Ahad, 30 Mac 2014

12-13 HEY, MR DUDA.. I HATE U!

12
“Hanez..” wanita itu dengan senyum menawan menghulurkan tangan kepada Rania.
“Rania..” Rania sempat terpinga memandang wanita di hadapannya itu. Siapa dia ni? Macam kenal aja. Tadi dia nampak perempuan ini cium Irsyad dengan cukup mesra. Entah-entah dia ni..
“Hanez ni bekas isteri I.” Firman terlebih dahulu mengungkapkan kenyataan itu.
Rania terlopong sedikit. “Bekas isteri you?”
Firman mengangguk sahaja sambil tersenyum. Rania terus bungkam memandang Hanez. Dia ni bukan ke pelakon yang orang kata mata duitan tu? Bercinta sana sini dengan lelaki kaya?
“You ni actress ke? Muka macam familiar.” Rania akhirnya berbicara dengan wanita di hadapannya itu.
“Memanglah familiar sebab I ni pelakon. Sorrylah.. baru sekarang I dapat berkenalan dengan you. Tadi ramai sangat orang yang nak tegur I. I pulak yang terlebih famous daripada pengantin kat sini,” balas Hanez kedengaran bangga mengakui kenyataan itu.
Betapa meluatnya Rania mendengar ucapan dari bibir wanita itu. Semua orang tegur dia konon.
“Oh.. jadi youlah actress yang orang cerita suka rampas laki orang tu? Sekejapkata bercinta dengan penyanyi.. kemudian bila dah bosan pergi rampas laki orang. Siap pergi holiday segala tapi lepas tu tak mengaku pulak. Itu you ke?” tanya Rania sesuailah dengan keceluparan mulut yang dimilikinya.
Wajah Hanez berubah serta merta. Sempat dia memandang bekas suaminya sekaan meminta Firman menegur Rania yang sedang memalukan dia . Namun Firman buat-buat memandang ke arah lain.
“Itu semua gosip aja..” balas Hanez kelat.
“Really? Actually I ni tak minat sangat dengan cerita dunia hiburan ni. Nak-nak lagi cerita waktu you buat PC hari tu. Tapi cerita pasal tu memang semak betul! Penuh dalam office I. Semua orang dok bercerita. Terpaksalah I tadah telinga. To be honest.. cerita untuk meraih publisiti murahan macam tu memang memualkan. I jadi bertambah menyampah bila dengar ada melibatkan isteri teraniaya ni. Sebab I ni lawyer. Dan banyak kali dapat kes macam ni. Yang I belum pernah lalui satu aja. I belum pernah dilantik mewakili mana-mana girlfreind si suami yang mintak simpati di khalayak ramai. Konon dia yang dizalimi oleh isteri kekasih sendiri. Dan rasanya I takkan ambil kes macam ni sebab buang masa. Banyak lagi kes-kes lain yang lebih penting yang perlukan pandangan I sebagai lawyer,” perli Rania dengan pandangan jengkel.
Wanita di hadapan Rania itu menggertap bibir memandang Firman yang buat pekak aja.
“Man, I ke sana dulu. Panas kat sini..” ucap Hanez dengan muka kelat.
“Pergilah.. nanti tertunggu-tunggu pulak peminat-peminat you.” Rania terlebih dahulu menyambut sebelum suaminya.
Firman tergelak sakan setelah Hanez meninggalkan mereka berdua di bawah khemah itu. “Bersepai muka dia you kerjakan,” komen Firman terus dengan tawa lucunya.
“Macamana you boleh kahwin dengan dia ek? Taste you ni memang peliklah..”
“Waktu dia masih isteri I dia bukan pelakon. Dan I bukannya business man yang kaya raya. Dia dah putuskan apa yang terbaik pada dia. So I terima. Rania. Dah tak boleh nak kompromi lagi, nak buat macamana. Dia ada impian dia sendiri dan perkahwinan kami tak boleh berada di antaranya,” jelas Firman lembut.
“Impianlah sangat! Nak kata dia tu pelakon yang top.. takde pulak. Top dengan gosip murahan dia tu aja,” getus Rania meluat dengan wanita itu.
“Biarkanlah dia. Jangan dia ganggu kita aja sudah.”
Rania menghela nafas perlahan sambil memandang sekeliling. “I nak rehat sekejap kat sini. Kaki I dah sakit ni,” ucap Rania tanpa memandang suaminya itu.
“Tak nak join I dengan kawan-kawan I?” tanya Firman lantas menunding kepada teman-temannya yang baru tiba.
