Isnin, 9 November 2015

DIKAULAH SELURUH CINTA BAB 4-7

Bab 4
DI lobi Hotel IOI Marriot Putrajaya malam itu, Imran terserempak dengan Melly. Gadis itu terpacak sendirian seperti sedang menunggu seseorang.
“You pun ada?”
“Mestilah. Bos I mana nak keluar dinner kalau takde sesiapa temankan dia,” jawab Melly sambil tersenyum.
“I ada?”
“Maksud I, perempuan! You tu lelaki. Dia mana nak staf lelaki temankan dia,” jawab Melly selamba.
“Mana bos you ni? Dekat pukul 9 dah ni.” Imran merengus sedikit sambil memandang jam di pergelangan tangannya.
“Tadi call. Dia kata dah ada sekitar sini. Dia suruh I tunggu kat lobi,” jawab Melly tanpa memandang Imran. Panjang lehernya mencari kelibat kereta yang dinaiki Fatyma.
Sudahnya Imran memilih untuk menunggu di situ bersama Melly.
“I nak tanya you sesuatu, Melly.”
Melly tiba-tiba menoleh. “Apa dia?”
“Emm..” Imran menggaru pipinya seketika. “Puan Sri Fatyma tu setahu I dah tak bersuami, kan? Dia ada itu tak.. err.. maksud I teman lelaki ke? Calon suami?”
“Kenapa you nak tahu pasal tu? Hal peribadi dia, dia tak suka I beritahu pada orang lain tau,” jawab Melly dengan pandangan ekor mata.
“I saja nak tahu.”
“Kalau you berani, you tanya dia sendiri. Hal tu I pun tak berani tanya dia,” jawab Melly masih dengan lagak selamba.
Hampa hati Imran mendengar jawapan Melly. Tidak sampai seminit kemudian kelibat kenderaan yang dipandu Husin tiba di hadapan mereka. Fatyma keluar melalui pintu belakang. Imran terpukau sendiri tanpa sengaja.
“Wau..” bisiknya sendirian. Buat pertama kalinya dia melihat wanita itu bersolek melebihi kebiasaan. Jubah berwarna ungu muda yang dikenakan wanita itu menyerlahkan lagi kecantikan wanita 41 tahun itu.
“Apa yang wau?” perli Melly separuh berbisik. Imran merenung bos mereka tanpa berkelip. Dia mula tersenyum sendiri.
“I tak boleh tahanlah kalau macam ni. She is amazing!” desis Imran cuba mengawal dirinya. Melly sudah tersenyum-senyum melihat telatah Imran.
“I tahu dia memang cantik. Pandang boleh. Kacau tak boleh. Nanti dia marah,” balas Melly sempat meluahkan tawa. Imran terus menoleh kepada gadis di sebelahnya itu. Melly sekadar menjungkit bahu kepadanya.
Fatyma tersenyum kepada dua manusia itu sebaik sahaja mendekat. “Sorry lambat sikit,” ucap Fatyma lembut.
Imran tidak terjawab dek kerana jantungnya sedang berdegup kencang entah kenapa. Lidah kelu mahu menyapa. Melly dan Fatyma berlalu terlebih dahulu sementara dia menuruti dari belakang. Namun tiba-tiba Fatyma menghentikan langkah lalu memandang Imran di belakang mereka.
“Imran..”
“Ya, puan sri..” balas Imran sedikit gugup. Jarang kedengaran wanita itu memanggil dia tanpa meninggalkan istilah encik di hadapan namanya. Malam ini nampak berbeza.
“Tolong I layan tetamu malam ni,” ucap Fatyma lembut.
“Sure, puan sri..” jawab Imran akur.
“Come.” Mereka bertiga masuk restoran makanan Jepun. Sebuah meja di kamar VVIP telah siap ditempah. Beberapa minit kemudian Razak turut tiba di situ itu bersama Tan Sri Akhbar, salah seorang ahli lembaga pengarah Rafi Holding. Diikuti oleh beberapa tetamu undangan syarikat.
Sepanjang acara, Imran sempat merasa canggung dengan dunia baru yang dimasukinya. Dikelilingi orang-orang kenamaan hampir sahaja dia tidak punya idea untuk berbual. Rata-rata perbincangan adalah tentang duit, usahasama dan projek yang bakal dilaksanakan. Fatyma ralik berbual dengan seorang lelaki. Nada perbualan agak perlahan. Lama kelamaan Imran mula kebosanan. Melly pula dipandangnya.
“You takde kerja lain selain dari makan?” tegur Imran.
“Bos belanjalah. Kenapa I nak lepaskan peluang ni? I suka Japanese food,” balas Melly selamba. Hidangan yang masih bersisa di atas meja disuap lagi ke mulutnya.
“Bos you kalau dapat cakap pasal business, tak pandang kiri kanan. Tak terkejar I dibuatnya,” omel Imran perlahan.
“Ialah. Kalau pandang kanan nampak muka you.” Melly terus mengomel selamba.
“Okay apa nampak muka I? Tak suka?” balas Imran lantas menyengih sendiri.
Melly memandang Imran seketika. “You bosan ke?”
“Bosan juga. I rasa nak keluar sekejaplah,” balas Imran separuh berbisik.
“You kena dengar apa dia borak dengan tan sri tu. Nanti dia tanya, you tak dapat jawab baru padan muka you. You ingat dia suka-suka aja ajak dinner malam ni?” ucap Melly bersungguh.
Imran mendecit perlahan. Wanita itu kembali dipandangnya. Perhatian Fatyma masih seperti tadi, kepada lelaki tua itu. Langsung tiada tanda-tanda acara makan malam ini akan bersurai cepat. Sekali lagi dia cuba mengikuti perbualan dua manusia itu. Namun sudahnya Imran meminta diri seketika. Fatyma sempat menoleh kepada lelaki itu.
“Jangan balik dulu,” pesan Fatyma perlahan.
“I nak pergi restroom sekejap,” jawab Imran. Fatyma mengangguk.
Sesudah berurusan di kamar kecil, Imran keluar semula. Namun di hadapan kamar kecil wanita dia terserempak dengan seorang wanita separuh usia. Kecil molek orangnya. Wanita itu turut ada di dalam kamar VVIP sebentar tadi.
“Hai, handsome..” sapa wanita itu lunak.
“Hai.” Imran membalas dengan sedikit senyuman.
“You kenal I?”
“Emm. Datin Liza kalau tak salah I,” ujar Imran lembut.
“Tak sangka Rafi Holding telah melantik GM semuda ini. Boleh tahan orangnya. I ada terdengar cerita tentang you,” ujar wanita itu lantas tergelak lunak.
Spontan kening Imran berkerut. “Maksudnya?”
Nothing. Kenapa tak bawa isteri sekali?” tanya wanita itu lagi.
“Takde isteri, nak bawak macam mana, datin?” balas Imran sambil ketawa perlahan.
“I see. Bujang lagi ke ni?” wanita genit itu ketawa mesra.
“Ya. Err. I pergi dulu ya?” balas Imran sopan. Belum sempat wanita itu membalas, Imran sudah berlalu meninggalkan ruangan itu. Dia kembali ke tempat duduknya diikuti oleh wanita itu. Namun Datin Liza meminta untuk bertukar tempat duduk dengan Melly.
“I tak puas lagi berbual dengan you tau. Bukan senang dapat berjumpa dengan jejaka handsome macam you ni,” ucap wanita itu sambil tertawa suka. Entah apa yang ceria benar.
Biarpun kekok, Imran tetap melayan wanita itu berbual sekadar untuk mengisi masa. Namun semakin lama semakin ramah pula datin genit itu. Sempat juga mengajak dia pergi bermain tenis apabila ada masa terluang. Tanpa sedar, kemesraan wanita itu sedikit demi sedikit mula bertukar manja semacam. Malah gelagatnya telah menarik perhatian sebahagian manusia di dalam kamar itu termasuk Fatyma. 
Fatyma menoleh tatkala kedengaran tawa Datin Liza meletus manja diusik Imran. Tanpa sengaja pandangannya terpasak lama kepada dua manusia itu. Melly segera membuat isyarat mata kepada lelaki itu. Spontan Imran menoleh ke arah bosnya. Renungan tajam Fatyma membuatkan jantungnya seolah sudah gugur ke tanah.
Jam sebelas malam, tetamu undangan mereka berlalu pergi. Tinggal mereka di lobi.
“Puan sri, I balik dulu ya? Good night,” ucap Razak sebelum berlalu. Fatyma sekadar membalas biasa kepada Razak.
“You parking di mana, Melly?” tanya Fatyma tidak terus masuk ke dalam kereta.
“Depan sana, puan sri.”
“Pergi balik sekarang. Dah lewat ni. Imran, you tunggu sekejap,” ucap Fatyma kepada dua manusia di hadapan matanya. Imran sekadar mengangguk. Melly sempat memandang Imran.
“Thank you so much, puan sri. I balik dulu ya? Good night.”
Good night.” Fatyma sekadar membiarkan gadis itu berlalu. Kemudian barulah dia memandang Imran.
“I nampak you happy betul dengan datin tu. So, dah dapat ke nombor telefon Datin Liza?” ujar Fatyma biasa.
“I tak faham apa maksud you ni, puan sri.”
“Takde apa-apa. I cuma nak you sedar, perempuan tadi tu ada suami. Suami dia ada hubungan baik dengan ayah I. Kalau you tak mahu ada masalah, jangan layan dia mesra sangat. Tak elok untuk you nanti,” ujar Fatyma separuh memerli.
“Ya, I tahu dia ada suami. I cuma layan dia sebagai tetamu dan I hormat dia sebab dia lebih tua dari I. Hanya itu. Don’t get me wrong, puan sri. Apa yang jadi dalam bilik tu tadi, tak bermaksud apa-apa,” jelas Imran bersungguh.
“Really?” balas Fatyma sedikit sinis. Gelagat Imran dan wanita itu langsung tidak berkenan di matanya. Memualkan. Dia menjemput wanita itu atas urusan perniagaan. Tapi apa yang dapat diteka, Imran dan wanita itu seolah-olah tertarik antara satu sama lain.
