Isnin, 9 November 2015

DIKAULAH SELURUH CINTA Prolog-BAB 3

Prolog

Suasana di tanah perkuburan itu sayu dan kelam. Cuaca juga mendung. Upacara pengkebumian salah seorang cucu cicit Adam sedang berlangsung. Talkin terus dibacakan dan dilagukan untuk diperdengarkan oleh semua orang.
“Hai, kamu Mohd Rafizi Bin Bahnu.. sedarlah kamu bahawa kamu telah dibawa ke alam lain..”
Wanita berusia 34 itu memejamkan mata rapat bersama sebuah helaan nafas. Betapa hanya kepiluan yang membadai hatinya mendengar talkin itu menyebut nama suaminya. Tinggallah cinta. Selamat jalan kekasih, hatinya berbisik antara sayu dan reda.
Pergi juga seorang lelaki yang pernah menjadi tunggak harapannya. Tempat dia berpaut kasih, menyulam cinta selama berbebelas tahun ini. Tinggalah dia, terkapai-kapai melawan kesedihan dan kepiluan di hati. Ditinggalkan dalam keadaan begini, hanya Tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang ditanggungnya.
Fatyma Zahra menoleh ke sisinya. Terasa bahunya memberat oleh sesuatu. Rayyan, anak sulungnya sedang memegang pundaknya. Fatyma segera menyapu kesan air mata di pipi. Tangan anak itu disentuh lembut.
Mata Fatyma singgah kepada anak-anaknya seorang demi seorang. Firdaus Ar Rayyan anak sulungnya berusia 15 tahun. Anak keduanya Harith Naufal baru berumur 13 tahun dan Norish Nur Adira berusia 8 tahun. Ketiga-tiganya sudah menjadi anak yatim dalam usia semuda ini. Hiba hati Fatyma saat memandang anak bongsunya yang sedang duduk di atas pangku datuknya. Mata Adira merenung tanpa putus pusara itu. Anak itu sudah memahami, papanya sudah pulang menghadap Ilahi.
Usai talkin dibacakan seorang demi seorang manusia menemuinya mengucap takziah. Dia menjadi orang yang terakhir mendekati pusara suaminya. Naufal segera memberikan ibunya bekas air. Dalam ketenangan yang tidak seberapa, Fatyma menyirami pusara itu. Hati terus berkata-kata sendiri. Sedih dan sayu terus bergaung di hati. Namun dia sedar, tangisannya tidak mampu mengembalikan kehilangan ini kepadanya. Seketika kemudian Fatyma berpaling mencari emak mentuanya.
“Mak..” panggil Fatyma perlahan.
Sayangnya wanita itu tiba-tiba bangun dari tikar tanpa menyahut panggilannya. Tangan yang dihulur Fatyma sengaja tidak dipandang. Apatah lagi mahu disambutnya.
Fatyma terkebil-kebil dalam rasa terkilan memandang wanita itu berlalu. Saat matanya terpanah kepada seseorang, Fatyma segera melarikan pandangan. Dia sedar Raiqal, bekas adik iparnya asyik memerhatikan dia semenjak tadi.
“Ayah..” panggil Fatyma kepada ayah mentuanya.
“Sabarlah, Ima. Ujian Allah pada kita semua itu tanda Allah sayangkan kita. Jangan ambil hati dengan mak tu,” ucap lelaki tua itu lembut.
“Ima faham, ayah..” balas Fatyma rendah sahaja.
“Cucu-cucu atuk, kalau ada masa baliklah jumpa atuk ya?” ujar Rashid kepada ketiga-tiga cucunya itu. Naufal dan Rayyan yang sedang memandang sekadar mengangguk.
“Tuk ayah nak balik ni. Jaga mama kamu baik-baik,” ucap Rashid kepada dua cucu lelakinya itu. Tangan terus dihulurkan kepada Rayyan dan Naufal.
“Maafkan segala salah silap Ima, ayah..”
“Ima menantu ayah yang baik. Ayah tak pernah bencikan Ima. Ayah reda kepada kamu, nak. Dan ayah reda pemergian Rafi. Ini semua takdir Allah,” jawab Rashid. Nadanya bergetar menelan rasa sebak. Simpati dengan bekas menantu dan cucu-cucunya.
Lama mata Fatyma memandang pemergian ahli keluarga sebelah suaminya. Ketiadaan Rafizi selepas ini, dia tidak tahu adakah dia masih mampu menjejakkan kaki ke sana. Masih sudikah mereka bertemu dan menerimanya sebagai ahli keluarga? Dia tidak pasti.













BAB 1
7 tahun kemudian.
“Mama, bosanlah. Jomlah kita keluar.” Anak manja itu merengek-rengek di sisi Fatyma.
“Tak boleh, sayang. Malam ni mama ada hal. Esok ya?” ucap Fatyma lembut.
“Hal apa? Habis tu Dira tinggal seorang kat rumah ke malam ni?” cebir Adira tidak puas hati.
“Mama nak ikut tok pa pergi dinner malam ni. Esok kita keluar. Mama janji..” pujuk Fatyma lembut.
Muncung Adira panjang mendengar alasan mamanya itu. “Mama jangan keluar cari boyfreind pulak!”
Fatyma ketawa perlahan mendengar ucapan anaknya itu. “Dira, mama ni dah tua. Cari boyfreind apanya? Malam ni mama dinner dengan klient. Tok Pa pun pergi sekali.” Fatyma menjawab masih dengan tawa selamba.
“Tok ma pergi tak?” tanya Adira lagi.
“Tok ma tak pergi. Mama pergi dengan Tok Pa aja.”
“Okay. Tapi mama kena balik cepat ya?”
“Insya-Allah, sayang. Dira duduk rumah elok-elok dengan Abang Naufal ya? Mama pergi tak lama,” ucap Fatyma cukup lembut kepada sang anak.
“Tapi Dira nak pergi rumah Tok Pa boleh tak, ma? Dira boleh temankan tok ma kat sana.”
“Boleh. Nanti mama hantar Dira ke sana. Balik nanti mama ambil. Tapi duduk rumah tok ma jangan macam-macam. Jangan asyik tengok tv aja. Study. Dira nak exam tahun ni,” balas Fatyma dengan sedikit senyuman .
Adira sekadar mengangguk kepada pesanan mamanya. Semenjak dia ketiadaan ayah, emaknya mengambil alih sepenuhnya tugas menyara keluarga dan menjaga syarikat peninggalan arwah papanya, Tan Sri Rafizi. Dia sudah cukup faham rutin emaknya. Cuma kadang kala dia kesunyian tanpa kehadiran mamanya.
Usai majlis itu Fatyma pulang ke rumah ayahnya. Mujurlah mereka pergi dengan kereta yang sama. Namun setiba di rumah ayahnya dia sudah keletihan benar. Tidak terdaya lagi mahu pulang ke rumahnya.
Puan Sri Kartini menggeleng sahaja melihat anak sulungnya itu tersandar kelelahan di ruang tamu seorang diri.
“Mama tak tidur lagi?” tegur Fatyma hairan melihat emaknya masih segar bugar.
“Belum. Mama tunggu papa balik baru nak tidur. Ima nak balik ke ni? Dira dah tidur tu. Naufal takde balik ke sini. Dia di rumah sana.”
“Tak laratlah nak drive, ma.” Fatyma menghela nafas lelah.
Puan Sri Kartini menggeleng perlahan memandang anaknya itu. Simpati benar melihat keadaan Fatyma. Saban hari terbeban dengan bermacam-macam tanggungjawab setelah ketiadaan suami. Adira yang paling kasihan. Sekejap di rumah ini. Sekejap di rumah sana.
“Kahwinlah, Ima. Mama kesian tengok Ima ni,” usul Puan Sri Kartini lembut.
“Ma, jangan sebut-sebut pasal itu. Mengamuk anak-anak Ima nanti,” sambut Fatyma tanpa memandang emaknya. Dia benar-benar tidak bersedia untuk berbicara tentang itu.