Rania terus menggeleng. “Lain kalilah..” jawabnya agak berat. Bukannya nak menyombong sangat. Tetapi di meja itu semuanya lelaki.
“Okaylah.. I pergi sana dulu ya?”
Rania mengangguk sahaja. Pemergian Firman tidak dipandangnya lama. Akhirnya Rania terus melabuhkan duduk di kerusi yang paling dekat dengannya. Sendirian dia hanya ingin sendirian di situ melepaskan keletihan. Sementelah tetamu-tetamu kebanyakkannya sudah pulang. Yang tinggal hanyalah kaum keluarga yang terdekat sahaja dan kawan-kawan Firman yang baru tiba itu.
“Rania tak mahu makan ke? Tadi makan sikit sangat?” tegur emak mertuanya yang melintas di tepinya.
“Kejap lagi, mama. Nak duduk kejap. Penat..”
“Yalah.. nanti nak makan ajaklah Firman tu. Tak pun ajak Tihani temankan. Mama nak hantar makanan ni kejap pada kawan mama.”
Rania sekadar tersenyum berserta dengan anggukan kepada emak mertuanya. Tihani adalah adik bongsu Firman. Mereka empat beradik dan Firman adalah anak kedua dan anak lelaki tunggal.
Dari jauh Rania memandang Firman sedang melayan kawan-kawannya. Agaknya semuanya masih bujang. Tak masuk dalam kepala dia jenis lelaki begitu. Sekarang dia tahu mengapa Firman perangainya gatal semacam. Kawan-kawan dia semuanya lebih kurang dia. Nampak perempuan aja mulalah masing-masing memandang macam nak terkeluar biji mata.
Seketika kemudian perhatian Rania tergugah dengan kehadiran seseorang. Ferhad baru muncul entah dari mana.
“Kenapa tak pergi dekat mama sana?” tanya Rania kepada Ferhad yang sibuk menyempit di sisinya. Matanya sempat mengerling si pelakon sarat kontroversi yang sedang makan di bawah khemah itu. Riang sungguh bergesel-gesel dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal.
“Mama ada dengan kawan dia. Kawan dia tak suka. Kalau Ferhad duduk sana Ferhad tak tahu nak buat apa. Mama suruh duduk sini,” jawab Ferhad rendah sahaja.
Rania terdiam seketika memandang anak tirinya itu. Tak guna! Mak apa macam tu? Patutlah Firman ceraikan kau! Tak pasal-pasal aku pulak yang kena jaga anak-anak kau. Macam tu pun boleh jadi pelakon. Tengok depan-depan takde cantik pun! Menggedik aja lebih.. desis hati Rania sebal.
Tatkala matanya memandang Ferhad yang sedang mengisi perut tiba-tiba terbit rasa kasihan di hatinya. “Adik-adik mana?” tanya Rania lembut.
“Dengan daddy..”
Rania terus memandang suaminya. Baru dia perasan suaminya sedang menyuap Irsyad makan sambil melayan anak-anaknya. Tadi dia tidak perasan pulak anak-anak itu ada dengan Firman. Memang jelas di matanya melihat kekukuhan hubungan Firman dengan anak-anaknya berbanding si pelakon perasan cantik itu.
Ferhad memandang Rania seketika. “Mummy Rania tak makan sekali?” tanya anak itu cukup sopan. Lembut sahaja nadanya.
“Nak makan. Tapi malas nak bangun ambil..”
“Ferhad boleh ambilkan kalau mummy nak,” ujar Ferhad.
Rania terdiam seketika. Panggilan mummy Rania itu agak janggal di telinganya. Tetapi takkanlah dia nak suruh anak-anak tirinya memanggil dia kakak. Takpun auntie? Eee.. lagilah dia geli!
“Okay.. Ferhad tolong ambilkan.”
Wah.. baiknya budak ni. Siap nak tolong ambilkan lagi. Baguslah sebab aku memang tengah malas ni! Bisik hati Rania. “Okay.. Ferhad tolong ambilkan. Mummy Rania tunggu sini,” jawab Rania lantas tersenyum. Sengaja mahu membodek anak itu.
“Mummy nak makan apa?”
“Sini mummy nak bisik..” Rania menarik anak itu kepadanya. Ferhad  tekun mendengar bisikan emak tirinya itu.
“Okay.. nasi beriani tambah. Ayam goreng berempah dua dengan daging kari. Ayam tu ambil yang besar. Lepas tu ambik papadom banyak-banyak,” ucap Ferhad mengulang semula apa yang diucap Rania tadi. Takut dia terlupa pula senarai makanan yang dipesan Rania.
Cis! Budak ni. Buat penat aku berbisik aja. Dia pergi cakap kuat-kuat pulak!