“I tak suka nada you tu. Apa yang patut I buat? You sendiri pun sibuk dengan urusan you dengan lelaki tua tu. I rasa macam tunggul dalam bilik tu.”
“I dengan lelaki tua tu bercakap tentang business tanpa perlu bertepuk tampar, ketawa manja sehingga menarik perhatian orang lain. Imran, urusan peribadi you bukan hal I. I faham, Datin Liza tu memang pandai menarik perhatian sesetengah lelaki. Tapi sekurang-kurangnya jangan salah pilih waktu. Bukan waktu meeting penting macam ni. I tak suka dengan apa yang I pandang tadi,” tekan Fatyma bersungguh.
Imran ketawa perlahan sambil menggeleng kesal.
“Ada apa-apa yang lucu ke?” ucap Fatyma kurang senang dengan reaksi Imran.
“Tak. I rasa bodoh sangat. You anggap I begitu mudah tertarik dengan wanita yang I tahu dia dah ada suami? I ada pilihan lebih baik berbanding itu, puan sri. Daripada I jadi perampas isteri kawan baik ayah you. Lebih I beritahu Tan Sri Fahamin yang I nak pikat anak dia. Sekurang-kurangnya I tak rampas isteri sesiapa. Tak gitu, puan sri?”
Kata-kata Imran pantas membuatkan wajah Fatyma berubah. Dadanya disentak debar dalam diam. Buat sesaat dua dia terkaku memandang lelaki muda itu.
“You cantik malam ni. Datin Liza tak mampu tarik perhatian I. Bukan dia yang I pandang selama ni. I tak sebodoh itu,” tambah Imran lembut.
“I tegur tentang you dengan datin tu. Sekarang, kenapa I rasa topik ni macam dah jauh melencong? You cakap apa ni?” tukas Fatyma benar-benar tidak senang. Berani sungguh lelaki muda ini berkata begini kepadanya.
“Sebab hal I dengan datin tu tadi tak penting langsung untuk kita bahaskan panjang-panjang, puan sri. Dia langsung tak masuk dalam fikiran untuk I fikir. I sikitpun tak tertarik pada dia. Sebaliknya I lebih suka pandang perempuan depan mata I sekarang ni,” jawab Imran.
Fatyma terus terkaku dalam rasa terkejut. Entah kenapa lidahnya kehilangan bicara.
“I tahu I tak sepatutnya buat macam ni. I can’t stop thinking about you. I don’t know why. Tapi jantung I ni selalu berdegup kencang bila you ada dekat dengan I.”
“Enough! I’m done talking!” tegas Fatyma sudah mula memahami ke mana arahnya perbualan ini.
“Puan sri..” panggil Imran cuba menahan wanita itu dari berlalu.
“Imran, I takde apa-apa nak cakap lagi. I nak balik!” getus Fatyma tidak berani lagi mahu memanjangkan bicara tentang itu.
“You yang mulakan. Kemudian you larikan diri,” balas Imran sedikit kesal.
“You cakap apa ni??” meninggi suara Fatyma tiba-tiba.
Lelaki muda itu mengeluh perlahan. Entah. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukannya saat ini. Dia hanya mengikutkan kehendak hati. Dia tahu semua ini tidak seharusnya berlaku. Tetapi kuasa di tangan tidak cukup kuat untuk dia menahannya. Dia jatuh hati kepada seseorang yang tidak seharusnya.
“Kalau ini lebih mudah untuk you faham, I nak you dengar. I lebih suka pandang you daripada Datin Liza tu. I tahu you tak suka dengan apa yang I katakan ni. Tapi I tetap nak you tahu. I’m in love with you,” ujar Imran perlahan.
“You ni memang dah biul agaknya! I cakap pasal lain, you konar tempat lain,” getus Fatyma lantas membuka pintu kereta.
“I tak konar jauh pun. Paling tidak, bertembung dengan you jugak, puan sri. I lagi suka bertembung dengan you berbanding Datin Liza tu,” ucap Imran selamba.
“Jangan nak mengarut, Imran! Takde masalah, jangan cari masalah. I anggap takde apa-apa yang berlaku sekarang ni. I tak dengar apa-apa dari you. Dan I beri amaran, jangan timbulkan lagi soal ini depan I,” balas Fatyma serius. Baru sahaja dia pintu kereta ditariknya, Imran terlebih dahulu menolaknya sehingga tertutup. Kemudian tangannya sengaja ditahan pada pintu itu.
“Kalau I nekad jugak?” ucap Imran sambil memandang wanita itu. Fatyma terkaku menadah renungan sang lelaki. Entah kenapa dia terpana. Fikirannya tidak mampu menafsir apa-apa.
“You jangan salahkan I bila I jatuh cinta pada you. I bukan tunggul bila berdepan dengan perempuan cantik macam you. I ada perasaan. I tak boleh selamanya menipu diri sendiri. Curi pandang bila you lalai. I nak lebih dari itu. I nak you tahu apa yang ada dalam hati I sekarang ni,” ujar Imran lagi.
“Encik Imran, I harap you sedar apa yang you cakap ni,” balas Fatyma sedikit tajam.
“I sedar. Dan I juga sedar, bila hati I jatuh pada seorang perempuan, keadaan tu tak boleh ditarik semula. I nak dia beri perhatian pada I.”
“What?” desis Fatyma macam tidak percaya dengan apa yang diucapkan lelaki itu.
“I akan pikat you sampai dapat, puan sri. Sampai satu masa nanti you akan menjadi hak I.”
“Cukup! I tak nak dengar lagi. I nak balik!” tegas Fatyma lantas melarikan pandangannya dari lelaki itu. Darahnya terasa berdesir laju saat menatap pandangan lelaki muda itu.
“Okay.” Perlahan pintu kereta itu dibuka semula oleh Imran.
See you on Monday. Itupun kalau esok dan lusa I tak terima email pemecatan dari you sebab I cuba pikat bos I ni,” ujar Imran lagi.
Wanita itu langsung tidak memandang saat masuk ke dalam kereta. Imran terus berdiri di situ sehingga kereta itu berlalu. Namun seketika kemudian dia menghela nafas panjang sambil meraup wajahnya. Apa yang sudah dilakukannya sebentar tadi seolah mimpi.
“Apa kau dah buat ni, Imran. Kau tahu siapa perempuan tu? Dia bos kau!” marahnya kepada diri sendiri.

KENING Dalila berkerut melihat gelagat bosnya di dalam kamar. Tersenyum-senyum sendiri semenjak tadi.
“Dah kenapa dengan dia tu? Mabuk cintalah agaknya tu,” ucap Dalila seorang diri. Hairan. Sudahnya gadis itu mendekati kamar Imran. Lelaki itu kelihatan sedang menyanyi sendirian pula. Mahu tergelak Dalila mendengar lagu yang dinyanyi oleh bosnya.
Yeah, my momma she told me don’t worry about the size,
Coz boys they like a little more booty to hold at night.
“Ehemm..” Dalila sengaja berdehem dari tempat dia berdiri. Imran segera mengalihkan pandangan kepada Dalila.
“Ha! Ada apa?”
“Seronok nampak. Hari ni saya tak payah buat kerja ke, Encik Imran?” tanya Dalila.
“Apasal pulak?” balas Imran sedikit hairan.
“Encik langsung tak panggil saya hari ni. Asyik menyanyi aja dari tadi ada-ada apa ke?” jawab Dalila biasa.
“Oh. I happy hari ni. Takde apa-apa I nak susahkan you. Hari ni hari you bersenang lenang, Dalila.” Imran menyambut biasa.
Dalila ketawa perlahan. Semenjak bertugas di bawah arahan lelaki ini, dia selalu ketawa denga gelagat Imran. Bosnya seorang yang kelakar dan baik hati. “Okaylah kalau macam tu.”
“Eh! Sini kejap, Dalila.” Imran memanggil semula gadis itu. Dalila tidak jadi mahu berlalu. Dia masuk ke dalam kamar Imran.
“Emm.. I nak tanya sikit ni.”
“Sikit ke banyak ke. Tanya ajalah,” jawab Dalila selamba.
“You dah berkerja tiga tahun di sini, kan?”
“Ia. Jadi?” sambut Dalila masih tidak berjumpa dengan isi penting bicara bosnya itu.
“Err.. you ada dengar-dengar cerita tak? Kut-kut puan sri kita tu ada boyfreind.”
Spontan Dalila ketawa. “Boyfreind? Puan sri tu bukannya budak remaja umur 20 tahun, ada boyfreind ni semua, Encik Imran. Tak sesuai.”
“Maksud I, teman lelakilah. Kekasih! Bakal suami!” getus Imran bersungguh.
“Amboi. Sibuk nak tahu dia ada kekasih ke tidak. Ada makna ke ni? Yang tersengih-sengih aja tadi tu, pasal puan sri kita tu ke?” telah Dalila dengan sedikit senyum mengusik.
“You ni. I ni memang jenis caring. I ambil berat pasal dia. Salah ke?” jawab Imran cuba berlagak selamba.
“Kenapa you tak tanya aja dia sendiri?”
“Ish! You nak ke kehilangan bos charming macam I ni? Buatnya dia marah. Habis I, Dalila.”
“Dah tu encik Imran ingat saya tahu ke pasal tu? Saya bukannya rapat dengan puan sri. Tanyalah Melly,” ujar Dalila.
“Melly tu penyimpan rahsia puan sri. Kedekut! Tanya sikit pun tak boleh,” omel Imran macam tidak puas hati aja.
“Saya tak tahu pulak yang you ni suka mengambil berat tentang Puan Sri Fatyma. Melainkan kalau you ada niat nak pikat dia. You tak tanya tentang anak-anak dia. Tapi you sibuk nak tahu dia ada boyfreind ke tidak. Oh, saya nak bersangka baik ni. Soalan tu memang tak bermaksud apa-apa. Saja sibuk nak tahu. Tak gitu, Encik Imran?” perli Dalila sambil tersenyum gelihati.