“Sampai bila? Dah tujuh tahun Ima bersendirian begini. Bukannya takde lelaki yang mahukan Ima. Tapi Ima tu yang suka menjauhkan diri. Tak sunyi ke takde teman berbual? Takkan Ima masih tak boleh lupakan arwah Rafi?” bebelan Puan Sri Kartini berlagu lembut.
Fatyma diam. Lupakan Rafizi? Kalaulah boleh dia mahu lupakan Rafizi. Tapi tidak boleh! Segala pahit maung hidup bersama masih utuh di benaknya. Memang dia kesunyian. Sunyi yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Biarpun hidupnya terisi dengan segala macam tanggungjawab kepada syarikat dan anak-anak. Namun kesunyian itu tetap ada. Hanya dia yang mengerti rasa itu. Tetapi tidaklah sampai terdesak benar mahu berkahwin lagi. Tak pernah termimpi sama sekali.
“Ima selesa macam ni aja, ma. Hidup Ima hanya untuk anak-anak. Ima tak pernah bayangkan yang Ima akan bersuami lagi. Cukuplah dengan yang lepas-lepas,” luah Fatyma tidak lama kemudian.
“Jangan macam tu, sayang. Ima ni masih muda. Dah tentu ada seorang lelaki yang boleh terima Ima. Jangan sia-siakan waktu yang ada ni begitu saja. Ima berhak untuk bahagia.”
“Ima ni dah tualah, ma. Ima dah tak mampu nak hadapi keadaan yang sama berkali-kali. Biarlah Ima macam ni saja,” sambut Fatyma perlahan.
“Tua dari segi angkanya. Tapi jiwa manusia tak begitu. Semua orang perlukan teman, sayang. Perhatian dari anak-anak lain. Suami lain. Tak semua anak-anak mampu temankan Ima bila Ima dah tua nanti. Dan tak semua lelaki sama saja perangainya, sayang.” Puan Sri Kartini menjawab tenang.
Sekali lagi Fatyma terdiam. Memikir kata-kata emaknya. Namun bukan soal bersuami lagi yang bermain ligat di fikirkannya. Tetapi tentang keadaan dirinya setelah dia benar-benar tua nanti. Siapa yang akan menemaninya? Rayyan? Naufal atau Adira?
“Kalau Ima ada suami, sekurang-kurangnya tak perlulah Ima terkejar-kejar macam ni. Tanggungjawab tu boleh dibahagikan sama rata. Mama cuma nak tengok Ima hidup bahagia macam wanita lain. Ima berhak mendapat yang terbaik untuk diri Ima. Siapa tahu kali ni nasib Ima tak sama lagi macam dulu,” ujar Puan Sri Kartini lagi.
Fatyma terus membisu tanpa jawapan. Kahwin belum tentu bahagia. Jadi biarlah. Dia sudah cukup bahagia begini.

“Mak, masakkan Im sambal goreng. Im nak bawak balik KL sekejap lagi. Masak banyak sikit, mak. Bekal untuk seminggu.”
“Amboi, sedapnya kau bercakap. Kenapa tak untuk setahun aja? Kau ni asal balik kampung aja suruh mak masak itu ini untuk kau bawak balik KL. Kat KL tu kedai makan dah bungkus ke apa?” bebel wanita itu kepada anaknya yang sedang termenung di ambang pintu dapur.
“Mak ni.. tak baik malas dengan anak kesayangan mak ni!” sambut lelaki itu selamba.
“Malas kata kau? Hey, Imran! Kau tu bukannya budak sekolah yang nak balik asrama sampai mak nak kena masak itu ini untuk kau! Umur dah 33, bila kau nak cari bini? Penat mak nak kena masak untuk kau tiap-tiap minggu! Asal petang Jumaat aja, kau tertebeng mintak makan kat depan pintu rumah mak ni. Sampai mak nak keluar pergi jumpa kawan mak pun tak dapat!” bebel Mak cik Milah kepada anak tunggalnya itu.
“Alah, mak ni.. nak bermanja sikit pun tak boleh,” sambut Imran dengan sedikit kerlingan buat emaknya itu.
“Sudahlah kau! Asyik nak bermanja dengan mak aja. Dah takde langsung ke perempuan kat KL tu nakkan kau sampai umur macam ni pun kau masih takde girlfreind? Apalah malang nasib kau ni!”
Kali itu Imran diam tidak menyahut. Entahlah.. entahkan tiada atau dia yang buat-buat tidak nampak. Apa yang dia tahu dia belum berhasrat mahu menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.
“Hei, Im.. kau kerja penat-penat pun, gaji kau tu kau nak habiskan untuk siapa kalau kau takde bini. Carilah calon isteri lekas! Dah kahwin nanti, mana tahu dapat pulak anak ramai. Tak ke seronok macam tu?” Mak Cik Milah membebelkan anaknya lagi.
“Yang mak tu kenapa tak kahwin lagi?” balas Imran selamba.
Tersirap darah Mak cik Milah mendengar jawapan selamba anaknya. “Budak bertuah! Mak ni dah tua nak kahwin lagi buat apa! Kau tu yang muda lagi..”
“Mak ni. Umur belum sampai 50 lagi, mana ada tua. Mak pun cun lagi apa? Milah janda meletoplah katakan! Semua orang lelaki dalam kampung ni asyik nak ambil berat pasal mak aja,” jawab Imran lantas tersengih kepada emaknya.
“Sudahlah kau! Malas mak nak bercakap dengan kau ni. Kau jangan terkejut kalau mak yang kahwin lagi. Kau yang masih muda ni, gigit jari ajalah tak sudah-sudah! Mak bukannya apa.. malas aja!” ucap Mak cik Milah sambil mencebik sendiri.
Imran sekadar ketawa melihat gelagat emaknya. Seketika kemudian dia bangun mendekati emaknya. “Ada jodoh nanti Im kahwinlah, mak.”
“Jangan sibuk kerja aja, Im. Kita ni kalau takde teman, tak lengkap hidup! Nak-nak lagi kau tu lelaki. Umur tengah muda macam nilah sesuai berbini. Mak ni pun dah lama menunggu nak bercucu. Kau jangan terkejut kalau mak hilang sabar nanti, kau tu yang bakal dapat adik baru! Nak tunggu kau entah bilalah!”
Terkedu Imran mendengar ugutan emaknya. Macam ia aja emaknya bercakap. Takkan dah umur begini emaknya mahu beranak lagi pulak? Larat ke?
“Mak jangan nak buang tebiat!”
“Apa pulak yang buat tebiatnya? Kalau mak kahwin dengan duda ada anak kecik, tak ke adik baru namanya tu?” ujar Mak cik Milah dengan muka selamba. Kemudian dia mengekek ketawa melihat Imran terkena dengan olahnya.
“Mak ni buat terkejut Im ajalah!”
“Tapikan, apa barang kahwin dengan duda. Mak nak yang bujang, nak. Barulah mantap!” ucap Mak cik Milah lagi sebelum sempat Imran habis menghela nafas lega.
Serta merta ternganga mulut Imran mendengar kata-kata yang diluahkan emaknya. Bukan main lagi. Nak yang bujang tu! Selera besar betul mak aku ni! Getus hati Imran macam tidak percaya dengan cita-cita emaknya.
“Dahlah. Mak nak masak ni. Kau jangan kacau mak,” ucap Mak cik Milah lantas meneruskan kerjanya yang tergendala.
“Mak yang kacau Im..” cebir Imran perlahan.
“Sudahlah kau! Tak kuasa mak nak kacau kau..”
Imran sempat ketawa memandang emaknya yang vouge itu. Emaknya sudah lama menjanda. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun akibat ditimpa buah sawit di ladang mereka. Semenjak itu emaknya terus menyendiri sehingga kini walaupun isteri-isteri di dalam kampung mereka ini yang gentar melihat emaknya masih kelihatan cantik. Sama macam dia.