“Emm.. tapi kalau orang tanya siapa yang nak makan banyak-banyak macam tu, cakap nasi tu untuk daddy tau!” pesan Rania bersungguh.
“Okay..” jawab Ferhad dengan nada polos.
“Good boy. Dah! Pergi cepat. Mummy Rania dah lapar ni.”
Ferhad mengangguk sahaja. Dia terus berlalu meninggalkan Rania di bawah khemah itu. Beberapa minit kemudian Ferhad kembali semula ke situ dengan makanan yang diminta oleh emak tirinya itu. Kemudian dia pergi lagi mengambilkan Rania air minuman.
 “Thank you, darling..” ucap Rania cukup senang hati melihat semuanya sudah ada di atas meja itu. Seleranya benar-benar terbuka melihat nasi yang sudah siap terhidang.  Anak itu tersenyum senang kepada Rania.
Tanpa gangguan sesiapa mereka makan di situ penuh selera. Rania pula gelagatnya macam tak makan lima hari. Lapar benar. Maklumlah.. tadi makan depan orang dalam keadaan gemuruh dan malu. Manalah dia nak kenyang. Sekarang dia balas dendam balik.
Tetapi seketika kemudian datang lagi seorang anak Firman menyibuk di meja itu. Iqbal anak kedua  Firman ikut menyempit di meja itu. Terkebil-kebil matanya memandang dua manusia itu makan dengan penuh selera.
“Kenapa tak makan dengan daddy sana?”
“Daddy suruh ambil sendiri. Daddy tengah suapkan adik makan.”
“Come..” ucap Rania kasihan melihat anak itu. Tiada siapa mahu melayannya. Anak itu diminta duduk di sebelahnya yang kosong.
“Tengok wife you, bro..” tegur teman Firman meminta lelaki itu memandang ke meja sana.
Firman menoleh seketika ke arah meja isterinya segera. Dia terpaku memandang Rania melayan anak-anaknya. Hatinya sejuk melihat Iqbal makan bersuap dengan Rania. Masalahnya Iqbal itu bukannya masih bayi. Sudah 7 tahun!

Sehari selepas kenduri di sebelah lelaki selesai, Firman membawa Rania dan anak-anaknya pulang ke rumahnya. Bagi Rania episod mimpi ngerinya sedang bermula. Semalam ketika di rumah keluarga Firman, dia dapat mengelak. Sengaja dia mengajak anak tirinya tidur bersama di dalam bilik itu. Maka terkulat-kulatlah Firman memandang sahaja isterinya itu.
Malam itu..
Firman tersengih melihat Rania sudah masuk ke dalam kamar. Dia tahu sudah tiada jalan lagi untuk Rania mengelak. Tatkala Rania tidak memandang terus dia memulas kunci di lubang kunci. Dan kunci itu ditarik keluar. Kemudian dia mendekati Rania.
Nak lari mana lagi? bisik hati si lelaki sudah tidak sabar.
Rania mula menggelabah tatkala terpandangkan lelaki itu. “I.. I nak keluar sekejap. Nak pergi dapur.” Dengan cukup pantas Rania menuju ke pintu. Namun pintu itu tak dapat dibukanya. Berkunci! Kuncinya tiada di lubang kunci itu.
Alamak.. macamana pulak pintu ni boleh berkunci? Dia dah sorok kunci ke? Matilah aku.. keluh hati Rania sudah cuak yang teramat sangat.
“I nak keluar!” ucap Rania agak kuat.
“Dah tengah malam ni, sayang. Nak pergi dapur buat apa lagi? Sinilah dekat I..” Firman mula mendekati Rania yang berdiri di depan itu.
Namun Rania terus berjalan ke arah lain. “Jangan dekat! I dah beli senjata khas untuk protect diri I daripada jantan tua yang gatal macam tak pernah jumpa perempuan!” ucap Rania mula pucat tatkala Firman berjalan ke arahnya. Renungan mencerun tajam Firman membuatkan darahnya seperti sedang mengering di dalam jantungnya. Dan senyum gatal Firman benar-benar membuatkan dia mual!
“Amboi.. pedas ayat tu, sayang. Bukannya I tak pernah jumpa perempuan. Tapi dah lama tak jumpa perempuan. Bila dah jumpa yang I suka.. I terasa muda semula. Macam baru first time kahwin,” ucap Firman dalam nada lunak miang-miang keladi.
Rania menjeling cukup tajam sampai sakit urat matanya. Rasa nak lempang aja Firman yang sedang tersengih-sengih kepada dia. Tangan Firman yang hampir sahaja mahu memegangnya terus ditamparnya.
“Jangan dekat! I tak nak!”
Firman sekadar menggeleng sahaja. “Apa senjata yang dah siapkan untuk protect diri you tu? I nak tahu jugak..” ucap Firman terus tersengih-sengih.
Rania menyeluk poket seluar track yang dipakainya. Sebotol penyembur lada dihalakan ke arah Firman. Nekad! “Nampak ni?” tukasnya garang.
Firman terkedu seketika melihat benda di tangan Rania itu. Sampai macam itu sekali Rania mahu mahu mengelak daripadanya.
“Jauhkan benda tu dari I..” ucap Firman lembut.
“You yang jauhkan diri you dari I sekarang!” balas Rania serius.
“I suami you, Rania..”
“You memang suami I. Tapi you ni jantan tua yang gatal! I tahu you ni memang jenis lelaki yang bernafsu kuat! Gatal!” cemuh Rania dalam keberanian yang tidak seberapa.
Firman tergelak samil menggaru kepalanya. “I gatal dengan isteri I sendiri. Salah ke? Sinilah, sayang..” pujuk Firman semakin lunak suaranya.
“Tak nak! I jerit nanti. You jangan dekat dengan I,” ucap Rania agak kuat.
“Rania, relaxlah.. dengar kat anak-anak I nanti, malu I!” pujuk Firman lagi.
“Relax you cakap? Kenapa you kunci pintu tu? You saja nak kurung I dalam bilik ni kan? Bapak ayam! Bukak balik pintu tu! I sembur muka you dengan benda ni karang,” ancam wanita itu cukup serius.
Firman menggeleng perlahan. Melihat Rania begitu agresif dia pulak naik seram. “Habis tu you nak tidur kat mana, sayang? Inikan bilik kita?”
“Apa sayang? Siapa sayang dia entah! Gatal punya jantan tua! Dahlah paksa orang kahwin dengan dia. Lepas tu kurung kita kat dalam ni pulak,” cemuh Rania. Penyembur lada itu terus dihalakan kepada Firman yang mahu mendekatinya. Di matanya saat ini lelaki itu memang tidak ubah seperti naga yang sedang lapar mahu membaham dia. Meluat dia tengok Firman berseksi dengan sekadar mengenakan seluar pajama.
“Yalah.. I yang sayang you. You kan isteri I?” pujuk Firman cuba berlembut lagi.
“I tak suka you. Duda miang! Tengok muka you tu pun I dah tahu you ni memang rakus!”
Firman menggeleng perlahan melihat gelagat isterinya itu. Rasa nak ketawa pun ada melihat kekalutan Rania. “Sayang, I ni husband you. Duda mana lagi you cakapkan ni?”
“Youlah! Err.. oh! Sorry. Bekas duda!” sempat juga Rania cuba memperbetulkan kesalahan faktanya tadi.
“Jomlah tidur. I bukannya nak makan you. Inikan malam pertama kita? Tak sepatutnya kita macam ni. I janji you takkan menyesal, Rania.” Firman terus melunakkan suaranya. Namun bagi Rania suara itu kedengaran seperti suara lelaki yang merenyam.
“Tak nak!!!!” cepat sungguh Rania menjawab. Sebutan malam pertama itu memang benar-benar mengerikan dia. Jijik! “You pergi tidur kat luar. I tak nak jantan gatal macam you ni sentuh I,” sambung Rani cukup laju.
“Jantan tua gatal? Rania, I ni husband you. Kalau bukan dengan you, siapa lagi? Marilah sini, sayang..” Firman cuba mendekati lagi wanita itu.
“I cakap, I tak nak! Jangan dekat. I sembur you dengan benda ni karang. Biar sepuluh hari you tak boleh tengok apa-apa,” ancam Rania seriau melihat Firman cuba mendapatkannya. Renungan gatal lelaki itu benar-benar membuatkan dia bertambah takut. Macam-macam andaian melintasi benaknya saat ini.
“Sayang, I nak anak ramai tau. You kena..”
“Diam!!! I tak nak dengar!” pintas Rania semakin tertekan. Matanya dipejamkan rapat tidak mahu memandang lelaki itu. Saat itu dia benar-benar terlupa Firman sedang merapatinya.
Spontan Firman terus mencapai penyembur lada di tangan isterinya itu. “Haaa.. kan dah dapat.” Wanita itu dipeluknya geram.
“Firman, janganlah! I jerit nanti..”
“Janganlah jerit kuat-kuat, sayang. Nanti jiran dengar malulah I. Dahlah semua jiran tahu I ni dulu duda yang kesepian..” bisik Firman langsung tidak peduli kepada ugutan Rania.
“Tak naklah macam ni! I nangis nanti ni..” ancam Rania lantas menarik tangan suaminya yang sedang terbelit di pinggangnya.
“Lagi you menolak, lagi I suka, Rania..” balas Firman selamba.
“Firman, tak naklah. Lepaskan I! You buat apa-apa kat I, I report polis nanti.” Rania mula merapu entah apa-apa dalam kegelabahannya. Rontaannya mula keras. Tetapi lelaki itu memeluknya kuat.
“Yum..yum..yum.. malam ni I akan buat mulut you diam,” bisik Firman sambil ketawa.
“Tak nak..”
“I tak peduli!” wanita itu dicempungnya lalu dihumban di atas katil.
Belum sempat Firman naik ke atas katil itu Rania sudah meluru ke sebelah sana untuk melarikan diri. Tetapi tiba-tiba dia terasa ada tangan mencapai sebelah kakinya. Dan dia ditarik ke belakang semula.
“Nak pergi mana, sayang? Nak lari lagi macama malam hari tu?” Firman tergelak jahat melihat Rania sudah kembali berada di tengah katil itu. Kedua-dua tangan Rania ditekannya di atas katil itu. “Hari tu you dapat larikan? Sekarang pintu tu I dah kunci dan kuncinya I dah sorok. You cuma boleh joging sekitar bilik ni aja. Itupun lepas I dah selesai nanti,” bisik Firman nakal.
“Jantan tua gatal!” jerit Rania kuat.
“Yes.. I memang jantan tua yang gatal tu, Rania. Malam ni I nak buktikan yang tuduhan tu memang tepat!” ucap Firman selamba.
“Tak nak! Mak, Tolong Rania..”
“Upps! Mak kat rumah sana. Mak tak dengar pun jeritan you ni.” Firman tergelak jahat. Siap kau.. bisik hatinya menang.
“Tak nak, Firman. Lepaskan I. I janji takkan panggil you macam tu lagi.”
“Tawar menawar tak laku di sini.”
“Jangan, Firman. I tak nak! I tak selera tahu tak!”
“Yes, Rania. Yes!” bisik Firman semakin berkobar.

Rania mengongoi-ngongoi meratap. Tetapi ratapannya tidak laku kepada suaminya itu. Firman bernar-benar mengotakan kata-katanya. Mulutnya disenyapkan juga malam itu!

13
Uweekk.. uweekk..
Bunyi itu bergema kuat di dalam kamar mandi itu. Isi perut wanita meluru laju keluar dari melalui mulutnya ke dalam lubang tandas. Setelah beberapa kali memuntahkan isi perutnya, Rania mendapat sedikit kelegaan.
Usai membersihkan dirinya, dia tidak terus keluar. Sebaliknya dia terjelepuk duduk di tapi tab mandi. Rania menangis tiba-tiba. Mengenangkan apa yang berlaku tadi, dia seperti mahu gila. Dalam kebisuannya membenarkan Firman memiliki dirinya, dia hanya merasa sengsara dengan kerakusan suami sendiri mengambil haknya. Hatinya terus merintih tidak rela dimesrai lelaki yang dia tidak suka. Namun dia terpaksa tunduk kepada kuasa seorang suami.
Jantan tua tak sedar diri! Cemuh hati Rania semakin benci. Dia benci mendengar pujuk rayu lelaki itu. Dia benci segala-gala yang Firman ucapkan kepadanya. Lelaki itu hanya membuatkan dia terus dibayangi oleh seseorang yang dia benci!
Penat duduk di atas lantai marmar sejuk itu Rania keluar juga dari kamar mandi. Mahu tidak mahu dia terpaksa kembali ke katil. Nak keluar, dia tak tahu di mana Firman menyimpan kunci pintu bilik itu.
Akhirnya dengan penuh hati-hati dia merebahkan diri di tempatnya tadi. Bimbang Firman terjaga semula. Selimut ditarik sehingga ke leher dengan harapan dia akan segera terlena. Namun biarpun tubuhnya sudah terbaring di atas tilam empuk dan waktu sudah lewat, kantuk tetap tidak hadir kepadanya. Di layar hitamnya terus ada bayangan yang dia tidak suka. Lantas kelopak matanya celik semula. Akhirnya Rania terkebil-kebil sendiri memikirkan segala-galanya.
Firman bergerak sedikit. Perlahan tangannya mencari tubuh wanita di sebelahnya. Dalam keadaan dirinya terlalu mengantuk, tubuh Rania terus dipeluknya. Kakinya ikut membelit wanita itu. Dah macam bantal peluk dibuatnya perempuan itu.
Rania beku dengan dada yang berdegup kencang. Mujurlah selepas itu Firman diam. Bermakna lelaki itu sedang menyambung lena. Dia juga mahu begitu. Namun dalam keadaan begini, memang mustahil! Pelukan Firman membuatkan dia merasa tidak selesa yang amat sangat. Mahu menepis pelukan lelaki itu dia takut Firman terjaga semula.
Jadi dia hanya diam. Terkebil-kebil sendiri menahan perasaan yang tidak menentu. Sehingga akhirnya Rania tidak sedar, dia terlena juga.

“Good morning, sayang..” bisik lelaki di belakangnya itu. Bahagia benar rasanya dia saat ini.
Mata Rania terbuntang memandang ke hadapan. Namun dia tidak berkutik. Tubuhnya beku tatkala sentuhan Firman hinggap di bahunya. Hatinya terus berdekat hebat tatkala terasa beban tubuh lelaki itu memberat di atas tilam di belakangnya.
“Lama you tidur..” bisik Firman lembut. Pinggang wanita itu mahu dipeluknya namun Rania tiba-tiba bangun.
“Nak ke mana, sayang?” keluh Firman kecewa melihat Rania terus dingin kepadanya.
“I nak mandi..” Rania menjawab tanpa memandang. Rambut yang terjuntai ke hadapan disuaknya ke belakang.
“Dari tadi tak mandi lagi?” tanya Firman hairan. Rasanya baju yang dipakai Rania bukannya baju semalam. Lagipun sebelum dia ke rumah emaknya pagi tadi, Rania sudah bangun. Takkan tak mandi lagi?
Rania diam. Dia sudah mandi tadi. Tetapi sebenarnya saat ini dia hanya mahu mengelak daripada lelaki miang ini. Dia takut kalau terus berada di situ memang sah dia kena mandi sekali lagi nanti. Mandi wajib!
“You dah makan, sayang?” tanya Firman tetap lembut sambil memandang belakang isterinya.
Rania menggeleng sahaja. Sekali pun dia tidak menoleh kepada suaminya itu. Entah kenapa dia tidak sanggup. Antara rasa malu dan trauma dia terus tenggelam di dalamnya. Semua ini terlalu asing dan hatinya terus menjerit tidak sudi.
“Pergi makan dulu. Nanti you kena gastrik, I yang susah.” Firman bangun semula daripada katil. Kemudian dia mendekati Rania di tepi katil itu. Tangan isterinya itu ditariknya agar wanita itu bangun.
“I tak selera sekarang. Nanti I makan,” jawab Rania lantas menarik semula tangannya daripada lelaki itu.
“What’s wrong with you? I suruh makan pun nak nak tunjuk degil macam ni,” ucap Firman serius.
Rania mendongak memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. “You dah dapat apa you nak, jangan ganggu I sekarang boleh tak?” bentaknya meninggi. Spontan ditolaknya lelaki itu yang berdiri dekat dengannya. Rania terus bangun menuju ke pintu.
Firman sekadar mengekori isterinya tanpa kata. Mereka turun ke bawah bersama. Di atas meja makan ada semangkuk mihun goreng. Mahu tidak mahu Rania mencedok juga mihun itu ke dalam pinggan setelah dipaksa Firman.
Namun masuk ke suapan kedua tekaknya sudah tidak mampu benar menerima makanan itu.
“Makanlah..” keluh Firman mula geram melihat kedegilan Rania.
Rania menggeleng sambil memandang mihun di dalam pinggan itu. “Siapa masak ni?”
“I yang masak..”
“You masak pakai apa rasa macam ni? Tak sedap langsung! Bila orang tak mahu makan dia paksa pulak,” getus Rania lantas menolak pinggan itu.
Firman terkedu sekejap mendengar komplen isterinya itu. Selalu dia masakkan untuk anak-anaknya takde pulak anak-anaknya komplen. Semua main bedal aja. “Macam biasalah. Pakai kicap.. sos tomato dengan cili,” jawab Firman tidak lama kemudian.
“Bawang?”
“Lecehlah pakai bawang. Nak kena kupas semua. I letak sos aja. Senang! Asalkan ada rasa.. ada warna, sudahlah!”
Astaghafirullah.. macam tu ke? Macam main masak-masak aja dibuatnya. Patutlah tak sedap. Rania termanggu sahaja saat memandang mihun yang terbiar di dalam pinggannya itu.
“Mak kata you pandai memasak. Nanti bolehlah masakkan untuk I dengan anak-anak I.” Firman berkata perlahan di sisi Rania.
Rania menoleh. Berderau darahnya melihat renungan tajam suaminya itu. Serta merta apa yang berlaku semalam kembali semula ke benaknya. “Tengoklah nanti..” jawab Rania tidak serius.
“You suka suasana sepi macam ni? Takde gangguan. Kita berdua aja,” ucap Firman separuh berbisik.
Rania sudah mula diterpa rasa gemuruhnya. Sepi sangat pun dia seram juga. Nak-nak lagi kalau lelaki ini yang temankan dia. Bukan sekadar seram jadinya. Tapi ngeri!
“I.. I nak ke dapur ni,” ucap Rania sedikit tergagap. Apa yang dia mahu saat ini hanya satu. Mengelak segera!
“Tengok tu? Nak mengelaklah tu. Baru kena uli sikit dah tak mahu pandang I,” ucap Firman cukup lunak.
Rania terkedu menelan liur kelat. Lorong pernafasannya terasa sempit jadinya dengan lelaki seorang ini. Masalahnya aku bukannya suka sangat main uli-uli ni semua. Aku nak balik rumah mak aku. Rania tak sanggup diuli jadi cekodok dek jantan tua ni.. hati Rania menjerit sambil menangis sendiri.
“Sayang..”
“I nak balik..” ucap Rania pantas.
“Balik?”
“Eh! Bukan.. I nak ke dapur, Man. Please..” Rania terus mengambil pinggannya. Tanpa memandang Firman dia cepat-cepat menjauhi lelaki itu.
Firman tersenyum-senyum memandang wanita itu. Malu macam anak sunti konon!
Selesai membasuh pinggan-pinggan di dalam sinki itu, Rania membuka kabinet atas di tepinya. Tujuannya adalah untuk melihat barang dapur yang ada. Namun matanya terus terpandangkan kopi ‘tunjuk langit’ yang dihadiahkan oleh kawan Firman baru-baru ini.
Cis! Dia boleh bawak balik sekali benda ni? Aku ingat dah tertinggal kat rumah mak. Bila masa dia angkut benda alah ni.. bisik hati Rania. Lambat-lambat tangannya mencapai bungkusan itu. Saja dia nak tengok samada sudah diminum atau tidak oleh Firman.
Namun saat bungkusan itu dibeleknya, bahagian atasnya sudah terbuka. Memungkinkan yang isi kandungannya sudah pun luak. Perlu ke aku kira isinya untuk pastikan dia dah minum ke belum? Bisik hati Rania mula gusar sendiri.
“I tak minum tu malam tadi. I lupa semalam. Tapi I sempat minum masa breakfast pagi tadi,” ucap Firman membuatkan Rania tersentap daripada pemikirannya sendiri. Dia tidak sedar bila masa Firman boleh ada di belakangnya.
Aduh.. kenapalah dia boleh amalkan benda-benda macam ni.. Rania mengerling sedikit ke tepinya. Mahu memandang Firman di belakangnya dia takut entah kenapa.
“Kesannya memang power! I rasa bertenaga sangat sekarang ni,” ucap Firman tanpa disuruh.
Mata Rania terpejam rapat mendengar itu. Dadanya semakin bergendang akibat gemuruh. Janganlah dia apa-apakan aku lagi. Aku tak nak!!! Jerit hati Rania tidak rela.
Firman semakin merapati isterinya itu. Pinggang Rania dipeluknya erat. “I love you..” bisik Firman lantas mengucup lama pipi Rania dari tepi.
“You tahu.. I ada angan-angan. Angan-angan I, lepas ni I harap I akan dikurniakan anak perempuan pulak,” ucap Firman lembut kepada isterinya itu.
Rania terus diam. Tubuhnya terus mengeras di dalam pelukan lelaki itu. Perlu ke dibincangkan soal anak dalam keadaan dia begini? Dia sendiri tidak tahu mampukah dia melunaskan tanggungjawabnya kepada anak-anak Firman dengan seikhlas hati. Sekarang Firman dah berbisik mahukan anak lagi.
“Apa kata you, sayang?” tanya Firman perlahan.
“I belum bersedia lagi, Man..” jawab Rania rendah.
“Kenapa pulak? Sayang, kita ni bukannya anak-anak remaja lagi,” pujuk Firman lembut. Lengan isterinya diusap lembut.
“Bagi I masa..” jawab Rania tanpa memandang atau membalas sentuhan lelaki itu.
Firman diam seketika. “I tahu you terkejut dengan keadaan baru ni. Tapi I kan ada? Bukannya you kena pikul tanggungjawab you sendiri, Rania.”
“I tahu tapi..” Rania tidak mampu meneruskan bicaranya.
“Kenapa? Ada apa-apa yang you nak I tahu, you kena bagitahu. Jangan anggap I boleh faham sendiri begitu saja,” ujar lelaki itu perlahan.
“Boleh tak you jangan paksa I buat sesuatu yang I tak mahu? Semua ni dah cukup membuatkan perasaan I tertekan. Tolong faham I tentang itu saja. I perlukan masa, Man.” Rania membalas penuh harap.
“Apa yang you tak mahu?”
“I tak mahu mengandung buat masa ni,” jawab Rania bersungguh.
“Lagi?”
Rania terdiam. Kalau boleh dia tidak mahu tidur sebilik apatah lagi sekatil dengan lelaki itu. Tetapi wajarkah dia mengungkapkan permintaan yang kejam itu? Dia harus siap sedia kerana dia seorang isteri. Tetapi macamana pula dengan perasaannya ini?
“Okay.. I tahu. You tak suka I sentuh you. Right?” teka Firman tatkala melihat isterinya hanya membisu. Rania tidak menjawab. Namun dalam hati dia mengiyakan telahan itu.
“I janji I akan lebih bersopan lepas ni,” ujar lelaki itu separuh berbisik.
“Boleh macam tu?” tanya Firman apabila kata-katanya tidak mendapat apa-apa sambutan daripada isterinya.
Rania mengangguk tatkala dia menoleh ke sisinya. Namun tiba-tiba lelaki itu mengucup lagi pipinya.
“Tapi you ni cantik sangat. I tak tahu selama mana I boleh berpegang pada janji tu,” ujar Firman mula berubah nakal nadanya.
“Man..”
“I cakap betul ni. Bila dah dekat dengan orang yang kita suka.. mulalah kita rasa nak pegang-pegang dia, nak cubit-cubit dia, nak jentik-jentik dia. Kemudian nak uli-uli dia!” ucap Firman bersungguh.
Rania hanya mampu menghela nafas perlahan. Jadi tak gunalah dia bercakap tadi. Firman bukannya nak faham pun! Dia sibuk nak uli orang! Namun Rania mula berubah lain macam apabila lelaki itu meletakkan dagu di atas bahunya. Kakinya terasa lembik tiba-tiba.
“Kenapa tangan you menggigil ni?” tanya Firman lantas memegang jemari Rania.
“Takde apa-apa..” balas Rania lantas menunduk. Tak sanggup dia mahu membayangkan apa yang berlaku semalam bakal berlaku lagi.
“Come..” lelaki itu segera meleraikan pelukan dan menarik isterinya keluar dari situ.
“Firman, tak naklah. Tolonglah jangan paksa I ..” bisik Rania hampir mahu menangis. Firman sengaja menghantar anak-anak tirinya ke rumah emak mertuanya. Sudah tentulah ada sebabnya.
“Sayang, I nak ajak you ke depan. Rehat..” balas Firman lantas menggeleng sendiri. Ingat dia ni takde hati dan perasaan ke? Dia tahu Rania keletihan. Mungkin juga tertekan.
“Please, tinggalkan I sendiri..”
Firman terpaku memandang Rania. Teruk sangatkah dia semalam sampai Rania jadi begini? Kalau teruk pun, sikit aja! Takkanlah sampai Rania tidak mahu dekat dengannya?
“Apa yang patut I buat supaya you tak macam ni, sayang?” tanya Firman mula serius nadanya.
“I dah cakap I perlukan masa. You tak faham ke?” bentak Rania sedikit keras nadanya.
Tatkala itu Firman terdiam memikir sendiri. “Okay.. sejam aja tau! Lepas tu you join I kat depan. Kalau tak.. I terpaksa mintak you join I kat atas.” Dengan muka selamba dia berlalu dari situ.
Rania memandang dengan dada turun naik. Sejam? Memang tak reti bahasa punya laki. Saat ini dia rasa dia mahu gunakan masa sejam itu untuk asah apa yang perlu. Kemungkinan gunting pagar!

7 ulasan:

  1. Kakaka
    Firman yg degil... Jantan tua gatal!! Hahaha miang
    Macm ada sesuatu yg Rania sembunyikan... Oh, jgn dia buat benda xsenonoh ngan ex dia n tu buat dia trauma ohh mama
    Rania misteri je ni hihi

    BalasPadam
  2. Rakusnya Firman tp tu aje caranya dgn org macam Rania. Adakah Rania trauma? Lucu dan sampoi cerita. Seronok baca.

    BalasPadam
  3. Adoi... Firman firman.. Hahaha

    BalasPadam