Terkulat-kulat Imran melihat Dalila tersengih mengejeknya. “Dahlah. Sibuk aja kat sini,” getus lelaki itu geram.
“Encik yang panggil saya masuk ke sini.”
“Pergi sambung buat kerja sana. Bercakap dengan you ni tak mendatangkan hasil!” balas Imran geram.
“Sentap pulak. Saya cakap dengan puan sri yang encik tanya pasal dia, amacam?” giat Dalila.
Terbeliak mata Imran memandang gadis itu ketawa di hadapannya. “Jangan! Eh! Berani you ugut I ya? Mulut tempayan betullah dia ni.”
“Tahu takut..” ucap Dalila lantas menuju ke arah pintu. Sebelum berlalu dia menoleh semula.
“Puan Sri Fatyma tu jauh lebih tua dari encik. Saya rasa encik tahu, kan? Zaman sekarang usia memang tak menjadi halangan. Tetapi sesetengah orang suka mengambil kesempatan sebab dia tu kaya. Saya harap encik tak macam tu. Puan Sri Fatyma tu perempuan baik walaupun tak mesra alam. Semua staf sayang dia,” ucap Dalila lagi sebelum dia berlalu pergi.
Imran terus memandang sehingga bayang gadis itu menghilang. Sebahagian kata-kata Dalila memberi kesan ke hatinya.




BAB 5
TIDAK tentu arah wanita itu saat terpandangkan lelaki itu berjalan masuk ke cafe. Di benaknya masih teringat-ingat apa yang diluahkan Imran beberapa hari lalu. Semenjak itu serba tidak kena dia mahu berhadapan dengan Imran.
Melihat wanita itu hanya sendirian, Imran terus membelok ke arah meja Fatyma.
“Hai..” sapa Imran selamba.
“You nak apa?” balas Fatyma buat-buat tenang.
“Nak makan dengan you. May I?” ucap Imran dan tanpa menunggu jawapan Fatyma dia terus menarik kerusi yang selalunya diduduki oleh Melly. Tidak terkata Fatyma melihat keberanian lelaki itu. Sebuah helaan nafas dilepaskan tanda tidak selesa.
Buat seketika lelaki itu merenung tampang keruh di hadapannya itu. Dia tahu Fatyma tidak senang dengan kehadirannya.
“I perasan sehari dua ni you tak mahu bercakap dengan I. Tak mahu pandang I.” Kata-kata segera dimulakan Imran dalam nada tenang.
“I takde apa nak cakap dengan you,” jawab Fatyma sengaja memandang ke luar.
“Really? Atau you sengaja mengelak?”
Perlahan wanita itu mula mencari wajah Imran. “I tak selesa macam ni. Boleh tak kalau you berhenti buat I rasa serba salah dengan you?” ucap Fatyma sedikit tajam.
“Apa yang I buat sampai you perlu rasa serba salah. I cakap I jatuh cinta pada you. You terima cinta I. Jadi kekasih I. Habis cerita,” ujar Imran selamba. Semakin tajam pandangan Fatyma kepada lelaki di hadapannya itu. Senang aja dia bercakap!
Spontan Imran tersenyum pula. “Jangan pandang I macam tu. Makin cantik. I juga yang susah nak kawal diri, puan sri.”
“Apa sebenarnya yang you nak dari I ni, Imran?”
Lelaki itu mula menghela nafas perlahan. “I tak tahu kenapa I jadi macam ni. I tak bohong tentang apa yang I cakap malam tu. I’m so sorry. Memang I nak sesuatu dari you. Tapi I takut you hampakan I,” ujar Imran rendah.
“You nak apa sebenarnya?”
“I jadi sebahagian dari hidup you.”
Perlahan Fatyma ketawa sinis sambil menggeleng. “Beberapa bulan yang dulu, you datang jumpa I minta kerja. I beri you peluang pikul amanah yang besar dalam syarikat ni. Hari ni you duduk depan I, cuba pikat I? Seriously? You ingat I mudah percaya ke?” ujar Fatyma tajam.
Kali itu Imran diam dan menunduk sedikit. Sambil itu fikirannya mencari kata-kata yang lebih sesuai untuk diluahkan.
“Lupakan semua ni. I tak kuasa nak layan hal-hal macam ni. I bagi you peluang terakhir, Imran. Kalau tidak..”
Imran segera memintas. “You boleh pecat I sekarang. Tapi I akan terus cari you.”
“You ni memang dah gilalah!” getus Fatyma lantas mencapai beg tangannya.
“Puan sri, please!” Imran segera bangun menahan wanita itu berlalu. Sempat juga matanya memandang sekeliling. Bimbang orang lain melihat ketegangan antara dia dan wanita ini.
“I tahu I tak layak. I bukannya tan sri tua kaya yang setaraf dengan you. I orang kampung aja..”
“Stop that! Ayat tu tak laku di telinga I ni,” sanggah Fatyma sebelum Imran sempat habis bercakap.
“I nak selalu dekat dengan you. I tahu ini memang gila. Tapi..” Imran menghela nafas perlahan untuk mencari kekuatan. Biarlah dia berterus terang sahaja daripada menyeksa diri memendam perasaan saban hari.
“I betul-betul sukakan you, puan sri.”
Giliran Fatyma pula menghela nafas perlahan. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia dirayu oleh seorang lelaki muda. Suami orang? Itu sudah biasa. Tapi lelaki di hadapannya ini memang luar biasa!
“I dah jatuh cinta pada you, puan sri. Please help me,” ujar Imran lagi.
“You nak I buat apa sekarang ni? Terima you jadi kekasih? Kahwin dengan you kemudian hidup bersama happily ever after? Macam tu ke?” perli Fatyma jengkel.
“I tak kata macam tu. You yang kata. Kalau you nak macam tu, I lagi suka.” Spontan Imran menyeringai pula. Fatyma mendengus tidak terhibur dengan jenaka itu.
Look. Kenapa you bina tembok terlalu tinggi sampai orang lain susah nak dekati you?” ujar Imran lagi dalam pada Fatyma membisu.
“Nampaknya tembok yang I bina selama ni tak cukup tinggi untuk you,” jawab Fatyma sengaja membiarkan soalan Imran tidak berjawab.
“Jangan salahkan I. Single mother yang cantik macam you ni takkan terlepas dari pandangan lelaki macam I biar setinggi mana tembok you bina selama ni. Lainlah kalau you isteri orang,” jawab Imran selamba.
“Crazy!” desis Fatyma terus jengkel dengan lelaki di hadapannya itu.
“Yes, memang I gilakan you. I can see a booty inside you, puan sri. True. No. No. Maksud I, beauty.”
Tersentak Fatyma macam terkena renjatan eletrik.“Excuse me?You can see what?? Booty?” ucap Fatyma benar-benar jengkel dengan apa yang sempat didengarinya tadi.
Seperti mahu kering darahnya memandang wanita itu. “No! I kata beauty. Beauty! Biar I ejakan untuk you ya? I tersasul tadi,” tegas Imran kalut.
“That’s enough! I tak tahulah apa yang ada dalam otak you sekarang ni. Sakit kepala I bercakap dengan you,” tegas Fatyma semakin meluap-luap rasa bencinya kepada lelaki muda itu.
“I tak bermaksud nak kurang ajar dengan you, puan sri. I tersasul. Alamak! Tak kahwin sampai tualah aku macam ni,” getus Imran semakin tidak keruan dipanah pandangan tajam Fatyma.
“Carilah orang lain yang suka lelaki gatal macam you ni!” Spontan Fatyma bangun mencapai beg tangannya. Kali itu Imran hanya mampu memandang sambil terkulat-kulat.
“Yang aku pergi sebut booty tadi nak buat apa! Itulah! Jangan nyanyi lagu minah size dua tu lagi. Kan dah tersasul,” gerutu Imran seorang diri. Inilah akibatnya kalau kerap benar mendengar lagu si Meghan Trainor. Beauty pun boleh jadi booty!

Dome Cafe, Bangsar.
“Abang Im!!!” hampir sahaja gadis itu mahu menggelupur akibat terlampau seronok ketemu Imran di situ.
“Mira?” tegur Imran agak terkejut.
“Ya Allah. Tak sangkanya jumpa abang kat sini. Lama Mira tak jumpa abang Im dengan mak ngah Milah. Abang Im apa khabar?”
“Biasa aja. Mira buat apa kat sini?” jawab Imran sambil tersenyum.
“Mira tunggu member. Janji nak dinner sekali. Dia belum sampai. Abang Im dah nak balik ke?”
“Baru nak singgah. Jom sekali? Nanti ajaklah kawan tu join sekali,” pelawa Imran senang.
“Okay,” sambut Amira terus setuju.
Mereka berdua mengambil tempat di pertengahan cafe. Malam itu restoran itu agak lengang tanpa pengujung. Selesa buat mereka.
“Kenapa lama tak balik kampung? Mak selalu aja sebut-sebut pasal abang dengan Mak ngah Milah. Rindu tau. Semenjak pak ngah takde, dah tak seronok. Raya pun kita jarang jumpa,” ujar gadis itu.
Imran menghela nafas perlahan. “Lepas abah meninggal, abang masuk universiti. Mak tinggal seorang. Dia takde masa. Kena uruskan kebun lagi. Sekarang ni aja baru dia senang sikit. Dah upah pekerja ladang,” cerita Imran lembut.
“Mira faham. Kita dah lama tak contact. Rindulah..” ucap gadis itu ceria.
“Mira buat apa sekarang?” tanya Imran tentang gadis itu pula.
“Mira belum habis studi lagi.”
“Amboi. Belum habis studi tapi makan kat Dome. Banyak duit?” usik Imran lantas tersenyum mengusik.
“Ops! Jangan salah faham. Malam ni ada orang nak belanja.” Gadis itu mula tersengih-sengih di hadapan Imran.
“Lelaki?” teka Imran.
“Ei! Tak mainlah dating kat Dome. Apa barang?” Amira terus tergelak di hadapan abang sepupunya itu.
Sementara menanti teman Amira tiba, mereka terus berbual. Semakin seronok Imran melayan gadis itu bercerita tentang keluarga mereka. Sehingga dia tidak sedar, seseorang telah ternampak dia di situ.