“Mak.. Isnin ni Im ada interview kerja. Mak doakan Im berjaya ya?”
“Mak selalu doakan kau, nak. Tak pernah mak lupa doakan kau.” Mak Cik Milah menyambut lembut.
“Terima kasih, mak..”


BAB 2
Beberapa minit menunggu lelaki itu kian resah. Dada di dalam semakin tidak tenang. spontan kepalanya diangkat saat pintu kamar tidak jauh dari situ terbuka. Seorang gadis keluar.
“Please come with me..” ucap gadis Cina itu kepada Imran.
“Okay..”
Sebaik sahaja dibawa masuk ke kamar CEO dada yang tidak tenang semakin bergemuruh. Seorang wanita tersenyum menyambut ketibaannya. Dia terpaku. Cantik dan sopan orangnya. Jauh dari apa berada di dalam bayangannya selama ini.
“Please have a seat,”pelawa wanita itu dalam nada lembut.
“Thank you,” ucap Imran masih dibaluti kegugupan. Pandangan lembut wanita itu seolah tidak mampu ditadahnya.
“Melly,” tegur wanita berjawatan CEO itu kepada pembantunya.
“Ya, puan sri.” sambut gadis itu sedikit terkejut.
“Resume?”
“Oh, sorry. Ini dia.” Pantas fail di tangannya diberikan kepada bosnya.
“Itu saja buat masa ni,” ucap wanita itu kepada pembantunya. Melly sekadar mengangguk sebelum berlalu.
Bilik itu hening. Wanita itu khusyuk menyelak dokumen peribadi yang terselit di dalam fail sementara lelaki itu dibiarkan duduk menanti di hadapan mejanya. Lama mata Imran terpasak kepada raut tenang di hadapannya itu. Macam tidak puas-puas matanya memandang. Inilah dia Puan Sri Fatyma Zahra. Balu jelita yang sering dibualkan oleh ramai lelaki. Dia yang memandang pun macam mahu menelan liur rasanya. Bila berhadapan secara dekat begini, dada di dalam mula terasa bergoncang.
Saat wanita itu memanggung pandangan kepadanya, Imran cepat-cepat memandang ke arah lain. Takut wanita itu perasan mata lelakinya sudah menelanjangkan wajah itu sepuas-puasnya semenjak tadi.
“Kenapa dengan Daya Holding? Tak suka kerja di sana?” tanya wanita itu sambil mengalihkan semula pandangannya kepada dokumen di tangannya itu. Menurut dokumen ini lelaki ini masih berkerja sebagai pengurus projek di syarikat itu sehingga sekarang.
“Emm..” Imran menarik nafas seketika. Cuba menghalau pergi rasa gelabahnya.
“I mencari peluang untuk menjawat jawatan ni, puan sri. Takde masalah dengan Daya Holding. I suka berkerja di sana. Banyak pengalaman yang kutip selama I bertugas. Tapi I nakkan peluang yang lebih luas.” Hanya jawapan itu yang sempat melintas di otak Imran. Gugup entah kenapa. Macamlah ini kali pertama dia menghadiri temuduga kerja.
Fatyma sekadar mengangguk. Jawapan lelaki itu sudah cukup memuaskan hatinya. “So, you dah berapa lama dengan Daya Holding?” Fatyma memandang lelaki muda itu seketika.
“Lebih kurang tujuh tahun.”
“Tak begitu lama,” komen wanita itu membuatkan dada Imran semakin sebu. Macam ada petanda temuduga ini tidak berjaya.
Setelah puas memandang dokumen di hadapannya itu, wanita itu menghela nafas panjang. Entah kenapa dia mengangguk perlahan. Apa yang dia setuju, Imran pun tak tahu. Masuk kali ini sudah tiga kali dia dipanggil menghadiri interview. Harap-harap usahanya berbaloi.
Welcome aboard, encik.. emm..” wanita berusia 41 tahun itu kembali mencari helaian pertama resume itu.
“Muhammad Imran,” sambut Imran pantas.
“Yup. Muhammad Imran. Sorry. I tak ingat nama you tadi. Bila you boleh mula ni, Encik Imran?” ujar Fatyma dalam nada lembut.
“I perlukan notis selama tiga bulan,” jawab Imran sudah mula teruja. Letak duduknya dibetulkan sambil memandang wanita di hadapannya itu. Kini jawatan pengurus besar itu pula yang membuat dia paling tergoda berbanding wanita di hadapannya itu.
Fatyma memandang kalendar di atas meja itu seketika. “Awal bulan depan I nak you mula kerja. Syarikat akan bayar tiga bulan gaji you kepada Daya Holding untuk lepaskan you awal. Soalan?” ucap Fatyma lembut.
“Err. Takde,” jawab Imran lantas menggaru kepalanya. Entah kenapa dia kekok berhadapan dengan wanita itu. Fikirannya beku untuk mencari kata-kata buat wanita itu.
“Betul? You tak mahu tanya pasal gaji?” balas Fatyma hairan.
“I tahu you takkan beri kurang dari nilai yang I minta,” jawab Imran.
“Mana you tahu?”
“I pernah uruskan pekerja, puan sri. I takkan panggil candidates datang interview kalau syarikat tak mampu bayar nilai yang tertera dalam borang permohonan.”
“Good. Jumpa Melly. dia akan berikan you surat tawaran.” Segaris senyum dihadiahkan Fatyma kepada lelaki muda itu sebagai penutup kepada pertemuan mereka saat itu. Namun Imran tiba-tiba terpaku memandang senyum itu. Hampir sahaja dia terlupa di mana dia berada saat ini.
“Terima kasih untuk masa yang telah you luangkan, Encik Imran. Kita jumpa lagi nanti,” ucap Fatyma sekadar mahu mencantas renungan lelaki itu kepadanya.
“Err. Yes. Sure!” Imran menghela nafas perlahan sebelum bangun. Tiba-tiba otaknya terasa kosong. Sudahnya dia berlalu begitu sahaja. Dia terdengar wanita itu mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum dia keluar dari kamar itu tadi. Bukankah sepatutnya dia yang mengucapkan terima kasih kepada bakal majikannya itu? Argh!! Aku dah memalukan diri sendiri, keluh hati lelaki 33 itu malu dengan keadaan dirinya.

“I mula kerja hari ni,” beritahu Imran kepada gadis di hadapannya itu.
“Selamat datang ke Rafi Holding, Encik Imran. Puan sri tunggu you kat dalam,” ucap gadis berbangsa Cina itu lantas menjemput Imran ke kamar kerja bosnya.
Imran sempat memegang dadanya untuk mengusir rasa tidak enak di dalam sana. Harap-harap di dalam itu dia tenang sahaja nanti.
Fatyma mengangkat pandangan seketika saat kamar itu dijejaki oleh dua manusia itu.
“Puan Sri.. Encik Imran lapor diri hari ni,” ucap Melly kepada bosnya itu.
Thank you for coming, Encik Imran. Melly akan bawa you ke bilik you lepas ni. But before that, I nak ingatkan you tentang beberapa hal. I sangat serius tentang beberapa peraturan di dalam syarikat ini. I tak suka ada ada hubungan peribadi di antara bos dan pekerja. Dan I tak suka orang yang tak amanah, miang dengan mana-mana staff perempuan dan tak serius dengan tugas. Takde maaf untuk orang yang macam ni. Berkerja di bawah arahan I, hanya urusan kerja yang kita bicarakan. Apa-apa saja urusan, you harus berjumpa dengan Melly terlebih dahulu. Understood?”
Understood.” Imran sekadar menjawab perlahan. Tak terkalih matanya memandang puan sri di hadapannya itu. Berhias sederhana. Tapi anggunnya bersinar-sinar di mata lelakinya dengan seledang Shawlbyvsnow.
“Dalila akan bertugas sebagai pembantu you. Jam 11 nanti masuk meeting. I akan kenalkan you dengan semua executive. You both may go now,” ucap Fatyma lembut. Wajah Imran dipandang sekilas sahaja.
Melly sekadar mengangguk kepada arahan bosnya itu. Namun ketika sedang menuju ke arah kamar Imran, lelaki muda itu sempat bertanya kepada Melly.
“Emm. Dia memang macam tu ke?”
“Maksud you?” balas Melly sedikit kabur.
“I kena jumpa you dulu sebelum jumpa dia?” Imran sengaja menyebut semula apa yang diucapkan oleh Puan Sri Fatyma kepadanya tadi.
Melly sekadar tersenyum saat menolak pintu buat Imran. “Kamar untuk you, Encik Imran. Harap you suka.”
Imran memandang persekitaran kamar itu buat seketika. “Nice..”
“Dalila akan bantu you. Bilik dia kat depan bilik you ni. Apa-apa yang you perlukan, panggil dia saja. Bilik meeting sebelah bilik puan sri tadi. You nampak, kan?” ucap Melly kepada lelaki itu.
Imran menoleh kepada Melly sebelum mengangguk. Senyum gadis itu masih belum lekang dari bibirnya.
“Puan sri memang macam tu. Terutama sekali dengan kakitangan lelaki. You jangan ambil hati. Semua orang kat sini dah tahu, dia bukan orang yang peramah. Dan dia paling tak suka orang cuba ganggu dia. Kalau you nak kerja lama kat sini.. jangan cuba ganggu dia lepas waktu kerja untuk urusan yang tak penting. Puan Sri Fatyma sangat jaga dia punya privacy. Dia tak jawab call bila di rumah. Ada apa-apa urgent beritahu I. I tahu apa nak buat.” Melly sempat tersenyum kepada Imran sebelum dia berlalu.
Terkebil-kebil Imran memandang pemergian Melly. Teringat dia kepada pertemuan singkat di dalam kamar bosnya tadi. Dia sudah dipesan tak boleh berperangai miang di dalam pejabat ini.
Fuh! Berat tanggungjawab tu. Dia bujang lagi. Takkan mengorat sikit pun tak boleh? Bosan!
Tapi tak apa, Imran. Ini baru first day. Esok, lusa dan tulat belum tahu lagi. Lelaki muda itu terus terfikir-fikir tentang bos barunya itu.


BAB 3
“ENCIK IMRAN, puan sri baru aja bagitahu. Dia minta you ikut dia hari ni. Tunggu dia kat bawah jam 12 setengah nanti.” Imran sekadar mengangguk kepada Dalila. Seterusnya gadis itu keluar dari kamar bosnya.
Jam yang dijanjikan Imran bertembung dengan Fatyma di hadapan lif. Hanya mereka berdua di situ.
“Puan sri..” sapa Imran lembut.
Fatyma sekadar mengangguk perlahan. Mereka masuk ke lif bersama.
“I masih tak faham. Lunch ni untuk apa, puan sri?” tanya Imran.
“You belum pernah jumpa Tan Sri Akhbar, kan? Dia ada sekali hari ni. Get ready. Dia suka tanya banyak soalan. I tak mahu you speechless depan board director nanti,” ujar Fatyma sambil mereka berjalan menuju ke pintu utama.
Imran sekadar mengangguk akur. Berdebar juga dadanya mendengar itu. Di hadapan lobi kereta yang selalu dinaiki Fatyma sudah menunggu. Lelaki muda itu pantas membukakan pintu belakang membuatkan wanita itu menoleh pantas. Namun berderau darahnya memandang wajah tampan itu terhias dengan senyuman santai.
“My pleasure..” ucap Imran tanpa disuruh. Tanpa menjawab Fatyma masuk ke dalam sebelum pintu itu ditutup. Imran mengambil tempat di sebelah Husin.
“Hyatt..” beritahu Fatyma kepada pemandunya. Pemandu itu sekadar mengangguk sebelum menggerakkan kereta pergi.
Sangka Imran itu sekadar acara makan tenghari biasa. Tetapi rupanya ramai golongan tan sri dan puan sri berada di meja yang sama. Di situ juga dia turut diperkenalkan dengan Tan Sri Fahamin, ayah kepada wanita itu. Dari raut wajah serius lelaki itu, Imran sedar lelaki itu bukan sembarangan orang. Segan dia saat wajahnya sekali sekala ditatap Tan Sri Fahamin. Dan setiap kali dia bercakap, pandangan lelaki itu langsung tidak berkalih darinya. Menyebabkan dia asyik dilanda gemuruh.
How old are you, son?” tanya Tan Sri Fahamin kemudian.
“33, tan sri..” jawab Imran perlahan.
“Young. Married?” tanya lelaki tua itu sambil menjongket sebelah kening.
“Not yet.” Imran tersenyum lembut. Tan Sri Fahamin mengangguk sedikit.
“I takkan lantik GM semuda ini kalau I tak yakin dengan kebolehan dia. Tapi kira bonuslah kalau dapat GM yang handsome macam ni. Bila I pandang Imran ni, I teringat GM Edenzil Corporation. Namanya Kameel kalau tak salah I. Memang handsome. Pun muda lagi orangnya. Tan Sri Rahman bos Edenzil pernah cakap dengan I, ada GM handsome ni untung. Boleh dijadikan tarikan. Mana tahu boleh dapat projek besar dari CEO wanita. Sekarang ni bukan Fatyma aja mampu jadi CEO. Ramai CEO wanita muda di luar sana. Tapi last time I dengar anak dia dah tersangkut dengan Kameel tu. Sekarang dah jadi menantu,” komen Tan Sri Fahamin membuatkan tetamu di meja itu ketawa. Imran tunduk menahan senyum.
“Tan sri, I takut CEO Rafi Holding yang tersangkut nanti. You ikut jejak Tan Sri Rahman. Dengarnya CEO Rafi Holding dah lama menjanda. Petanda baik tu.” Tan Sri Akhbar sempat bergosip sambil mengekek ketawa bersama tetamu yang lain.
Berderau darah Fatyma mendengar kata-kata selamba Tan Sri Akhbar. Tan Sri Fahamin ketawa perlahan sambil mengalihkan pandangan kepada anaknya.
“I tahu Fatyma profesional. Tapi kalau dah jodoh, siapalah I nak menghalang. Profesional macam mana pun, soal hati ni bukannya kita boleh larang.”
Fatyma pantas memandang ayahnya. “Papa, pleaselah! Cut the craps, please!” getus Fatyma benar-benar tidak senang dengan topik di meja itu.
What? Salah ke apa yang papa cakap ni?” sambut lelaki tua itu buat-buat tidak faham pula. Masam manis wajah Fatyma menahan malu di hadapan semua orang. Ada ke dia diusik dengan lelaki muda itu? Tak patut betul! Mahu memandang lelaki itu pun dia dah segan.


Hampir jam tiga petang baru mereka beredar dari tempat itu. Sepanjang perjalanan pulang tiada sepatah kata antara dua manusia itu. Imran kelihatan tenang sahaja. Fatyma lebih suka memandang ke luar. Namun di pertengahan jalan kereta yang dipandu Husin tiba-tiba perlahan lalu berhenti.
“Kenapa ni?” tanya Fatyma.
“Saya rasa ada tayar pancitlah, puan sri. Saya periksa dulu.” Husin menjawab sebelum dia keluar dari kereta itu. Imran ikut keluar. Mereka berdua terpandangkan sebelah tayar hadapan kempes tidak berangin.
“Tayar depan pancit. Nak saya panggilkan Syukri ke sini?” ujar Husin kepada wanita di dalam kereta itu.
“Try tukar dulu,” balas Fatyma sambil memandang jam tangannya. Jalan sudah sesak. Dia tidak rasa pemandu lain akan tiba di tempat ini dalam masa yang singkat. Imran segera meminta Husin membuka bonet belakang.
“Encik Imran nak buat apa?”
“Kita tukar tayar tu cepat. I boleh tolong,” jawab Imran.
Fatyma mula keluar dari kereta. Harap-harap tayar yang pancit itu boleh diganti segera. Namun dek kerana cuaca sedang panas, dia masuk semula ke dalam kereta. Bertungkus lumus dua lelaki itu cuba membuka tayar dengan peralatan sedia ada dalam keadaan panas terik. Hampir setengah jam kemudian baru tayar dapat digantikan. Namun sayangnya dua lelaki itu sudah basah kuyup oleh peluh.
Tiba hadapan lobi, Imran dan Fatyma keluar serentak sementara Husin terus melarikan kereta ke bengkel.
“Penat ke?” tegur Fatyma saat melangkah masuk ke dalam lif bersama lelaki itu.
“Penat jugaklah. Panas sangat. Badan rasa tak selesa,” jawab Imran perlahan. Butang 11 ditekan sebelum dia berdiri di belakang Fatyma. Namun saat itu hidungnya terbaukan sesuatu. Tanpa dilihat Fatyma lelaki itu memberanikan diri berdiri dekat kepada wanita itu. Bau harum itu semakin jelas pada derianya membuatkan dia tiba-tiba khayal.
“I suka bau ni,” keluh lelaki itu amat perlahan.
Spontan Fatyma menoleh ke belakang. Renungan dalam lelaki muda itu membuatkan jantungnya berdegup kencang tidak terkawal. Buat sesaat dua mereka berdua terkaku saling membalas pandangan. Minda seolah terbang entah ke mana. Saling terpesona begitu sahaja. Sang lelaki ralik menikmati kecantikan yang ada pada wajah wanita itu.
“Oh, God. You’re so beautiful,” luah Imran tanpa sedar. Sepantas kilat pandangan dilarikan Fatyma. Imran turut tersedar kelakuannya.
I’m so sorry. I tak sepatutnya buat macam tu, puan sri. I betul-betul minta maaf,” ucap Imran sedikit kalut.
Fatyma sekadar menoleh sedikit tanpa jawapan. Betapa resahnya dia saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tidak tahu mengapa matanya mudah terleka dengan raut tampan lelaki itu.
Sehingga mereka telah berada di luar lif, masing-masing terus membisu. Fatyma berjalan laju menuju ke kamarnya. Imran sekadar memandang. Kesal benar dengan keterlanjurannya tadi. Apa sudah jadi pada dirinya??

“APA khabar, Encik Imran?”
“Baik, Encik Razak.” Senyum ramah Imran berikan kepada lelaki itu.
“May I join you?” Razak menunding kerusi kosong di hadapan Imran.
“Silakan,” balas Imran senang hati.
“I tak selalu makan kat sini. Tak sedap. Makanan pun entah apa-apa,” ujar lelaki berusia 40an itu tanpa disuruh. Dia memandang sekeliling. Mencari pelayan agaknya. Masing-masing sibuk membuat kerja lain dikala kawasan cafe itu lengang.
“Dah nama pun cafe, encik Razak. Mana sama dengan restoran mewah di luar sana,” ujar Imran lantas melambai seseorang yang memandang kepadanya. Seorang pelayan segera mendekati mereka.
“Servis you all ni memang hampas. Lembab! I duduk sini dah lima belas minit. Takde siapa datang ambil order. I akan komplen pada puan sri,” ucap Razak kepada gadis pelayan itu. Terkulat-kulat gadis itu memandang lelaki itu.
“Bagi I cafe latte. Big breakfast. Extra baked bean,” pesan Razak sambil menjeling angkuh gadis itu.
Gadis itu sekadar mengangguk lantas berlalu pergi. Imran tunduk menyuap makanannya.
“I dengar you dari Daya Holding.” Lelaki bernama Razak itu cuba memulakan perkenalan dengan Imran. Hampir sebulan Imran bertugas di sini, mereka masih belum pernah berbual lama.
“Betul,” jawab Imran sambil mengangkat cawannya ke bibir. Wajah lelaki itu ditatap sambil menanti apa kata-kata seterusnya.
“Kenapa tinggalkan Daya Holding? Gaji rendah sangat?”
“I kejar jawatan sebagai GM, Encik Razak. I nakkan pengalaman dan pengetahuan,” jelas Imran serba ringkas.
“I see. I dengar Daya Holding pun dah nak tumbang. CEO dia tu bodoh. Sibuk rebut tender ciput. Buat rumah mampu milik. Buang masa. Kalau I, lebih baik fikir profit. Nak bersaing dengan kita? Memang jauh tertinggallah.” Razak segera memberikan komennya tanpa diminta.
“I tak tahu pulak Daya Holding dah nak tumbang?” kening Imran berkerut.
“You budak mentah. Mana tahu sangat,” jawab Razak selamba.
Imran sekadar mendengar. Entah dari mana dia mendengar cerita itu. Mengarut!
“I ni orang kepercayaan Puan Sri Fatyma kalau you nak tahu. I dengan dia saudara,” ucap Razak lagi.
“Really? Saudara macam mana tu? Sepupu?” balas Imran biasa. Dilayankan sahaja bicara penuh kesombongan lelaki ini.
“I dengan arwah suami dia dua pupu,” ujar Razak bangga.
Imran termenung merenung wajah lelaki di hadapannya itu. Dua pupu dengan arwah suami? Jauh benarlah ikatannya.
“Untunglah you. Muda lagi dah dapat jawatan GM. Ingatkan dapatlah I naik pangkat tahun ni. Melepaslah juga.”
Imran memandang lagi dengan kerutan di kening. Nada itu macam perli dia aja? Lantak kaulah! Bisik hatinya malas mahu melayan.
“I dah lambat ni. Naik dulu,” ucap Imran lantas melambai pelayan untuk meminta bil.
“Bil asing-asing,” ucap Imran kepada pelayan.
“It’s okay. I belanja. Belum dapat gaji pertama macam biasalah. Pokai,” ucap Razak selamba.
“I ada duit. Cuma, I kurang senang terhutang budi dengan orang tanpa sebab. Asingkan bil I dari bil dia,” balas Imran mula terasa bergelodak hatinya dengan keangkuhan lelaki itu.
Pelayan itu sekadar akur dengan kehendak imran. Usai melunaskan bayaran makanannya, Imran terus bangun.  “Enjoy your breakfast.” Dan dia terus berlalu.

Di atas dia terserempak dengan Melly di hadapan kamar gadis itu. Dia dicari oleh Fatyma semenjak tadi.
“Seingat I, you ada pengalaman sebagai project manager dulu, kan?” ucap Fatyma kepada lelaki yang baru masuk ke kamarnya.
“Ya. Kenapa, puan sri?”
“Duduk sekejap. I ada hal nak bincang dengan you,” pinta Fatyma sambil menunjukkan sofa di sudut kamar itu.
Imran sekadar akur kepada arahan wanita itu. Fatyma mampir ke ruangan itu lantas duduk di hadapan Imran. Satu dokumen dihulurkan kepada lelaki itu.
“You dengan Razak. I harap takde masalah untuk berkerjasama,” ucap Fatyma lembut.
“No. I takde masalah dengan dia,” balas Imran hairan. Apa maksud wanita itu? Dokumen itu dibeleknya. Kening lelaki itu berkerut hampir bercantum. Dokumen tawaran tander dari syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
“Peluang keemasan ni. Eh! Bila you dapat ni?” Imran kembali memandang perempuan itu.
“Tak penting bila I dapat dokumen tu. Yang I nak tahu kenapa sampai sekarang belum ada kertas cadangan atas meja I, Encik Imran.”
Imran terdiam tidak mampu menjawab. Kepalanya digaru, cuba mencari jawapan yang sesuai. Dia kealpaan. Langsung tidak tahu menahu tentang ini.
“Mungkin you boleh tanya Razak kenapa kita abaikan tawaran tender tu?” suara Fatyma kedengaran lagi membelah kebisuan Imran.
“I dah tahu jawapannya.” Imran menjawab perlahan.
Why?”
“Razak orang kepercayaan you kata dia tak berminat dengan projek sebegini. Takde profit untuk syarikat. Buang masa,” jelas Imran dengan sedikit senyuman.
“Buang masa? Itu rezeki, kenapa dia kata buang masa? Nilai tender tu bukannya sikit. Lagi satu, semua kakitangan adalah orang kepercayaan I, Encik Imran. Takde beza antara you dan dia,” balas Fatyma lembut.
Imran tiba-tiba tersenyum sendiri mengenang lelaki tadi. Cakap besar tapi kosong! Perbualan mereka tiba-tiba diganggu oleh bunyi telefon Fatyma. Wanita itu bangun menuju ke meja. Peluang yang sedang terbentang luas digunakan sebaik-baiknya oleh Imran. Wanita itu dipandang tanpa jemu.
“Ya, sayang. Ada apa?”
Fatyma diam mendengar bicara orang di sebelah sana.
“Kenapa tak cakap dengan mama pagi tadi? Janganlah harap mama ingat semua benda. Dira beritahu mama bulan lepas tau. Mestilah mama dah lupa,” ucap Fatyma lantas memandang jam tangannya.
Imran semakin ralik memandang wanita itu berbual dengan anaknya melalui telefon. Kelembutan Fatyma melayan anaknya di talian semakin menarik minatnya. Seorang ibu penyayang.
“Okay. Cakap dengan cikgu, insya-Allah sekejap lagi mama datang. See you.” Talian dimatikan Fatyma tidak lama kemudian. Kemudian dia memanggil nombor Husin. Kepada lelaki itu dia berpesan agar menunggunya di lobi. Kemudian Fatyma kembali semula ke sofa itu.
“Anak you?” tanya Imran buat-buat berbasi basa. Bimbang wanita itu perasan dia asyik mencuri pandang semenjak tadi.
Fatyma mengangguk. “Kita habiskan perbicangan ni segera. I ada hal di luar. Di mana kita tadi, Encik Imran?”
“Tentang tawaran tender ni,” balas Imran sambil menghela nafas untuk mengawal dirinya. Imran, itu bos kau. Jaga sikit! Bisik hatinya sendiri.
“Tender tu ditutup pada hujung bulan ni. I nak proposal tu ada atas meja I selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh itu. Macam mana caranya, itu terpulanglah. Bukan masalah I,” ucap Fatyma serius. Imran mengangguk perlahan.
“I harap you faham kenapa I panggil you ke sini dan bukan dia.”
“I rasa I tahu apa sebabnya, puan sri. Biar I selesaikan masalah ni. I akan pastikan you puas hati dengan hasilnya nanti.” Lelaki itu bersuara sambil menunduk sedikit.
Good. Itu yang I nak dengar.”
Lelaki itu menggaru pelipisnya seketika sebelum mengangkat pandangan. Renungan wanita itu masih tidak berganjak darinya. Mulalah jantungnya terasa mahu bergolek di dalam sana.
“Err. Kalau takde apa-apa I keluar dulu, puan sri.”
“Sure..”  balas Fatyma biasa.
Lambat Imran bangun. Sebelum melepasi pintu sempat juga dia mencuri pandang buat kali penghabisan. Namun tidak disangkanya wanita itu masih lagi memerhatikan dia. Cepat-cepat dia berpaling. Namun dia terlanggar sesuatu di hadapannya.
“Aduh!” spontan dia menekup hidungnya. Pintu itu sudah tertutup semula rupanya.
“Tarik dulu kemudian keluar, Imran. Pintu tu sama aja dengan pintu yang lain.” Sempat juga Fatyma melemparkan perlian kepada lelaki itu.
“Sorry. I tak nampak, puan sri.” balas Imran sedikit terkulat-kulat. Malu! Fatyma hanya menggeleng sendiri melihat gelagat lelaki itu.
Di luar kamar Fatyma, Imran ternampak Razak sedang bersuka ria bersembang dengan salah seorang pengurus jualan. Kakinya dilajukan mendekati lelaki itu. Dokumen yang dibawanya terus diunjukkan kepada Razak.
“Apa ni?”
“You tahu baca, kan? I nak proposal ni ada atas meja I secepat mungkin,” balas Imran serius.
“Oh, I takde masa untuk projek ciput macam ni. You bagi pada Fida atau Ong. Dia tahu apa yang perlu dibuat.” Razak menjawab selamba sebelum meninggalkan Imran bengang sendiri.
“Dah agak dah. Orang kepercayaan puan sri konon. Annoying!” ucap lelaki itu seorang diri.

  
BAB 3
LEWAT petang itu.
“Encik Imran perlukan apa-apa lagi?”
“Tolong orderkan I pizza. Lepas tu you boleh balik, Dalila.” Imran menjawab tanpa memandang gadis itu. Matanya terfokus kepada komputer sambil jemarinya laju menaip.
“Okay.” Dalila terus berlalu menunaikan tugas terakhirnya. Kemudian dia ikut mengosongkan ruangan pejabat.
Hampir jam enam setengah petang. Imran masih terperuk dalam kamarnya menyudahkan kerjanya. Kesunyian lantai 11 itu membuat dia semakin hanyut sendirian. Fatyma yang baru keluar dari kamarnya sedikit terkejut saat terpandangkan seorang lelaki muda beruniform Domino Pizza di pintu masuk. Tercangak-cangak lelaki muda itu seolah-olah sedang mencari seseorang. Siapa pula yang masih memesan pizza dalam waktu ini?
“Buat apa kat sini?” tegur Fatyma saat lelaki itu datang kepadanya.
“Saya nak hantar pesanan untuk Encik Muhammad Imran. Bilik dia yang mana satu?” balas lelaki itu.
“Tu bilik dia.” Spontan Fatyma memandang ke arah bilik kerja Imran. Lampu masih terpasang di kamar itu.
“Oh, terima kasih, puan..”
“Nanti dulu. Bagi bil pada I,” ucap Fatyma sebelum sempat penghantar pizza itu berlalu. Lelaki itu kembali semula kepada Fatyma. Sambil menunggu wanita itu mencari dompetnya, dia sempat memandang kamar di belakang wanita itu. Setelah bayaran dibuat Fatyma berlalu sementara lelaki itu menyelesaikan penghantarannya.
“Hmm. Sampai pun pizza I,” sambut Imran kepada penghantar pizza itu. Dompet diambil dari kocek seluarnya.
“Bil dah settle, Encik Imran. Ada perempuan yang bayarkan tadi. Saya lupa nak tanya nama dia.”
“Perempuan mana pulak yang bayar pizza ni?”
“Entah. Saya jumpa dia depan bilik CEO. Saya rasa puan sri tu yang bayarkan tadi.” Anak muda itu menjawab biasa.
Imran terpaku seketika dengan kerutan di kening. Benarkah wanita itu yang membayarkan pizzanya tadi? Untuk apa?
“Ni pizzanya. Saya turun dulu ya?”
Lamunan Imran termati serta merta. Bibirnya tersenyum kepada lelaki itu. “Okay. Thank’s a lot.”
Kembali bersendirian di dalam kamar itu, Imran berfikir lagi tentang si pembayar bil makanannya. Mahu bertanya kepada bosnya itu, dia tahu benar. Selepas waktu pejabat panggilannya kemungkinan tidak akan dilayan.
Ah! Mesej ajalah. Dia nak balas, dia balas. Dia tak balas pun takpe, detik hati Imran. Laju jemarinya menaip ayat pada skrin telefon.
You yang bayarkan pizza I ke? 
Baru sekejap telefonnya diletakkan, ada nada menandakan satu mesej telah masuk ke telefonnya.
Yup. Bon appetite.
Imran tersenyum serta merta. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga. Bukan kerana wanita itu sudi membayar harga pizzanya. Sebaliknya kerana mesejnya berbalas.
Tq so much. Bertuahnya. Tak sangka bos I sudi belanja I dinner hari ni.
Satu lagi mesej dihantar kepada wanita itu. Imran sekadar membiarkan telefonnya ditepi untuk menyambung kerja yang terkandas. Tidak disangka mesejnya sekali lagi berbalas.
Most welcome. Kerja sampai malam tak baik untuk kesihatan you. Jangan balik lewat sangat.
Kembang setaman hati Imran sambil menyengih sendiri. Sedikit pesanan itu telah pun mengusik hati kecilnya. Dan entah kenapa semangatnya untuk bermesej dengan wanita itu semakin berkobar. Buat seketika dia berfikir apa yang mahu ditulis lagi.
Ada masa nanti I belanja you dinner pulak. Just you and me. What do you say?
Dengan keberanian yang tidak seberapa dia memaksa jarinya menekan butang send. Namun hanya Tuhan sahaja yang tahu gentarnya dia menanti balasan wanita itu. Dan saat mesej itu berbalas, dia menghela nafas seketika sebelum membacanya.
Last warning! Sesuatu yang keluar dari bidang kerja, I tak layan.
Terkedu Imran membaca jawapan Fatyma. Kemudian dia meraup wajahnya. Aduh! Yang aku pergi mengurat dia tu nak buat apa?? Malunya nak pergi kerja esok! Jerit hati Imran ralat.

Proposal yang you minta, puan sri.” Dua buah dokumen yang telah kemas diikat diletakkan di atas meja wanita itu.
Tanpa bertangguh Fatyma terus mengambil dokumen itu. Kulitnya dipandang seketika. Kemudian dia memandang kalendar di tepinya.
“Tak sampai seminggu?” kening Fatyma terangkat sedikit tanda kagum. Lelaki ini berjaya menunaikan kehendaknya lebih pantas dari yang diharapkannya.
Wajah Imran berubah sedikit. “I ingat sebelum ni you kata I mesti siapkan seminggu sebelum tarikh tutup.”
“Maksud I, you siapkan proposal ni lebih cepat. I tak bayangkan secepat ini, Encik Imran. Good job.”
“I ada team yang bagus. Komitmen mereka melicinkan kerja I di sini,” komen Imran perlahan.
 Fatyma mengangguk puas hati dengan jawapan Imran. “Macam mana dengan Razak?” Dokumen itu diselak-selaknya tanpa menyedari mata lelaki itu terus mencuri pandang.
“Kenapa dengan dia?” tanya Imran sedikit tidak mengerti.
Spontan bola matanya dihalakan kepada lelaki muda di hadapannya itu. “Bahagian mana dia ada menyumbang tenaga atau buah fikiran, Encik Imran?” soal Fatyma tenang sahaja.
“Err..” Imran menggaru pelipisnya seketika. “Dia tak menyumbang apa-apa pun.”
“Kenapa tidak?”
“Sebelum ni you tanya I samaada I ada masalah berkerja dengan dia atau tak. I rasa I perlu buktikan sesuatu kepada dia sebelum I layak berkerjasama dengan dia. I serba salah dengan dia. Dia lebih berpengalaman dari I. Sebahagian kata-kata I tak berharga untuk dia,” ucap Imran perlahan.
“You tak perlu rasa serba salah pada dia. Tugas dia patuh kepada arahan dan you tidak duduk di bawah dia. I tak mahu persaingan you berdua jadi masalah kat sini. Tapi takpe. I rasa you mesti tahu macam mana nak selesaikan masalah tu,” balas Fatyma lembut.
“I tahu. I cuma perlukan masa untuk serasi dengan dia, puan sri. I faham. Dia mungkin kurang senang sebab I jauh lebih muda berbanding dia.”
Fatyma diam tanpa komen. Perhatiannya kembali semula kepada proposal itu. Macam ada yang menarik minatnya. Tidak sedar langsung sepasang mata lelaki sedang meneliti gelagatnya penuh minat.
“Thank you, Encik Imran. You may go,” ucap Fatyma akhirnya.
Imran mengangguk akur. Berat hatinya mahu meninggalkan kamar itu. Namun riak serius wanita itu membuatkan kakinya laju melangkah ke pintu. Lebih sejam meneliti kertas cadangan itu, Fatyma terus terperuk di kerusinya. Hasil kerja lelaki itu menerbitkan rasa kagumnya.
“Bagus dia ni,” ucap Fatyma tanpa sedar. Dokumen itu ditutupnya lantas diletakkan semula di atas mejanya. Melalui interkom dia meminta Melly memanggil Razak bertemunya. Lelaki itu muncul beberapa saat kemudian.
Fatyma menyorong salah satu dokumen di atas meja itu kepada Razak.
“Apa ni?” tanya Razak keliru.
“Siapa yang buat ni?” tanya Razak sekali lagi.
“Imran. Hasil kerja yang bagus. You dah rugi besar di sini,” balas Fatyma sekadar mahu melihat reaksi lelaki itu.
Razak mendengus sambil menggeleng. Benci dia mendengar nama itu dipuji Fatyma.
“I harap you faham sesuatu di sini. Ada sebab kenapa I tak naikkan you ke jawatan GM, Razak. I nak you hormat dia sebagai ketua. Dengar arahan dia.”
“Dia mengadu pada you ke?” balas Razak pantas.
Fatyma menggeleng perlahan. “10 tahun you berkerja di sini. I dah tahu tanpa perlu dia mengadu pada I. I tak terkejut bila dengar proposal tu dia buat tanpa you. Cuma I terkejut bila dengar projek begini you anggap membuang masa. You tahu selain profit apa lagi yang syarikat perlukan?”
Razak terdiam serta merta.
“Memang projek ni nilainya tak sebesar projek-projek kita yang lain. Tapi I nakkan kepercayaan dari kerajaan negeri ke atas syarikat ni. Itu sangat berguna pada masa depan syarikat.”
“Maafkan I. I janji keadaan ni takkan berulang lagi.”
“I nak you beri peluang pada Imran untuk buat kerja dia. Jangan pandang rendah pada orang sebelum kita beri peluang dia buktikan apa yang dia mampu lakukan. Itu bukan prinsip I, Razak. Dan I tak mahu ada masalah antara kakitangan. Terutama sekali antara you dan Imran.”
“I faham, puan sri.” Razak membalas rendah. Wajah wanita itu tidak mampu untuk dipandangnya.
“Go now.”
Razak bangun dari situ. Namun sebelum berlalu dia menoleh kepada wanita itu.
“I boleh buat proposal tu kalau you bercakap sendiri dengan I,” ucap Razak bersungguh.
“Dah terlambat. I nak Imran uruskan sampai selesai. You teruskan dengan apa yang you ada,” jawab Fatyma serius.
“Kenapa lelaki semuda itu yang you pilih, puan sri. Apa yang I dah sumbangkan pada syarikat masih tak memadai?” luah Razak semakin tidak puas hati.
“Sikap. Dengan sedozen aduan dari kakitangan bawahan yang tak tahan dengan keangkuhan you, I tak rasa keputusan meletakkan Imran sebagai ketua menjadi kesalahan di sini. I pun tak mahu tengok pembantu you asyik bertukar ganti sebab tak tahan berkerja dengan you. Kerja sama antara kakitangan penting. Sehebat mana pun kita, kita tetap perlukan bantuan orang-orang sekeliling.”
Kali itu Razak mendiamkan diri. Namun dalam kebisuannya ada rasa bengang terus hebat menghentam dada. Lelaki muda bernama Imran itu? Memang tiada dalam senarai orang yang disukainya.

10:35 minit pagi. Ruangan lobi itu sudah agak lengang. Imran berjalan menuju ke lif sendirian. Butang ditekan sambil dia berdiri berseluk poket menanti kotak lif turun ke bawah. Namun kelibat seseorang mencuri perhatiannya.
“Hai,” sapa Imran saat wanita itu berdiri di sebelahnya.
“Hai,” jawab wanita itu perlahan.
“Lambat ke?” ucap Fatyma sambil memandang ke sebelah.
“Taklah. I pergi pejabat PKNS tadi. Baru selesai urusan di sana,” jawab Imran dengan sedikit senyum di bibir.
Fatyma sekadar mengangguk. Saat lif terbuka, Imran bergerak ke hadapan untuk menahan pintu. “Ladies first,” ucapnya penuh kelembutan.
Fatyma sekadar tersenyum biasa. Ruangan kecil itu dimasuki, diikuti oleh lelaki muda itu.
“Dinner hari Jumaat ni jangan lupa. Jangan lambat.” Suara Fatyma kedengaran tiba-tiba di ruangan kecil itu.
“Sure,” sambut Imran sambil mengangguk. Seterusnya kamar itu sepi lagi sehinggalah tiba-tiba lif itu terhenti. Mereka berdua kaget tiba-tiba di dalam ruangan itu.
“I rasa lif ni berhenti.” Fatyma menggumam sendiri.
“I think so,” jawab Imran sambil memandang ke arah nombor yang tertera. Mereka berada di tingkat 6 dan nombor itu masih tidak berubah. Tiba-tiba kotak itu tersentak ke bawah.
Oh, God!” Hampir sahaja Fatyma terpelanting.
“Puan sri, are you okay?” Imran cepat-cepat mendekati wanita itu. lengan wanita itu cuba dipegangnya. Sekadar mahu membantu wanita itu mengimbang diri. Namun Fatyma lebih pantas menarik tangannya sambil dia mendekati dinding.
“It’s okay. I’m fine. I terkejut aja tadi,” ujar wanita itu sambil menghela nafas dalam. Panik. Malu pula dengan telatahnya tadi. Lebih lagi, dia terasa amat janggal berdua-duaan dengan lelaki asing di dalam ruangan kecil ini.
“Hello!” teriak Imran sambil menekan butang merah. Buat sesaat dua dia menanti. Tiada balasan dari sesiapa.
“Hello. Puan Sri ada kat dalam ni!” jerit Imran lebih kuat. Berkali-kali dia mencuba dengan harapan juruteknik terdengar melalui corong itu.
Fatyma sibuk menekan telefonnya. Cuba memanggil sesiapa melalui telefonnya. Namun, tiada liputan pada talian. Dan seterusnya ruangan itu mula menjadi kelam. Lampu mula terpadam diikuti oleh penghawa dingin. Ruangan itu menjadi begitu sepi sekali.
“Macam cerita hantu pulak,” gerutu Imran sambil memandang ke atas.
“Mulut you tu jaga sikit, Encik Imran.” Fatyma menyambut pantas. Imran mula mengalihkan pandangan kepada Fatyma.
“You takut ke, puan sri? Jangan risau. I ada.”
What do you mean? Kita tengah stuck dalam elevator. Time nilah you nak ingat movie hantu tu semua. Tak membantu sikit pun. I nak keluar dari sini. Do something!” tekan Fatyma sambil menjeling.
Imran menggaru kepalanya seketika. “I dah call tadi. You sendiri nampak takde orang jawab. Selalu cerita hantu macam tulah. Tiba-tiba lif berhenti, lampu padam. Kita stuck kat dalam ni berjam-jam. Tapi takpelah. Bukan selalu stuck dalam lif dengan bos cantik macam you.” Imran menggumam perlahan di hujung kata.
Fatyma menghela nafas kuat. “Imran, I tengah panas ni you lagi nak berloyar buruk!” getus Fatyma semakin tidak senang. Banyak cakap betullah dia ni!
“Habis tu you nak I buat apa? I pun panas juga,” ujar Imran selamba. Tali lehernya dilonggarkan. Butang kemejanya dilepaskan satu persatu.
Hampir terbeliak mata Fatyma melihat lelaki itu menayang dada. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
“You jangan ikut cara I ni, puan sri. Bahaya. I takpe. Sebab I seksi.” Imran sempat ketawa mengusik.
“Oh, shut up, please!” gerutu Fatyma semakin kronik rasa cemas dan malu. Seksilah sangat! Dia yang dekat dengan Imran seksa menahan rasa segan.
“Kalau you takut, I boleh berikan pelukan yang mendamaikan. No problem,” ujar Imran dengan selamba menyandarkan tubuhnya ke dinding, menghadap wanita itu.
“Pleaselah, Imran. I tak perlukan pelukan mendamaikan atau sesuatu miang seumpama itu! I hanya nak keluar dari sini cepat.” Fatyma menjeling tajam. Boleh tahan juga miang lelaki itu rupanya.
Imran menyengih sambil menggaru kepalanya. “I main-main aja, puan sri. Jangan marah ya? I cuba panggil technician sekali lagi.”
Fatyma sekadar memandang lelaki itu. Berkali-kali dipanggil, akhirnya ada seseorang menjawab. Namun bantuan yang diharapkan sedikit lambat memandangkan ada lif lain turut terjejas. Kebanyakan juruteknik sedang berada di sana. Mereka hanya diminta menunggu.
Penat berdiri saja, Fatyma mula berkipas pula. Imran duduk di sudut lif itu. Menanti juruteknik tiba. Seminit dua berlalu mereka terus terkurung di situ.
“Apasal lambat sangat ni?” soal Fatyma akhirnya.
“Tunggu kejap. Technician dah janji nak datang,” jawab Imran perlahan.
“Panasnya..” keluh perempuan itu sambil berkipas.
“Nak I tolong kipaskan?”
“No thank’s.” Fatyma menjawab tanpa memandang.
“Betul? I rela kalau you perlukan pertolongan I. I pun tak sanggup tengok wanita yang tak berdaya terbiar macam tu aja. Nak-nak lagi you ni bos I,” ucap Imran selamba.
Fatyma mula menoleh. Nasib baiklah wajah lelaki itu tidak kelihatan jelas di matanya. Geram pula dia mendengar kata-kata lelaki itu. Nada itu, bukannya kedengaran nak menolong benar. Tapi macam nak memikat aja. Ke dia yang perasan? Entah.
“Peramah pulak you ni ya, Encik Imran.”
“Tak kenal maka tak cinta, puan sri. Kenal-kenallah dengan I ni. Mana tahu you jatuh cinta. I ni pun bujang lagi,” sambut Imran semakin selamba. Kemudian dia ketawa lagi. Hakikatnya orang terkandas di dalam lif merasa tertekan. Dia seronok bukan main.
Fatyma hanya mampu menggeleng. Malas dia mahu melayan lelaki itu bertonyeh. Akhirnya setelah beberapa minit menanti, barulah kedengaran suara seseorang memanggil mereka dari luar. Bersinar cerah harapan mereka berdua saat pintu lif itu berjaya dibuka oleh beberapa orang lelaki. Fatyma menjadi orang yang pertama keluar dari ruangan kecil itu.
“Puan sri..” panggil Imran setelah mereka meninggalkan kawasan itu.
Fatyma menoleh. Namun seketika sahaja. Saat lelaki itu mendekatinya, dia mendengus entah kenapa.
“What’s wrong?”
“Panas lagi ke kat luar ni? Butang baju tu elok-elok, Imran! Orang semua tengoklah!” tegas wanita itu tanpa memandang. Takut benar timbul cerita tidak elok antara dia dan Imran.
“Oh, sorry. I lupa.” Kelam kabut lelaki itu membetulkan bajunya. Sungguh. Dia benar-benar tidak sengaja. Patutlah nyaman benar rasanya.
“I minta maaf pasal tadi. Jangan ambil hati ya?” ucap Imran dalam pada dia sibuk mengenakan butang bajunya.
Fatyma hanya berdiam diri. Tanpa mempedulikan lelaki itu dia terus menuju ke kamarnya.
“Aik? Dia marah ke tu? Habislah aku kena pecat esok,” ucap Imran lantas menggaru kepala yang tidak gatal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan