dengan tangan. Ringan habis!
Dan dalam kegopohan dia menyelongkar bahagian dalam
bungkusan itu. Dia hanya menemukan paket-paket yang sudah kosong semuanya.
“Mana perginya isi kopi ni??” Firman bertanya sendiri
dengan dada turun naik. Kemudian dia terus keluar dari kawasan dapur itu untuk
kembali semula ke bilik.
Sayangnya tatkala dia cuba membuka pintu biliknya, pintu
itu telah berkunci. Dua tiga kali dia mencuba. Sehingga akhirnya matanya
terkesan sehelai kertas keluar dengan penuh sopan daripada bawah pintu itu. Mengenai
hujung jari kakinya. Firman segera mengambil kertas itu dan membacanya.
Sorry..
pintu dah terkunci. You tidur kat ruang tamu malam ni ya? I nak membesarkan
punggung sorang-sorang dalam bilik ni! Oh ya.. air tongkat ali kegemaran you
tu, you boleh cari kat longkang belakang. I dah sumbat masuk dalam lubang
sinki. Good night!
p/s:
Jangan ketuk pintu tu.. bising nanti. Malu kat anak!
Firman memandang pintu itu dengan segunung rasa sebal. Dahlah
air tongkat alinya hilang. Rania suruh dia tidur luar. Oh! Kejamnya you pada I,
Raniaaaaa.. hati Firman hanya mampu menjerit di dalam.
padan muka si firman
BalasPadamKESIAN FIRMAN.
BalasPadamnext entry xde ke...hehehee
BalasPadamsabarnya FIRMAN....
BalasPadamSabar firman...
BalasPadamxde sambungan lg ke?
BalasPadamSis smbungan die xde ke??
BalasPadamKaka di tunggu sambungan nya sayang kalau berhenti tengah jalan habis baca sampai bab 14 cari bab 15 tapi takde di tunggu kaka best cerita ni..
BalasPadamWow...best!! Macam pungguk rindukan bulan da...mana sambungan nya..so sweet Firman��
BalasPadamBest!!! Sambung la lg
BalasPadamSambung la lgi ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamSy prnah jumpa smbungan dia..tpi dh tak ingat apa tjuknya..tak sama dgn yg satu ni..ermm tjuk smbungan dia apa yaa..
BalasPadamKalau nak beli buku ni still ada lagi stok k
BalasPadamAda sambungan lg tak?
BalasPadam