“Kita tak boleh jual apa-apa aset. I tak suka dengan idea you ni, Razak.”
Imran di sebelah lelaki itu mula tersenyum sendiri. Tipikal. Ada tanah asyik fikir mahu jual. Jenis manusia mahu cepat kaya.
“Sekurang-kurangnya kita boleh bincangkan dengan board director. Tanah tu nilainya tak besar. Tawaran tu terlalu tinggi dari nilainya. Rugi kalau kita lepaskan peluang ni, puan sri. Kedudukan tanah tu tak sesuai untuk pembangunan.”
Fatyma terus menggeleng. “Walaupun tanah tu tak bernilai, I tetap tak setuju. Board director pun takkan setuju. Tanah tu Tan Sri Rafi yang beli lebih sepuluh tahun dulu. Dia takkan beli tanah tu kalau tanah tu takde gunanya pada kita. Takkan kita takde idea langsung sampai perlu jual aset? You ingat senang nak beli tanah?”
“I faham. Daerah Kinta jauh dari bandar. Apa yang boleh kita buat di ceruk kampung tu? I tak faham kenapa kita nak simpan harta yang tiada nilai.”
“Maaf, kalau boleh saya mencelah.” Imran tiba-tiba bersuara.
Fatyma mula memandang lelaki itu.
“Tanah tu ada nilai. Memang kedudukannya agak tidak sesuai untuk pembangunan. Tapi untuk perladangan mungkin sesuai. Negeri Perak negeri pertanian. Memang aneh kalau kita bercadang nak bina menara berkembar di kedudukan tanah tu. Tanah tu cukup luas untuk projek perladangan,” ucap Imran.
Razak ketawa sinis dengan idea lelaki muda itu. “What? You ingat kita ni petani ke? Come on, Encik Imran. Kita ni developer. Kita bina rumah kita jual. Kita buat shopping complex untuk orang ramai.”
Imran mula menoleh sekilas ke sebelahnya. Tawa lelaki itu dipandang hairan. Apa yang lucu benar dengan kata-katanya tadi?
“Sektor perladangan takkan mati, Puan Sri. Kita ada tanah kosong. Idea yang paling bernas ialah jual. Hanya itu? Kita kat sini mencari idea untuk mengukuhkan operasi syarikat.”
“Tapi sekurang-kurangnya hasil jualan tanah tu mampu membawa masuk tunai ke dalam akaun syarikat!” tegas Razak tidak sependapat dengan pengurus besar itu.
“Untuk jangka masa pendek? You sendiri tahu kita susah nak dapat projek besar sekarang. Tak tahu berapa lama kita boleh survive dengan keadaan sekarang kalau kita tak usaha cari jalan lain,” balas Imran selamba.
“So you ada idea yang lebih menarik selain daripada tanam pokok tu? You masih baru dalam dunia business, Imran. You fikir nak beralih sektor ni semudah bercakap ke? Kita terpaksa tanggung kos besar! Daripada tanah tu terbiar begitu saja. Lebih baik kita jual. Takde siapa nak buat pembangunan di tempat jin bertendang tu.”
“I rasa itu budak tadika pun tahu. Tapi lebih baik kita mati mencuba daripada kita ambil jalan pintas, Encik Razak. You rasa sebab apa ada pembeli sanggup tawarkan harga yang tinggi untuk dapatkan tanah tu? Saja-saja?” ujar Imran biasa.
Fatyma sekadar mendengar perbalahan dua lelaki di hadapannya itu. Ada benar juga kata-kata Razak. Dan cadangan Imran juga kurang menarik minatnya.
“Puan sri, Mahawangsa Group tawarkan 40 million untuk dapatkan tanah tu. Ini peluang keemasan.”
“Enough. I putuskan tanah tu tak boleh dijual!” Fatyma memintas tanda tidak ingin mendengar lagi idea yang sama.
Razak mula menghela nafas panjang. “Well. Let me know if you change your mind,” ucap Razak lantas bangun dari situ. Kesal kerana ideanya tidak diterima. Tanpa meminta diri dia terus berlalu dari kamar itu.
Sepeninggalan Razak, Fatyma memandang Imran yang masih terperuk di kerusinya.
“I setuju dengan sebahagian kata-kata Razak tadi. Beralih sektor bukan sesuatu yang senang. Mesti ada kepakaran. Dan melibatkan kos yang besar.”
“Mungkin kita perlu tunggu. Pembangunan akan datang perlahan-lahan. Nilai hartanah akan naik. Syarikat bukannya sedang tenat sekarang. Apa perlunya kita jual aset tu?”
Fatyma diam seketika. Helaian kertas di atas meja itu diselak sekali sekala.
“I dah lama tak ke sana. I tak tahu jalan dan I tak ingat lokasinya di mana,” luah Fatyma perlahan.
Imran terkebil-kebil memandang wajah wanita itu. “Maksudnya?”
“I tak mahu tunggu sehingga kewangan syarikat jadi tenat baru nak bertindak. Masa tu emas, Imran. I rasa you tahu apa yang perlu dibuat. I nak you tunjukkan I di mana lokasi sebenar tanah tu. Kemudian I akan pertimbangkan. It’s your turn,” putus wanita itu lembut.
Spontan Imran melekapkan tangan ke bibirnya lalu dilepaskan ciuman terbang kepada wanita itu. Tanpa kata dia bangun dengan penih rasa senang di hati. Fatyma hanya mampu menggeleng dengan gelagat lelaki itu. Nakal!



BAB 6
Tower Regency Hotel, Ipoh. Jam 10 pagi.
“Hai..” sapa Imran saat terpandangkan kehadiran Melly dan Fatyma di lobi hotel itu.
“Hai..” Melly menjawab mewakili mereka berdua.
Mata Imran masih terpasak kukuh kepada wanita seorang itu. Hari ini Puan Sri Fatyma mengenakan seluar panjang dengan blaus longgar. Fatyma pula sibuk mencari sesuatu dari dalam beg tangannya tidak mempedulikan sapaan Imran. Langsung tidak perasan renungan lelaki itu. Sebaik sahaja mendapat telefon, skrin telefon itu ditekan-tekan.
“Kita pergi sekali?” tanya Imran.
Fatyma mengangguk sambil melekapkan telefon ke telinga. “You kat mana? I dah ada kat lobi,” ucapnya melalui telefon itu. Kemudian dia berdiam.
“Okay. Cepat sikit.”
“Naik kereta I pun boleh, puan sri. Kereta I kat depan tu aja,” pelawa Imran. Walaupun tidaklah semewah kereta wanita itu, sekurang-kurangnya tayar tetap empat dan ada tempat duduk.
“Takpe. Tunggu driver sekejap,” putus Fatyma lantas berjalan ke hadapan.
“Takut kena duduk sebelah I ke? I tak makan orang,” ucap Imran sengaja membiarkan wanita itu terdengar. Namun Fatyma sekadar buat tidak tahu.
“Kereta you sempit. Nanti tergesel,” sambut Melly lantas menekup mulut, menahan tawa. Fatyma pantas menoleh ke belakang. Melly lekas-lekas mengawal reaksinya saat dipanah pandangan tajam bosnya.
“Maaf, puan sri. Lambat sikit,” ucap Husin sebaik sahaja tiba di hadapan Fatyma.
“Baru bangun tidur ke?” perli Fatyma sebelum masuk ke dalam kereta itu.
Namun lelaki itu sekadar menyengih sambil menggaru kepala. Dia tidur lambat semalam. Letih benar memandu dari Kuala Lumpur ke situ. Imran sempat tersenyum kepada pemandu Fatyma sebelum bergerak untuk masuk. Namun dia berlaga pula dengan Melly.
“Eh! You duduk depanlah. I duduk belakang! Takkan you nak duduk dengan puan sri?” getus Melly geram.
“I pun nak duduk belakang! Ingat you aja nak duduk sebelah bos? I pun teringin,” balas Imran selamba.
“Banyak cakap sangat, you berdua jalan kaki!” marah Fatyma dari dalam kereta.
Sudahnya Imran mengambil ruang di sebelah pemandu sementara Melly di belakang bersama bosnya. Destinasi pertama mereka pagi itu adalah pejabat tanah pekan Batu Gajah hanya sekitar sejam lebih perjalanan. Mereka bertemu seorang lelaki bernama Jali di perkarangan pejabat itu.
“Kenalkan. Ini bos saya. Puan Sri Fatyma Zahra.”
“Apa khabar, puan sri?” sapa Jali sopan.
“Khabar baik.”
“Kita gerak sekarang ya?” ucap Jali kepada semua manusia yang memandangnya. Imran memandang Fatyma untuk meminta jawapan. Wanita itu sekadar mengangguk.
“Encik ikut kereta saya,” ucap lelaki itu lantas berjalan menuju ke keretanya.
Pemanduan Husin seterusnya menuju ke daerah Kinta. Sepanjang jalan hanya diapit oleh ladang getah lama dan belukar. Semakin lama jalan yang dilalui semakin sempit. Fatyma ralik memandang ke luar. Seterusnya kereta yang dinaiki mereka berhenti setelah kereta di hadapan juga berhenti.
“Kat sini tempatnya. I dah datang dengan Jali semalam,” ucap Imran sambil memandang ke belakang.
Fatyma menolak pintu untuk keluar. Kawasan sekitar dipandang sekejap sahaja. Terlalu terpencil tempat ini. Di seberang jalan hanya ada belukar, tasik yang sudah lama terbiar dan bukit bukau. Boleh dikira berapa buah kenderaan lalu lalang semenjak mereka mula melalui jalan kecil ini.
“Sempadan tanah ni dari hujung sana, sepanjang jalan ni sampailah ke satu simpang kecil di hadapan sana. Jauh jugaklah kalau nak jalan kaki,” ucap Imran sambil kaca mata hitamnya ditanggalkan.
Fatyma sekadar memandang sekilas arah yang ditunjukkan Imran. Tiada apa yang menarik mahu dipandang. Hanya ada belukar tebal di hadapan matanya. Lelaki bernama Jali itu mula mendekati mereka.
“Belum pernah diteroka lagi, puan sri. Tak mustahil akan ada peneroka haram akan teroka tanah ni nanti. Dah lama terbiar begitu aja. Tanah ni sesuai untuk pertanian. Tanah subur,” ujar lelaki itu tanpa disuruh.
Fatyma tidak menjawab. Saat dia berpaling ke seberang jalan, dia terlihat ada projek tanaman sawit agak jauh dari situ.
“Patutlah Rafi beli tanah ni,” gumam wanita itu seorang diri. Namun kata-kata itu sempat menyapa pendengaran Imran. Wanita itu sekadar dipandang.
“Ladang sawit tu. Milik siapa? You tahu?” tanya Fatyma kepada pegawai dari pejabat tanah itu.
Jali berpaling ke arah kawasan yang ditunjukkan wanita itu. “Kalau tak silap Mahawangsa Group. Mereka dah mula teroka tanah di daerah ini. Ladang mereka ada banyak di Teluk Intan dan Bidor. Mahawangsa Group dah buka dua kilang di Perak.”
“No wonder dia nak beli sangat tanah ni,” ujar Fatyma perlahan.
Imran mengangguk setuju dengan pendapat Fatyma. “Sesuai untuk projek tanaman sawit. Seratus hektar bukan senang nak dapat,” komen Imran.
“Tambah pula kawasan ni bukan kawasan banjir. Tanah tinggi. Sebab tu syarikat luar nak sangat tanah ni. Tapi tak senang nak dapat. Kebanyakannya tanah rizab,” tokok Jali pula.
“Well. Terima kasih banyak untuk infomasi tu, Encik Jali.”
“Tak perlu terima kasih. Ini memang tugas saya, puan sri.” Jali tersenyum kepada wanita itu.
Selesai urusannya, pegawai itu berlalu dari situ. Tinggal mereka berempat.
“So, jadi ke nak jual tanah ni?” tanya Imran sekadar mahu mengisi suasana di situ. Bosan mendengar bunyi unggas. Cuaca panas membuatkan dia mula terasa rimas.
Fatyma sekadar termenung sendiri tanpa menjawab pertanyaan Imran. Juga tiada tanda-tanda mahu beredar dari situ. Imran mula bersandar ke kereta, bersebelahan dengan Melly.
“Dia memang suka buat macam tu?” ucap Imran perlahan.
“Buat apa?” balas Melly tidak mengerti.
“Buat tak tahu. Tak suka pandang I.”
Melly sudah mula menyengih. Ada sesuatu sedang difahaminya. “Kenapa you nak dia pandang you?” usik Melly.
“Bos you cantiklah hari ni. I bercadang nak mengurat dia sampai dapat.” Imran sempat mengerling wanita itu sambil menjawab.
“Shhtt! Istilah mengurat tu pantang besar. Dia tak suka. Daripada you ada peluang, terus jadi zero!” balas Melly amat perlahan.
“I tak peduli. I culik dia bawa lari pergi siam. Nikah kat siam. Honeymoon kat Bangkok,” bisik Imran lagi.
Melly terus ketawa. Kelakar juga lelaki itu rupanya. “You ni naughty betullah, Encik Imran.” Melly terus tergelak-gelak. Seronok melayan lelaki itu berbual tentang Fatyma.
“Bos you single. Tapi sombong dengan I. I bercakap dengan dia selalu tak mahu layan. Kesian I,” ucap Imran sambil membuat muda sedih.
No. You dah salah. Puan Sri tu baik sangat. Mana ada sombong. You yang tak pandai ambil hati dia,” ucap Melly dalam bisikan.
“Betul ke? Nampaknya I kena berusaha dengan lebih keras lagi,” sambut Imran semakin bersemangat.
Sedang dua manusia itu berbisik, tiba-tiba Fatyma menoleh. Hairan dia melihat gelagat aneh dua manusia itu.
What?” Fatyma mengerut kening melihat Imran merenung lama kepadanya. Macam ada manusia sedang mengumpat dia saja.
“Takde apa. Emm.. Susah nak nampak you pakai seluar panjang macam hari ni, puan sri. Nampak ranggi. Macam awek-awek gitu. I suka,” ujar Imran lantas menyengih.
“You serius sikit, boleh tak? Tak nampak panas sekarang ni?” ujar Fatyma lantas menggeleng.
“I pun panas juga. Tengok you, lagilah panas.”
Terbeliak mata Melly mendengar ucapan selamba lelaki itu. Seriau dia melihat Fatyma kembali menoleh kepada Imran dengan pandangan tajam.
“Apa you cakap tadi, Encik Imran?”
“Ma.. maksud I.. I lagi panas dari you. You pakai tudung. Ada pelindung. I takde pelindung pun sebab I tak pakai tudung. Beruntung orang perempuan ni. I ambil payung ya, puan sri? Tunggu sekejap.” Cepat-cepat Imran berjalan menuju ke belakang kereta. Sambil itu mulutnya ditampar-tampar.
“Bengap kau, Imran! Apa kau cakap tadi??? Behave sikit!” getus Imran seorang diri.
“Let’s get out from here. I rasa tak selamat kat sini dengan you, Encik Imran!” getus Fatyma sambil menjeling lelaki muda itu. Melly cepat-cepat menekup mulut. Bimbang tawanya terlepas. Imran tidak jadi mahu mencari payung.  
“Sampai hati you cakap macam tu pada I, puan sri. You ingat I ni jahat sangat ke? I ni lelaki sejati. Demi you, walaupun hanya seekor nyamuk gigit you, habis hutan ni I bakar. Biar dia menyesal gigit kulit you yang mulus tu. Nampak tak betapa caringnya I ni?”
Tersembur gelak Melly mendengar kata-kata lelaki itu. Fatyma sekadar mengerling. Malas mahu memanjangkan hal itu. Namun melihat wajah lugu Imran terdetik satu rasa di dalam dirinya. Rasa nak lempang laju-laju. Geram!

Mereka tiba semula di hotel saat jam sudah mencecah ke angka dua petang. Fatyma mengajak kakitangannya makan tengahari bersamanya. Dari sekadar perbualan biasa tanpa sedar urusan mereka di meja itu menjadi semakin serius. Buah fikiran Imran benar-benar menarik perhatian Fatyma.
“Mana you tahu semua ni, Encik Imran?” tanya Fatyma tanpa dapat melarikan bola matanya dari wajah lelaki itu. Kagum dengan pengetahuan lelaki muda itu tentang sektor pertanian.
“I anak petani, puan sri. Tanah diwarisi dari arwah datuk, juga seorang pekebun. Turun temurun,” jawab Imran dengan sedikit senyuman.
“Tapi you tak?”
“Meaning?” kening lelaki itu berkerut sedikit.
“You kerja dengan I. You bukan petani,” ucap Fatyma.
“I nakkan kelainan. Cukuplah masa sekolah dulu I terpaksa pergi kebun dengan mak I. I lebih suka kerja dalam ofis. Ada bos cantik. Boleh pandang hari-hari.”
Tertegun Fatyma mendengar dua ayat terakhir Imran itu. “Bos cantik?” soal Fatyma. Imran terkedu seketika.
“Err.. ayat yang last tu abaikan. Tak penting.” Kali itu dia buat-buat serius pula.
Fatyma mula menghela nafas perlahan. Ada saja karutan keluar dari mulut Imran. “Idea you menarik. Cuma, kita perlukan masa untuk laksanakan. I tak mahu cuba-cuba. Sama ada you pastikan projek ni berjaya. Atau I ikut cadangan Razak. Razak tak percaya pada kemampuan you. Tapi pandangan I lain. Tak semestinya orang lama lebih bijak membuat keputusan. This time, you’re up!” ujar Fatyma seketika kemudian.
Imran kembali tersenyum mendengar kata-kata wanita itu. Di hadapan matanya dia terlihat peluang sedang terbentang luas untuk dia membuktikan keupayaan dirinya.
“Thank you,” ucap Imran lembut. Tanpa dapat ditahan dua bola matanya merayap lunak di wajah wanita itu.
“You tak perlu berterima kasih. Itu memang kerja you,” balas Fatyma biasa. Namun entah bagaimana ada sejenis rasa membuai hatinya saat pandangan mata mereka bersatu. Renungan seperti itu tidak seharusnya diberikan oleh seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya. Apatah lagi pekerjanya. Dalam ketenangan yang dibuat-buat, dia resah entah kenapa. Bimbang benar hatinya terusik dengan raut tampan di hadapan matanya.
“Excuse me. I nak pergi surau sekejap,” ucap Fatyma tiba-tiba.
Imran ikut bangun. “I pun nak pergi surau.”
Fatyma berjalan di hadapan sementara lelaki itu selangkah ketinggalan darinya.
You know what, I akan cari ruang yang sesuai untuk I wujud di situ, Puan Sri Fatyma. I akan selalu ada di situ.”
Fatyma menoleh dalam pada langkahnya mula perlahan. “Imran, enough!”
Imran tersenyum merenung tampang wanita itu. “Selama ni, I tak pernah jumpa seseorang yang begitu susah untuk dilupakan. Seseorang yang mudah mencuri perhatian orang lain walaupun dia tak banyak berkata-kata. I suka tengok dia. Dia istimewa dengan cara dia sendiri.”
Fatyma mula menghela nafas perlahan. Lelaki ini memang jenis tidak reti bahasa!
“I tak tahulah apa yang istimewanya pada I ni yang you suka sangat,” komen Fatyma perlahan.
“You ada semuanya yang diharapkan oleh seorang wanita. Itu dah cukup istimewa untuk I, puan sri. Dalam usia macam ni you ada kecantikan sebagai wanita yang matang,” jelas Imran cukup lembut.
Fatyma terus mengalihkan pandangan kepada lelaki itu. Lama matanya terpasak di wajah itu. Di sebalik wajah yang tampan, lelaki ini sememangnya pandai bermain kata-kata. Tanpa kata Fatyma terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Namun sepanjang perjalanan itu fikirannya terus terawang-awang sendiri.

“Husin mana?” soal Fatyma sambil membelek jam tangannya.
“Belum sampai. Tadi dia kata dia pergi surau dengan Encik Imran,” jawab Melly.
Buat seminit dua mereka berdua bisu di situ. Namun fikiran Fatyma masih berkisah tentang lelaki muda itu.
“I nampak you baik dengan Imran,” ucap Fatyma tiba-tiba.
“Tak boleh ke?” balas Melly pantas.
Fatyma diam semula. Ya tak ya juga. Salah ke kalau Melly dan Imran berbaik antara satu sama lain? Namun sebenarnya ada sesuatu tentang lelaki itu yang dia ingin tahu benar. Tetapi untuk bertanya sendiri, mati hidup semula pun memang dia tidak akan tanya. Malu!
"Dia cakap apa dengan you sebelum ni? I tahu dia ada cakap sesuatu dengan you."
"Cakap apa? Sumpah takde cakap apa-apa, puan Sri!" Bola mata Melly membesar, cuba menegaskan kejujuran yang dicipta.
Spontan pandangan Fatyma mengecil kepada gadis itu. "I cuma tanya. Yang you takut sangat ni kenapa? Ada apa-apa yang you sembunyikan dari I ke?" Telah wanita itu mudah.
Terbeliak mata Melly memandang bosnya. "Mana ada. I tak tahu apa-apa."
Fatyma menjeling sekilas. "Kalau I dapat tahu you bersekongkol dengan dia, buka hal peribadi I pada dia. I tahu nak buat apa, Melly." Sedikit ugutan itu diberikan Fatyma sekadar mahu gadis itu berlaku jujur dengannya.
"No. No. I tak bersekongkol dengan dia. Dia cuma cakap nak pikat you. I tak mahu campur."
Mencerun mata Fatyma mendengar itu. "Tak mahu campur konon. Bukannya I tak tahu you dengan dia baik semacam. Yang tergelak-gelak tadi tu apa?" bebel Fatyma.
"I.. I.. Dia cuma tanya pasal you," jawab Melly sedikit teragak-agak. Bimbang kemarahan wanita itu mendadak naik.
"Jadi you jawablah?"
"Dia tu handsome! I can't control myself," ucap Melly bersungguh.
"You ni, Melly..." Terdiam Fatyma serta merta. Kedatangan Imran segera terkesan di matanya.
"Jangan cakap apa-apa dengan dia." Pesan Fatyma sebelum lelaki muda itu tiba di meja itu.
"Tapi I rasa I dah terbocorkan rahsia dia." Melly membalas rendah. Pantas dia menoleh ke sebelah. Imran sedang menarik kerusi sambil memandang kepadanya.
"Rahsia apa?" Tanya Imran pantas.
Fatyma segera menajamkan pandangan kepada gadis itu sebagai amaran. Terkulat-kulat Melly dibuatnya. Serba salah.
"Kalau you pandang I macam tu, nescaya I akan termimpi-mimpikan you, puan sri. Tapi bila you pandang Melly begitu, I tahu you dan Melly bercakap tentang I sebelum ni." Imran berkata selamba.
"I ada banyak kerja lain selain daripada bercakap tentang you!"
"Really?" Balas Imran lantas memandang Melly pula.
"Control yourself, young lady!" Fatyma mencelah segera sebelum gadis itu memberanikan diri membuka rahsia mereka tadi.
"I sedang cuba ni, puan sri.." Melly segera menunduk.
Imran mula mengerut kening. Macam ada apa-apa antara dua wanita itu. Namun renungan Imran lebih terpasak lama kepada Fatyma.
“I tak selalu curiga dengan seseorang. Tapi you..” Imran tersenyum santai merenung wajah bosnya itu.
“Kenapa dengan I?” balas Fatyma cuba berlagak biasa. Sedaya upaya wajah dengan senyum santai itu tidak dipandang.
“You bercakap tentang I tadi, kan?”
“So?” Fatyma mengerling lelaki itu sekilas.
“I suka, puan sri. I tahu you tak suka bercakap tentang lelaki selama ni. You rasa apa yang I katakan tadi tu penting untuk you ingat?” jelas Imran agak perlahan.
Terdiam Fatyma mendengar kata-kata lelaki itu. Langsung tidak malu biarpun Melly ada di antara mereka. Namun wanita itu langsung tidak sedar, renungan lelaki itu dibalasnya dalam pada dia cuba mencerna apa yang sedang berlaku antara dia dan lelaki muda itu. Ya, kenapa dia sibuk nak tahu apa yang Imran dan Melly bualkan tentang dirinya sebelum ini? Pentingkah untuk dia tahu?
“Let’s go, Melly!” ajak Fatyma sebaik sahaja terpandangkan kehadiran Husin sebagai penyelamat keadaan.
“Where are you going?” tanya Imran pantas.
“Naik atas, balas Fatyma lantas mencapai beg tangannya.
“Puan Sri..” Imran sempat memanggil sebelum wanita itu menjauh. Peluang semakin terbuka luas tatkala Melly terus berlalu ke arah Husin di luar restoran itu.
Fatyma sekadar memandang lelaki itu sekilas. Tidak berani mahu bertentang mata lagi. “Ada apa lagi?”
“Dinner dengan I malam ni?”
“You mengarut apa ni?” tekan Fatyma dalam nada tertahan.
“I tak main-main. I tahu apa yang I minta sekarang,” ucap Imran bersungguh.
“Stop it, Imran! You sedar tak apa you buat ni?” bentak Fatyma semakin tidak keruan.
“Listen..”
No. You listen to me! I biarkan you dekat dengan I bukan untuk wujudkan hubungan cinta. Fikir baik-baik apa yang you katakan tadi. I ni mak orang! Dengan lelaki semuda you? Tak mungkin, Imran! Jadi tolong jangan sulitkan keadaan I. I tak mahu timbul masalah yang tak sepatutnya,” tegas Fatyma benar-benar tidak senang dengan apa yang sedang berlaku saat ini.
Imran tidak menjawab. Wajahnya diraup perlahan. Kata-kata itu sudah diagaknya.
Fatyma terus berlalu dari situ. Kesal. Tanpa sengaja dia sudah pun membuka pintu kepada masalah yang paling dia tidak mahu.


BAB 7
“PUAN SRI, you betul ke tak mahu swimming?”
“Jangan nak mengarut, Melly. Ini semua dah tak sesuai untuk I,” jawab Fatyma sambil menggeleng sendiri. Ada ke diajaknya dia berenang sekali dengan baju renang terbonggeng sana sini? Tidak sesuai!
“Rugi tau. Mana tahu ada jejaka handsome jumpa kita kat situ,” ucap Melly lantas ketawa seronok.
Fatyma hanya menjeling meluat. Umur seusia dia apa nak dihairankan dengan jejaka kacak. Lainlah Melly.
“I temankan you. Bosan duduk atas ni,” ucap Fatyma kemudian.
Di kawasan kolam renang masih lengang. Ruangan beriadah itu baru sahaja dibuka untuk kegunaan penginap hotel. Fatyma sekadar mengambil tempat di tepi kolam itu. Melly terus dengan aktiviti kegemarannya. Di kawasan kolam renang itu hanya ada seorang pengunjung lelaki bersama pasangannya. Manakala di kolam renang kecil di hujung sana, seorang lelaki sedang duduk di tebing kolam melayan dua kanak-kanak lelaki. Dan seorang lelaki lain duduk santai di kerusi memerhati gelagat dua kanak-kanak itu.
Fatyma termenung sendiri memerhatikan Melly bebas berenang sendirian. Kemudian dia memandang persekitaran pula. Secara tidak sangaja pandangannya terpasak kepada lelaki dewasa yang sedang menyempit di dalam kolam kanak-kanak bersama dua kanak-kanak lelaki. Mata Fatyma mula mencerun memandang saat terpandangkan sisi wajah lelaki itu. Kalau tidak silap dia itu Imran!
“Anak siapa pulak tu? Takkan dia ada anak?” tanya Fatyma sendiri. Tidak tertahan rasa mahu tahu Fatyma memanggil Melly.
“What?” Melly mula berenang mendekati tebing.
“Itu Imran, kan?” Fatyma memuncungkan bibirnya ke arah kolam sebelah. Pantas Melly ikut memandang.
“Betullah. Dia buat apa kat dalam kolam tu? Situ bukan untuk budak-budak ke?” tanya Melly benar-benar hairan. Fatyma hanya memandang tanpa menjawab.
“I nak pergi sana,” ucap Melly akhirnya.
“Eh! Nanti dulu. Melly! Tak perlulah ramah sangat!” getus Fatyma mula tidak senang. Dan si Melly pun dengan selambanya melaung agar Imran sedar akan mereka di situ. Pantas lelaki itu menoleh mencari orang yang memanggil.
“Sinilah!” ajak Melly sambil melambai. Spontan Imran terus keluar dari kolam kecil itu. tubuhnya dihumban pula masuk ke kolam sebelah. Fatyma hanya mampu menggeleng dengan gelagat lelaki itu.
“Puan sri kesayangan I mana?” tanya Imran kepada Melly.
“Tu..” spontan mulut Melly termuncung ke arah tempat duduk Fatyma.
Oh my goodness! Jiwa I ni tak boleh tahan melihat wanita secantik itu duduk sendirian. I nak pergi mengurat dia sekejap ya?” ucap Imran selamba. Melly sekadar ketawa mendengar lelucon lelaki itu.
“Hai, sayang..” sapa Imran sambil menyengih.
Pandangan Fatyma mula mencerun tajam kepada lelaki itu. Berani sekali Imran memanggil dia begitu. Tiba-tiba Imran memaut tebing untuk naik. Tidak tentu arah Fatyma melihat Imran mula mendekatinya. Malu rasanya mahu memandang lelaki itu sekadar dengan seluar pendek renang tanpa berbaju. Dan tanpa dipelawa Imran duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan tempat duduk Fatyma.
“Ini towel you ke?” tanya Imran setelah sehelai tuala berlipat di atas kerusi itu diambilnya. Belum sempat Fatyma menjawab lelaki itu terus menekap wajahnya dengan tuala itu.
“Hmm.. nice smell. Just like you,” ucap Imran lantas mengelap tubuhnya dengan tuala itu. Fatyma hanya mampu mengertap bibir.
“Tuala you mana??” getus Fatyma geram. Sengal betul dia ni, bebel Fatyma dalam hati.
“Towel I kat kerusi sana. Malas nak ambil. Alah, pinjam kejap aja. Lembut betul towel you ni. Macam youlah. Lembut aja. Sebab tu I jadi macam ni. Mabuk asmara dengan you.” Imran sekadar selamba membalut tubuhnya dengan tuala itu.
Fatyma pantas memandang ke arah lain. Tidak tahu adakah dia harus marah atau ketawa dengan kata-kata itu.
“Puan sri, I nak ajak you..”
“I tak nak!” pintas Fatyma pantas.
“I belum habis cakap lagi you dah bagi jawapan,” cebir Imran perlahan.
“I dah boleh agak apa yang you nak cakap. Jawapan I dah bagi tadi. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you, Imran. Jangan buat macam ni. I tak suka!” tegas Fatyma.
“You beri jawapan sebelum beri peluang pada diri you sendiri kenal siapa I?”
Pantas Fatyma mula menghela nafas panjang. “Ada apa dengan I ni, Imran? I ni dah tua. Anak dah besar panjang. Di luar sana ramai lagi perempuan muda. Melly pun single lagi. Kenapa I?” tekan Fatyma agak resah.
“Sebab tak jatuh cinta pada Melly. I jatuh cinta pada you. Jawapan tu masih tak cukup untuk you? Kenapa? You rasa cinta bagi lelaki macam I hanya layak untuk perempuan sebaya Melly aja ke? I tak pilih keadaan ni, puan sri. Jangan tanya I kenapa. Sebab you takkan percaya apa yang I pandang pada you selama ni,” balas Imran mula serius.
“Apa yang you pandang pada I ni?” tanya Fatyma bersungguh.
Lelaki itu berkalih duduk seketika. “Ada sesetengah lelaki memilih you kerana you ada segala-galanya. I tahu Puan Sri Fatyma mampu buat mana-mana lelaki hidup senang. Tapi hidup tanpa kejujuran, tanpa keikhlasan dan hidup dalam niat yang tak baik takkan berlangsung lama. Takkan bahagia. I percaya itu! I suka keperibadian you. Segala keistimewaan seorang wanita ada pada you. Itu yang I pandang selama ni, puan sri. I masih ingat Datin Liza. I tahu apa yang dia cuba buat hari tu. Kalau I ni jahat dah lama I layan dia. Apa I peduli dia ada suami ke apa.”
Fatyma diam pula dalam pada hatinya berbicara sendiri. Seperti mimpi. Dirayu lelaki yang jauh lebih muda darinya. Sukar untuk dia percaya semua ini. Imran memandang sekeliling seketika sambil menghela keluhan.
“Puan sri, I sanggup buat apa saja untuk dapatkan perempuan yang I sayang. Sekurang-kurangnya beri peluang pada diri you cuba kenali siapa I sebenarnya. Itu saja yang I harap sekarang.”
“You tak kenal I siapa, Imran. You tak tahu apa-apa pun tentang I!” balas Fatyma pantas.
“Sebab you sendiri suka jauhkan diri dari I. Kalau mata I ni menipu perasaan I, I nak you buktikan sendiri,” ujar Imran bersungguh.
Fatyma ketawa sinis sambil menggeleng. “You ni memang pandai berkata-kata, Im. You nak kita berkenalan? Kemudian apa? Jatuh cinta dan kahwin?”
“Dah suka sama-sama suka. Kahwinlah akhirnya,” balas Imran selamba.
“You memang mengarut! You ingat I ni sama macam orang lain? Hari ni jatuh suka esok dah boleh kahwin dengan you macam orang lain?” desis Fatyma sinis.
“I tak bercakap kosong sekarang ni, puan sri. You katakan tadi, I hanya kenal luaran you. I nak you buktikan apa yang I rasa ni salah. Atau I akan buktikan apa yang I janjikan sebelum ni akan jadi kenyataan akhirnya.”
“Maaf, I tak berapa pasti. Janji apa ya?” tanya Fatyma sedikit kabur.
“I pernah kata sebelum ni. I tahu apa yang I nak dalam hidup I dan I akan usahakan sampai dapat. Dan I tahu you takkan menyesal nanti,” jawab Imran sambil tersenyum.
Terrdiam Fatyma mendengar ujaran lelaki itu. Yakin benar semua kehendaknya dapat digenggam dengan mudah.  
“I nak tukar baju. You tunggu sekejap?” pinta Imran lembut.
Fatyma sekadar mengangguk. Ketiadaan Imran di situ membuatkan dia teras berfikir tentang apa yang diucapkan Imran tadi. Terbelikah jiwanya? Entah. Namun hati tidak selalunya dapat dibohongi. Kadang kala jiwanya terusik dengan kehadiran lelaki itu.  
Lebih sepuluh minit menghilang, Imran kembali semula ke situ. Kali itu baru tenang mata Fatyma mahu memandang. Lelaki itu sudah berpakaian lengkap.
“Come..” ajak lelaki itu.
“Pergi mana?”
“Minum petang dengan I. Kita pergi tempat lain. I tak mahu pandang Melly dengan baju renang macam tu,” ucap Imran bersungguh.
Mahu tidak mahu Fatyma bangun juga mengekori lelaki itu. Mereka singgah di coffee house. Setelah pesanan diambil Imran mula memberi perhatian kepada wanita yang membuat muka tanpa perasaan di hadapannya itu.
“You buat muka macam mana pun perasaan I tetap sama.”
“Imran, dahlah! Tak habis-habis mengurat. I dah tak tahu nak cakap apa dengan you ni,” getus Fatyma sambil menjeling.
Lelaki itu ketawa kecil sambil mendekatkan diri ke meja. “Say you love me. Say it!” ucap Imran sedikit lunak. Biarlah apa yang mahu diucapkan Fatyma saat ini. Dia tidak peduli. Wanita itu pula sekadar membisu sambil menghela nafas panjang.
“Let’s talk about your children,” ucap Imran lagi.
Perlahan mata Fatyma kembali semula kepada Imran. Lelaki itu tersenyum lagi.
“Reaksi you berubah bila I sentuh pasal tu. I tahu you seorang ibu yang penyayang. Anak-anak you lebih penting berbanding yang lain.”
“I rindu anak-anak I,” keluh Fatyma lirih. Bagaimana Adira malam ini tanpa kehadirannya? Dia asyik terfikir-fikirkan anak itu.
“Anak you yang call hari tu. Berapa usia dia?”
“16.” Fatyma menjawab dengan sedikit senyum mula terlakar di bibir.
“Boleh I tengok gambar dia?”
Fatyma segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Tidak perlu dicari lagi. Gambar anak itu terhias di wajah telefonnya sepanjang masa.
“So beautiful. Dia seiras you,” komen Imran setelah memandang skrin telefon itu beberapa ketika.
“Satu-satunya anak perempuan I,” ujar Fatyma lantas tersenyum bahagia.
“For now..”
Tersentak Fatyma mendengar kata-kata lelaki itu. Keningnya mula berkerut cuba menafsirkan maksud bicara Imran tadi. “Pardon?”
“Err. Takde apa-apa. Lupakan.” Melihat pelayan datang membawa pesanan, dia memilih untuk menutup topik itu. Merah mukanya dipanah renungan Fatyma.
“Boleh I tengok gambar dia yang lain?”
“No way! Gambar lain kat dalam tu hanya untuk I. Bukan untuk you.” Wanita itu membantah cepat. Selain Adira gambar dia juga turut ada di dalam telefon itu. Sudah tentu bukan untuk tontonan lelaki lain.
“Wow! Ini yang buat I semakin teruja nak tahu ni. Bagi password phone you ni. I nak godek dalam-dalam.”
“Jangan nak mengada-ada. Bak sini cepat!” gesa Fatyma mula kalut mahu mendapatkan hartanya semula.
“Okay, takpe. Suatu hari nanti I nak tengok orangnya depan mata I. Baru real. I terbayangkan you buat tarian tiang depan I nanti.” Imran menyengih saat mengembalikan telefon itu kepada tuannya. Fatyma sempat mengertap bibir. Jauh betul angan-angan! Eloknya lelaki ini yang diikat di tiang. Baru selamat hidupnya dari terus digoda Imran.
“Budak lelaki dengan you kat kolam tadi tu siapa?” tanya Fatyma. Sebut pasal anak, dia kembali teringat dua kanak-kanak dengan Imran sebentar tadi.
“Anak..” jawab Imran selamba.
Terkejut besar Fatyma mendengar jawapan Imran. “I tak tahu pulak you ada anak?” ucapnya agak perlahan. Teringat sebelum ini dia ternampak Imran dengan seorang perempuan di Dome Bangsar. Isteri Imrankah itu?
Imran sekadar menyengih. Konon bangga. “Comel kan dua budak tu? Bertuah siapa jadi ayah dia.”
Fatyma yang mendengar terasa seperti terbakar hati. Spontan dia terus bangun.
“Eh! You nak pergi mana, sayang??” tangan wanita itu sempat dipegang Imran.
“I nak naik. Pergi layan anak you tu! Anak dah berderet sibuk nak mengayat perempuan lain. Tak tahu malu! Lelaki semuanya sama aja!” tukas Fatyma sakit hati. Imran dah beristeri rupanya.
“Eh! Bila pulak I kata itu anak I?”
“Habis tu tadi you jawab apa?” bentak Fatyma semakin meruap-ruap rasa nak mengamuk dengan lelaki seorang ini. Sayangnya lelaki itu tetap tersengih lucu biarpun wanita itu sedang angin satu badan.
“Memanglah I kata anak. Anak orang. Bukan anak I. You belum kahwin dengan I. Macam mana kita boleh ada anak pulak? Kita kahwinlah dulu,” jawab Imran lantas ketawa kecil. Tercengang Fatyma mendengar jawapan lelaki ini.
“You ni. Seriuslah sikit! Sakit jiwa I dengan you ni,” gerutu Fatyma. Mulalah dia malu sendiri dengan kelakuannya tadi. Bertambah malu-malu kucing mendengar ucapan Imran tadi. Alahai, dia dah sebut pasal kahwin pulak.
“I tak kenal pun budak-budak tu. I saja aja layan sebab tadi takde orang kat situ. Bapak dia ada kat tepi kolam tu tadi,” jawab Imran lembut.
“Sorry. I nampak mesra semacam aja. I ingat anak you,” cebir Fatyma perlahan.
“Please.. I nak ada anak dengan you. Lepas kita kahwin nantilah,” jawab Imran spontan.
“You ni kalau tak mengarut tak sah, kan?”
“Apa pulak mengarut. Bila I dah jatuh cinta pada seorang perempuan mestilah I nak kahwin dengan dia. Puan sri, I tak peduli apa orang nak kata kalau I ada isteri lebih tua berbanding I. I yang nak hidup dengan dia. Takde kena mengena dengan orang lain,” jawab Imran biasa.
“Perempuan tua mana yang nak beranak untuk you lagi, Imran? Dah tua-tua macam ni eloklah berehat aja. Bukannya kelek anak kecik lagi. Apatah lagi bersuami muda,” ujar Fatyma sinis.
“Ada. Youlah tu nanti. You mana ada tua. Matang lebih sikit aja,” jawab Imran dengan senyum simpul penuh makna.
“Dahlah. Malas I nak layan you ni!” gumam Fatyma geram. Sudahnya dia buat-buat menghirup air sekadar mahu menenangkan perasaan di dalam. Semakin lama semakin berani lelaki ini menduga perasaannya. Persoalannya kini, sekuat manakah hati mampu diduga oleh lelaki ini? Dan semudah apa untuk dia menyingkirkan lelaki ini dari hadapan matanya? Entahlah.

SEBELUM pulang Melly mengajak bosnya singgah di Taman Rekreasi Gunung Lang sementelah mereka berada di Ipoh. Terpaksalah hasrat mahu pulang cepat ditunda Fatyma. Sementelah dia sendiri pun tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang dikatakan menarik oleh Melly. Usai zohor mereka berempat meninggalkan hotel.
Sebaik sahaja kereta yang dinaiki mereka berhenti di kawasan parkir, sebuah lagi kereta turut memakir di sebelah.
“Aik? I ingat you terus balik KL,” ucap Melly sebaik sahaja ternampak Imran keluar dari keretanya.
“Ingat you all aja boleh pergi bersuka ria? I pun nak join,” jawab Imran selamba. Sempat dia mengerling perempuan seorang lagi itu. Macam buat tidak peduli aja kepada dia. Laju kakinya mendekati Fatyma di sebelah sana.
“Cantik, kan?” ucap Imran sambil memandang sekeliling. Fatyma sekadar mengangguk.
“Semalam I dah nak ajak you datang sini. Tapi I lupa,” ucap Imran sambil tersenyum merenung wajah wanita itu.
Fatyma pantas menoleh. Wajah lelaki berkaca mata hitam itu dipandang sesaat dua. “Bukak sun glasses tu,” ucap Fatyma tiba-tiba.
“Kenapa?” balas Imran sambil kaca mata hitam ditanggalkan.
Tanpa meminta izin kaca mata hitam itu diambilnya lalu dipakai. “Sorry. I punya tertinggal kat rumah. Panas sangatlah. I pinjam sekejap,” ucap Fatyma selamba. Sekadar taktik untuk mengelakkan matanya silau memandang senyum meleret lelaki itu.
Terpinga-pinga Imran memandang gelagat Fatyma. Dia pakai aku punya, aku nak pakai apa? Dia ingat dia seorang aja yang panas? rungut Imran sekadar dalam hati.
Panas terik langsung tidak menganggu keterujaan si Melly. Tengok ikan melambak di kaki tasik pun dia terjerit-jerit macam orang jakun. Seronok melihat ikan-ikan itu menangkap makanan yang diberi. Fatyma sekadar memandang tiga manusia itu dari jauh.
Puas melayan mata memandang gelagat ikan-ikan itu, Imran mencari Fatyma. Wanita itu duduk santai di sebuah bangku batu di bawah pokok tidak jauh dari mereka. Pantas dia mendekati wanita itu.
“Panas betullah,” keluh Imran tidak tahan. Nasib baiklah dia sekadar mengenakan tee nipis.
Pagi tadi tak mahu cakap nak ajak ke sini. Dah nak balik baru nak singgah. Duduklah bawah matahari ni, bebel Fatyma sekadar dalam hati.
“You ni tengah panas macam ni pun nampak cun aja, puan sri. Apa rahsia?”
Fatyma mula menoleh ke sebelahnya. Imran sedang bercangkung di atas rumput. Gelihatinya melihat wajah lelaki itu basah kuyup oleh peluh. Perlahan beg tangannya diseluk. Sehelai tuala kecil diambil lantas dihulur kepada lelaki itu.
“Thank you. Sayang pun you dekat I ni,” sambut Imran senang hati.
Berkerut kening Fatyma mendengar kata-kata lelaki itu. “Tolong sikit ya! I mintak balik tuala tu baru tahu,” getusnya pantas. Namun senyum lelaki itu tidak mampu dipandang lama. Takut tergoda agaknya.
“You tak mahu mengaku. Tapi I tahu. Dalam hati you tu dah ada sedikit rasa untuk I,” ujar Imran seakan menggumam sendiri.
“Yalah, Encik Imran. I sayang you. Macam adik I sendiri,” ujar Fatyma lantas dia bangun sebaik sahaja terpandangkan Melly sudah bergerak ke tempat lain.
Terkedu Imran mendengar ujaran Fatyma. Macam adik?? Ish! Mintak simpang. Pantas dia bangun mengekori semua manusia itu. Imran memilih berjalan di sebelah Fatyma.
“You suka jual mahal. I takkan tarik diri, puan sri.” Perlahan sahaja kata-kata itu diluahkan Imran.
“I cuma pinjamkan you tuala aja. Jangan fikir lain,” ucap Fatyma sebelum melajukan langkah untuk menjauhi lelaki itu.
“Puan sri,” panggil Imran lagi. Melihat wanita itu sekadar buat tidak dengar, dia segera berlari anak mendekati Fatyma.
“Boleh jangan sebut hal tu buat masa ni? I tak mahu orang lain pandang serong pada kita,” ucap Fatyma sebelum Imran sempat meluahkan apa-apa bicara.
“Okay. I tahu tak boleh paksa you,” balas Imran rendah.
Fatyma mula mengeluh sendiri. Sesungguhnya apa yang dihasratkan oleh lelaki ini membuat dia merasa berat hati. Adakah lelaki ini mahu mengerti apa yang memberat di pundanya selama ini? Hidupnya tidak semudah orang lain.
“Banyak yang I nak kena fikir sekarang ni, Im.”
“Salah satunya?”
“Anak-anak I,” jawab Fatyma ringkas. Imran diam seketika. Sebahagian maksud wanita itu sudah dapat ditekanya. Ketika mereka sampai di jeti Melly melaung.
“Puan sri, come on. Hurry up!”
Mahu tidak mahu Fatyma mendekati Melly dan Husin yang sudah melangkah naik ke bot. Imran manusia terakhir yang naik ke bot. Melihat tidak banyak tempat duduk di dalam bot kecil itu, Imran melabuhkan punggung di sebelah Fatyma. Kaca mata ditanggalkan semula oleh Fatyma sebelum dihulurkan kepada lelaki itu.
“Thank’s..” ucapnya saat Imran menyambut. Namun tangannya pantas ditarik semula saat jari mereka bersentuhan.
“Sorry..” ucap Imran perlahan.
Sepanjang perjalanan Fatyma lebih senang merenung air tasik di belakangnya. Imran turut membisu sambil memikir sendiri.
“I pernah nampak you dengan seorang perempuan dekat Dome Bangsar beberapa minggu lepas. Siapa tu?” suara Fatyma kedengaran tiba-tiba. Imran mula menoleh ke sebelah dengan kerutan di kening.
“Dome?”
“Yup. Malam. Lebih kurang pukul 10 macam tu. Waktu I tinggalkan Dome you masih ada dekat situ dengan dia,” ucap Fatyma lagi.
“Adik sepupu I. I terserempak dengan dia kat situ. Kami makan malam bersama,” jawab Imran jujur.
“Kenapa you tak tegur I malam tu?”
“Ganggu you. I rasa semua orang tak suka tengok muka bos lepas waktu kerja,” ujar Fatyma biasa.
Imran ketawa santai sebelum kembali tunduk memandang ke lantai bot itu. Sebuah helaan panjang dilepaskan Fatyma sambil matanya terus memandang lelaki di sebelahnya itu. Fikirannya ralik berfikir sendiri tentang lelaki ini. Sehingga akhirnya Imran menoleh semula dan anak mata mereka bersabung. Kali itu, entah kenapa Fatyma tidak ingin melarikan pandangannya. Renungan lunak sang lelaki membuatkan dia hanyut dari alam nyata. Tanpa bicara, ada rasa indah mengalir deras di hatinya saat memandang raut lelaki itu. Namun dia tidak ingin lagi menjadi buta kerana cinta. Apatah lagi kepada seorang lelaki yang jauh lebih muda dan tampan pula. Apa yang ada pada dirinya mampu diberikan kepada lelaki itu? Apa pula kata anak-anaknya?
Saat perihal anak melintasi benaknya, Fatyma kembali melarikan pandangan. Dia yakin jika mudah Imran jatuh cinta kepadanya, pasti lelaki ini juga mampu melupakannya.
Imran menghela nafas perlahan. Tindak tanduk Fatyma bagaikan jinak-jinak merpati. Tidak dinafikan, dia hampa. Namun dia percaya, jika Allah mentakdirkan esok masih ada buatnya, pasti ada peluang untuk dia membuktikan semuanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan